relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, March 8, 2019

Mulut tak dak insurans

Menegur..dan bertanya tu bagus..
Tapi kalau soalan yang boleh mendatangkan marah... atau menyakitkan hati... maka baik diam...

Tak payahla.. kerana nak jafi modal berbual.. kita tanya soalan soalan yang berbentuk sensitif...
"Dah kawin berapa lama, anak xda lagi ke?"
"Suami gaji berapa, awak gaji berapa?"
"Dulu nampak cerah, kenapa makin gelap ni?"

Aduiiii... tolong nak tanya tak salah.. tapi jangan tanya soalan soalan yang tak sesuai jika bulan dia yang buka cerita dahulu.. tentang jodoh..anak anak, bentuk badan, penyakit dan soal kewangan.

Share sikit..minggu lepas pi kenduri.. duduk la dengan anak anak.. siap suapkan anak anak makan lagi. Datangla sorang laki pangkat ayah ayah ni..datang senyum dan tegur aku, " cucu ke anak ni?"

Kau rasa...apa ku rasa...
Hahaha

Sunday, March 3, 2019

kisah banduan akhir

sangat terkesan bila mendengar kisah benar dari seorang bekas pengawal penjara mengenai kisah seorang banduan akhir.

alkisah banduan ini dari negeri *****.. bekerja sebagai pembawa van kilang. isterinya ada berhutang dengan seorang penjual barang yang berjaja dari rumah ke rumah. satu hari atas sebab bergaduh tentang bayaran, si isteri tadi terbunuh penjaja itu. bila si suami pulang ke rumah, mereka sepakat untuk membuang mayat si penjaja di ladang kelapa sawit. malangnya mayat tersebut dijumpai dan mereka didakwa. si suami mengambil keputussan untuk mengaku kesalahan membunuh itu kerana memikirkan nasib anak mereka yang masih kecil dan memerlukan ibunya.

pendek cerita, hukuman gantung sampai mati dikenakan ke atas si suami. Sedang si suami berada di bilik akhir, sampai berita padanya si isteri mohon fasakh kerana mahu berkahwin dengan lelaki lain.

sedih .. kerana pengorbanannya disia-siakan. dia akui memang bukan menyuruh isterinya setia selamanya tetapi biarlah dia sudah tiada lagi di dunia ini jika mahu berkahwin lagi.

bila aku dengar kisah ni teringang ingang di telinga lak lagu ni...


Sayang… aku kau lupa
Aku kau luka
Tanpa kau sedar

Sayang … selamat tinggal
Aku kan pergi buat selamanya


baru betul kena situasi di atas dengan lagu tu..kan?

Thursday, February 21, 2019

isu tabu yang dibawa dalam filem PADMAN

banyak isu tabu yang susah nak dibicarakan secara terbuka dan umum.. kononnya menyalahi adat. kalau perkara yang menyalahi agama, saya sangat hormati malah ia dibenarkan jika membawa  kemanfaatan.

semalam tengok filem PADMAN, filem Bollywwod lakonan Akashy Kumar.

kagum betul usaha dia, menghapuskan ke'tabu'an masyarakat dia pada masa itu tentang haid wanita dan penggunaan pad/modes.

masyarakat dia sampaikan meletakkan perempuan haid di luar rumah sampailah perempuan itu suci. OMG!
teringat pula ada satu amalan kepercayaan agama Yahudi perempuan yang sedang haid berada dalam keadaan najis maka perlu dijauhkan. lebih kurang la dengan amalan masyarakat dalam cerita PADMAN ni cuma mereka berfahaman hindu yang percaya DEWA HANUMAN.

dia melanggar arus
dia memecahkan ketabuan
dia usaha tanpa penat
dia dihalau dari kampung halaman
dia hilang segalanya termasuk isteri tercinta
dia dipanggil gila
dan hasilnya
SEMUA YANG PERGI ITU KEMBALI SEMULA DALAM KEADAAN YANG LEBIH BERMAKNA

5 BINTANG LA CERTA NI..

#rajin plak aku review filem ni.. hahaha




Wednesday, February 20, 2019

hatiku terbang ke bumi kenyalang pagi ini

kebetulan betul...
waktu parking nak thumb print tadi.. ada bas parking depan aku.. dan turun dari bas tu, sahabat sahabat uitm sarawak!
allahu rindunya....
terus emosi dan ingatan terbang ke sana..
kelas sr113 di sana.. kelas yang tak pernah tak bising...

pelajar bukan islam sedang buat ujian.. kerusi pun dah jadi meja..

suka benar durian crepe... bila la dapat rasa durian sarawak lagi

kek besday abang muhammad 4 tahun, ibu buat sendiri.. rindu la plak dapur comey tu..


bumi kenyalang.. awalnya terasing tapi kini menjadi daging hati ini....


Friday, February 15, 2019

pengurusan tantrum anak

tajuk macam nak bentang kertas kerja plak.. hehe

takde apa pun.. cuma post ni sekadar satu luahan kecil pengalaman aku dan suami uruskan tantrum anak.

ada 3 anak yang semua masih tahap tidak mumayyiz agak mencabar. salute pada mereka yang kebih ramai anak-anak dalam usia ini tapi masih cool dan tenang.

4 bulan...4 tahun dan 7 tahun.

fasa ini, saya dan suami rasa sangat mencabar yang usia 4 tahun tu.. sebab umur itu umur pembinaan sikap.
saya merujuk pada yang lebih arif :1 hingga 6 tahun.. umur pembentukan sikap, mereka akan lalui fasa tidak dapat mengenal emosi apalagi mengawalnya maka itulah jadinya tantrum.

kita lak mak ayah ni tak faham..terus label degil, tak dengar cakap, semua tak kena. malah yang lebih dahsyat dah mula maki hamun dan sumpah seranah pada anak berkenaan.
SIAPA YANG TAK TAHAN EMOSI SEKARANG?

anak dalam fasa tu.. tak cerdik lagi..sebab tu dia tak dapat kawal emosi.. kita yang dah cerdik ada sijil ke atau buat buat ada sijil ke.. kita la yang lebih kena kawal emosi. sebab kita yang nak uruskan mereka.
masalahnya  ada yang biar anak yang uruskan kita.. kita layan semua kehendaknya waktu tantrum contoh.. bg henpon, beli mainan yang diminta jika dia mengamuk di kedai. maka ia akan berterusan dan anak jadikan tantrum itu ugutannya untuk dia dapat apa dia nak.

ok.. balik pada saya dan suami.
berdepan dengan tantrum anak memang sangat kena sabar. kalau dia berlaku depan saya dan saya rasa tak dapat kawal (erti kata tak dapat kawal sabar), saya akan pass pada suami. sebab kalau saya masih terus handle dia, keadaan akan jadi lebih buruk..ibu dan anak akan meletup. begitu juga sebaliknya.
kalau takde orang lain, saya akan biarkan dia dengan 'ributnya' kejap..dan saya tenangkan 'taufan' saya dulu. bila dah reda, baru uruskan dia semula.

contoh ringkas:
bangun pagi, hadeejah kadang merengek malas nak mandi terutama kalau dia tidur lambat. mula la helah dia, nak abi dokonglah, nak ibu mandikan la, nak makan cekodok la..sedangkan pisang tak ada di rumah. nak air susu dalam botol upin ipin je siap syarat tudung botol mesti warna biru.. macam macam helah dia nak bagi ibu dan abi dia kelam kabut pagi-pagi.

jadi apa kami buat, bila dia buka mata ja, terus puji dia habis habisan... "puteri kayangan dah bangun, puteri kena mandi bagi wangi". gunalah ayat apa pun yang kita tahu anak kita memang akan suka.
cuba alih perasaan nak tantrum dia pada benda yang dia suka.

alhamdulillah berjaya buat minggu ini.. pagi yang selalu cuaca ribut dah bertukar pada musim bunga.

Tuesday, February 12, 2019

berterus terang lebih baik dari minta maaf

semalam dengar forum poligami...
banyak yang sering diulang dan ditekankan ialah
"berterus terang lebih baik dari minta maaf"

taknak kupas isu poligami tu.. serah mereka yang pakar..dan juga mereka yang berpengalaman ⌣

hanya nak kaitkan dengan kehidupan kita seharian,
selalu kita nak sembunyikan sesuatu perkara dengan niat " bukan tipu..cuma tak habaq" atau "tipu sunat je" atau "tipu untuk tujuan kebaikan takpa"

setuju ada keadaan membenarkan tapi saya lebih cenderung kepada berteus terang itu adalah lebih baik walaupun pahit.

macammana plak dengan "surprise"?
kan kita buat sesuatu yang tidak dijangkakan...kadang ada elemen menipu juga
pada saya surprise lain... surprise kita menukarkan perasaan biasa kepasa perasaan yang lebih indah dan itu menggembirakan... rasanya semua orang suka kejutan yang baik walaupun.." oo..tadi tipu ya"

tapi penipuan yang boleh menukarkan perasaan kepada yang lebih buruk.. tolong..terus terang dari awal itu lebih baik...

kan lebih baik mengaku tiada sijil dan degree dari terus dipercayai ada kelayakan begitu.. opps!


Friday, February 8, 2019

bukak..tutup..bukak..

memang ada kena mengena dengan emma maembong.. juga sesiapalah yang bersekutu dengan perbuatannya. cuma post ini untuk kita yang melihatnya bermuhasabah bersama,

takut kita menjadi punca dia buka tudung... memanglah dia yang buka tudung bukan kita... tapi kalau kita antara penyebab dia membuka tudung, adalah saham kita atas perbuatannya.

apa contoh yang kita antara penyebab dia bukak tudung:

"wah emma, cantik lagi kau buka dari kau pakai tudung"

"emma, alang-alang gambar rambut karat kau tersiar, terus jelah buka tudung tu"

"job kau kuranglah bila kau pakai tudung, cuba buka mest kau meletop balik"

"emma, apalah nilai pada tudung..yang penting hati"

"bini pemimpin islam yang besar-besar pun tak pakai tudung, kita rakyat biasa pakai buat apa"

"pakai tudung pun ramai yang macam ****** je perangai, baik buka tudung"





Rasulullah shallallahu ‘alayhi wa sallam bersabda:
إِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلْخَيْرِ مَغَالِيقَ لِلشَّرِّ
“Di antara manusia ada orang yang menjadi pembuka kebaikan dan menutup keburukan.
وَإِنَّ مِنَ النَّاسِ مَفَاتِيحَ لِلشَّرِّ مَغَالِيقَ لِلْخَيْرِ
Demikian pula ada manusia yang menjadi pintu keburukan dan menutup kebaikan.
فَطُوبَى لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الْخَيْرِ عَلَى يَدَيْهِ
Maka beruntunglah orang yang Allah jadikan dirinya sebagai pembuka pintu kebaikan
وَوَيْلٌ لِمَنْ جَعَلَ اللَّهُ مَفَاتِيحَ الشَّرِّ عَلَى يَدَيْهِ
dan celakalah orang yang menjadi pintu keburukan.”
(Hadits Hasan yang diriwayatkan Imam Ibnu Majah, yang dihasankan oleh Syaikh Al Albani)


Thursday, January 31, 2019

muhammad, hadeejah dan abduh

orang selalu tanya... nama muhammad saja ka.. "bukan muhammad saja.. muhammad.. xdak saja.. hehe
dan soalan soalan lain:
hadeejah xdak siti ka kat depan..?
abduh tu.. muhammad abduh ka.. nik abduh ka?

sekarang trend nama panjang panjang.. takpalah.. kami pilih yang pendek.. sebab nama kami pun pendek.. mudah sebut..mudah tulis....mudah ingat. setiap kita ada pilihan.. dan pilihan kita beralasan. :)

Tuesday, January 22, 2019

iman budak 3 tahun

Malam tadi abang Muhammad ada kelas extra, Hadeejah tengok abang dia buat perangai taknak pergi kelas, dia pun pujuk : " abang pi la kelas, ustaz ada, Allah pun ada."
Ibu senyum, lega je rasa.

Waktu Hadeejah tengah main, ibu nak solat minta dia tengokkan Abduh dalam bilik. Hadeejah balas: " Takpa ibu Abduh dok sorang, Allah kan ada."
Ibu ketap bibir, geram je rasa.

Wednesday, January 16, 2019

#10yearschallenge

byk byk challenge..
yang ni 1st aku buat.. itupun sebab senonoh.. yang tak senonoh.. tak mau la


2 gambar ni.. gambar aku 2009.. masih bujang trang tang tang...



dua atas ni lak.. gambar latest 2019.. alhamdulillah..hidung masih mancung dan pipi makin menyorong nyorong.. hehe

10 tahun.. banyak perubahan.. boleh kata apa yang aku laLui sekarang.. tak pernah terfikir 10 tahun yang lalu...
Allahu yang Maha Pemurah...
FABIAIYI ALA IRABBIKUMA TUKAZZIBAN

Tuesday, January 15, 2019

Ibu sentap

Aku masih tipikal ibu asian yang menggunakan suara yang garang untuk mengajar anak. huhu
Tiap kali mereka sepahkan barang, aku selalu bagi amaran akan buang barang barang mainan tu kalau tak simpan balik.

Hari minggu yang lepas, aku menidurkan si kecik.. abang dan kakak bermain di ruang tamu. Mungkin ada pergaduhan berebut barang, bisingnya macam anak-anak aku bukan 2 orang tapi 20 kat ruang tamu tu.

keluarlah ibu dengan wajah harimau ASIA yang lapar... meNGAUM!!!!

keduanya diam dan buat muka sangat bersalah.

dan Muhammad berkata : "ibu buanglah kami ni, kami buat ibu susah."

Ibu sentap! :(



Thursday, January 10, 2019

buatmu mujahidah muda

buatmu mujahidah muda
aku tahu..
kamu juga gadis biasa yang keinginan dating bercinta
kamu juga gadis yang suka hiburan semasa
kadang mahu menonton wayang atau ke restoran makanan segera

aku tahu..
kamu punya ibu ayah yang mahu perhatian sentiasa
ada antara kamu bersuami awal beranak muda
semua mahu kamu di sisi dan di rumah tempat utama

aku tahu ada kamu yang sambung belajar penuhi ilmu di dada
bukan degree..master..phd yang dipuja
tapi ada amanah yang perlu dijaga

aku tahu
dalam kesibukan mengejar dunia..
kamu sentiasa luangkan masa
bersama jamaah parti islam semalaysia
sayap kiri yang mengimbangi kuasa

jalan dipilih bukan karpet bertabur bunga
tapi liku berduri merata
koyakan emosi, tikaman keji dan nista
kamu terima dengan senyuman berair mata

masa, wang dan tenaga
kamu infaqkan untuk agama
ia menjadikan kamu gadis biasa
yang melakukan perkara luar biasa
balasannya hanya di sana
Akhirat Darul Baqa


#puisi di atas atas dicipta atas permintaan PENGARAH AMEERAH PAS MALAYSIA :)

Wednesday, January 9, 2019

gelabah seram!!!

Semalam anakda Hadeejah cir** bir**. cutilah dia. dia masuk tandas. Aku di bilik selesaikan kain baju yang tak pernah akan selesai-selesai. Lebih kurang 15 minit, masih dia belum keluar. awat lama sangat ni. pergilah menjenguk dia di tandas. Panggil namanya, tiada sahutan. Tolak pintu, berkunci!

Gelabah ibu. huhu. Jenguk melalui lubang bawah tandas tu, tak nampak kaki,sudah! Ibu dah mula rasa gelabah seram. Dalam kepala dah terbayang macam-macam. Nauzubillah.
Tak tahu cara lain, aku goncang pintu bilik air kuat kuat. Mesti jiran sebelah aku hairan, apalah mengamuk pagi-pagi ni.

Alhamdulillah, pintu dibuka, dengan muka marahnya dia kata, " apalah ibu ni kacau Deejah. Deejah tertidur."

"Allahu anak. tu tandas!"

Hadeejah berjaya buatkan ibu gelabah seram. Biar ibu je lah buat cerita seram, anak-anak jangan buat. huhu

Monday, January 7, 2019

logik budak 3 tahun

Minggu lepas kan Abduh cucuk 3 bulan, balik dari klinik tu dia merengek tak sedap badan dan esoknya mula demam.
Kakaknya Hadeejah yang prihatin kesihatan adiknya mulalah marahkan ibu.

"Ibu, lain kali jangan bawa pergi jumpa doktor. doktor tu bahaya."

"Kenapa plak bahaya?"

"Doktor kan cucuk orang.. sakit."

"Tapi doktor cucuk nak bagi kita sihat," aku cuba nak menang berhujah dengannya.

"Tapi Abduh demam. tak sihat pun."

Terdiam ibu.. huhuhu. Betul juga apa dia cakap. Kalah ibu berdebat dengan logik budak 3 tahun. :)

Thursday, January 3, 2019

rindu yang menyakitkan...

hari ni ambil cuti..
sebab hantar abang dan kakak ke sekolah..dan sebab abduh ada temujanji 3 bulan.. taknak kelam kabut masuk opis balik.. jadi ambil cuti je senang

sementara tunggu dipanggil nama.. main-main dengan abduh..
misi-misi dan staf yang lalu lalang akan tegur abduh.. dan abduh akan balas.." ooooo..aaa" dengan ramahnya.

aku perasan.. seorang staf ni tengok kami berulang kali dan lama merenung. aku tak pelik, sebab mungkin dia nak tengok perkembangan Abduh.

kemudian dia datang dekat.
"3 bulan kan"
"ya"
"lelaki?"
"aah"
"teringat saya kat arwah anak saya.. sama bulatnya macam ni"
aku terkedu kejap... allahu...

aku pinjamkan abduh supaya dia pegang dan peluk seketika.
tanpa diminta dia cerita, " anak saya sebaya ni meninggal di rumah pengasuh. takde sakit apa-apa. saya shift malam hari tu. sewaktu hantar, dia sihat. bila esok paginya nak ambil, dah arwah."

"tersedak susu ke," tanyaku.

"takde apa-apa. tak buat post mortem pun. redha je lah," jawabnya.

dia memandang Abduh sayu penuh rindu.. dan aku pula sayu memandangnya penuh simpati.

betul kata orang.. rindu yang menyakitkan ialah rindu pada yang tiada..yang tidak akan kembali.
innalillahi wa inna ilaihi rajiuun

Tuesday, January 1, 2019

azam 2019 (nadiyah bt hashim)

nak senaraikan kat sini.. dan nanti kalau panjang umur 31 dis.. nak tick mana dah buat.

hal kerja dan pengurusan

1) lebih sistematik.. bertulis setiap perkara yang penting, dan mendokumenkasikan dgn cara betul

2) waktu mengajar lebih menggunakan kaedah sentuh hati dan teknik recall balik apa yg dah dapat

3)lebih kemas berpakaian, bukan main tangkap muat je.. contoh: xmau dah bajuhijau tudung pink hahaha

4) satu kertas kerja/kajian siap dan dibentangkan.. target utama kaib 2019

5) pedulikan mereka yang tak setuju dgn kita.. jgn cepat melatah

hal keluarga

1) lebih qualiti time

2) panggilan lebih mesra

3)tak cubit, tak pukul.. tapi gunakan kaedah hukuman akedamik

hal diri sendiri

1) banyakkan amalan sunat

2) abaikan yang negatif.. amik positif je

3) lebih memanfaatkan diri untuk orang lain

4) satu novel dan 5 puisi baru


Monday, December 31, 2018

MOOD..

"aku takda mood la hari ni"
"mood aku tak baik"

kita selalu guna alasan mood untuk lakukan sesuatu atau untuk tidak lakukan sesuatu
betul.. mood perlu ada supaya kita buat tu bersungguh dan ikhlas..
tapi kan ada kerja perlu dipaksa mood tu datang. mood ni macam semangat juga lah. perlu diseru..perlu dipanggil, perlu dipanaskan, perlu dipaksa dan macam-macam lagilah nak bagi 'mood' tu ada. sebab itu perlunya seminar/kem motivasi... dan sebagainya.

penting ka mood atau semangat tu.. pada aku penting.. supaya tak terkejut sangat.. atau supaya boleh set siap siap dalam hati.. hati akan call kepala..dan kepala akan hantar isyarat ke seluruh anggota supaya bersedia untuk bertindak.

kalau diperhatikan.. Allah yang cipta kita juga sangat kenal manusia dan 'moodnya'.
sebab tu.. nak solat.. tak terus solat.. tapi dimulakan dengan wuduk dulu... ambil mood solat la tu
nak puasa.. dimulakan denagn niat malamnya.. dan digalakkan bersahur.. ambil mood puasa la tu
nak kahwin.. bertunang dulu.. mood untuk kahwin la tu..

# sebenarnya nak habaq.. aku sedang ambil mood untuk mula kerja balik selepas cuti panjang.. hehe. kelam kabut ingatkan balik password itu ini.. malah no bilik opis pun aku boleh lupa.. isk isk isk.. :)

Wednesday, December 26, 2018

kalau hati kita berbau

lepak dengan anak-anak..tengok doraemon
episod kali ni tentang mesin yang boleh dengar isi hati
pendek cerita..mesin tu terlepas ke tangan Giant
apalagi Giant pun tahu bahawa kawan-kawan tak sukakan dia
kawan-kawan pun larikan diri dari giant takut Giant dapat baca isi hati mereka
okeh pause..

teringat lak satu satu syair arab waktu ngaji nusus dulu
ingat ingat lupa, tapi lebih kurang begini maksudnya:

'kalau hati manusia bercakap, pasti semua sanggup jadi pekak
kalau hati manusia berbau, pasti orang hidup yang lebih ditanam dari orang mati'

hikmah sangat isi hati kita, hanya Allah sahaja yang tahu..
kalau tidak tiada siapa sanggup berjumpa dengan sesiapa..

Monday, December 24, 2018

Selamat ulangtahun ke8 perkahwinan

Bukan mudah mengucap cinta.. apalagi mempertahankannya...
Tapi bila ia dari yang Esa.. segalanya dimudahkanNya dan ditunjuk jalan pada setiap kesulitan...

Barakallahu lana wabaraka alaina...

Hari ni sambut di domino arau je..
Yang penting kami berlima bersama..


Anak anak yang tuntut hadiah.. depa kata hari ni besday ibu, abi dan anak anak sekali.. hehe

Thursday, December 20, 2018

abduh dan ibu pergi kashmir

hari tu tengok cerita 'i am not terrorist' antara pelakon malaysia dan pelakon hindustan.
best dan teruja sebab permandangan cantik sangat.
aku tonton sambil ribakan abduh
kerana sangat teruja aku pun sebut pada abduh

"abduh, nanti bawa ibu pergi kashmir ya"
"ooo..." ( baik ibu)
"abduh nak bawa ibu pergi bila"
"ooo" (esok)
"tiket dah beli?"
"ooo" (tak payah)
"pasport?"
"ooo" ( tak payah)
"abduh, ibu takde duit. guna duit abduh tau"
"ooo" (abduh ada dua ringgit)

seronok sembang dengan abduh, sebab ada je jawapannya walau ibu main tembak je apa abduh jawab. hehehe
ingatkan habis di situ je.. tapi kan.. jeng jeng jeng...


esoknya lepas subuh, ingat nak basuh baju, tapi abduh panggil minta susukan dia (pandai ibu buat alasan). apalagi, dengan ibu dan abduh tertidur. dan yang bestnya.. ibu mimpi ke kashmir dengan abduh main salji dan gajah. ntah manalah datang gajah tu di kashmir? hehehe

impian ibu menjadi..walau dalam mimpi.. seronoknya macam pergi betul betul. tq abduh. bawa ibu pergi percuma.. pasport..tiket..duit semua tak bawak. :)