relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, December 29, 2017

29DIS2017-TARIKH MASUK RUMAH SENDIRI

alhamdulillah
antara nikmat dunia ialah kediaman yang menyenangkan
dan padaku.. menyenangkan ialah.. rumah sendiri.. walau comel..tapi besarnya kegembiraan kami dapat masuk rumah sendiri..
aku dah lama menyewa

dari belajar diploma di kuala nerang..degree di mesir..master. di bangi..
kerja 8 tahun 4 bulan di sarawak.. dan 8 bulan di kubang gajah...

hari ini 29 dis.. kami melangkah secara rasminya ke rumah kami sendri..

sejarah dapat rumah ini pun.. penuh tawa dan luar jangkaan...(nntila aku cerita)
namapun rezeki.. allah maha mengatur.. itu yang terbaik...

FABIAYYI ALAI RABBIKUMA TUKAZZIBAN

Wednesday, December 27, 2017

komen tentang 'PENDAMPING'

ni belum keluar lagi ni..
ni baru keluar aku menulis novel pendamping.. itupun macam macam reaksi ada.. hehe

nnt dah keluar novel ni.. ntah apala plak reaksinya

ini antara komen-komen dari kawan fb aku je pun.. yang mmg kenal aku samada dari sek ren, sek men, uni atau kawan sekerja...





betul.. aku dah lama tidak menulis....maksud aku menulis kreatif aka menulis novel... bagi mereka yang pernah sezaman sek men denganku.. mmg tahu aku ada menulis byk novel utk bacaan suka-suka je

yang kenal aku sebelum dan selepas sek men.. takkan tahu aku suka menulis... malah ramai yang akan anggap akulah paling malas menulis... kalauboleh semua nak main rakam dalam kepala ja...

menulis byk cabangnya... aku akui.. dari beberapa sudut aku cukup lemah penulisan dan tidak minat..jgnlah org lantik aku jadi setiausaha.. aku hanya 'setia'.. tapi tak minat 'usaha' menulis report dengan baik.. hehe

tapi dr segi penulisan kreatif.. aku sgt minat... walau aku tahu byk sgt aku perlu belajar.. aku anggap PENDAMPING adalah satu dorongan utk aku menajamkan bakat dan pengetahuanku dalam bidang penulisan kratif.

Sunday, December 24, 2017

hepy annyversary amir dan nadia ke 7

ni post kami utk annyversary 6 tahun yang lepas
http://nadiyahashim.blogspot.my/2016/12/happy-annyversary-6-tahun-baru.html

tahun ini...
macam macam plan..
tapi yang jadi nya.. di pizza hut arau ja..
hehehe
xpe.. xkisah.. yang penting kami bersama-sama dengan insan yang dicintai...



Wednesday, December 20, 2017

aku juga guru..ibu..dan pelajar

aku juga guru..
igt lagi seorang guruku ada menyebut pekerjaan gurulah yang paling senang buat pahala dan susah buat dosa...
aku akui kebenaran itu..
namun kini pekerjaan guru tidak kurang cabarannya...

anak murid tidak lagi pandang kita selaku guru.. tapi pandang kita selaku orang yang diupah untuk mengajar
ibubapa tidak lagi pandang kita sebagai guru..tapi pandang kita selaku orang gaji yang dipertanggungjawabkan jaga dan ajar anak mereka di kala mereka kerja


mungkin manusia sekarang makin bijak dan berilmu.. tapi mereka kurang beradab dan bermutu


aku juga ibu..
yang hantar anak ke sekolah minta guru mengajar anakku..
kadang terdengar rungutan anak tentang guru-guru mereka..
hati ini mahu marah dan memberontak..
tapi hati kecil memujuk... itulah bebanan guru..
tidak mampu memuaskan hati semua pelajarnya..
lalu adakah guru yang harus disalahkan sedang..dia ada lebih 20 kepala untuk dilayan
sedang kita dan anak sendiri mungkin satu atau dua..sudah mudah terlepas dari pandangan..

aku juga pelajar..
dari tadika hingga aku di umur tua..
aku masih menganggap mereka sebagai guru
walau hanya pernah mengajarku sekejap cuma
mereka tetap guruku..
yang sangat berjasa.
yang menjadikan aku sebagai AKU
biarlah aku murid yang tidak diingati.. tapi mereka tetap guru yang ku sanjung tinggi...

Monday, December 18, 2017

suhu -5

alang alang ke shah alam..
mai la sini..
igt snow main main ni.. xsejuk sgt.. tp mmg sejuk real punya..
-5 kot suhu nya..
habibi dan hadeejah xmasuk lama.. mengaku kalah awal..
muhammad la teman ibu lepas geram dan ngidam main snow. hehe






Friday, December 15, 2017

berada di pentas..yang sangat asing buatku

kerana "PENDAMPING"
aku berada di pentas itu.. yang sangat asing buatku..
dan membuatku kekok serta kejutan kejutan yang membuatkanku menundukkan mata dan memekakkan telinga

namun aku akur.. aku hadir kerana dipilihNya..
dan aku juga akur.. inilah realiti masyarakat kita
mungkin aku sudah selesa di kelompok aku saja
hingga tidak ambil tahu kelompok lain di sana..

yang menyatukan aku dengan mereka ialah..
kami sama sama manusia..
yang punya kelemahan dan kelebihan seadanya
juga fitrah suci yang mahu bersih dari dosa
cuma kemampuan dan kemahuan untuk keluar darinya
yang menentukannya adalah TAQWA



Friday, December 8, 2017

REZEKI 'PENDAMPING'

alhamdulillah.....

3 bulan mendampinginya.....
rezeki hobi yang ditinggalkan...
terima kasih semua yang mendampingiku dikala ku bersama "PENDAMPING"



Monday, December 4, 2017

ibu mengajar ibu-ibu

sepanjang pengalaman aku mengajar kelas formal..
ada tiga orang pelajar aku yang mengandung...
di sarawak hr tu.. pelajar degree.. sorang pelajar full time.. sorang lagi pelajar part time..

dan aku selalu beri tumpuan pada mereka.. sbb aku seorang ibu.. aku faham apa yang sedang mereka tanggungi..

dan sem ni.. ada seorang.. pelajar yang baru pra diploma... baru 18 tahun..
awal kelas.. tak tahu pun dia hamil.. t dia selalu nampak letih dan lesu.. smpilah aku ada program explorace yang kena lari-lari sikit.. dia minta excuse.. aku ok je terima alasan dia..tanpa tanya dia sakit apa..
hinggalah aku dimaklumkan oleh ketua programnya yang dia sedang hamil 4 bulan.. mmg fasa loya dan mual..

selepas tu.. dia aku beri perhatian khusus..
selalu tanya khabar dia.. dia pun makin rapat dan bercerita tentang dia dan suami denganku..
kesian lak dia ngadu.. dia kahwin awal bukan sebab gatal.. tapi sbb lelaki tu serius nak dengan dia dan dia mnta jumpa mak ayah.. laki tu terus bawa family jumpa mak ayah dia.. 2 mgu bertunang.. mak ayah dia sendiri minta mereka kahwin terus.. mudah dan memudahkan..
aku puji tindakan dia dan keluarganya...
tapi dia ngadu.. ramai pandang serong dia kawin awal..

pulak dah.. adoi...
dia buat benda halal.. sokonglah... beri semangat supaya dia terus belajar walau sudah berkeluarga..

yang dok berkepit secara haram berleluasa dan terang terangan..xde plak golongan tu dipandang serong.. huhuhu..

sian masyarakat kita.. yang baik..dipandang pelik.. yang buruk..dipandang biasa