relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, June 29, 2013

memory paling awal dapat diingati..

bila si kecik dah pandai 'mengemas'  dan 'menyusun 'sekarang ni..
terjumpalah gambar2 gambar lama...
yang mengembalikan memory ibu ke zaman sebaya si kecik...

gambar tu waktu aku menetap di taman melewar...
umur tak sampai 2 tahun...
aku cuba memerah otak..mengingati masa itu...
31 tahun yang lalu.. dan hampir berjaya..
walau tidak keseluruhan..
tapi susun atur rumahku kala itu..
bilir air tingkat atas yang ada tab mandi..
tingkap bilik emak yang abang selalu panjat keluar
masih terbayang di mata dan minda..
aku masih ingat..dan bagiku ingatan itu terlalu mahal
kerana ia memory paling awal yang dapatku ingati...

selepas berpindah ke ipoh..taman lapangan terbang.. ingatan memory makin banyak..
paling jelas ketika umurku 4 dan 5 tahun..masih ingat beberapa kejadian
dan kejadian2 itu adalah samada '1st time' 'paling manis' 'paling pahit'

aku bukan saja mengingati memory memory tertentu..
tapi aku juga ingat apa yang aku fikirkan kala itu..
hingga tertanya "kenapa aku boleh fikirkan sebegitu..semuda umur itu?"
"kenapa aku boleh rasa perasaan itu..semuda umur itu?"

dan bila ku memandang anakda..
aku bagai melihat "aku" padanya...
mungkin dia akan simpan memory apa yang dia lalui sekarang..
mungkin dia akan ingat apa yang dia rasai kini..
dan kini mungkin dia sudah fikirkan sesuatu yang mengjangkaui umurnya...!

Wednesday, June 26, 2013

Friday, June 21, 2013

mencelikkan hati..

suka dengan segmen "CELIK HATI" Prof Dr muhaya..


terutama tentang penanaman minda positif dan penyingkiran minda negetif..
beliau suka guna istilah keladak ...dan jernih..

satu yang aku boleh quote di sini..
" orang yang selalu dikeji..tidak akan mudah memuji"
"orang yang tinggi harga diri..akan sentiasa menghargai'
" orang yang rendah harga diri..akan selalu merendahkan"

huh.. dan di kala ini..
bila dibebani dengan masalah "orang"...
aku jadi hilang selera makan.. nak senyum pun masam ja.. nak tido..tak dapat
aku ngadu pd habibi...
semuanya negetif + negetif + negetif

dan aku 'dicelikkan' oleh habibi..
cuba fikirkan yang positif...jgn salah buruk tentangnya...
ada salah kita, terima dan bertanggungjawab atas kesalahan sendiri..

dan bila aku mencelikkan hati....
selera makan datang..dah boleh senyum semanismanisnya..haha
haa..tu belum setle masalah lagi tu..

kuasa minda dan hati kan?
 bila reset je minda dan jiwa..terus memberi kesan segera pada tubuh badan kita.
patutlah... orang yang jiwanya besar, masalah2 nya semua jd kecil..:)


Tuesday, June 18, 2013

paling HEBAT dan terBAIK di mata dan hatiku...

dari lahir.. aku mula mengenali mereka..
paling rapat denganku.. 
paling sayang padaku..
paling banyak mengajarku..
paling banyak sabar denganku..
paling banyak tahan karenah dan perangaiku..
paling banyak memperbaiki kelemahanku..
paling banyak menggalak kebolehanku..
paling banyak mengajarku untuk hidup
paling banyak mengajarku untuk bahagia
paling banyak mengejarku untuk berdikari
paling banyak memahamiku
paling banyak mendoakan aku....

mereka ialah EMAK dan ABAH...
paling hebat dan terbaik di mata dan hatiku.. 

selamat hari bapa ABAH.. selamat hari lahir EMAK...


Thursday, June 13, 2013

bila jam diawalkan...

minggu ni minggu 1st kuliah sem ni..
dari sudut persiapan walau pun tak 100% tapi xdalah bawah 50 %..
 setakat pagi ni..bila aku masuk kelas..mesti studnt tercengang2..

kelas pagi tadi baruku ditegur..setelah mereka terkejut lihatku masuk kelas kelam kabut..
" awalnya madam.."  "haa, eh..jam saya dah 8.05am.." jam kami baru 7.50"

hehe..rupanya jamku 'diawalkan' oleh siapa ntah.. aku suspek habibi..hehe

hmm..bila masuk awal..keluar pun awallah kan..:)

Wednesday, June 12, 2013

Saturday, June 1, 2013

lain kali jangan main2 sebut babi ...

alkisah.. xhabis cuti2 pru13 di kampung.. sambung lagi di sarawak ni, walau berulang kali di sms oleh rakan sekerja supaya datang uruskan sesuatu di pejabat.. aku terpaksa menolaknya dengan baik.. lagipun cuti dah diluluskan..hehe

ini kali kedua aku ke taman negara bako.. salah satu taman negara yang terdapat di negeri Sarawak ni. kali pertamma dulu pergi waktu 'sorang'.. sekarang 'bertiga'..

yg best nak ke sini kena naik bot.. tambangnya dibayar siap siap pergi dan balik..xkira masa.. bila nak balik call je,..nnt dia datang ambik..
uhh..mmg tak  menjaga keselamatan... ambil ringan je..penjaga bot ni..walau ada jaket.. disuruhnya bumbung bot yang pakai..bukan penumpang.. maka tak herat kes kejadian di belaga baru2 ni boleh berlaku.. :(

bila sampai...terpulanglah pada kita nak ke mana.. ada banyak tempat di pulau ni utk diterokai.. yang istimewa di sini ada monyet hidung panjang....


waktu sampai..aku sebagai pemandu pelancong pun cakap.. : "kat sini banyak binatang..kalu nasib baik..mcm2 binatang kita boleh jumpa.. babi hutan pun ada..hehe"

dan mulutku yang manis sangat..eh masin sangat... baru 5 minit berjalan si BAB1 muncul di tengah jalan.. anak la...kecik je.. kami berundur dan kembali ke pengkalan.. aduh.. mcmmn nak masuk ni.. bila sampai pelancong lain yang agak berani..kami menyusup2 di celah2 mereka utk melalui BAB1 tadi..hahaha

dan kami pun pasangla khemah.. makan2 roti canai bekalan.. ada juga cafe disediakan di sini...belilah air bandung membasahkan tekak..

lepas makan..ngantuk la plak.. si muhammad ni dah mula nak minta susu dan minta ditidurkan.. adik aku dan suami dia nak jalan2.. habibi nak ikut sekali.. maka tinggalllah aku dengan si muhammad berdua dalam khemah nan indah di tepi pantai nan permai..

aku terlelap kejap..terdengar ada satu suara lalu di sebelah " cantiknya khemah..baik baik..babi hutan lalu lalang di sini..takut berkhemah dgn babi lak kang"
aku hanya tertawa...sbb aku ingat dia hanya mengusik.. namun smpat juga aku terfikir..kalaulah ia menjadi kenyataan..rasanya aku hanya sempat larikan muhammad je.. yang lain lantaklah kau nak sondol encik babi oi..

dan bukan saja mulut aku masin.. fikiran aku pun masin gak..tertiba nampak nyong nyong seekor BAPAK BAB1 berjalan menuju khemah.. wah besar tu.. apalagi.. terus dokong si muhammad..lari.. sempat capat hp saja...

aku smpat lari nyorok belakang sebatang pokok..dekat dgn cafe dan xjauh dr khemah.. si BAB1 tadi datang tepat pada khemah.. dan roti canai dan air bandung yang aku letakjkan d pintu khemah tadi..habis disondolnya.. OHHHH...

aku menggeletar.. cal habibi dan adik aku..xdapat..line xde..mungkin dah masuk jauh dalam hutan.. HUHUHU...cedihnya.. ada beberapa mat saleh yang menjadi penonton situasi itu..siap rakamkan lagi kejadian yg berlaku.. aku je tak rakam..sbb hp berkamera..habibi bawa dgnnya.. sedih..tapi tak putus2 berdoa jgnla habis harta benda dalam khemah tu.. i pad adik ipar aku ada dalam tu.. pakaian dan nestum muhammad pun ada dalam khemah tu..

habis roti canai  dan air bandung.. BAB1 tadi masih xpuas hati dia mula pusing ke khemah.. dia gigit pintu khemah dan goyang2kannya.. yang aku pasti..badannya masih di luar khemah..dia xmasuk dalam.. khemah aku bergoyang2 bagai dilanda ribut..

dalam suasana genting tu..datangla 2 orang pembawa bot menghalau BAB1 tadi.. dia siap tolong bawa barang2 ku ke pondok wakaf yang berdekatan dan lipatkan khemah..
syukur atas pertolongan yang dihantar oleh Allah..
sempat aku berbual dengan salah seorang mereka.. katanya: sekarang ni babi2 ni daah terlalu manja dgn orang.. dan tak takut..dan ikut sedap je mana dia nak lalu.. monyet lagilah..siap ada yang cederakan budak lagi. pagi tadi..seekor monyet tarik beg seorang pelancong yg sedang makan di cafe..

huhu..dan waktu dia cakap tu.. aku nampak seekor monyet tak jauh dari kami.. dan BAB1 yang td seekor dah jadi sekeluarga datang berlegar legar di kawasan itu.. huhuhu.

waktu aku dan muhammad di tingalkan berdua di pondok tu.. aku berdoa agar monyet dan sekeluarga babi itu tak naik atas pondok.. dan mereka hanya sekadar menyondol dinding dan tangga pondok..huhuhu (tak pandai nak gambarkan suasana dikepung haiwan mughalazah..)

dalam setengah jam kemudian..habibi, adik aku dan suaminya turun.. aku pun citerla... dan kata mereka "patutla.. kat atas puncak tadi nampak babi2 kat pantai..tak nampak plak khemah"

ni salah sekor yang sempat disnap...

aku dah fobia dengan BAB1.. taknak sebut sebarangan dah lagi kalau datang ke tempat2 macam ni.. huhuhu.
lain kali jangan main2 sebut babi.......