relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, April 23, 2018

yang penting... apa kita rasa

ada satu masa...
kita akan rasa..
aku tidak mahu lagi peduli
apa orang kata..
apa orang rasa..

sebab apa kita rasa itu lebih penting
kerana kita menjadi kita sekarang
kerana mengikut apa kita rasa...




Thursday, April 19, 2018

alahan.. rasa macam mana.. meh nak citer

dekat 2 bulan...aku dalam keadaan huyung hayang..
hanya yang pernah alaminya sahaja akan faham kenapa..
dan aku sendiri pun.. hanya ketika aku alaminya sahaja aku rasa cukup terseksa.. tapii bila sudah lepas fasa itu.. rasa xda apa.. dan sanggup ulanginya lagi.. hehe.. tak serik!

sementara masih ada rasa itu.. biar aku cerita
untuk bacaan aku juga nanti bila sudah rasa selesa
atau untuk sesiapa yang tak percaya..
atau untuk sesiapa yang nak tahu apa rasanya...

pertama...
dari segi selera
kalau hari biasa.. kita makan 2 hidangan berat, 2 hidangan ringan..
fasa ini, hanya tinggal 1 hidangan berat dan 1 hidangan ringan..
itupun kuantiti yang separuh dari biasa...

kedua..
dari segi tenaga
bila yang masuk kurang... maka tenaga juga separuh hilang...
nak bangun dari tidur pun rasa macam kena angkat beras 10 kilo..
susahnya..apa lagi dalam cuaca yang membahang..
lagilah membakar tenaga dan cepat sangat penat

ketiga..
muntah dan pening kepala
ini bukan muntah biasa-biasa
tapi muntah yang sampai keluar selagi liur pahit masam
hingga tiada lagi yang dapat dikeluarkan
di hujung tekak..xboleh silap bau atau rasa..
pasti menggelodak untuk luahkan apa yang ada..
tisulah peneman setia...

keempat..
pantang bau..pantang rasa..
ini mungkin tak lama..
tapi bila silap mencium bau.. atau tersilap lidah merasa..
bilik air atau longkanglah tempat tujunya..

kelima..
sensitif dan mudah terasa
ini mungkin kaitan hormon yang tak tentu hala
atau mungkin juga sifat mengada manja tu memang ada
cuma mohon untuk mereka yang sekeliling yang ada..
kami hanya minta difahami dan dimengerti sahaja
tak perlu anggap kami tipu auta helah semata
ini BETUL-BETUL BUKAN COBAAN


syukurlah pada siapa yang pernah rasa..
syukur juga siapa yang tidak pernah merasanya..
kerana ia semua tanda kasih PENCIPTA..
walau terseksa..tapi di hati bahagia tak terkata..
kerana akan hadir insan baru teman di dunia
anugerah yang TIADA NILAINYA...

untuk anak-anak ibu..
biarpun tika awal kehadiranmu di rahim ibu.
ibu banyak mengeluh..dan mengaduh
itu hanya sekadar luahan seorang manusia rapuh..
nyawamu lebih berharga dari nyawa ibu...
sanggup tempuhi apa sahaja jika itu bayaran untuk DIRIMU..