relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, November 14, 2009

bengang sangat ke?

sabtu..bila kena kerja..mmg boring..tapi nak buat mcm mana..nama pun makan gaji kan..
kn invigilate di dewan..best bertugas dalam dewan besar..bila ramai student..mcm2 karenah boleh tengok..dan pagi td saya dihadiahkan satu karenah student yang mmg boleh membengangkan sesapa yg melihatnya..
dia masuk dengan muka masam..mata saya dah mula terperasankan dia..duduk depan sekali lak tu..'ada something wrong dgn budak ni'...hati buat jangkaan awal.
malas nak tengok dia sgt2..saya buat kerja sy..tengah agihkan soalan..tetiba dia meluru keluar dgn muka yang lebih masam dari td..'apa masalah lak ni..silap tempat exam ke?'
5 minit kemudian dia masuk balik..merungut2 marah tapi ntah apa butirannya saya malas amik peduli dan sy tengok org lain pun tidak mempedulikannya walau ada yg menjeling2 tajam pdnya.
mmg betul sangkaan sy, mmg ada tak kn dgn budak ni..cara dia jwb exam..penuh dramatik..siap buat 1001 jenis memek muka.kekeke..nak tergelak pun ada..mulanya malas nak peduli tapi terambil peduli jugak dgn budak ni.
saya perasan dia ada tulis sesuatu kat kertas contengan..nak tahu apa dia tulis..ni antaranya " AKU BENCI SOALAN INI..MEMBUNUH DALAM DIAM.KAMU HANYA BONEKA, KAMU HANYA MENUMPANG, KAMU AKAN MATI. LAW 309 SUBJECT B*NGANG, TASAWUF SUBJEK SEXI.DUNIA ADALAH *******. AKHIRAT KEKAL SELAMANYA. KENAPA BAHL*L SANGAT? AKU NAK MASUK AL-AZHAR BUKAN UITM" kemudian dia sign kertas tu atas nama A.samad said.dan saya tahu dia sengaja biarkan kertas itu dibaca oleh invigilator2 yang lalu lalang...nak soh kami tahu kebengangan awak ke?



memang bengang pun bila bc ayat2 dia..dan saya terus amik kertas contengan dia ni sebab takmau org lain jumpa dan jadi bengang.
bengang sangat ke..sampai memb*ngangkan paper exam dan org lain?
INGAT... KITA BENGANG MCM MANA SEKALIPUN..JANGAN SAMPAI ORANG YANG TAK KENA-MENGENA PUN NAIK BENGANG TENGOK KITA..!

opps sory..jangan rasa bengang ek baca post ni..just share perangai dan ragam manusia.senyum sokmo!!!

No comments:

Post a Comment