relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, September 29, 2014

xde sapa tengok kita...

Waktu pulang dari kuching di satu perhentian traffic light..kami berkembar dgn 1 kereta lamboghini putih.. fuh.. mmg kena tengok.. dan bila lampu hijau.. keteta itu memecut laju meninggalkan kami kembarnya.. hehe. Dan aku perasan.. semua yg lalu akan memandang kagum kereta berkenaan...

Wah.. bestnya.. semua org nak tengok kereta dia.. dan nak tengok sapa memandunya.. kataku spontan..

Dan xde sapa pun tengok kereta kita.. dan xde sapa tengok kita... sambungku lagi.. juga secara spontan..

Ada... yang tengok kita.. tu.. penunggang motor.. penaik basikal..yg jalan kaki.. balas habibi... spontan...

Dan secara spontannya.. allah tunjukkan kepada kami... seorang lelaki tua sedang mengheret basikal aiskrimnya.. dia nampak kemengahan dan penat mengayuh di bawah panas terik...

Dan kala itu.. secara spontan.. aku insaf.. dan spontan.. aku bersyukur. Amat bersyukur.. aku masih punya kenderaan melindungiku dr panas hujan....

Friday, September 26, 2014

kami xde pantang.. tanam apa saja

Kami tanam apa yg dapat ditanam.. dan ia sudi tumbuh.. dan Allah izinkan menjadi rezeki...
Ini bukan kali pertama...
Dah byk kali habibi cuba.. dan alhamdulillah rezeki kali ini banyak dan boleh berkongsi... :)

Tuesday, September 23, 2014

kami xtanam pisang dekat rumah.. pantang..

Alkisah.. habibi yg suka bercucuk tanam.. xcukup tanah sendiri.. tanah orang pun bak ditanamnya...
Habibi tanya jiran sebelah kaum cina.. boleh tak nak tanam pisang depan rumah dia.. coz depan rumah kami dah ada pisang.. jadi nak luaskan jajahan la.. hehe

Dan tadi dia datang rumah kami dan maklumkan.. u tanam je apa apa pokok lain.. jgn pokok pisang saja.. sbb kami kaum cina xboleh tanam pisang dekat dekat rumah.. jauh jauh xpa.. u suruh husband u tanam jagung la bagus...

Errmm.. menarik. Aku xpernah tahu.. dan bila dia sebut.. aku teringin sangat nak tahi.. maka aku pun pi jumpa sheikh google..
 Tapi kan.. aku jumpa 1 je.. jgn tanam pokok pisang sbb nnt dapat baby kepala besar...
Hmm.. xpe xpe.. aku cari lagi.. nak tanya sheikh lain lak. Hehe

Friday, September 19, 2014

best di tawau... apa yea?

Smbil menyelam.. minum air.. smbil urusan rasmi.. buat juga kerja kerja x rasmi yg menyenangkan..
Kebetulan k.m pergi juga.. duduk pula sebilik.. apa lagi.. acara tidak rasmi tu jadi acara wajib bah... hehehe
Hari prtama smpi, hanya round di bawah hotel tu je. Ajarla k.m makan banana cheese yg mnjadi kegilaanku...

Hari kedua, ptg nya.. kami tanya kwn kwn sabah.. best di tawau apa yea?
Pasar gantung!
kami pun tahan teksi dan menuju ke pasar gantung... dalam kepala dah bayang.. mst unik dan menarik tmpt ni... bila smpi.. kami tercangak cangak... ni pasar gantung? Driver tu angguk angguk.. kami geleng geleng... mana yg gantung nya?
Tu.. baju baju dalam kedai tu yg bergantung....
Hahaha.
Lain tempat.. lain bahasa dan lain cara fahamannya. Sbb tu bila org suruh kami try makan nasik lalap.. kami x berani cuba.. nnt lain yg kami fikirkan dan lain yang keluar... dan seperti dijangka.. kami bayang nasik lalap ni.. ialah nasi dgn ikan besar yang mulut dia nganga lap lap.. rupa rupanya.... nasik putih, dgn ayam goreng.. cuma ada kuih hitam cara jawa.. huhuhu...
apa pun.. nice memori di tawau utk dikenang... tambahan penduduknya yg baik.. driver teksi yang tidak cekik darah.. dan driver uitm kami yang pandai berjenaka...
Opp.. 1 petua dari driver ..klu sesat di tawau.. cari je pokok airport ni.. pokok ini hanya ditanam sepanjang laluan dr airport ke bndar tawau... hehehe

Wednesday, September 10, 2014

tawau.. aku di sini...

Tawau...
Aku sampai pertama kali..
Walau atas urusan rasmi keterujaan mmg ada

Sunday, September 7, 2014

dah serasi...

Bukan senang nak serasi..
Bukan boleh buat buat..
Dia kena penuhi langkah langkah tertentu.. baru dapat rasa serasi tu.
Dan bila dah serasi.. rasa selesa.. rasa xda masalah utk sntiasa bersama walau dalam apa jua keadaannya...

Dan ada satu kelas ni.. aku dah rasa serasi dgn mereka... dan sedih la plak.. dah nak habis mgu kuliah... huhuhu

Tak pernah aku sedih sangat nak akhiri kelas.. tapi dgn kelas ni.. aku sayang sangat..sbb rasa serasi sangat...

Friday, September 5, 2014

orang lain ke mekah..aku ke mukah

Mukah tau tak kat mana?
Jauh ooo.. 10 jam juga perjalanan.. sama jauh nak ke mekah tu...
Hehe
Mukah satu tempat di sarawak.. aku yang dah nak masuk tahun 6 ni, tak habis pusing 1per3 sarawak lagi.. punyalah besar.
Namun alhamdulillah di kesempatan aku masih lagi golongan muhajirin ni.. ambil peluang ke tempat orang.. dan kali ni ke mukah.

Dari kota samarahan, 3 ptg... + solat, makan, toilet... sampai mukah 1 am.
Smpi tgh malam jd xperasan sgt keadaannya. Esok paginye.. wah.. igtkan kampung.. rupanya membangun la jugak..
Kenapa dlm kepala aku set mukah ni kawasan kampung.. sbb ada 1 caw uitm kat sini.. dan rmi yg enggan ke sini.. ktnya xde apa.. boring.. kampung. Tp.. oklah.. persisiran laut..hijau.. dan yg aku suka, x sibuk.

Dan.. 1 benda yg aku jatuh cinta kt sini..laksanya.. laksa sarawak yg sedappppppppp... aku yg xsuka ni jadi terus suka sangat.

Nak pi lagi mukah........dan mekah.