relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, August 24, 2011

DNA babi...boleh jadi halal tak?

kerana isu jumpa DNA babi dlm mentega GOLDEN CHURN... boleh kek sambutan kek sarawak aidilfitri ni tak sehebat tahun lepas dan juga 2 tahun lepas seperti yg saya ada cerita di SINI.
boleh kata semua dah takut2 beli kek lapis..sbb kebanyakkannya guna GOLDEN CHURN..sbb terbukti lemaknya..hahaha. sampai ada sorang org local srawak dia citer..lepas diharamkan dia pun tukar guna mentega lain.. rasa sik nyaman (tak sedap) mcm kek lapis yang lama..hahaha.. hebatnya pengaruh babi.

bukan nak menghalalkan yang haram..apalagi nak mempertikaikan keharaman BABI itu...kita terima ia sebagai satu urusan taabbudi..(kepatuhan ibadat,terima tnpa perlu fikir logik). klu fikir logik..BABI DARI HUJUNG HIDUNG SAMPAI HUJUNG BULU..semua boleh dimanfaatkan...

ISU ISTIHALAH DAN ISTIHLAK; adalah satu isu yang saya rasa pihak yang bertanggungjawab harus bergandingan dgn ulamak dan fuqahak untuk menyelesaikan masalah HALAL HARAM yang sntiasa membelenggu pengguna-pengguna muslim.


Konsep pertama di dalam Islam yang boleh menukarkan status benda yang haram menjadi halal, dan yang najis menjadi suci di kenali sebagai transformasi ataupun disebut sebagai istihalah di dalam bahasa Arab yang secara teknikalnya bermaksud perubahan sesuatu bahan kepada bahan yang lain dan mempunyai ciri-ciri yang berbeza, perubahan bahan-bahan yang asalnya tidak suci menjadi suci, dan perubahan sesuatu bahan yang diharamkan kepada halal.

Konsep istihalah ini digunakan berdasarkan kepada firman Allah s.w.t di dalam Al-Quran, Surah An-Nahl ayat 66 yang bermaksud “"Verily you will find in cattle an instructive sign from what is within their bodies, between excretion and blood, We produce, for your drink, milk, pure and agreeable to those who consume it"

Istihlak pula bermaksud “extreme dilution” ataupun pencairan yang sangat banyak. Dalam konteks ini, pencairan yang dimaksudkan ialah pencairan bahan yang diharamkan ke dalam bahan yang halal sehingga ke suatu tahap di mana ciri-ciri bahan yang haram tersebut tidak dapat dikesan atau tidak merubah ciri ciri bahan yang halal itu.

Sebagai satu analogi, jika haiwan kencing di dalam satu tasik yang besar, air di dalam tasik tersebut masih dianggap suci dan boleh diminum atau digunakan untuk berwudhu dengan syarat ciri ciri air tasik tersebut tidak berubah seperti warna, rasa dan baunya tidak berubah oleh air kencing tersebut.

Konsep Istihlak ini adalah berdasarkan hadith Nabi s.a.w dia seorang bertanya kepadaNya tentang bangkai yang terjatuh ke dalam sebuah telaga air. Rasulullah s.a.w menerangkan jika air dalam telaga itu lebih daripada kuantiti yang tertentu, maka tiada kemudharatan atau larangan untuk menggunakannya. (Kuantiti air yang diperlukan untuk memastikan bangkai itu tidak merubah ciri-ciri air tersebut).

HANYA JAUHARI MENGENAL MANIKAM... yang bukan jauhari jangan memandai nak tikam tikam..hehe

OPPS..GAMBAR DI ATAS XDE KENA MENGENA DGN ISTIHALAH ATAU ISTIHLAK YEA..SEKADAR HIASAN.

2 comments:

  1. kek sarawak dan golden churn sume freaky x pernah makan.. huhu

    ReplyDelete
  2. melepaslah freaky merasai kelemakannya..hehe..
    yang dah termakan sbb tak tahu..moga Allah ampunkan..

    ReplyDelete