relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, October 28, 2009

sushi king and terap king

minggu peperiksaan bermula..
bagi student ia amat menyesakkan dan bagi lecturer ia amat menyenangkan..hehehe..ala kami dah lalui masa menyesakkan tu dulu..
kamek igtkan bila xde kelas..xde la nak kelam kabut itu ini..tapi hmm..lebih kurang je..mungkin sebab kamek ni jenis nak habiskan keje di ofis je..sik mok bawa pulang rumah..jadi nak habiskan semua keje dlm ofis hour mmg padat.
tapi dalam cebuk2 tu..sempat lagi pi makan sushi..hehe. ini cadangan kak dayang, dia pernah belajar dan bekerja di Jepun dl. jadi dia beria2 nak ajar kami makan sushi.
ikut rasa tekak..mmg xberminat..tapi ikut kata perut..hentam sajalah. tgklaa makanan2 yang kami makan..dan juga muka gadis2 jepun celup ni...


ni set bento..kamek order..semua sedap kecuali sup nya (kamek rs mcm sup basi..tekak kamek je..org lain ok)
ni rumpai laut..campur isi ketam...SEDAPPPP
makanan bergerak..amik je..lepas tu bayar mengikut harga warna pinggan.

ada rupa gadis jepun tak ??? hehehe



 habis makan..kami singgah gerai buah..jumpala satu buah yang tak pernah kamek jumpa dan makan. buah terap. macam rupa durian..tapi berbulu kasar..kulit macam nangka..ulas macam cempedak..rasa macam koko..haha..susah nak explain..mai sini rasa sendiri.. apa pun, kamek sempat zoom in fotonya.

Tuesday, October 27, 2009

yang kita idamkan..yang kita perlukan


kita selalu idamkan sesuatu
sesuatu yang sukar dituju
atau idamkan yang bukan milik kita
kita idamkan sesuatu yang konon nampat hebat di mata
bahagia di jiwa

kita lupa kita mesti mmenuhi keperluan
sesuatu yang wajib ditunaikan
atau yang wajib berada dalam genggaman
kita perlukan ia tanda penuhi syarat kehidupan
punca utama ketenangan

dalam memenuhi yang kita idamkan..
kita mulakan dengan khayalan
kemudian berkembang dengan usaha
penghujung antara dua..
dapat atau berputih mata

dalam mencapai keperluan
kita mulakan dengan garis panduan
kemudian berkembang dengan menentukan jalan
pengujung antara dua
selesa atau derita

selalu kita kejar yang kita idamkan
yang diperlukan berciciran
yang belum pasti kita impi..
yang depan mata..kita sia

keperluan sendiri perlu dikorban..untuk keperluan yang lebih memerlukan
keperluan ramai kita utamakan,keperluan yang tersayang kita dahulukan
sebab rasanya kita kan lebih bahagia..jika kerana kita..ramai orang bahagia

Friday, October 23, 2009

lonely khatimah...

tajuk kat atas tu campuran 2 bahasa...hehe..maksudnya mati sorang diri..
petang semalam hujan renyai..habis bengkel LE15, hantar F dahulu ke flatnya. sampai depan pintu pagar..nampak ada satu blok dikerumuni ramai orang..eh..ada kenduri ke..tapi kenduri apa xde khemah..saya mula tak sedap hati bila nampak kereta polis..ni mesti ada kes jenayah.
kami parking berdekatan kereta polis..F anak jati sarawak saya min dia menyiasat apa sebenarnya berlaku. rupanya ada pnemuan mayat seorang lelaki tua yang sudah berbau. yang menyedihkan saya..dia muslim..dan keluarganya hanya berada di Kuching yang jarak hanya 20 minit sahaja.
dia mati keseorangan, bila sudah berbau baru disedari oleh jiran tetangga. ke mana ahli keluarganya..kenapa dia dibiar keseorangan di sini?
ini blok flat tu..



van polis





si mati yang telah diusung keluar..al-fatihah buat allahyarham. hujan renyai ni..tambah mensayukan perasaan dan emosi..










bukan persoalan husnul atau suul khatimah si mati ..tapi persoalan mengapa tergamak keluarganya membiarkan si mati hidup seorang kara dan mati seorang diri... sedihnya bila fikir dia tidak diperdulikan..walau sebenarnya dia punyai keluarga dan kenalan (kata jiran tetangga).
ia buat saya trfikir..dan saya minta kita semua berfikir.. kita sekarang hidup dikerumuni orang tapi saat mati kita..ntah jua seorang diri..
satu hari nanti kita tetap akan pergi.
INGAT..Esok..HIDUP, InsyaAllah..tapi MATI tetap PASTI.

Wednesday, October 21, 2009

Linda PLK dan ceritanya

semalam hari yang memenatkan..dahla malam sebelumnya tidur pukul 2, bangun awal dan pergi ofis awal untuk menyiapkan kerja2 yang perlu disiapkan. Baru teringat, petang nanti ada janji dengan Linda, saya perlu habiskan silibus, buat ujian dan dengar perbentangannya dalam masa 4 jam..maksudnya pukul4 sampai pukul 8..adoi penatnya..mata boleh jadi hijau ni. jam 4 linda sampai kat bilik. bila dia mula sampai..saya tengok mukanya letih sangat..dan dia juga tengok muka saya letih sangat..tapi disebabkan ini mgu terkhir..kami terpaksa meneruskannya juga.


apa yang saya seronok dengan Linda ni ialah kami hampir sebaya, jadi pengajaran dan pembelajaran dengannya lebih berbentuk santai..takdela serius sangat..ada je antara kami yang memulakan perbualan yang mencuit hati.  2 bab berjaya dihabiskan..ujian pun Linda dapat siapkan..tengoklah gambar kat bawah tu..betapa seriusnya dia menjawab..sampai tak sedar mamarazi amik gambar..hehehe

jam 6..perut dah menyanyi..saya ajak Linda makan dulu..habis makan dan solat magrib..kami menyambung lagi P&P. keluarlah satu cerita dari mulut Linda..katanya ini kisah rakan karibnya sendiri. Opps..lupa nak bgth, Linda ni non muslim..anak jati Sarawak. begini ceritanya...
keluarga rakannya adalah penganut kuat Kristian..yang taat dan selalu pergi ke gereja..ayahnya selalu menekankan soal ketaatan mengenai agama..hinggalah sampai satu hari, ayahnya sakit kuat yang aneh..yang tidak dapat diubati oleh hospital..seorang jirannya yang muslim datang membantu..dan dengan izin Allah..ayahnya sembuh sepenuhnya. atas keajaiban tersebut, ayahnya mendapat hidayah dan merasakan Islam adalah agama yang benar..ayahnya telah keluar dari Kristian dan mula menjalani kehidupan muslim sejati..puasa..solat dan sebagainya..ayahnya cuba mengajak isteri dn anak2nya sekali..tetapi tidk berjaya. apa yang menyentuh hati saya ialah: ayahnya tidak mendaftarkan keIslamannya secara rasmi kerana takut namanya mesti diubah dan dia akan dipisahkan dari keluarganya yang amat dicintainya..
linda tanya saya.."bolehke macam tu? boleh ke duduk serumah lagi?"
dan saya , saya gagal memberi jawapan yang boleh memuaskan hatinya. saya cuma katakan..islam tidak memutuskan hubungan silaturrahim..tapi hubungan dengan isterinya terputus akibat perbezaan agama. linda menyatakan ayh rakannya tidak mahu berpisah dengan isterinya yang memang jelita (otang Jakarta). perkara ini membuatkan saya faham dilema yang dihadapi oleh ayahnya itu "antara agama baru yang dicintai dan isteri lama yang tercinta"
satu lagi yang amat mengharukan si ayah itu berpesan kepada anaknya: nanti bila aku mati, tolong kebumikan aku di perkuburan orang Islam..walaupun orang lain tidak tahu saya sudah  lama Islam.
dalam masalah itu, saya mencadangkan supaya Linda bgth kepada ayahnya supaya membuat pengakuan hitam putih tentang keIslamannya supaya tidak akan menyusahkan keluarganya nanti.
Ya, Allah..kau membuka hati sesiapa sahaja yang engkau kehendaki dan Kau juga membutakan hati sesiapa yang Engkau kehendaki" Teapkanlah ku di jalanMu..dan sentiasa di atas landasan yang benar..Ameen..
Linda..semoga kau juga dipilih olehNya untuk kita bersama di atas agama yang suci ini.

Tuesday, October 20, 2009

makan -makan lagi...

Ahad,penghujung aidilfitri...
atas permintaan dan juga untuk turut meraikan raya puasa 6..buat makan2 lagi. panggil satu kelas dan juga budak2 surau. sabtu tanya H, berapa anggaran komfom datang, katanya dalam 20..kepala saya dah nak sediakan dalam 25 orang.. antara dua..bihun ke laksa ek.. hari tu dah buat bihun..laksa la plak..bila tepuk dada, selera kata "nak laksa...nak laksa..nak laksa"..hehe
kuah laksa dah siap sabtu malam lagi, pagi ahad bw bebudak tu tlg pi pasar cr buah2 dan ulam2..masuk 3 kedai cari pinggan polistrin..semua habis..takde pilihan..terpaksa beli tapawey..
jam 1 tak sampai pun..1.30..pun belum sampai..hai..saya dah 2,3 kali panaskan kuah ni..mana tetamunya.. jam 2..wow sekali datang 4 kereta..kelamkabut saya..mangkuk tak cukup..maka apa sahaja yang di dapur itu yang boleh menampung kuah..semua digunakan. sian betul kat bebudak tu..saya tak tahu depa semua nak mai serentak..hehe
alhamdulillah..bila dikira anggaran 30 orang..yang tak pernah nampak muka pun ada..ex-student pun datang.. yang ulang makan sampai 3 kali pun ada.. makan je..saya memang suka sangat tengok orang makan masakan saya.



tapi..ada dua kelas lagi saya berhutang nak jamu mereka..maaf ek..tak dijemput dalam senarai ahad lepas..saya takde periuk besar..nanti turn kelas korang lak..TUNGGU!

Friday, October 16, 2009

glemer raya...

laa...raya sik habis agi.
bila kepala penuh dengan tugas carrymark student..dah memang selalu terlupa hari dan tarikh.hehehe

tadi Ofis buat jamuan raya dengan tema : Glemer Raya.
bab rezeki memang sik mok tolak..jimat belanja lunch hari tok..
dari pagi dah  pening mengujian lisan bebudak. ada yang bagus jawapannya, ada plak, lain ditanya,lain dijawab..dengan wajah penuh konfident lak tu..hehehe.
jam 2.30 masuk dewan..ala..buffet ke..tak glemer pun.....susun kerusi je..takde meja bulat..orang2 lama kata..tahun lepas grant habis habisan..tahun ni bajet sikit kot..xpe la..asalkan makanan cukup sudah.
lagu raya memang wajib la..kuat muzik dari suara penyanyi..ada cabutan bertuah..dan saya memang dah tahu tak akan pernah nak kena.

time makan,time yang ditunggu...makanan walaupun sik glemer mana..tapi bila jumpa lemang..terubat mengidam.


anugerah ratu glemer dan raja glemer pun ada...
uhh..walaupun saya tidak dipilih..namun saya tetap paling glemer di hati saya sendiri...kekekeke



"selamat hari raya Aidilfitri buat semua anak Adam"

Tuesday, October 13, 2009

lundu @ LONDON

last week le lundu...
sebelum ke lundu lagi saya memang dah excited habis...program2 outdoor ni..mmg saya suka..tambah di tempat yang memang tak pernah menjejakkan kaki..betul2 mengujakan..dalam kepala dah terbayang mcm2 rupa bentuk tempatnya..yang difikir bukan pengisian program tapi tempat program..isk..isk ..isk...
pg sabtu..jam 8.30..pi amik 3 student nak tolong masak..alhamdulillah..dalam kekalutan..dalam keadaan tunggang terbalik itu ini..siap juga beberapa jenis masakan utk dibawa ke london..opss..lundu..
jam 2 bas sepatutnya bertolak..tapi 2.30 baru berjalan. dari awal sy jangka akan tidur keletihan sepanjang perjalanan..tp  tidur tak menjadi..permandangan mengasyikkan..yang saya paling suka tengok ialah nama-nama jalan.. pelik2 dan ada yang memang buat saya ketawa kecil sorang2..contonhnya nama kg sitonggang ,kg sitenggang, kg stungkor... kalau korang perasan nama tempat di swak ni kebanyakkannya bermula dari huruf S..ntah apa ke sebabnya.. bayangkan kalau nama tempat di perlis bertukar semua berml dgn huruf P.. Pongor kudung, Pangar, Pambun Tulang, Pejawi..hehe..kelakar..kelakar..
jam 4.30 smpe..2 kali turun naik bas sebab silap tempat..siannya kat bebudak ni..dan yang paling kesian abg2 driver..apapun alhamdulillah sampai.
malam tu..selesai makan apa yang patut dan tak patut (apa tidaknya yang patut disimpan untuk esok..malam ni semua dah kena bedal) hujan lebat mencurah2..air pasang..menakutkan juga..dengan petir dan kilat..dalam hati jgnlah taufan palma beralih arah ke lundu ni..kami semua berniat baik..
habis program pengenalan dakwah oleh ust azhar..mata dah mengantuk sangat.. terus tertido..dengan nyenyak senyenyaknya..
esoknya yang best..berbeque..kat sini nampak kerjasama antara satu sama lain..aktiviti yang mmg meraptkan hubungan..student yang sy tak pernah mengajar pun di sini, di sini peluang kita boleh bergurausenda..( baru korang tahu ustazah korang ni nakal..hehe)

yang menarik dan tertarik  di lundu ni...banyak benda yang saya pelajari secara tersirat...dan di sini juga saya jumpa sorang student yang sy memang perlu mencarinya sejak 6 bulan lalu...Thanks Allah..
apa ke fesyen possing bebudak ni...hmm..apa pun nice picture untuk diabadikan dalam blog ni.

perjalanan balik..dalam hujan lebat..alhamdulillah selamat sampai...
LUNDU...panggillah daku lagi..daku sudi menjadi pengunjungmu...

Tuesday, October 6, 2009

pmr-al Amin..dalam ingatan

malam memang masa yang Allah peruntukkan untuk kita rehat..dan mlm tok..sedang kamek berehat di singgahsana kamek..satu cal yang tidak dikenali memanggil.
"muallimah>.".. panggilan yang sudah lama kamek rindukan..tak lain tak bukan mesti dari salah seorang student al-Amin.
"ana M..., ..." pendek citer..panggilan tersebut dari salah seorang banat yang akan menduduki PMR esok..
kamek benar2 terharu..dia masih ingatkan kamek sebagai seorang guru yang pernah mengajar dirinya dalam Form1 dan Form 2. cuma tahun tok, kamek jauh di sini. perbualan kamek dengannya telah membuatkan kamek hampir menitiskan air mata kerinduan.. benar duhai student2 al-Amin yang pernah menjadi pelajar kamek..kamek amat rindukan kitak semua.
al-Amin..merupakan satu tempat yang bagi kamek cukup istimewa..amat istimewa..di situ..kita akan mendapat sesuatu yang amat kita perlukan..dan walaupun kamek di Al-amin hanya dalam 15 bulan..ia menimbulkan satu kesan dan kenangan yang tak mungkin kamek padamkan dalam ingatan.
di situ kamek mengajar..tapi jua belajar.. di situ kamek berkongsi gelak,gurau,cerita,dan ada juga antara kita yang berkongsi airmata. buat bekas student2 kamek : mcm yang kamek pernah katakan..."walau mungkin hanya sepatah huruf yang kamu belajar dari saya..kenanglah saya..doakan saya..dan panjangkan ilmu tersebut semoga bersama kita berkongsi amal jariah tersebut."
kepada calon PMR dan SPM, saya doakan kamu semua dari jauh..."belajar bukan untuk dipuji bijak..tapi untuk mengetahui yang hak!'
kepada tenaga pengajar al amin tak kira sek ren atau men: terima kasih atas segala memori kita bersama..maaf salah silap. bila dengar boria..igtla nadia yea..hehe(kenangan kem bina sepakat port dickson 2008)
P/S: harap sangat ada rombongan kelas datang ke sarawak buat lawatan! hehe

Monday, October 5, 2009

rumah terbuka 1 malaysia

4 Oktober,rumah terbuka abah. Sedihnya...anak sendiri tak dapat datang. Waa Waa!!! kalolah saya ni superwoman...ataupun gelpren superman..boleh terbang balik kampung sekelip mata.
tapi takpe..saya pun dah buat rumah terbuka yang terhad..hehe. maksudnya adala juga buat jamuan..jemput orang datang rumah makan. permintaan nak datang rumah tu ramai..tapi saya pandai2 la aturkan masa..mana boleh serentak datang.. oleh itu buat student2 tersayang..sory..jikalau ada yang dijemput betul2..atau yang dijemput2 ayam. jumaat lepas, alhamdulillah tuhan izinkan 1 group datang rumah, jumaat xde kelas, jadi boleh prepare sikit2. buat bihun soto..thanks aya..nadia culik ayam aya sampai licin semua nadia kebas.hehehe .oh ya..bukan nak citer pasal kesedapan bihun sup saya..haha..tapi nak citer pasal tetamu2 saya tu.. diorang semua 5 orang..yang ajaibnya..ntah mcm mana boleh muat viva saya tu.pandai diorang lenturkan diri. bebudak ni semua non muslim..dan yang menarik di kalangan 4 kaum yang berbeza iatu bidayuh, iban, visaya dan melanau. hmm..masti bangga PM tahu ada rakyatnya yang mengamalkan konsep 1 Malaysia. saya sendiri tertarik dengan keunikan negeri ini..27 kaum dengan perbezaan budaya, bahasa dan kepercayaan. saya tanya,mcm mana nak kenal mana satu kaum A, mana satu kaum B..kalau di semenanjung, sekali tengok dan kenal, ini India, ini Cina.. jawap diorang..memang kami sendiri pun tak kenal..tidak ada yang banyak perbezaan dari sudut fizikal..kn pndai2 tilik la..waduh waduh..kamek ada belajar ilmu tilik tapi tilik kaum, kamek belum khatam!
apapun..saya dapat rasakan betapa hebatnya Tuhan..Dia menjadikan kita berbilang kaum...berbilang bahasa..berbilang budaya adalah untuk kita saling kenal mengenali..saling memahami..saling bantu membantu..dan yang paling penting..kita jangan nak sampai konsep 1 malaysia saja..tapi kita kn menjadi UMAT YANG SATU...yang menjadi kebanggaan Nabi Muhammad.

(gambar ikan di atas, tidak ada kena mengena dgn bihun sup..ini gambar yang dirakamkan di tebing sungai Johor...depan kedai makan..sampai sekarang saya pelik..apa dalam mulut ikan2 tu.sapa2 boleh tolong bagi jawapan...)