relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, November 24, 2009

jiwa kanak-kanak

jangan bila dewasa..kekanakkan  terus ditinggalkan
jangan bila jiwa dewasa..jiwa kanak-kanak kita perkecilkan..
mereka sebenarnya punya sesuatu yang mesti kita contohi..walau dulu kita jua sepertinya..
tapi sudah terhakis..akibat tiupan usia..
atau pengalaman yang memadamnya..
sedang ada waktu kita perlu kembali kekanakkan..
berjiwa anak-anak bukan kembali mengada
berjiwa anak-anak bukan perasan muda


mereka..tak pernah tahu putus asa..
jatuh berulangkali..bangun juga berkali-kali

mereka tak kisah apa orang kata
walau ditertawa
mereka hanya peduli apa yang mereka kehendaki

tipu langsung tidak terlintas di fikiran..
jujur dalam melontarkan perasaan
tawa mereka suka sejujurnya
tangis mereka pinta sewajarnya

naluri mereka juga kuat..sensitiviti mereka juga hebat..
mereka nampak apa yang dewasa buta
mereka dengar apa yang dewasa pekak
mereka rasa apa yang dewasa leka
cuma mereka tak dapat jelaskan dengan kata-kata

siapa kata makin kita dewasa..kita semakin kenal diri kita...
kadang..makin kita tua..makin kita lupa siapa kita sebenarnya......

Sunday, November 22, 2009

serikin vs wang kelian

shoping adalah penawar mujarab buat wanita..hehe
tapi lelaki tak terkecuali kan..
hmm.. kamek nak citer pasal serikin..
serikin ialah satu tempat membeli belah yang ala-ala 'nat' di sarawak ni.. keistimewaannya ialah..ia berada di sempadan sarawak dan kalimantan...peniaga di sini 80% adalah org seberang...so kat sini takpayah nak kelaka sarawak..ngomong indon je..sure dpt murah..hehehe
kalau nak dibandingkan..ia lebih kurang sama mcm wang kelian..takde byk beza dari segi bentuk gerai jualan dan barang jualan. sejibik juga mcm wang kelian..kena jalan kaki tanpa karpet dan penghawa dingin...sambil2 kita berjalan..kita akan disapa oleh peniaga yang tidak bergerai mengiklankan barangannya.

ni permandangan dalam perjalanan..kiri kanan gunung gangan masih tersegam indah..hutan masih tebal..pembangunan dan penempatan lebih kurang macam zaman 80-an laa..


ni rupa luarannya..kat tmpat parking


penat shoping..dok dulu kejap kat batu2 tu..sambil mengamati pencemaran sampah sarap..hehehe

serupakan mcm wang kelian..tapi ada juga BEZANYA...nak tahu apa bezanya...
1)bimbang bangat nak beli makanan masak..kerana kristian sini lebih kuat berbanding Islam.
2)barang di sini byk barang indon dari barang malaysia, harga murah bangat...
3)kastam tidak ketat..hanya ada pondoknya dan seorang pengawal yang akan membabai sesiapa yang lalu..mudah bangat nak seludup...
4)surau tidak disediakan...errghhh..kena ke Pekan Bau (10 km dr sini), kalau nak solat atau makan.

ikut kamek..best wang kelian lagi..sbb brg di situ lagi pelbagai utk orang seusia kamek... apa pun..kamek bersyukur..jauh merantau..luas permandangan..ramai kenalan...matang fikiran...kemas penilaian...yang semuanya akan menunjukkan betapa amatnya kita bergantung setiap saat hidup kita dengan TUHAN!

Saturday, November 21, 2009

EDITORRRRR

tiga hari bengkel edit..dari pagi smpe petang..PONAT
bukan penat badan..tapi penat mata..
kamek plak jenis yang mabuk tulisan..hehehe..sik boleh tengok huruf lama2..mulalah 'kelat mata'.
apa pun tahniah buat kawan seperjuangan terutama diri kamek sndiri sbb berjaya juga buat wlu sik 100% mumtaz..tahap jayyid pun dah ok.
bengkel ni buat kamek makin sedar kekurangan diri kamek..iaitu kelemahan bahasa.. kamek sik pnde nak jadikan satu ayat tu betul2 mantop..sian K.N terpaksa edit kali ke2 kertas kamek..yang dia edit lebih byk dari kamek edit sebelumnya..hahaha..tapi yg heran kesilapan kecil pada kertas org lain..kamek nampak plak..hmm..itu namanya kita perlukan seseorang utk betulkan kita..walau kononnya kita tahu siapa kita.
uPSR keluar..tahniah buat anakanda E..berjaya mengulangi sejarah makjang..hehe
dan segunung tahniah buat kekandaku yang jelita H..kitak mmg layak mendapat anugerah itu..ketahuilah mun kitak sik dapat anugerah tu pun, kitak sentiasa excellent di hati kamek..
DAN....
sedar atau tidak..kita sebenarnya mesti sentiasa edit memory kita sndiri..
yang mana perlu di save...
yang mana perlu diboldkan..
yang mana perlu dicopy paste..
dan yang penting..mesti hati-hati apabila mendelete..sebab..bila dah delete..kadang kita tak dapat undo balik dah...

best kan jadi bebudak...xde masalah sebab memory mereka masih kosong..bersih..tak macam kita yang dah jadi macam hard disk yang dah penuh virus..hehehe

Saturday, November 14, 2009

bengang sangat ke?

sabtu..bila kena kerja..mmg boring..tapi nak buat mcm mana..nama pun makan gaji kan..
kn invigilate di dewan..best bertugas dalam dewan besar..bila ramai student..mcm2 karenah boleh tengok..dan pagi td saya dihadiahkan satu karenah student yang mmg boleh membengangkan sesapa yg melihatnya..
dia masuk dengan muka masam..mata saya dah mula terperasankan dia..duduk depan sekali lak tu..'ada something wrong dgn budak ni'...hati buat jangkaan awal.
malas nak tengok dia sgt2..saya buat kerja sy..tengah agihkan soalan..tetiba dia meluru keluar dgn muka yang lebih masam dari td..'apa masalah lak ni..silap tempat exam ke?'
5 minit kemudian dia masuk balik..merungut2 marah tapi ntah apa butirannya saya malas amik peduli dan sy tengok org lain pun tidak mempedulikannya walau ada yg menjeling2 tajam pdnya.
mmg betul sangkaan sy, mmg ada tak kn dgn budak ni..cara dia jwb exam..penuh dramatik..siap buat 1001 jenis memek muka.kekeke..nak tergelak pun ada..mulanya malas nak peduli tapi terambil peduli jugak dgn budak ni.
saya perasan dia ada tulis sesuatu kat kertas contengan..nak tahu apa dia tulis..ni antaranya " AKU BENCI SOALAN INI..MEMBUNUH DALAM DIAM.KAMU HANYA BONEKA, KAMU HANYA MENUMPANG, KAMU AKAN MATI. LAW 309 SUBJECT B*NGANG, TASAWUF SUBJEK SEXI.DUNIA ADALAH *******. AKHIRAT KEKAL SELAMANYA. KENAPA BAHL*L SANGAT? AKU NAK MASUK AL-AZHAR BUKAN UITM" kemudian dia sign kertas tu atas nama A.samad said.dan saya tahu dia sengaja biarkan kertas itu dibaca oleh invigilator2 yang lalu lalang...nak soh kami tahu kebengangan awak ke?



memang bengang pun bila bc ayat2 dia..dan saya terus amik kertas contengan dia ni sebab takmau org lain jumpa dan jadi bengang.
bengang sangat ke..sampai memb*ngangkan paper exam dan org lain?
INGAT... KITA BENGANG MCM MANA SEKALIPUN..JANGAN SAMPAI ORANG YANG TAK KENA-MENGENA PUN NAIK BENGANG TENGOK KITA..!

opps sory..jangan rasa bengang ek baca post ni..just share perangai dan ragam manusia.senyum sokmo!!!

Wednesday, November 11, 2009

nilai kenangan..





kenangan..
yang lepas..tapi masih di ingatan

yang pedih masih berparut
yang sedih masih ditangis
yang humor masih menggeletek jiwa

kadang kenangan itu merantai kaki..supaya jangan melangkah lagi
untuk tidak kita ulangi kesilapan
atau jatuh kali kedua di lubang yang sama

kadang kenangan itu satu motivasi..supaya kita cekalkan hati
jangan kesah..jangan peduli..jangan ambil hati
yang lepas biar terlepas..yang depan mata harus diburu

kenangan atau pengalaman..
bukan untuk diungkit..bukan untuk di 'kalaulah/kalau tidak'
ia sentiasa atas landasan berhikmah
yang duka untuk kita lebih menikmati nilai bahagia
yang suka untuk kita lebih menghargai diri kita
hargailah kenangan ..kerana sebab kenangan itulah..
yang mewujudkan harga diri kita hari ini

Monday, November 9, 2009

kampung budaya..

sesuatu yang tak disangka
seringkali mendatangi kita
itukah suratan dalam kehidupan..
atau sekadar satu kebetulan..

lirik lagu kat atas tu..memang best..sering buat ia bertepatan dengan apa yang kita lalui..
kamek tok..smpe kinek terkejut boleh berada di bumi kenyalang tok..
bumi yang kamek igt smpe mati sik mungkin smpe..boleh kamek berada..bekerja dn jatuh cinta di sini..hehehe
last week ke kg budaya..mun kitak mari sitok..wajib datang kampung budaya..kitak sik dapat pusing satu sarawak..so kitak akan dapat maklumat ttg sarawak di sitok.
kamek sik mok banyk madah..nangga ja foto2 di bawah..gmbar puteri santubong pun ada..sory..ada gambar berwarna merah..hp buat hal kena sampuk.

ni gambar penari2..tarian etnik2 sarawak

peralatan ukiran sarawak



yang baju biru cerah tu..anak PM kita..kebetulan kamek terikut belakang rombongan dia..tumpang glemer..hehe
gunung santubong..tengahhari pun berkabus..nak tengok puteri santubong..ni dok kenyih kat bawah tu..hehehe




objek pelik yang kami jumpa di gigi pantai santubong..bukan taik tau..ia bergerak2..hmm..nak kena panggil national geographic ni buat siasatan.

Sunday, November 8, 2009

bola ohh bola..

syok betul bila nak sembang topik bola nih..
bukan pasai cek teror..
tapi sebab cek saja nak campuq mulut sama sembang hal ni..
cek tau..ni mainan oghang laki..tapi oghang pompuan mcm cek ni..mesti serba tau..mesti ambil berat gak..
tahun ni n9 jadi juara..kelantan nombot 2..takpa..wlu Perlis tersungkoq di separuh akhir..cek tetap puas hati..biaqla oghang lain plak..takyah dok pulun..bagi oghang lain plak rasa.

cuma kan..coba hampa tengok..apa ada pada bola nih..kalau tanya oghang yang suka bola..depa akan kata..bola ni lambang kelakian..bola ni world..kalimah GOL ialah kalimah yang diguna pakai di seluruh dunia..betapa hebatnya penangan bola!!!
cuba kita tanya oghang hat tak suka plak..depa akan kata..bodoh betul..ligan bola sebiji ramai2.. bila dapat sepak balik...baik beli sorang sebiji..pastu sepak la sumbatla gol banyak mana pun.
hmm..cuma yang cek syok pasal bola nih..atau dalam kata lain..awat cek pun dok amik tau pasal bola gak..sebab cek suka tengok kegentingan dan tekanan yang dihadapi menjelang perlawanan. perlawanan bagi peminat adalah menjulang nama pasukan masing2..tapi hampa tau dak apa makna perlawanan pada pemain dan yang berkaitrapat dengan depa mcm pengurus dn sbginya..?
tekanan amat berat..sama berat tekanannya mcm calon dalam pilihanraya. waktu itu depa mcm dok atas tembok..kalau jatuh belah nasib baik..mcm2 habuan dapat..kalau jatuh belah nasib tak baik..mcm2 cacian dapat..
itu memang lumrah pertandingan.. yang cek nak share ialah..kita ni tak kira la sapa pun..apa pangkat pun..kita sebenarnya selalu gak dok atas tembok nasib tu..yang amat menduga dan menguji keupayaan kita..kadang kita boleh jatuh kot belah baik..kdg kita jatuh kot belah buruk..
INGAT...bila kita jatuh kot belah baik..jangan dok suka sangat..kadang ia bukan tanda Tuhan sayang kita..tapi saja nak buat kita tambah leka.

dan kalau kita jatuh kot belah buruk..jgn anggap Tuhan benci kita..jangan putus asa.kadang itu cuma signal tuhan suruh kita balik ingat Dia..
so..kita jangan nilai orang dengan apa yang dia dapat..tapi kita boleh tengok apa yang dia buat dengan apa yang dia dapat!!
hampa paham dak? buat2 paham laa no..cek ngantuk dah ni..nak tidoq..mana plak bantai bucuk cek ni..

Tuesday, November 3, 2009

periksa..selesa or seksa?

selamat berimtihan buat semua yang masih bergelar student..
ketahuilah bahawa diri ini adalah insan terpilih untuk tidak menduduki peperiksaan lagi..hahaha! (kajol uia mesti bengang)
sekarang ni kamek tengah marking paper.. bila baca jawapan student..ada yang buat kamek terharu..antaranya ialah..apabila huraian dan contoh yang dia bagi sebiji seperti yang saya huraikan..bukan ayat buku.. hmm..bagus budak ni..sebiji2 suara kamek lekat dalam kepala dia.
yang terharu ada..yang nak tergelak pun ada..soalan minta lain..lain dia huraikan. setakat ni ada 1 kelas full A. A+ pun ada..pening kamek nak buat report kang..nak menjawab kenapa budak ni bagus sangat.
dalam keadaan mcm ni, kamek suka letak diri kamek di tempat student..kamek dulu harap sgt pemeriksa akan mudah beri markah.. kamek lbh suka menunaikan hak mereka dari menafikan hak mereka dgn memotong markah ikut suka hanya kerana nak seimbangkan graf. lagipun kamek rasa kamek dah cuba marking seadil yang boleh.
kamek teringat dl..waktu exam yang paling seksa adalah di mesir..hanya tuhan yang tahu..rasa mcm nak jumpa malaikat munkar nangkir jawab exam..sebab takut tak lulus.emosi satu hal..cuaca pun satu hal.waktu sem 1 musim sejuk,dah la kena jwb exam kat tmpt parking keta..angin sejuk yg amat..bunyi bising keldai lagi dari ladang sebelah..nak pakai sarung tangan..tulisan jadi buruk..jadi jwb exam..dlm keadaan tangan menggeletar sejuk.
exam kamek yang paling selesa waktu spm..haha..cukup santai..malam sebelum exam siap main game lg..relax sgt otak..tiada tekanan..
alhamdulillah..dalam kedua2 situasi di atas..keputusan exam kamek melegakan...
oklah..kamek mok smbung marking .. bilalah..kamek nak pencen nih!!!!


ni salah satu gambar kamek di mesir dulu..di puncak gunung sinai (gunung tursina..dalam sejarah nabi musa)..puncak gunung jerai..kamek tak panjat..gunung sinai kamek sampe dulu..hehe