relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, May 31, 2013

pa&ma jun2013-muhammad ada di m/s 30. hehe



keluar majalah anakda ni.. hehe.. sapa yang tak beli majalah pama bulan jun..
artikel si muhammad ni ada di sini :-


KU SANGKA KECIL…RUPANYA BESAR!
Berkahwin akhir 2010, 2011 kami masih belum dikurniakan rezeki anak, Alhamdulillah Mac 2012, aku disahkan hamil 6 minggu. Syukur sangat, seperti ibu ibu yang lain ,aku juga mengalami alahan bau sabun, bau tandas, muntah muntah, lemah badan, hilang selera makan dan cepat moody.  Kebetulan aku dan suami sedang buat persiapan untuk mengerjakan umrah awal Mei. Walaupun masih dalam alahan dan lemah badan, 2 minggu di tanah suci dapat ku lalui dengan pertolongan Allah. Doaku agar aku tidak mengotorkan rumahNya dengan muntah makbul. Kalau di hotel atau ketika dalam perjalanan ke masjid, pasti muntah atau loya loya. Tetapi jika di dalam masjid, keadaan terkawal, inilah mukjizat air zamzam. Aku pernah bermimpi aku mengerjakan umrah bersama suami dan seorang lagi lelaki yang begitu rapat denganku, terus ku terdetik anak ini mungkin lelaki.
Sepanjang pemeriksaan aku lakukan di hospital swasta, bukan sebab banyak duit pun, tapi sebab malas nak menunggu lama dan kerana aku suka melihat perkembangan bayiku di skrin setiap pemeriksaan. Alhamdulillah tiada masalah, setiap pemeriksaan pasti ku bertanya berapa berat janinku teruatama di trimester terakhir. doktor memberitahu perkembangan bayiku baik, tidak terlalu besar dan tidak terlalu kecil. Moleklah denganku yang beratnya  46 kg sebelum hamil dan akibat alahan beratku turun hingga 42 kg. minggu ke 37 ketika pemeriksaan, beratku  hanya 48kg dan bayiku menurut jangkaan doktor seberat 2.5kg. Doktor siap puji lagi, pandaiku jaga badan hingga tiada kenaikan berat ketara, senang nak dapatkan bentuk badan asal katanya.
Awal minggu ke 38, aku rasa air keluar. Malamnya aku sudah gelisah ketika tidur, rasa sakit di bahagian ari ari dan pinggangku sudah tidak boleh duduk lama. Terus selepas subuh kami ke hospital. Bila periksa bukaan baru 2cm. Seharian menunggu bukaan baru 3cm, doktor pecahkan air ketuban dan aku disorong ke bilik bersalin. Dari jam 8pagi hingga 5 petang, bukaanku hanya 4cm, sedangkan aku sudah letih menahan kesakitan. Akhirnya doktorku membuat keputusan untuk membedahku kerana melihat nadi bayiku makin lemah, dia tidak sanggup mengambil apa apa risiko jika terus menunggu bukaan 10cm. Aku dan suami agak keberatan pada awalnya, tapi apabila dinasihati doktor,kami akhirnya akur.
Tepat 5.22pm tanggal 22 Oktober, 2012 lahirlah puteraku. Mendengar sahaja tangisannya, aku rasa aku bagaikan berada di syurga. Hilang segala sakit dan kerisauan. Ketika bayi dibawa keluar untuk dibersihkan dan diazankan oleh suami, doktorku datang memberitahu, “Nadia, biar betul! Anak u besar.. 3.55 kg. nanti saya suruh timbang lagi sekali. Silap kot. Patutla dia susah nak keluar. Maknya kecil, anaknya besar.” Jangankan doktor, aku juga terkejut. Jangkaanku anakku paling berat pun sekadar 2.7 atau 2.8 sahaja, tapi 3.5 naik 1kg dari pemeriksaan minggu lepas.  
Kalau dilihat padaku dan suami, kami kecil sahaja, bayiku mungkin mengikut baka tokwannya yang tinggi. Dan hingga sekarang, walaupun baru 2-3 bulan, orang mesti menganggap dia sudah 5-6 bulan. Apa pun syukur Alhamdulillah atas kurniaanNya yang tidak ternilai ini. 

Wednesday, May 29, 2013

Tuesday, May 21, 2013

kaluit..

kaluit sungguh la.. bila semua last minit..dan overdue!
hahaha.. waktu tu rasa tak  cukup masa..
buat apa pun tak kena..
klu sebelum tu.."takpa..takpa"
la ni dah "padan muka"

peringatan..peringatan..peringatan..!
rasa dah selalu jadi macam ni..
dah beringat banyak kali..
tapi tetap jadi..
yang bestnya..bila waktu macam ni..
keja seminggu..siap sehari..
yang dicari tak jumpa..
yang lama hilang dijumpai..
klau urusan dunia macam ni..
rasa boleh counterback lagi..
harap tak jadi urusan akhirat..
takde change patah balik lagi...