relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, September 29, 2010

Univesiti Islam Tanpa Maksiat

semalam memenuhi jemputan menjadi ahli panel forum yang bertajuk ZINA,PEMBUANGAN BAYI DAN LANGKAH PENYELESAIANNYA.
ahli panel selain saya..K.A dan sorang Guru Bahasa memang orang local sarawak..
sebelum bermula forum kami berborak-borak ringan dahulu..
tetiba keluar dari mulut Guru tu..baguslah Uitm ni buat program sebegini yalah UITM..Universiti Islam Tanpa Maksiat..
meledak besar tawa dari saya dan K.A...
yang pasti kami tertawa sbb terkejut keluar alebrat Uitm sebegitu rupa...dah 2 tahun menjadi staf sini..tak pernah terfikir mcm tu.
yang tak pasti tawa saya tu...samaada. mengiyakan apa yang dia kata atau tawa sindir?!!!

Tuesday, September 28, 2010

nukilan anakanda naufal hakim...

adakalanya kita perlu mengalah dahulu


untuk berjaya.


adakalanya kita perlu menang


untuk menunjuk kebenaran


adakalanya kita perlu membangkang


untuk menegakkan kebenaran


adakalanya kita perlu bersetuju


untuk kebaikan






adakalanya kita perlu berfikir


untuk apa kita di jadikan


adakalanya kita perlu menilai


untuk mengetahui kebaikan kita


adakalanya kita perlu gigih berusaha


untuk kebaikan semua


adakalanya kita perlu berkorban


untuk orang lain






adakalanya wang bukan segalanya


untuk menggembirakan


adakalanya sumbangan tenaga perlu


untuk menggembirakan


adakalanya ilmu kemahiran hidup perlu


untuk berdikari


adakalanya pengalaman lalu penting


untuk memberi pengajaran






adakalanya usaha tidak cukup


untuk mendaki gunung impian


adakalanya ilmu sangat penting


untuk menawan puncak gunung impian


adakalanya angan-angan menjadi halangan


untuk menawan gunung impian


adakalanya kawan juga menjadi penghalang


untuk menawan gunung impian






hasil nukilan naufal hakim bin azmal zaid


hak cipta terpelihara 2010



p/s : nnti boleh warisi blog makjang ni..hehehe

Monday, September 27, 2010

kecik-kecik kita telan..besar-besar kita ditelan..

pagi td denagn penuh kemalasan bangun pagi..hujan agak lebat di luar..nak sambung tidur..walaupun xde kelas tp memikirkan banyak urusan nak diselesaikan terus bangun mengemas apa yang patut..
hujan di luar masih lebat..menjenguk ketingkap..

HAAAA! air dah sampai halaman rumah..mulalah gelabah..rasa nak siap-siap angkat apa yang patut..terutama dokumen dokumen berharga..tetiba nampak satu van "Jabatan Alam Sekitar lalu dan beberapa orang juran turut mengekori van tersebut.. seperti yang dijangkan..air surut kemudian..rupanya diorang menyetelkan parit yang tersumbat yang mungkin akan mengakibatkan banjir kilat di DESA ILMU...hahahaha...
sempat lagi bermuhasabah..bila allah nak tarik nikmat yang dia pinjamkan pada kita..air pun baloh jadi penyebabnya..
kecil-kecil kita telan dia
besar-besar dia boleh telan kita....
MASYA ALLAH!

iban muslimah

cantik tak?????




Thursday, September 23, 2010

penyokong CHARLES DARWIN...

" pada pendapat saya, persamaan kepercayaan di antara ketiga-tiga agama (Islam,Kristian dan YAHudi) hanyalah cuma kepercayaan semata-mata dan tidak logik. mana logik kepercayaan manusia ini daripada tanah liat sedangkan manusia telah dilahirkan dari tubuh badan manusia itu sendiri..........


terdapat ulasan atau teori yang lebih realistik atau logik iaitu penciptaan manusia berasal dari haiwan yang dalam keluarga monyet sehingga menjadi manusia yang nmempunyai akal fikiran yg lebih istimewa."

ayat-ayat yang memesongkan akidah di atas bukan dari saya tapi seorang student sy yang menulisnya dalam kerts ujian...sabar jelah..walaupun studnt yang menjawabnya studnt non muslim..tp nampaknya pemikirannya terlalu terpesong.. ada lagi penyokong teori yang membodohkan manusia tu.. hai anak murid sapalah..mmg cikgu dia kn brain wash guna clorox 5-6 botol...

Tuesday, September 21, 2010

kucing berjanggut

"seperti menunggu kucing bertanduk"...peribahasa yang menandakan perkara yang mustahil berlaku...

tapi kalau kucing berjanggut..
haha! memang dah ada...
JOEN..si anak kucing yang berjanggut...
sebelum ni tak perasan pun..tapi bila balik raya hari tu..nampak satu bulu memanjang bawah dagu dia..bila diperiksa..yup berjanggut..kekekeke...
JOEN kucing betina..tapi yalah..hukum haiwan..apapun tak kisah..si JOEN tetap dengan peel nya tersendiri...
jangan habaq kat orang lain no...bukan takut JOEN popular..tp takut tuan JOEN popular.hehe

fasa baru...

"assalamualaikum kak..selamat melangkah ke fasa baru"
bila baca sms yang dikirim oleh rakan sekerja...
rasa nak tergelak pun ada..
fasa baru?
tapi bila fikir fikir..yup..saya sudah melangkah ke fasa baru..dari segi fizikal dan rutin harian masih tiada yang berubah tapi dari segi emosi dan perasaan..banyak berlaku transformasi....
apa pun segala kesyukuran dipanjatkan ke hadrat Illahi


sekarang kereta dah dibooking..pemandu dah ada..tarikh serah kunci pun dah ada..dan saya sendiri sebagai co-pilot..perlu buat banyak persediaan agar perjalanan kami nanti selamat dan bersedia utk mengahadapi segala liku liku jalan...

Monday, September 6, 2010

perampok sialan di waterfront,kuching

mungkin tajuk ni kurang sesuai utk masa ini..
tapi rasa perlu utk kita sama-sama mengambil peringatan.
ini semua berdasarkan cerita yg disampaikan oleh seorang rakan saya yang menjadi mangsa rampokan...

"waktu tu..sy jalan2 utk beli kek di waterfront..tiba-tiba saya ditegur oleh seorang pakcik..gayanya ramah bertanya saya dr mana dan dia menyatakan dia dr segambut..dia menawarkan saya satu laptop murah rm400 sahaja..tertarik dgn harga laptop tu..sy mengikut pakcik berkenaan ke belakang deretan kedai berkenaan. di situ..kami didatangi oleh 2 orang lagi. seorang pemuda indonesia dan seorang lagi pakcik sebaya pakcik pertama tadi. yang saya pelik..laptopnya xde pun..ntah mcmmana..mereka bertiga duduk di sebuah meja dan terus mengeluarkan daun terup..saya bagai terpukau..turut mengikuti permainan terup mereka.. sampai saya tak sedar hp dan kad kredit sy turut dijadikan cagaran. sear tak sedar benda itu berlaku..tapi tak dapat loloskan diri..
tak cukup dgn itu..sy ditanya ttg wang di bank..dia menyatakan dia akan beri 2ribu pada saya..sbb dia menang..tapi saya kena buktikan dulu sy ada wang di bank. sy dibawa ke atm dgn menaiki teksi..disuruh mengeluarkan rm2 ribu dan sy bagai dipukau mengluarkan sejumlah wang yang dipohon.
kemudian kami kembali ke meja terup dan permainan diteruskan lagi...nasib saya baik hp dan kad kredit dikembalikan..cuma wang rm2 ribu itu..lepas ke tangan mereka.. pakcik yang menjemput sy td menyatakan..nnti untung menang judi ni..saya akan dapat extra 2ribu..dan dia akan hubungi saya utk memberi wang berkenaan. sy dilepaskan pulang..keluar dari tmpat tersebut..baru terasa saya sudah diperbdohkan..dirompak secara sedar tak sedar..cuma tidak menggunakan cara kekerasan....
ada sorang penjual di deretan berkenaan perasan dgn reaksi sunggul sy dan menegur..sy mencerita sglnya pd dia..dan dia membalas..saya mungkin sudah menjadi mangsa ke berapa puluh... "

Pengajaran...jgn cepat percaya orang!
jangan mudah tertarik dengan tawaran tawaran murah yang tidak masuk akal!

Thursday, September 2, 2010

rupa tuhan dan malaikat

semalam waktu student membuat perbentangan..
saya tertarik dgn satu gelang yang dipakai oleh seorang pelajar lelaki..

pada mulanya saya sngka gambar kartun yang ada di gelangnya..tapi rupanya gambar-gambar lain..
bila saya tanya satu persatu mengenai gambar itu..dia menjawab..
ini gambar malaikat..ini gambar tuhan..ini gambar saint..

saya hanya membalas "oooooo"..tanpa komen yang selanjutnya...
saya pelik gambar tuhan yang dikatanya..adalah gambar seorang lelaki yang disalib atau mereka gelar jesus
gambar malaikat ialah gambar budak...atau bayi..atau pari-pari
gambar saint gambat lelaki pakai jubah putih..

persoalan saya..yang sy nak mereka jawab..tapi tidaK terkeluar soalan itu..

"kenapa malaikat digambarkan dalam rupa budak atau bayi? nanti orang keliru mana satu gambar bayi atau budak betul..mana satu gambar malaikat...?
gambar tuhan pula..kenapa hanya ada jesus saja..mana dua lagi..kan kamu kata ada 3 tuhan?

terus terlintas di hati saya surah al-ikhlas..yang cukup indah dan tinggi nilainya dalam menolak setiap kemusykilan dalam mempersoalkan zat Tuhan...