relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, February 29, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

jom tukar bloglist dgn saya..coz saya nak penuhkan bloglist saya dgn blog kawan kawan baru dan saya juga nak penuhkan blog list kawan2 baru dgn blog saya. hehe

Tuesday, February 28, 2012

bukan doamu yang makbul..

i minum copy di sana... dan i makan paste di sini.. :)

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah.

Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."

"Doa aku makbul seh!"

"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun
."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat note ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.

Semoga Allah redha dengan kita.

AMIN….

Saturday, February 25, 2012

kata-kata yang aku suka, dan aku abadikan di sini

" siapa yang menjaga auratnya ketika hidup, maka Allah akan menjaga auratnya ketika dia mati"

kata-kata di atas aku dengar dalam rancangan iktibar tsunami, seorang penduduk dia menyatakan sedemikian kerana dia lihat sndiri mereka yang tidak menjaga aurat ketika hidup mati telanjang dan yang menjaga aurat, mati dalam keadaan terpelihara auratnya. sama2 kita ambil pengiktibaran ini.

Tuesday, February 21, 2012

jejet...

habibi bawa balik seekor burung tekukur
yang sesat dan jatuh keletihan dalam masjid...
tengok..burung pun tahu nak beriktikaf di masjid..

aku pun letaklah nama JEJET..hehe.. sian ada luka sikit di kepala dia, mungkin terkena bilah kipas masjid.
smpai rumah, beri dia minum air..dan jejet minum dgn penuh selera... tapi esoknya..kami lepaskan..tak sampai hati menghalang hak hak asasi keburungan..hehe

Friday, February 17, 2012

kereta, minyak wangi, coklat,rokok dan ARAK LABUAN!

sapa pi LABUAN... cari 5 benda ni...kereta, minyak wangi, coklat,rokok dan ARAK
COMFORM MURAH....
tapi bagi orang Islam, yang ke4 dan ke5 tu jangan beli yea...
kereta CAMRY di sini 80K je... coklat CADBURY yang diluar RM18, di sini RM8.80 je, minyak wangi jenama **** di luar 300 lebih di sini 200 lebih je..rokok dan arak..xsure, yg sure, kandungannya tetap sama banyak menyumbang ke arah mudarat dan maksiat.

 waktu smpi di epot labuan..ini je sempat di snap...
tepuk dada..tanya selera..
tepuk handbeg..tanya duit..
err..ni bukan cuka..bukan juga minyak masak yea... ni la khamr a.k.a ARAK


pulau labuan lebih kecil dr langkawi, kalau nak pusing satu labuan setengah hari pun cukup..tenang je..penduduknya tidak kelam kabut seperti di bandar bandar besar..kalau nak dibandingkan dengan sabah dan sarawak, masjid lebih banyak didaati di sini berbanding gereja. nak dtg sini selain dr naik kapal terbang, boleh naik feri barang (2 jam)..atau bot laju (20minit) dari menambok ,sabah.


aku bersama tugu mercu labuan
aku bersama abang 'pelombong arang batu'... tak berani tengok lama-lama, takut dia kenyit mata..hehe
aku bersama bos bos besar....

hmm..walau 4 hari, 3 malam je...tapi rasa macam dah menjelajah sekitar labuan...nice moment..!

Thursday, February 9, 2012

spontaneous thursday*5:kelam kabut

buat kerja dalam kelam kabut..makin kelam..makin serabut.
buat semua kerja dalam satu masa..buat semuanya tak selesai dengan sempurna

peringatan utk diri sndiri...:)

Saturday, February 4, 2012

adegan yang betul betul xsengaja

al kisah..pagi jumaat yang mulia.
masuk kelas jap..sblm ready nak ke mes. cal la M, ajak pg sekali. dia cakap dia di studio. terus cakap kat dia, xpe akak jmput depan studio..smpi je situ sms dia; da sampi.. sekali smpe msg." akak silap tempat daa..bukan studio blok ** tapi studio di blok ^^. huhu.. ni mukadimah keje tak senonoh aku hr ni..pi menunggu tempat lain, org lain tgu tempat lain.
ada lagi..

sambung dr situ..terus kami ke mesyuarat.. bilik mesyuarat tu cahayanya samar2 romantik gitu.. aku yang bangun dr jam 4 tak tido tido, apalagi mcm dibuai dan didodoi je, mujur duduk berhadapan dgn DATO'  dan bersebelahan dengan bos aku ..terpaksa control.. klu tak sure zzzzz...  tapi menguap jangan cakap la..sekali tarik nafas, 2 kali menguap..hehe..x senonoh betul la.
ada lagi..

habis meeting, ada jamuan lunch disediakan. aku pun berkemas dan turun ke tempat jamuan, waktu makan duduk tepi bos, bos tanya ada apa lepas ni. aku jawab, nak jumpa bos jap..ada urusan nak tanya.
siap makan kami ke bilik bos bersama 2 sahabat yg lain.smpi dpn pintu, bos gelabah. kunci tertinggal la. terus dia kembali ke bilik mesyuarat td cari kalau tercicir..pastu dia meninjau di tempat makan pula. dan akhirnya dia mengalah. 'tak jumpala..habis la, ofis xboleh masuk, kereta pun tak boleh bergerak. kunci ofis tu sekali dgn kunci kereta". bila dengar bos cakap macam tu, aku dgn penuh prihatin tanya : kunci tu macam kunci saya ni ke? kataku sambil buka zip handbeg dan tarik anak kunci ku.. :
belum sempat bos aku jawab, aku dah menjerit. " eh ada satu lagi kunci. dan kali ni giliran bos aku lak jerit. "haa, tu kunci saya"
hahahahaha...kami semua kat situ tertawa. aku tertawa gak, tapi dalam hati malu ya amat... mcmmn aku boleh amik kunci bos..agaknye..dalam samar2 lampu mesyuarat tadi..tangan aku ni amik kunci kat atas meja tu sbb ingat itu kunci aku..tapi tak terakam pun situasi tu..HUHU..memalukan la..tapi ia betul betul adegan yang tak sengaja

huhu..balik cerita la kat habibi..dia kata: hmm memang pun, kat rumah ni..kalu hilang kunci, cuba cari dalam handbag..sure ada.. hehe. malu la..

Friday, February 3, 2012

takut bila dengar bacaan quran

" ustazah, apa masalah saya yea/ kalau saya dengar bacaan quran. sy takut sangat. saya ni muslim, kenapa sya takut?"
" errmm.. takut mcm mana tu..takut nak lari..takut menggeletar..takut hingga rasa benci?'
"sy xbnci, cuma ada perasaan takut dalam jiwa, tapi sya tak lari. saya terus dengar. ada orang kata ada bnda dalam badan saya. betul ke ustazah? klu ada, mcmmn nak buang?
" hmm..sy punya kesimpulan macam ni lah.. ada yang positif dan ada yg negatif. negatif, yup maybe ada sesuatu yang xsuka kamu dengar bnda tu. dan dia kuasai kamu. yang positif; itu tanda jiwa orang beriman. saya rasa, kamu pegang ia adalah positif, bila dengar ayat quran, kamu rasa takut. tenang. dan biarkan jiwa dan hati kamu berbicara. mungkin itu tanda, malaikat mengusap hatimu. :)

dan pelajar tadi hampir bergenang air matanya.

Innamal Mukminunal Lazina Iza Zukirallahu Wajilat Qulubuhum, Wa Iza Tuliyat ‘Alaihim Ayatuhu Zadathum Imananw Wa ‘Ala Robbihim Yatawakkalun.
maksudnya;
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu hanyalah mereka yang apabila disebut Allah gementarlah hati mereka dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. [Al-Anfal : 2]