relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, December 31, 2011

QAA 1108 A

unik tak?
bg orang sarawak..mungkin dah biasa..
tapi bg orang semenanjung..ni lah plat baru kereta kami.. banyak tak A? depan ada, hujung pun ada. hehehe

waktu beli ada dia tanya, nak tempah nombor tak.. aku cakap, amik running no je lah.. dan tak sangka ada no febret aku.. no 8.. hehe
habibi tanya:11 tu tanda tahun 2011, 08 lak?
aku jawab: hmm..nak kata bulan 8 tak, kita beli bulan 12, haaa..8 ni tanda 8 buah kedai kita dah pergi, yang ke8 baru comform beli.hehehe

Tuesday, December 27, 2011

Segmen - 5 blog paling diminati 2011.. By Nizam Ijam


ini 5 blog yang aku wajib  taknak la sampai wajib..kang dosa lak klu tak buat.. kira sunat muakkad la aku baca blog blog ni..diorang taktahu pun aku peminat setia blog diorang..tak penting..bukan harapkan pengiktirafan pun sbgi pembaca setia..hehe

 yang pertama blog ini.. kereta mayat, sbb apa dia dalam carta no satu aku.. sbb ayat dia smpoi kot dalam memberi teguran agama..walau ada la ayat2 dewasa diutarakan tapi itu tak menjadi kurap..dan penulisan dia aku lihat dapat menarik perhatian pelbagai golongan. aku mmg akan baca setiap entry dia tak kira tajuk politik ke..tajuk yang takde kena mengena dgn aku pun aku baca. walau ada seten ayat yang aku kurang setuju..tapi aku berlapang dada. :)

yang kedua blog ini .. mazidul, yang ni komfem semua org kenal..aku suka bukan berita dia..tapi baca pengalaman dia dalam mencari berita..yang tersirat tu kdg lebih menarik. paling best entry dia tentang pengemis yang menipu..very detail dia menyelongkar rahsia sebenar pengemis tu.

yang ketiga blog ni.. kajol, haha, ni blog adik aku yang perasan dia tu kajol..mst la aku sokong, nak kata dia pandai menulis macam aku..komfem tak..hhaha.. tapi usaha tu ada..yang penting dia jujur apa yang dia sampaikan..dan dalam blog dia banyak puji aku..hehe..

yang keempat blog masrul, dia ni junior sek men aku.. dan klu tak silap aku pernah mengejar mengajar dia. dr dulu aku dah kesan budak ni boleh pergi jauh..dan dia punyi kekretifan yang tersendiri. dr dulu lagi orang panggil dia to'wan dan dia pun dah guna gelaran tu utk nick blog dia..

kelima blog en nasir, aku tak kenal pun dia.. dan dia lagilah tak kenal aku. tapi dia freindly dan selalu komen kat blog aku..orang baik dengan kita..kita balaslah kebaikan orang kan.. entry2 blog dia pun jujur..caranya yang tersendiri..

okeh..done!

Sunday, December 25, 2011

my name is coke..

hai semua..opps..silap..assalamualaikum..!
nama saya coke..sy ni seorang kucing kacukan kucing tempatan dengan kucing siam..
alamat saya sekarang ni kat rumah sorang tuan..eh silap 2 org tuan..kat mana ntah.. rumah setingkat ada kereta satu..
oh yea..ni tmpat tinggal sy sekarang..tp sy bukan lahir kat sini tau..tak igt la lahir kat mana.. yg pasti sy dipisahkan dr ibu dan saudara2 kandung yg lain.. saya dijual..sedihkan kisah saya..huhu
mujurlah tuan saya sekarang ni ambil dan jaga saya. mula-mula dia kurung saya tau dalam sangkar..saya ingat selamanya begitu..hilanglah sudah keindahan kehidupan ini.. tp tidak..3 hari je..pastu sekarang saya dah dilepas bebas.. baik tuan saya kan..
kenapa nama saya coke..ntahla.. tuan saya la..terus panggil coke dr hari pertama saya sampai lagi.. tapi sekali pun dia tak pernah jamu saya air coke tu..huhu ..kedekut!
tuan saya jamu saya ikan rebus..3 kali sehari tau..lambat je bagi..saya akan panjat pintu grill rumah dan buat bising..kadang saya langgar pintu bagi bunyi orang ketuk pintu..hahaha..selalu tuan saya kena tipu..pastu tuan saya akan berleter dan jentik telinga saya..huhu..dia marah..tapi saya tahu marah marah sayang..

ni mainan-mainan kegemaran saya..
the yellow pillow..
pelapik meja..hahaha..yang sengetkan dan jatuhkan bunga atas meja tu..saya la..
dan ini paling best... kaki tuan saya..hehe

opps..tuan saya dah datang..nanti dia marah saya main blog dia..okeh bye bye..sapa ada calon isteri untuk saya contact saya ye.. daaaaa!

Tuesday, December 20, 2011

pelaris!!!

ini bukan pasal pelaris haram.. ini pasal pelaris semulajadi..
pernah tak, korang pergi ke satu kedai tu atau apa apa tempat.. mula2 tak ramai orang atau takde orang, lepas korang pergi je..datang berpusu-pusu orang.
hmm.. K.B pernah citer kat aku, dia kalau ke mana, exspecially kedai makan la, dia akan pergi kedai xde orang, nnt bila dia dah duduk..datang berpusu pusu orang kedai tu.. mmg bawa tuah pada tuan kedai..macam pelaris la kan..pelaris semulajadi HALAL!
yup aku setuju..mungkin itu yang dinamakan aura.. aura ini jenis yang tak pentingkan diri sendiri malah memberi keuntungan pada orang lain.
aku? hmm.. yang sekadar aku perasan, bukan masuk restoran..tapi bila beratur untuk sesuatu..kat atm ke..kat stesen minyak ke..beli tiket ke.. mula2 xde orang atau tak ramai orang..bila aku beratur..berderet lak belakang aku..macam magnet lak aku ni tarik orang ..hahaha.. errr..tu pelaris gak ke?

Thursday, December 15, 2011

hari malas sedunia

pernah tak korang rasa..malas teramat sangaTTTTT.. sampai kalau boleh makan minum pun malas..huhu
dan rasa macam nak umum je pada TV..  HARI MALAS SEDUNIA..hehe
err..nak citer lebih lebih pun malas lar...

Sunday, December 4, 2011

aku dan Master Chef

rasanya tak semua kot suka tengok master chef.. ye la..memang semua orang suka makan, tapi bukan semua orang suka masak. aku? masak..suka..kalau masakan aku menjadi,.kalau tak menjadi tu, rasa mcm nak mogok memasak je. hehe
ni pengaruh rancangan master chef pada aku dan habibi..  kami amat rasa teruja dan bila tengok bahan2 yg disediakan aku sndiri terasa nak potong dan masak masakan tu waktu itu juga..hehe. disebabkan keterujaan yang melampau aku tanya habibi " boleh tak nak masuk master chef?" tahu tak apa dia jawab, " dr masuk master chef masuk je ustazah pilihan" huhu.. padan muka aku..

pengaruh rancangan ni yg positif buat aku kreatif dalam penyediaan makanan..aku cuba untuk ubah sikit masakan tradisi dgn campur apa2 yang boleh tambah menyedapkan.. dan adakala cubaan aku sampai jadi tak sedap langsung .hahaha. takpe..never give up!

pastu aku juga dah kreatif dalam menghias hias masakan aku..takde la nampak mandom je.. ada la make up sikit sikit..
jurinya habibi la: potong tebal la, hiasan berserabut, kuah terlebih..cili potong tak serong..huhu.. tapi TETAP HABIS LICIN..hehe

dan semalam sekali lagi aku tanya habibi " nak masuk master chef boleh tak?' dan sebelum dia menjawab..aku sambung " bukan nak jadi peserta, tapi nak jadi juri..best boleh rasa macam-macam" hahaha

Thursday, December 1, 2011

spontaneous thursday*4:lawak bodoh

lawak bodoh memang tak semua orang gelak
tapi ada lawak, yang hanya orang bodoh tak gelak ;)

Tuesday, November 29, 2011

kita dan impian masa kecil..

pagi cuti 1 muharam..tengok kartun "robots", (apa daa, orang tengok le ceramah ke forum ke, semanis kurma ke,hehe)
citer yang simple..mengenai seorang seketul anak robot yang pergi ke bandar dengan impian untuk menjadi robot yang paling hebat seperti idolanya. pelbagai cabaran dihadapi dan penghujungnya pastilah dia berjaya mencapai apa yang dihajati.. aku comform mana bebudak yang tengok citer ni pasti rasa nak jadi macam dia..disanjung dan dianggap hero! itu kalau budak yang tengok, kalau mak budak macam aku tengok???


aku terkenang kecik2 dulu, paling aku suka tengok kartun thundercat..pedang yang asalnya pendek bila disebut .."THUNDER..THUNDER..THUNDER CAT!!!!!" terus ada kilat sabung menyabung, dan pedang tadi menjadi panjang dan tajam. dan aku yang tengok terus berangan2 nak jadi hero mcm tu punya keajaiban tersendiri untuk menjadi sanjungan orang. pembaris aku la jadi mangsa..hehe, pembaris yang pendek tu dijampi 
"THUNDER..THUNDER..THUNDER CAT!!!!! dan terus dengan cepat aku tukar pembaris pendek tadi dengan pembaris panjang. berjaya aku menipu diri sendiri..hahaha.

itu dulu..tapi sekarang..aku hanya melihat cerita 2/ kartun2 macam itu sekadar halwa mata dan telinga saja..tidak menjadikan ia sebagai satu inspirasi. KENAPA? sednagkan kita orang yang sama...
kenapa waktu kecil kita suka membina impian..tapi kenapa bila dewasa..kita sendiri yang memadam impian itu?
kenapa kita tidak terus berMIMPI..dan dengan kedewasaan kita MIMPI itu kita jadikan REALITI?

Saturday, November 26, 2011

Segmen ! jom REVIEW blog by Miss Yoora

 comel betullah segmen ni..dan pastinya hanya orang orang comel saja yang tertarik. jom sapa rasa dia comel join reramai segmen ini

Segment ini bermule pd 25/11/2011 - 27/11/2011 tepat jam 12.00 TENGAH HARI ^^.
~Yoora mencari 3 BLOG bertuah untuk diberikan hadiah sekiranye penyertaan melebihi 30 org . Jd ape tunggu lg jom join sekarang !

Sunday, November 20, 2011

sorang dan terbuang..

bayangkan.... korang keseorangan..dan dalam buangan.. sedih kan?
tapi ini realiti..dalam zaman mengejar kemajuan..anak-anak mengejar cinta..membina mahligai dunia..mengejar pangkat dan kuasa..ada yang mengabaikan orang tua..

raya lepas, aku dan habibi ke KANGAr.. sdg aku menyoping..datang seorang tua tegur.." boleh hantar saya ke klinik, sy demam ni"
dgn bau yang agak hanyir..wajah yang lesu, kami menumpangkannya..  dia datang berjalan kaki dari tempat yang jauh..xde orang muda sanggup berjalan kaki sebegitu zaman sekarang..
kesimpulannya: dia sorang dan terbuang!

bila sampai di hospital..kami terus ke tempat emegency.. sedang dia diuruskan untuk naik kerusi roda, mataku tertarik pada sebuah kereta mewah di hadapan ku.. kereta pangkat DATO DATO..
pembantu pegawai perubatan aku lihat bersusah payah mengeluarkan seseorang dr tempat duduk belakang.. dan seorang DATO dan DATIN hanya melihat dr jauh.. dan seorang tua yang amat daif dikeluarkan dgn keadaan yang penuh najis (sangkaanku mungkin kerana lihat pegawai perubatan membawa cadar baru dan pakaian salin), dan pakaiannya disalinkan dengan pakaian hospital di dalam kereta itu juga. saya tabik dengan kecekapan pembantu pegawai perubatan..tapi bukankah yang lebih afdal menyalinnya adalah warisnya sndiri..pasti pakcik itu malu..tapi apalah yang dia mampu..

dan kejadian pada hari itu buat aku hampir menangis...bukan kerana aku fikirkan kalau aku sebagai anak mereka..tapi fikirkan kalau si tua itu adalah aku.. sorang dan terbuang! nauzubillahhi min zalik!

YA ALLAH, BIARLAH HIDUPKU SENTIASA MEMANFAATI ORANG LAIN,
DAN MATIKU SEBELUM MENYUSAHKAN ORANG LAIN.

Thursday, November 17, 2011

spontaneous thursday *3: sayang disayang

bahagia bukan dengan disayangi oleh semua orang..
tapi bahagia ialah dengan menyayangi semua orang

Saturday, November 12, 2011

samarinda..kaltim.

samarinda... kain samarinda..

itu je yang aku tahu nyanyi..
dulu bila sebut samarinda aku bayang kain je..
tapi sekarang bila sebut samarinda..aku akan bayangkan gambar2 di bawah... fuh..UNIK!!!
samarinda sebuah bandar yang menjadi walikota kalimantan timur.. pelancong yang mahu ke sini akan turun di bandara (airport) balik papan, rujuk sini utk maklumat tentang balik papan.
dari sana kami menaiki bas selama 5 jam, agak emmenatkan kerana jalan berliku dan melalui banjaran banjaran. aku tengok jalan rayanye..mmg tak sanggup memandu, tapi..sepanjang perjalanan kami tiada eksiden pun yang berlaku..unik sungguh!
kami ke tenggarong di samarinda yang terkenal dengan mitos "lembuswana" : lembu berkacuk dengan gajah dan ayam.
kat sini ada perkuburan diraja dan muzium barang-barang lama.
dan yang penting tempat shoping...hahaha. kat sini terkenal dengan sarong samarinda dan batu-batu permata.. harga..kena pandai tawar..kalau tak kena sembelih..

dan kat sini ada islamic centre samarinda..yang cantik bangat.. ada menara setinggi 32 tingkat.. waktu kami pergi lif rosak..yang rajin naik tu, bila turun ,memang lutut bergoyang, boleh dangdut dong.hehe
dan malam last kami kat sana, sepatutnya kami dinner kat tempat lain, tapi driver ssilap hantar kami ke rumah gabenor..hahaha.. sempat turun, masuk duduk dan snap beberapa gambar..bukan semua orang calang-calang boleh masuk rumah gabenor!
 oh yea.. yang kat atas tu..sampingan je, tujuan aku datang sini yang utama adalah konferens.. kerjasama 3 negara iaitu malaysia, indonesia dan brunei. hmm..menarik sbb masing masing punya keunikan untuk dikongsi bersama.
dan ini tautan hati dua negara..walau sekejap bertemu..tapi besar dan manis kenangannya. thanks warga samarinda... baik baik bangat!!!!

Friday, November 11, 2011

11 november 2011 @ 11.11.11

tarikh cantik 11.11.11..

biasanya tarikh cantik macam ni, org pilih untuk abadikan sesuatu yang terindah..yang manis untuk diingat kembali.
tapi tak kurang pada tarikh yg senang diingat itu, ada sesuatu yang terperit hingga tak mahu kita ingat kembali.
buka facebook td pun, dapat berita kematian seorang guru tadika yang dilanggar lori dalam pemergiannya ke tadika. pasti keluarganya tidak akan menganggap 11.11.11 tarikh bertuah.

6 tahun yang lalu, tahun 2005..tarikh cantik  2.5.2005 dan jatuh juga pada hari jumaat..sebelum tu..aku dan adik aku dok berbual tntng tarikh yang menarik tu..mst ada sesuatu yang menarik berlaku..kata kami sambil bergurau. dan yang berlaku..jam 1.10pm, kami terlibat dalam satu kemalangan..  adikku yang memandu cedera di muka kerana serpihan cermin depan kereta, dahi ibuku ditusuk luka bumbungg kereta dan aku lebam di pipi kerana tersembam.. walau tiada kemalangan jiwa berlaku, dan kami juga hanya dirawat sebagai pesakit luar..namun tarikh itu adalah tarikh yang tidak enak untuk diingati.

setiap hari punya memori yang tersendri..dan setiap kita ada kenangan yang perit atau manis untuk diingati.. hari demi hari tetap akan melangkah takkan kembali..dan kita juga makin menghampiri hari ABADI....

Thursday, November 3, 2011

spontaneous thursday*2: korban dan anugerah

banyak yang kita korbankan...
banyak yang kita kan dianugerahkan...

Monday, October 31, 2011

balik papan, kota beriman

tak ramai yang tahu tentang balik papan kan?
satu wilayah di kalimantan timur,atau nama singkatnya kaltim.
best dia punya tagline "BALIK PAPAN , KOTA BERIMAN"

aku hanya sempat dalam beberapa jam je di bandar ni sbb bergegas ke samarinda..
dan di tengah jalan ke samarinda, berenti di satu perhentian makan. yang popolar dengan tauhu.
dan memang tak nyesal order..siap bungkus balik hotel...
okeh next entry..untuk sama-sama lihat keindahan di SAMARINDA ... insiden yang istimewa pun ada..

Friday, October 21, 2011

CONTEST RELAKS TENANG SIMPLE: ENTRY TERBEST: HADIAH PUN BEST

 Assalamualaikum, 1st time buat cntest..tujuan.. supaya blog ini tetap hidup saat aku bermusafiran ke luar negara..hehe.  maksudnya, blog ni akan punya pengunjung wlu entry yg masuk terhenti seminggu.
caranya mudah.
1) buat 1 entry macam tajuk entry ni je
2) paste kan gambar kat atas ni..sekali dgn tulisan yang berwarna ungu ni. pastikan ada link ke sini.
3) pilih satu entry dalam blog ni, xkira apa tajuk. yang anda rasa TERBEST.. dan sebutkan kenapa TERbest..(klu ada komen membina..lagi BAGUS) had bilangan perkataan terpulang...
4) pastekan juga link entry yang korang pilih tu.
5) tglkan alamat  entry korang di ruangan komen entry ni. itu aje.
 5 ORANG AKAN TERPILIH UNTUK MENDAPAT HADIAH OLE OLE YANG AKU AKAN BAWA PULANG DARI NEGARA LUAR.  PENGADILNYA ADALAH AKU DAN HABIBIKU.  TARIKH TUTUP: 29 OKTOBER 2011. JAM 10 pm.

Thursday, October 20, 2011

spontaneous thursday*1: jangan paksa aku..

jangan paksa aku buat kerja
tapi jadikan aku terpaksa buat kerja :)

Wednesday, October 19, 2011

Saturday, October 15, 2011

kenapa orang perempuan suka menangis

segmen bersama datok fadhilah kamsah pagi tadi mmg menarik, " kenapa orang perempuan menangis"..hehe.. kebetulan bila mula start je, habibi pun balik dari masjid, terus suruh dia duduk tengok sama-sama.. kita sarapan segmen motivasi yea pagi ni..hehe

antara yang best aku boleh qoute kat sini:
org perempuan menangis utk meredakan tekanan..biasanya perempuan selepas menangis,dia akan rasa lega sangat.
perempuan hatinya lembut..penuh emosi..dan airmata adalah teman rapat emosi, terlalu gembira nangis, terlalu marah menangis, terlalu sedih comfirmla nangis.
perempuan menangis utk cuci mata..sbb tu mata perempuan cantik, bahan2 kimia yg tak baik keluar bersama tangisan. perempuan cuci mata dengan menangis, lelaki cuci mata dengan lihat perempuan menangis, haha, bukan aku yg kata tau, dato fadhilah kamsah cakap tadi.
biasanya, anak sulung cepat menangis, anak perempuan yang serupa dgn wajah ibunya cepat menangis.
bila perempuan menangis, ia buat lelaki kelamkabut..lelaki akan rasa tangisan wanita itu seolah satu bentuk ugutan padanya. dan ramai lelaki lemah dengan ugutan dalam bentuk ini.
dan ini ayat yang paling aku best dengar tadi: bila perempuan menangis, dunia terhenti seketika! huh powernya air mata wanita kan..

okeh..ni baru masuk kata-kataku..bukan dr segmen motivasi tadi..
orang kata menangis tu tanda manja, tapi bagi aku menangis itu tanda kita punya jiwa. 
orang kata menangis hanya perlu, tapi bagi aku airmata hanya akan keluar bila dia mahu
orang kata menangis tu tunjuk kelemahan, tapi bagi aku kita perlu nangis untuk turunkan keegoan.

Thursday, October 13, 2011

apa nak buat dgn orang sakit mental

pagi-pagi ni, dalam inbox fb dapat satu soalan dr bekas studnt yang dah keje,

"ustazah..kawan sekerja saya baru keluar wad sakit mental, apa perlu saya buat yea, dia ni mmg selalu bergaduh dgn saya."

haa..ni jawapan dr doktor pakar sakit jiwa, ;D

jgn tambahkan tekanan pd dia. jgn ungkit kesalahan2 lama dia, jgn cetuskan pergaduhan, klu dia yg mulakan ignore je, agp je dia tu bebudak. kan org sakit mental ni dikira tidak mumayyiz.

solawat adalah penawar mujarab utk kerunsingan, suruh dia solawat banyak2, klu dia tak dpt, tolong solawatkan pada pesakit dan usap ubun-ubunnya.

dan yg ni rasanya semua org tahu, cuma tak amalkan je, WUDUK. rasa gangguan tu nak datang je, amik wuduk..gangguan tu mungkin dr syaitan, syaitan itu dr api..dan wuduk boleh memadamkan api.

okeh itu aje, nasihat dr saya, jgn lupa bayar fee consultant yea..hehe

Monday, October 10, 2011

"SEGMEN NASZ : MEH KRITIK BLOG GUA"

assalamualaikum.. terima kasih buat tuan segmen, mmg nak sgt komen menbina dari kekawan lain. bukan xde yang dah komen, ada, cuma yg saya rasa perlu saya pertahankan sebagai identiti blog ni, sy kekalkan. hehe.
okeh..dipersilakan segala komen-komen yang lain...

THE ONE AND ONLY

dia yang mengada
tapi itu tanda dia manja

dia yang suka cepat merajuk
tapi mmg xde sapa nak pujuk

dia yang mudah mesra
tapi hanya sorang saja yang dia 'setia'

dia yang malas mengemas
tapi bila rajin, mmg thumb up
dia yang malas membaca
tapi bila time nak periksa,dia mmg study gila

dia yang perasan cantik
tapi mmg dia cantik pun.. :)

tak pernah ku tanya pada ibu,
kenapa adikku hanya satu.
kerana dari dulu ku tahu..
satunya bagai seribu
 dia memiliki segalanya bagiku

she is the one..and ONLY...
SELAMAT BERKONVO ADINDAKU...DELINA..    ;D

Sunday, October 9, 2011

definisi SEKSI..

""gaun itu tidak terlalu seksi..saya ada definisi sndri tentang seksi.." komen seorang artis wanita yang dikecam kerana memakai gaun yang mendedahkan bahagian belakangnya..

adoiii..
defini awak nak buat apa... awak bukan ahli bahasa atau ahli agama..
hmm.. wahai wanita..xpayah nak buat definisi sndiri tantang seksi..
seksi itu ialah ini..itu..
cukup kita pakai definisi aurat menurut islam..apa yg perlu ditutup dan apa yg boleh dibuka.
COMFIRM SELAMAT DUNIA AKHIRAT. :)

Thursday, October 6, 2011

kalau datang sarawak, jangan lupa jenguk delima..

ini tahun ketiga aku di sarawak, dan br ini ada jodohku bertemu dgn delima... hehe.
mungkin kerana aku membawa kembarnya 'delina' bersama..hahaha

kami sampai memang pada waktu yang tepat..delima menonjolkan dirinya utk bertemu dengan kami. cuma pertemuan itu tidak seperti yang kami sangka dr awal, ingatkan kami yang akan menonton delima, tapi jadi terbalik, delima yang menonton kami...hehehe
inilah delima..hehe..kerusi tu, kami yg sepatutnya duduk utk tengok dia..tengok dia yang duduk dan tengok kami.. huhu
delima dan anaknya..taktau la nama apa, lupa tanya..
ni kerabatnya yang lain...

hmm..delima ni orang utan..dah 14 tahun dia menghuni TAMAN HIDUPAN LIAR SEMENGGOH, dan aku suka sgt cara penjagaan habitat haiwan di ini, dibiarkan liar, cuma sikit ruang untuk diberi makan, dan selain dr waktu makan, orang orang utan ini akan bebas kembali ke hutan..

hmm..msti korang pelik, kenapa delima duduk di kerusi, kami pengunjung ke mana?ke mana lagi larilah, mula2 hajat hati nak usap dia, nak dokong anak dia, tapi telah diwarning oleh penjaga di situ, dia kata delima dah mematahkan kaki dan mengkepak jari seorang penjaga di situ, dan dia telah dicop sebagai 'amat merbahaya'.

delima, aku tak salahkan kau, aku tahu kau taknak orang kacau anak kecik kau yang comel tu kan.. delima, kau adalah ibu orang utan yang patut dicontohi oleh manusia2 hutan kat luar sana yang sanggup lempar dan bunuh anak kandung sndiri.. kalau kau baca paper mst kau akan rasa nak kepak2  jari2 tangan yang buang anak tu kan...

OKEH, KALAU KORANG DATANG SARAWAK, JANGAN LUPA JENGUK DELIMA YEA!!! :)

Wednesday, October 5, 2011

dilema cari menantu...

berbual dgn orang lama..banyak faedahnya..
dan ini antara yang boleh aku kongsikan di sini..mana tahu buat yang belum berkahwin..boleh ambil buat panduan..
si polanah punya anak lelaki hampir penghujung 20an..dan masalahnya sekarang, si anak masih tidak mahu berkahwin, pelbagai calon dah disua..tapi xde satu yang berjaya membuka hati anaknya..
hmm.. aku kesian bukan pada si lelaki tadi tapi pada si ibunya.. yang lebih berat menanggung dilema ialah si ibu,memikirkan siapalah yang akan menyambung tugasannya menjaga makan minum, basuh pakai anaknya nnti.

"akak nak menantu macam mana"
"tak perlu cantik sangat..nnti susah hati cemburu. xnak yang sosial sgt, nnt tak lekat rumah, nak yg pndi masak.. yang penting nak yg ada agama"

"hmm.. si #### nak yang macam tu gak ke?"

"dia taste lagi tgi, nak yang putih gebu, taknak yg gemuk, yg berkerja, yg open minded, pening la kepala akak nak memenuhi citarasanya, akak dah ada calon yg memenuhi citarasa akak, tapi calon tu tak memenuhi citarasa dia, tolongla doa bg dia terbuka hati utk terima calon yang akak suka ni"

kesimpulannya..si ibu lebih dalam dilema berbanding si anak tadi.

wahai yang masih belum berkahwin, dalam dilema anda memilih kriteria pasangan hidup jangan abaikan kriteria pilihan ibubapa... betul,kita yang nak kawin, kita yang nak hidup dgn pasangan kita, tapi ibubaapa yang lebih mengenali diri kita dr kita sndiri lebih kenal siapa calon yg sesuai buat kita..

:) kalau aku pilih menantu nnti, senang je. sapa sanggup jaga makan minum aku, basuh kencing berak aku kalau aku sakit , baru boleh jadi menantu aku..huhu..lagi demand..hehe

Saturday, October 1, 2011

the little big soldier..

aku jarang nak review filem.. klu orang tanya citer ni mcm mana..aku jawab..simple je, "sedih ke, lawak ke, boring ke"..agak berat utk aku cerita perjalanan citer berikut..melainkan cerita yang benar2 mengujakan aku..haha
dan entry ni tentang satu citer cina yang aku tengok secara tak sengaja..hati nak tengok citer lain..jari tersilap tekan pergi ke 100..mana pernah aku menatap lama2 saluran ni..tapi lain petang nih..terus tertarik dgn scene berkenaan. habibi aku pun tersangkut gak,hehe
aku kot yang ketinggalan..korang mst ada yg dah tengok kan citer the little big soldier, lakonan jackie chan, haha..comfirm citer lawan lawan. yea betul, tapi dimasukkan unsur unsur kelakar. korang pun kenal kungfu jackie chan kan.

citernye cenggini, jackie chan seorang askar biasa bertemu dgn panglima negeri lain yang akan menawan negerinya.  jackie menjadikan panglima itu sebagai tawanannya,dan dia mula berangan-angan akan mendapat habuan 5 ekar tanah kerana berjaya mengangkap penceroboh.dalam perjalanan jackie utk membawa pulang panglima tersebut, byk perkara yg ditempuhi, mereka diserang oleh pelbagai pihak, tapi masing2 berjaya melepaskan diri,rupanya panglima td adalah anak raja yang diburu oleh adiknya sndiri atas sebab perebutan tahta.

apa yang menarik, cerita ini membincangkan mengenai kematian bermaruah...
bila mereka berdua terperangkap dalam 1 gua " si panglima berkata: kita mesti keluar dr sini, aku tidak mahu mati tanpa melakukan apa-apa untuk negaraku, aku nak mati sebagai seorang perwira, bukan sebagai seorang pelarian" dan atas semangat tidak mahu mati sia sia keduanya berjaya keluar..

scene lain yg menarik, adik si panglima tadi berjaya bertemu abngnya, keduanya mempersoalkan siapa yang perlu hidup utk menjadi raja, hanya seorang sahaja perlu hidup, dan dengan penuh tragis, si adik menikam dirinya sendri dan mengatakan kepada abngnya. "aku mati dalam keadaan bermaruah untuk negeriku mendapat raja yang sepatutnya."

 si jackie masih lagi tidak mahu melepaskan panglima itu, dia masih  membawa panglima itu pulang utk menjadi tawanan negaranya, dan dia akan mendapat habuan 5 ekar tanah. dan apabbila sampai di sempadan negaranya, tanpa disangka jackie melepaskan si panglima tadi agar pulang ke negaranya dan berjanji untuk tidak memerangi negaranya 10 tahun. dia rela mengorbankan 5 ekar tanah yang akan dimiliki demi menjaga kedaulatan negerinya. si panglima terharu..dan pulang dgn janji berkenaan.

scene terakhir: bila smapi di perlabuhan, si jackie dapati negerinya sama sekali telah musnah ditakhluki oleh negeri lain. dan dia merasakan dia telah kehilangan segalanya, namun dengan tekad untuk mati bermaruah, dia tetap menjulang bendera negaranya, hinggalah akhir dia sendri mati dipanah dan panji negaranya masih berdiri tegak.huhu..

sad ending tapi membawa maksud. "MATI ITU PASTI...CUMA KITA BOLEH MEMILIH UNTUK MATI BERMARUAH ATAU TIDAK. dan kita sebagai orang ISLAM..mati dalam mempertahankan/melaksanakan/memperjuangkan agama dan mati yang tinggi nilainya adalah MATI SYAHID.

kita bagai sehelai daun yang mulanya putik, mengijau, menguning dan kemudian akan gugur luruh, kan lebih baik bila kita dalam keadaan hijau, kita membiarkan diri kita dimanfaati si ulat, atau si burung. yang membuatkan kita luruh dalam keadaan mengorbankan diri utk yang lain.

nilai kehidupan kita adalah pada saat kematian kita, kita mati husnul khatimah, maka baiklah keseluruhan hidup kita. kita mati suul khatimah, maka buruklah keseluruhannya.

Thursday, September 29, 2011

meratah..hehe

sedapkan sekali sekala meratah.. klu meratah lauk selpas makan nasik..tu perkara biasa kan. tapi ada setengah orang jenis meratah yang pelik sikit.
meratah ni mmg perangai aku darik kecik sampai sekarang kecik lagik tak besaq besaq..hehe

benda yang aku suka meratah
1) MILO...kdg kdg makan kering..kdg kdg tambah sikit air bagi likat macam coklat cair..
2) SUSU PEKAT..yang ni tuang atas piring..pastu cara makan ialah jilat piring tu.comelkan..hehe
3) ASAM JAWA CICAH GULA..bayangkan muka meratah asam ni..lagi comel..hehe
 4) UDANG SEROI.. ada yg panggil udang kapas kot..yg kering dan kecik2 tu..yg ni mmg makan tanpa masak terlebih dulu..nak lebih sedap, jangan basuh.hahaha. cara makan mudah je..nganga je mulut..

cuma yg perasan..bukan setiap masa datang nafsu meratah benda2 berkenaan..pd hari2 tertentu..dan klu dtg hari2 itu..selagi tak dapat meratah..selagi tu..dok terngiur.. mujuqla benda-benda murah je.
hmm..bila ummi nadia nak berenti habit ni yea?

Wednesday, September 28, 2011

"Segmen : Blog list Dunia CMRatu"


template baru..kiut..simple..xserabut..nice sangat..  cuma bila banyak kali pandang simbol CMR tu nampak macam anjing ekor bergulung ke atas...hmm.. mungkin mata saya ni sensitif sikit kot..

" Segmen ini ditaja oleh cmratu.com dan cmratu.blogspot.com "

wordlesss wednesday#5: jangan tersilap ambil jalan

Monday, September 26, 2011

Ummi nadiyah..hehe

budak ni memang buat aku gelak besar..
hilang penat marking seminggu bila baca ayat depan page paper dia.
kenapalah baru sekarang aku sedar aku ada anak yg dah jadi budak u..hehe

Friday, September 23, 2011

Contest : Pencarian Bloglist Blog Fahuna

mai la klik ini

suka join sebab antara cara untuk memperkenalkan saya..opps blog saya ke mata dunia maya.. hujung jari yang menaip lebih cepat menusuk hati berbanding hujung pedang!!!

Ya Allah..aku mengantuk..

ya allah aku mengantuk..
pada orang lain mungkin ia satu nikmat..bagi aku pun.. tapi kalau tak kena pada tempat..kadang boleh mendatangkan malu..huhu
ada ke patut..aku duduk depan sekali delam bengkel..muka menghadap ke penceramah..tapi mata aku tidoooo..hohoho.. apa daa.. dan rakan sebelah berapa kali gerak..tapi siap boleh angguk kat dia..pastu sambung tidooooo.
Ya allah..mengantuk aku ni mengantuk yang tak patut daa..
aku tahu kalau aku di tempat penceramah tu mst kecik hati.. aku dalam kelas pun, klu ada student spesis aku..mst aku tertanya dalam diri..boring ke aku cakap. huhuhu
dalam kelas..studnt tidoo..aku tak marah..cuma koreksi dr sudut penyampaian aku..terlalu skema sgt ke..dan mula lah studnt yang tido tu jadi mangsa perumpamaan perumpamaan aku..hehe
tapi bila aku lak jd pendengar dan TIDO..aku juga kena koreksi diri sndiri..terlalu boring sgt ke.. tido dah lena..makan dah kenyang..mandi dah basah..apalah punca penyakit aku ni.. .

ya Allah aku mengantuk..dan sekarang dok taip pun..mata dah kuyu..daaaa.. zzzzzz

Thursday, September 22, 2011

BE SIMPLE BUT BEWARE!!!

simple..org yang mudah serba serbi.
cerewet..org yang susah serba serbi.
hmm ada org yang simple tapi cerewet..macam mana tu.
contoh mudah diri aku sndiri..kdg2 aku ni so simple..tauk la kat mana pun insyaallah survive..tapi ada bnda aku cerewet..terutama soal agama, nyawa, akal, harga diri dan harta benda. kalau sapa yg faham memenuhi maqasid syariah lah..
habibi lagi mudah..semua makan..ikan bilis ke..ikan rebus ke..senang bininya jamu makan..hehe. tapi bab makan kat luar dia cerewet..nak cari kedai yang comform dia solat..huhuhu.

jgn kerana kita ni simple..mudah makan apa aje..tapi soal halal haram kita tak jaga..itu kena cerewet.
kita simple boleh kawan dgn sesapa..tapi kalau ssoal amar makruf nahi munkar..tetap terlaksana.

AD DIN yusron..islam itu mudah atau bahasa lain simple..tapi jangan memudahkan benda yang perlu dijaga.
BE SIMPLE BUT BEWARE!!!!

Tuesday, September 20, 2011

angka ONG!


rasa macam nak tergelak lak.. follower blog ni 101 dr mgu lepas..tak bertambah lak..hr jumaat lepas perasan 102..tetiba hilang..hmm..apa yg peliknya 101 ni ya..org kata angka keramat..betul ke ..hehehe

ada di kalangan fahaman masyarakat yang taksub dgn angka tertentu..
ada ynng minat angka 3.. angka 7..8..dan macam2 lagi lah..tak kurang juga ada yg kata angka teertentu sebagai sial contoh.. 666. hmm..

dalam konteks angka ni..jgn igt Islam tidak menunjukkan panduan..
better kalau kita nak buat sesuatu dan ada pilihan..baik kita ganjilkan bilangan..kerana Allah suka angka ganjil.

Mengapa Allah SWT menyukai angka ganjil? Mengapa bukan angka genap? Apakah angka genap dibenci oleh Allah SWT? Allah SWT tidak membenci angka genap, tetapi Allah SWT lebih menyukai angka ganjil daripada angka genap. Beberapa hal yang menunjukkan bahwa Allah SWT menyukai angka ganjil, diantaranya yaitu:
  1. Nama-nama agung untuk Allah SWT yang disebut juga Asmaul Husna terdiri dari 99 nama, Karena Allah SWT menyukai angka ganjil. Hal ini tercantum dalam hadist HR . Buchary-Muslim, yaitu “Dan Allah memiliki Sembilan puluh sembilan nama seratus kurang satu, barangsiapa menghitungnya (menghafal dan mentafakurinya) akan masuk surga. Dia itu Witir (ganjil) dan menyukai yang ganjil .”
  2. Shalat witir selalu mempunyai angka ganjil yaitu 1 atau 3 rakaat. Shalat witir adalah shalat sunnat penutup shalat yang lain. Seperti dalam hadist Hasan diriwayatkan oleh Abu Daud dan Turmudzi bahwa Sesungguhnya Allah itu witir (esa/ganjil) dan suka pada yang ganjil.
  3. Langit dan bumi terdiri dari 7 lapis. Angka 7 adalah angka ganjil. Seperti dalam Alquran: “Allah-lah yang menciptakan tujuh langit dan seperti itu pula bumi…” (QS. 65:12), dan “Tidakkah kamu perhatikan bagaimana Allah telah menciptakan tujuh langit bertingkat-tingkat?” (QS.71:15)
  4. Nabi Yusuf bermimpi bahwa ia melihat sebelas bintang, matahari dan bulan sedang bersujud kepadanya. Dalam hal ini disebutkan angka 11 yang merupakan angka ganjil dan tercantum dalam surat Al-quran (QS.12:4).
  5. Kita tahu bahwa dalam sepekan ada tujuh hari, begitu juga dengan neraka jahanam yang mempunyai tujuh pintu dan tujuh puluh ribu tali kendali.” (HR. Muslim). Disini disebutkan kembali angka ganjil yaitu 7.
Hal-hal diatas hanya sebagian bukti bahwa Allah SWT menyukai angka ganjil. Masih banyak bukti-bukti yang lain yang belum disebutkan disini. Semua bukti-bukti itu sudah tercantum dalam kitab suci Al-quran. Dari itulah mengapa Allah SWT sangat menyukai angka ganjil. dan apalagi jom lah kita suka angka yang Allah suka.. :)

Saturday, September 17, 2011

mesti mak bangga..

mak...
mesti mak bangga kan..
tahu bakat dan minat mak turun pada anak..
ke mana kuah klu tak ke nasi..
like mother like daughter..hehe
  mak tengok la ni.. mesin jahit pertama nadia..beli cash ni..

dulu.nadia pernah cakap kan "mak ,nadia taknak keje..nak jadi macam mak..tukang jahit sepenuh masa"
dan mak marah..hehehe
so..mak jangan bimbang..
nadia jadi tukang jahit juga tapi sambilan..jahit pun keperluan sndiri je..

mak..nadia memang tak sekreatif macam mak..xpandai potong kain tanpa ukur..tak pandai reka corak sulam itu ini..tapi nadia ada satu benda yang nadia nak rasa seperti yang mak pernah rasa..iaitu kepuasan melihat apa yang kita hasilkan sendiri terutama untuk yang kita sayang..kan mak kan...

lapangkan hatiku...

ya Allah..lapangkan hatiku..
hingga kesulitan tidak bisa menyempitkan jiwa..
ya Allah..lapangkan hatiku..
hinga tiada kerisauan yang menyesakkan rasa
ya Allah..lapangkan hatiku..
hingga tiada kedengkian membisik sengketa

ya Allah..lapangkan hatiku..
hingga aku melihat segala yang ku nikmati tanda rahmatmu yang luar biasa
ya Allah..lapangkan hatiku..
hingga aku menerima segala ujian yang hadir untuk ku menjadi lebih berharga

Thursday, September 15, 2011

MAXIS bagi aku hadiah hp..!!

macam tak caya.. tapi ini memang betul-betul..bukan cobaan..hehe
tak caya..tengok ni...


pastu dgn semangat membara..pergilah aku ke maxis centre kuching pg tadi..dan alhamdulillah...
org di situ pun terkejut..aku antara berjuta pelanggan maxis yg terpilih..hehehe

dan nilah hp baru aku
hmm.. apa pun..aku tetap bersedih berpisah dgn blueberry aku..yg hancussss pada raya lepas... bak kata siti nurhaliza.." cerminku retakkkkkkk seribu"

Wednesday, September 14, 2011

" Kotak Bulat ajak tukar link"

link ni
nak masuk sbb bloglist saya masih belum penuh..dan saya juga nak memenuhkan bloglist orang lain..hehe