relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, April 2, 2013

pengetahuannya hebat..moga dia kembali

sekarang..saat ini..saat aku menaip ni.. 2 april jam 1015am, aku berhadapan dgn seorng pelajar bukan islam yang terpaksa ambil paper islam. paper aku.
kenapa dia kn amik..coz asalnya dia Islam..tp bila mak dan ayahnya bercerai..dia ikut ibunya kembali ke agama asal..kristian..dan dia dibesarkan dgn didikan kristian..hanya nama Islam dalam icnya  sahaja tidak bertukar.

so..1 jam kami berbincang soalan soalan kemungkinan keluar ptg nnt.. aku nak sangat tanya dia kenapa dia taknak Islam pada hakikinya? tapi sbb nak menjaga hubungan dan menjaga keselesaannya di hadapanku..aku pendamkan..sikit sikit aku menceritakan tentang kelebihan islam...
dan pengetahuannya hebat... hebat jika dibandingkan dengan rakan rakan muslim seangkatannya..

soalan yang 2, 3 kali dia tanya : bolehtak..orang bukan Islam masuk syurga? kejap dia sebut buddha..kejap dia sebut hindu..

aku rasa dia nak menyentuh mengenai dirinya....

aku menjawab secara ringkas.. islam dan imannya seseorang pada akhir hayatnya... mungkin dia lahir dan membesar bukan islam..tp kalau dia mati dalam iman dan islam..dia dikira ahli syurga begitu juga sebaliknya.

soalan soalan lain : ustazah, sy ada kawan..dia tak tahu dia agama apa..tapi dia cukup hormat dgn agama islam..bila azan dia hormat..bila org solat dia hormat.. masuk syurga tak?

dan soalan ini aku rasa juga adalah ttg dia ( org tua dah dapat baca yang tersirat..hehe)

moga allah beri hidayah dan beri iman dan islam padanya sebelum mati...
serbelum dia keluar..dia ucap assalamualaikum padaku.. dan ku jawab salam tanpa ragu..kerna ku tahu dia ISLAM pada keyakinannya..cuma konfius pada pemikiranya yang membuatkan dia tak tentu dalam amalannya.

Ya Allah..moga dia kembali kepadaMu...

1 comment: