relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, August 24, 2011

DNA babi...boleh jadi halal tak?

kerana isu jumpa DNA babi dlm mentega GOLDEN CHURN... boleh kek sambutan kek sarawak aidilfitri ni tak sehebat tahun lepas dan juga 2 tahun lepas seperti yg saya ada cerita di SINI.
boleh kata semua dah takut2 beli kek lapis..sbb kebanyakkannya guna GOLDEN CHURN..sbb terbukti lemaknya..hahaha. sampai ada sorang org local srawak dia citer..lepas diharamkan dia pun tukar guna mentega lain.. rasa sik nyaman (tak sedap) mcm kek lapis yang lama..hahaha.. hebatnya pengaruh babi.

bukan nak menghalalkan yang haram..apalagi nak mempertikaikan keharaman BABI itu...kita terima ia sebagai satu urusan taabbudi..(kepatuhan ibadat,terima tnpa perlu fikir logik). klu fikir logik..BABI DARI HUJUNG HIDUNG SAMPAI HUJUNG BULU..semua boleh dimanfaatkan...

ISU ISTIHALAH DAN ISTIHLAK; adalah satu isu yang saya rasa pihak yang bertanggungjawab harus bergandingan dgn ulamak dan fuqahak untuk menyelesaikan masalah HALAL HARAM yang sntiasa membelenggu pengguna-pengguna muslim.


Konsep pertama di dalam Islam yang boleh menukarkan status benda yang haram menjadi halal, dan yang najis menjadi suci di kenali sebagai transformasi ataupun disebut sebagai istihalah di dalam bahasa Arab yang secara teknikalnya bermaksud perubahan sesuatu bahan kepada bahan yang lain dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza, perubahan bahan-bahan yang asalnya tidak suci menjadi suci, dan perubahan sesuatu bahan yang diharamkan kepada halal.

Konsep istihalah ini digunakan berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 66 yang bermaksud “"Verily you will find in cattle an instructive sign from what is within their bodies, between excretion and blood, We produce, for your drink, milk, pure and agreeable to those who consume it"

Istihlak pula bermaksud “extreme dilution” ataupun pencairan yang sangat banyak. Dalam konteks ini, pencairan yang dimaksudkan ialah pencairan bahan yang diharamkan ke dalam bahan yang halal sehingga ke suatu tahap di mana ciri-ciri bahan yang haram tersebut tidak dapat dikesan atau tidak merubah ciri ciri bahan yang halal itu.

Sebagai satu analogi, jika haiwan kencing di dalam satu tasik yang besar, air di dalam tasik tersebut masih dianggap suci dan boleh diminum atau digunakan untuk berwudhu dengan syarat ciri ciri air tasik tersebut tidak berubah seperti warna, rasa dan baunya tidak berubah oleh air kencing tersebut.

Konsep Istihlak ini adalah berdasarkan hadith Nabi s.a.w dia seorang bertanya kepadaNya tentang bangkai yang terjatuh ke dalam sebuah telaga air. Rasulullah s.a.w menerangkan jika air dalam telaga itu lebih daripada kuantiti yang tertentu, maka tiada kemudharatan atau larangan untuk menggunakannya. (Kuantiti air yang diperlukan untuk memastikan bangkai itu tidak merubah ciri-ciri air tersebut).

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM... yang bukan jauhari jangan memandai nak tikam tikam..hehe

OPPS..GAMBAR DI ATAS XDE KENA MENGENA DGN ISTIHALAH ATAU ISTIHLAK YEA..SEKADAR HIASAN.

wordlesss wednesday#3: masih ada kesempatan..


Monday, August 22, 2011

jiwaku diusik...

semalam..smntara menunggu ketibaan tetamu utk berbuka..tgklah tv jap.. semena-mena..keluar lagu raya...
aduh syahdunya...jiwaku terusik terus...
terus membilang hari utk pulang beraya jumaat ni..isk kalah bebudak lak...hahaha
rasanya semua org terusik jiwanya kan bila dgr lagu raya.apalagi perantau jauh macam aku ni..dari mula sek men..mmg sntiasa jauh.. jauh di mata je..di hati tak pernah lekang.
nak tahu kenapa lagu raya buat jiwa terusik.. baca entry ni.

apa pun..aku dah tak sabar nak packing beg balik kampung ni..apa aku nak ngajar minggu ni citer kedua./.hehehe

Saturday, August 20, 2011

TAK ZIARAH MAKA TAK KENAL..TAK KENAL MAKA TAK CINTA

kita selesa dgn orang yang dah biasa dgn kita.. apalagi orang orang itu sama minat..sama tahap pendidikan..sama kampung..sama adat dan budaya..
mula2 mungkin agak canggung juga bila nak bersama merka yg tidak kita kenali..tapi bila sudah dikenali..barulah sedar hikmah ayat :

Bahwasanya diciptakan manusia itu bersuku-suku dan berbangsa-bangsa, untuk saling kenal-mengenal.  (dalam Q.s. [al-hujurat]:13)

TAK KENAL MAKA TAK CINTA...   kena tambah lg pepatah ni..
TAK ZIARAH MAKA TAK KENAL..TAK KENAL  MAKA TAK CINTA


alhamdulillah bulan puasa ni aku berkesempatan ziarah ke tempat2 baru..kenal rakan2 seagama yg baru..tahu adat baru..faham gaya hidup baru..

program ziarah saudara-saudara baru kg plaie



comel sangat....

program klinik fatihah kg iboi


dan hasilnya.... dgn mengenal ramai orang..aku bukan sahaja mengenali dan mencintai mereka malah ia buat aku makin kenal,makin cinta dan makin menghargai hidupku..






Bloglist Bersama Dunia Hidupku PCL


hehehehe..jom join reramai..

Friday, August 19, 2011

Jom Join Bloglist Birumuda91 dan Menangi Hadiah Misteri"

sila klik link di bawah
http://birumuda91.blogspot.com/2011/08/jom-join-bloglist-birumuda91-dan.html

best gak cekali cekala join ni.. mana tahu dpt duit raya..hehe

lagipun..sy sndiri nak kemas kini bloglist blog ni..:)

Thursday, August 18, 2011

air liur ibu lebih masin

haha.. jgn ada sesapa nak termuntah yea tgk gmbar di atas..ala air liur je..hehe
alkisah begini..
siang td ada seorang hamba allah sama tempat kerja minta tlg jampikan anaknya..
dah siap sediakan 6 botol air..
"hmm..akak..akak sebagai ibu..afdal akak sndiri yang menjampi anak sndiri.."
"tak berkesan ustazah..anak sy degil sangat..jgn kata bab pelajaran degil..bab solat lagilah degil..siap melawan cakap kita lagi..ustazah tolong doalah sikit..mulut ustazah lebih masih"

saya faham situasi akak tadi..dia bmbangkan anaknya..tapi dalam masa yang sama dia tidak yakin dengan kemasinan airliurnya sndiri..

Doa seorang ibu sungguh mustajab. Balk doa kebaikan ataupun doa buruk. Rosululloh pernah menyampaikan suatu kisah menarik berkaitan dengan doa ibu. 5uatu kisah nyata yang terjadi pada masa sebelum Rosululloh yang patut diambil sebagai ibroh bagi orang-orang yang beriman.
Dahulu, ada tiga orang bayi yang bisa berbicara. Salah satunya adalah seorang bayi yang hidup pada masa Juraij. Juraij adalah seorang ahli ibadah, dia memiliki sebuah tempat ibadah yang sekaligus jadi tempat tinggalnya.
Suatu ketika Juraij sedang melaksanakan sholat, tiba-tiba ibunya datang memanggilnya: "Wahai Juraij". Dalam hatinya, Juraij bergumam: "Wahai Robbku, apakah yang harus aku dahulukan... meneruskan sholatku ataukah memenuhi panggilan ibuku?!".
Dalam kebimbangan, dia tetap meneruskan sholatnya. Akhirnya sang ibu pulang. Esok harinya, sang ibu datang lagi dan memanggil: "Wahai Juraij!". Juraij yang saat itu pun sedang sholat bergumam dalam hatinya: "Wahai Robbku, apakah aku harus meneruskan sholatku... Ataukah (memenuhi) panggilan ibuku?l". Tetapi dia tetap meneruskan sholatnya.
Sang ibu kembali pulang untuk-kedua kalinya. Ketiga kalinya, ibunya datang lagi seraya memanggil: "Wahai Juraij!". Lagi-lagi Juraij sedang menjalankan sholat. Dalam hatinya, ia bergumam: "Wahai Robbku, haruskah aku memilih meneruskan sholatku ataukah memenuhi panggilan ibuku?I". Tetapi dia tetap meneruskan sholatnya.
Akhirnya, dengan kecewa setelah tiga kali panggilannya tidak mendapat sahutan Bari anaknya, sang ibu berdoa: "Ya Alloh,janganlah engkau matikan Juraij hingga dia melihat wajah wanita pelacur".
Orang-orang Dani Israil (ketika itu) sering menyebut-nyebut mama Juraij serta ketekunan ibadahnya, sehingga ada seorang wanita pelacur berparas cantik jelita mengatakan: Jika kalian mau, aku akan menggodanya (Juraij).
Wanita pelacur itupun kemudian merayu dan mengwarkan diri kepada Juraij. Tetapi sedikitpun Juraij tak memperdulikannya. Namun apa yang kemudian dilakukan oleh wanita itu? Ia mendatangi seseorang yang tengah menggembala di sekitar tempat ibadah Juraij.
Lalu demi terlaksananya tipu muslihat, wanitu itu kemudian merayunya. Maka terjadilah perzinaan antara dia dengan penggembala itu. Hingga akhirnya wanita itu hamil.
Dan manakala bayinya telah lahir, dia membuat pengakuan palsu dengan berkata kepada orang-orang: "Bayi ini adalah anak Juraij." Mendengar hal itu, masyarakat percaya dan beramai-ramai mendatangi tempat ibadah Juraij, memaksanya turun, merusak tempat ibadahnya dan memukulinya. 

citer ni berakhir dgn org kampung sedar ia semua adalah fitnah dan juraij pua sedar ini adalah kerana doa ibunya.. 

wahai ibu-ibu dan bakal ibu..
yakinilah..doamu bisa menjadi penawar yang amat mujarab..ATAU juga bisa menjadi racun yang amat cepat membinasakan...


air liurmu lebih masin.. lebih cepat termakbul tanpa hijab!!!

Wednesday, August 17, 2011

lihat makananmu..dan lihat juga siapa yang masak makananmu..

ramadhan..pesta makanan..
bulan puasa jugala tekak ni teringin mcm mcm..
semua nama makanan pelik2 keluar waktu ni..
alhamdulillah mewah sangat negara kita dgn makanan..
tapi berapa ramai antara kita sedar..
kita kena lihat apa yg kita makan...dr segi kehalalannya.. kualiti kebersihannya..kualiti zatnya..
itu mungkin banyak dibicarakan di akhbar dan majalah.. begitu juga ia dititikberatkan pada setiap agama dan kepercayaan...

tapi ada atau tidak kita memerhati siapa yang menyediakan makanan kita???

kita jijik klu org yang menyediakan makanan kita berkudis atau kurap..takut dijangkiti. kita rasa nyaman makan masakan orang yang bersih..

bgimana agaknya klu kita makan makanan org yang menderhakai Allah? atau paling tidak pun..tidak solat.. ada kan kemungkinan berjangkit penyakit derhaka Allah itu pd kita?
pernah terfikir kenapa ramai org kata masakan ibu paling sedap di dunia... ibu memasak dgn penuh kasih syg..kasih cintanya menjadikan masakannya terlekat di hati anak2nya..
jom test dan buktikan..
1) cuba kita suruh seseorang marahkan kita..lepas itu kita minta dia sediakan makanan utk kita.. kita makan makanan itu..dan perasaan marah itu akan berjangkitan dgn kita.
2) kita makan air tangan org alim/abid...kita rasa ringan badan utk beribadah

so.. perhatikan makananmu dan siapa yang menyediakannya dr saat ia mentah..hingga ia masuk ke mulutmu!!