relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Thursday, April 18, 2013

saya bukan pengedar gambar lucah...

alkisah..bila di bilik,mmg tak dengar klu hp menjerit2 di ruang tamu.. tambahan lagi kalau sibuk dgn si muhammad...memang jadi pekak badak bersumbu sumbu lah..hehe

bila tgk hp..ada 7 miscall..nombor yg tidak dikenali .. aku takut ia berkaitan dgn exam atau urusan keje. aku dgn senang hati membuat panggilan.. panggilan pertama dijawab oleh seorang lelaki.. bila aku tanya: tadi ada cal no ni kan? dia terus letak.. pelik..
aku cal kali kedua.. seorang perempuan pula menjawab . bila ditanya kenapa cal saya. dia balas ; kenapa awak hantar gambar xsenonoh pada saya. banyak keping.."
" haa... gambar apa?'
" gambar lucah"
' eh..xdelah.. sy nak buat apa mcm tu..simpan pun tidak..apalagi nak edar merata"

dan dia minta maaf..sbb mungkin berlaku penganinayaan pada no saya..

huhu.. igtkan orang politik je akan jadi mangsa fitnah.. aku yang suci berdebu ni pun nak kena juga..

Wednesday, April 17, 2013

falsafah kamek pun #2 caci maki

dengan mencaci maki..
orang memang akan memandang rendah pada yang dicaci
dan orang juga tidak akan memandang tinggi pada yang memaki..

Sunday, April 14, 2013

sabar sampai bila bila...

pengalaman dari seorang kekanda..

dia baru dipindahkan semula ke semenanjung..dapat pula di negeri kelahirannya sendiri.. setelah 10 tahun di negeri orang..maka ia anggap ini adalah satu perkara yang amat melegakan..

yelah.. di negeri orang..yang jauh merentasi laut cina selatan//yang hanya boleh melalui ruang udara.. yang bukannya boleh pulang suka hati dan sampai sekelip mata.. semuanya memerlukan wang yang banyak..dan masa yang panjang..

di negeri orang itu..dia berjaya hadapinya dengan penuh kesabaran.. sabar dengan cara hidup, cara fikiran..cara dialek dan cara pengamalan agama yang berbeza..
dan bagiku..kesabaran itu sudah terbayar dengan menikmati suasana baru yang cara hidup, cara fikiran, cara dialek dan cara pengamalan agama yang sama... tapi...

" akak igtkan..di ***** dah cukup teruk dan dah cukup sabar.. tapi rupanya tempat baru akak ni.. lebih memerlukan kesabaran akak yang lebih tinggi..."

hmm...kata kata itu buat aku terfikir.. ujian Allah ni di mana -mana..
 orang lain tak rasa apa ujian yang kita rasa..dan kita juga tak rasa apa ujian yang orang lain rasa.. kan adil tu..
ALLAH MAHA ADIL...

Tuesday, April 9, 2013

falsafah kamek pun#1 maaf

'maaf ' tidak mengubah apa apa yang sebelumnya
tapi mengubah sesuatu yang selepasnya

Wednesday, April 3, 2013

Tuesday, April 2, 2013

pengetahuannya hebat..moga dia kembali

sekarang..saat ini..saat aku menaip ni.. 2 april jam 1015am, aku berhadapan dgn seorng pelajar bukan islam yang terpaksa ambil paper islam. paper aku.
kenapa dia kn amik..coz asalnya dia Islam..tp bila mak dan ayahnya bercerai..dia ikut ibunya kembali ke agama asal..kristian..dan dia dibesarkan dgn didikan kristian..hanya nama Islam dalam icnya  sahaja tidak bertukar.

so..1 jam kami berbincang soalan soalan kemungkinan keluar ptg nnt.. aku nak sangat tanya dia kenapa dia taknak Islam pada hakikinya? tapi sbb nak menjaga hubungan dan menjaga keselesaannya di hadapanku..aku pendamkan..sikit sikit aku menceritakan tentang kelebihan islam...
dan pengetahuannya hebat... hebat jika dibandingkan dengan rakan rakan muslim seangkatannya..

soalan yang 2, 3 kali dia tanya : bolehtak..orang bukan Islam masuk syurga? kejap dia sebut buddha..kejap dia sebut hindu..

aku rasa dia nak menyentuh mengenai dirinya....

aku menjawab secara ringkas.. islam dan imannya seseorang pada akhir hayatnya... mungkin dia lahir dan membesar bukan islam..tp kalau dia mati dalam iman dan islam..dia dikira ahli syurga begitu juga sebaliknya.

soalan soalan lain : ustazah, sy ada kawan..dia tak tahu dia agama apa..tapi dia cukup hormat dgn agama islam..bila azan dia hormat..bila org solat dia hormat.. masuk syurga tak?

dan soalan ini aku rasa juga adalah ttg dia ( org tua dah dapat baca yang tersirat..hehe)

moga allah beri hidayah dan beri iman dan islam padanya sebelum mati...
serbelum dia keluar..dia ucap assalamualaikum padaku.. dan ku jawab salam tanpa ragu..kerna ku tahu dia ISLAM pada keyakinannya..cuma konfius pada pemikiranya yang membuatkan dia tak tentu dalam amalannya.

Ya Allah..moga dia kembali kepadaMu...