relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, December 31, 2018

MOOD..

"aku takda mood la hari ni"
"mood aku tak baik"

kita selalu guna alasan mood untuk lakukan sesuatu atau untuk tidak lakukan sesuatu
betul.. mood perlu ada supaya kita buat tu bersungguh dan ikhlas..
tapi kan ada kerja perlu dipaksa mood tu datang. mood ni macam semangat juga lah. perlu diseru..perlu dipanggil, perlu dipanaskan, perlu dipaksa dan macam-macam lagilah nak bagi 'mood' tu ada. sebab itu perlunya seminar/kem motivasi... dan sebagainya.

penting ka mood atau semangat tu.. pada aku penting.. supaya tak terkejut sangat.. atau supaya boleh set siap siap dalam hati.. hati akan call kepala..dan kepala akan hantar isyarat ke seluruh anggota supaya bersedia untuk bertindak.

kalau diperhatikan.. Allah yang cipta kita juga sangat kenal manusia dan 'moodnya'.
sebab tu.. nak solat.. tak terus solat.. tapi dimulakan dengan wuduk dulu... ambil mood solat la tu
nak puasa.. dimulakan denagn niat malamnya.. dan digalakkan bersahur.. ambil mood puasa la tu
nak kahwin.. bertunang dulu.. mood untuk kahwin la tu..

# sebenarnya nak habaq.. aku sedang ambil mood untuk mula kerja balik selepas cuti panjang.. hehe. kelam kabut ingatkan balik password itu ini.. malah no bilik opis pun aku boleh lupa.. isk isk isk.. :)

Wednesday, December 26, 2018

kalau hati kita berbau

lepak dengan anak-anak..tengok doraemon
episod kali ni tentang mesin yang boleh dengar isi hati
pendek cerita..mesin tu terlepas ke tangan Giant
apalagi Giant pun tahu bahawa kawan-kawan tak sukakan dia
kawan-kawan pun larikan diri dari giant takut Giant dapat baca isi hati mereka
okeh pause..

teringat lak satu satu syair arab waktu ngaji nusus dulu
ingat ingat lupa, tapi lebih kurang begini maksudnya:

'kalau hati manusia bercakap, pasti semua sanggup jadi pekak
kalau hati manusia berbau, pasti orang hidup yang lebih ditanam dari orang mati'

hikmah sangat isi hati kita, hanya Allah sahaja yang tahu..
kalau tidak tiada siapa sanggup berjumpa dengan sesiapa..

Monday, December 24, 2018

Selamat ulangtahun ke8 perkahwinan

Bukan mudah mengucap cinta.. apalagi mempertahankannya...
Tapi bila ia dari yang Esa.. segalanya dimudahkanNya dan ditunjuk jalan pada setiap kesulitan...

Barakallahu lana wabaraka alaina...

Hari ni sambut di domino arau je..
Yang penting kami berlima bersama..


Anak anak yang tuntut hadiah.. depa kata hari ni besday ibu, abi dan anak anak sekali.. hehe

Thursday, December 20, 2018

abduh dan ibu pergi kashmir

hari tu tengok cerita 'i am not terrorist' antara pelakon malaysia dan pelakon hindustan.
best dan teruja sebab permandangan cantik sangat.
aku tonton sambil ribakan abduh
kerana sangat teruja aku pun sebut pada abduh

"abduh, nanti bawa ibu pergi kashmir ya"
"ooo..." ( baik ibu)
"abduh nak bawa ibu pergi bila"
"ooo" (esok)
"tiket dah beli?"
"ooo" (tak payah)
"pasport?"
"ooo" ( tak payah)
"abduh, ibu takde duit. guna duit abduh tau"
"ooo" (abduh ada dua ringgit)

seronok sembang dengan abduh, sebab ada je jawapannya walau ibu main tembak je apa abduh jawab. hehehe
ingatkan habis di situ je.. tapi kan.. jeng jeng jeng...


esoknya lepas subuh, ingat nak basuh baju, tapi abduh panggil minta susukan dia (pandai ibu buat alasan). apalagi, dengan ibu dan abduh tertidur. dan yang bestnya.. ibu mimpi ke kashmir dengan abduh main salji dan gajah. ntah manalah datang gajah tu di kashmir? hehehe

impian ibu menjadi..walau dalam mimpi.. seronoknya macam pergi betul betul. tq abduh. bawa ibu pergi percuma.. pasport..tiket..duit semua tak bawak. :)

Wednesday, December 19, 2018

lahirnya 'aku temanmu'

post ni sepatutnya aku buat dah lama..bila hari kelahiran novel sulungku..awal november lepas tapi sebab masa tu masih tempoh berpantang yang kononnya 'pantanglah sangat'.. buat aku tunda..tunda..dan tunda..

aku temanmu.. nama asal yang diberi "pendamping"..
takpe..nama apa pun tak kisah yang penting sampai maksudnya

banyak soalan dan reaksi aku dapat dengan lahirnya novel ini..
moga post ini dapat memberi jawapan walau mungkin tak dapat memuaskan hati semua

memang antara impianku ialah untuk menjadi penulis sebab zaman kecilku aku sangat suka membaca. mana-mana perpustakaan yang dekat akan aku terjah dan jadi ahli. Waktu itu aku teringin sangat ada buku karangan sendiri dan dibaca orang.

aku memang dah lama menulis.. cuma yang serius dan komersial adalah 'aku temanmu' yang pertama. cerita cerita aku yang lama.. bertulis tangan.. tak tahulah tersorok simpan kat mana.. kalau tak silap hampir 10 cerita aku pernah buat.. dan pembacanya adalah di kalangan rakan-rakan asrama dan adikku sendiri.. hehe
waktu duduk asrama dulu.. kuat berangan dan tak banyak kerja jadi adalah masa menulis tu
sambung belajar dan di alam pekerjaan.  menulis dah jadi makin jarang plak.. pensel dan pen pun selalu hilang.. jadi setiausaha memang fail.. dan mereka yang kenal aku waktu  fasa ini mesti
tak sangka aku asalnya suka menulis.

tapi minat dan impian tak pernah padam. setiap kali ke kedai buku dan perpustakaan masih berangan ada buku sendiri.
walaupun ruang pekerjaanku sendiri perlukan aku menulis penulisan akedamik yang penuh dengan soalan kajian lepas, skop kajian, hasil kajian dan memerlukan aku membentangkan secara ilmiah tapi cintaku pada penulisan kreatif tidak pernah mati..cuma pudar kejap disebabkan caturan masa yang makin menghimpit.

peluang datang tahun lepas, bermula dengan pertandingan penulisan kreatif. aku cabar diriku untuk mencubanya dan alhamdulillah 'pendamping' @ 'aku temanmu' dihasilkan.

aku jujur nyatakan di sini, ilmuku tentang penulisan kreatif hampir sifar. terima kasih diucapkan buat ART editor dearnovel yang sabar membantuku untuk edit dan baiki mana mana kelemahan manuskip asalku. mengedit dan membaiki lebih lama masa dari mengarangnya. hahaha

'pendamping' @ 'aku temanmu' lebih berkisarkan tentang gadis bernama Yuha yang ditemani oleh satu makhluk halus. apa aku nak sampaikan di dalam novel ini ialah tentang kita semua ada pendamping kita @ qarin. cuma adakah kita menguasainya atau dia menguasai kita...

plot dan jalan cerita novel ini aku akui agak lewah sebab aku guna POV 1.. iaitu penggunaan aku, jadi ia lebih kepada apa yang Yuha hadapi dan apa yang dia rasa. agak berat sebelah sebab ia tidak dilihat dari sudut watak lain. nanti ada rezeki aku ubah ya.. buat sekuel nya plak.. kita boh nama 'dia temanku' hehe

watak-watak kebanyakkan aku guna dari nama rakan-rakan di Kota Samarahan. yalah, baru berpisah, jadi rindu masih terlalu sarat dan diluahkan rindu itu dengan mengabadikannya di dalam novel ini. hanya nama dipinjam tapi tiada berkenaan dengan watak sebenar. Fatimah dan Hamdan pun memang suami isteri. :)

banyak kejadian sebenar aku coretkan dalam novel ini cuma mungkin ditambah sikit rencah perasa tambahan contoh adegan jalan berkaki ayam dari PWTC naik lrt, komuter balik ke stesen UKM. itu memang pengalaman sebenarku dulu.

respon dari pembaca, ada yang sebut lepas dia baca novel ini setiap jam 4 pagi dia terjaga dan mimpi pokok besar! ada yang bila pegang baca, tak dapat nak stop sampailah dia kena habiskan. Ada yang baca, tak habis habis sedangkan dialah pembeli pertama dan pembaca pertama sebelum manuskrip ini dihantar lagi. siapa tu? suamiku lah.. hehe

lepas novel ini terbit, banyak rakan-rakanku bertambah dari kalangan penulis sendiri. semua dah hebat dan menulis berpuluh puluh penulisan kreatif. aku je baru nak merangkak. semoga ada ruang rezekiku dalam bidang ini. banyak lagi aku perlu pelajari dan ia 'aku temanmu' adalah anak tangga pertamaku.

terimalah...'aku temanmu', ia memang tidak sempurna tapi ada istimewanya.

Tuesday, December 18, 2018

petua bila gementar

tgk bola hari tu..
aku plak yang gementar lebih.. lagi lagi bila vietnam dah score 2 gol.. terus aku dah hilang semangat.. sungguh!
kagum sungguh bagi mereka yang masih boleh maintain.... berjuang habis habisan.. kelah menang belakang kira..

ok.. lupakan bola
aku cukup takut bila gementar atau nervous tu mai.. tak kira la dalam situasi apa pun.. sebab ia akan buat aku hilang arah.. tangan sejuk lain macam.. dan semua jadi serba tak kena. kadang ia berjalan seperti dirancang.. kadang lebih baik.. kadang jadi lebih teruk.. huhuhu

mereka yang terlibat dengabn pengucapan awam..ceramah.. akan faham apa aku maksudkan.
 lain nak cakap.. sebab nervous... lain plak yang dicakap..
kagumla mereka yang boleh control gementar tu..

pengalaman aku.. gementar tu tak amik masa lama.. dalam 5 hingga 15 minit je.. bila diri dah dapat kuasai pentas.. maka ia akan pulih dengan sendiri..

ingat lagi.. time interview kerja uitm.. nervous tak tau nak habaq.. makan pun tak lalu..mandi pun tak basah.. hahaha
tambah bila nama kena panggil.. nak terberak..nak terkencing bercampur campur.. tapi ingat pesan Arwah tuan guru harun din.. petua bila interview.. sebut YA JABBAR.. insyaallah kita akan rasa lega dan dapat kuasai situasi.. dan ada rezeki.. semuanya akan dimudahkanNYA


Friday, December 14, 2018

Cuti cuti penang dis 2018

Alhamdulillah berkesempatan bawa anak anak
Bertolak dalam 7.30.. sarapan di jitra..


Teringin naik feri dah 18 tahun tak naik.. hehe
lepas smpai terus ke komtar.. beli tiket masuk.. pejam mata ja la.. sekali sekala kan.. huhu
Ni antara yg kami masuk dekat the top tu.. termasuk sky walk







Lepas tu kami pi pantai tanjung asam kat teluk kumbar.. lalu jalan gertak sanggul.. jumpa la.. best sbb xramai orang.. landai dan yg penting entrance free.. hehe



Dua hari satu malam tak cukup pusing 1 penang.. ya la.. kami 5 orang.. yg 5 perangai..kena ikut mood masing masing. Insyaallah nnt mai lagi ya. Tq allah96

Wednesday, December 12, 2018

kenduri kampung..

time cuti.. time kenduri..memang tak dapat dipisahkan
kebetulan cuti kali ni..
kenduri maksu anak-anak ku aka adik bongsu habibi
alhamdulillah.. anak anak aku masih lagi dapat rasa meriahnya kenduri ala kampung lagi..walaupun dah ada yang moden sikit

masih lagi guna khidmat tenaga orang-orang sekeliling..
masih lagi guna pinggan..cawan..khemah syarikat bersama
masih lagi dapat lihat orang 'berbalai' ( pasang khemah saja pun dah macam kenduri tau)

di perlis.. pagi-pagi akan menyorok puluit ikan kering dulu.. kena plak dengan ayaq kopi o panas...
pas tung tang tung tang.. dah masak.. orang bertugas akan makan awal.. sementara tunggu tetamu mai pukul 12..

anakda muhammad aku lihat cukup seronok ke hulu ke hilir..
jam 3.. nampak dia heret raga pinggan dan cawan nak basuh tepi sungai..
hasrat mula nak larang..sebab pasti nanti seluar dan baju tu akan lencun..
tapi lihat wajahnya yang riang dan excited.. aku biarkan...
mungkin ini sahaja peluangnya buat begitu...
kenangan itu akan jadi lebih mahal dari pakaiannya :)


Monday, December 3, 2018

Semanis aiskrim durian musang king

Patutla ibu teringin aiskrim durian muaang king.. bila tengok senyum abduh.. manisnya teringatkan ibu pada mania aiskrim durian musang king... hehehe

Monday, November 26, 2018

aku.. di mata anak anak



kita terlalu sempurna di mata mereka.. hinggakan mereka tidak mahu langsung melihat sisi kelemahan ibu..

namun adakala ibu dan emosi..tidak dapat dipisahkan


ada satu hari dan waktu... aku tak dapat menahan air mata.. menangis teresak-esak di hadapan anakda Muhammad...
dan dia memujuk... "ibu.. ibukan dah jadi ibu.. ibu mana boleh nangis"

huhuhu... lgilah berjurai air mata ibu

Sunday, November 11, 2018

11.11 shopping time

Tak tahan..
Terjebak juga
Rasa macam beli hanya yang perlu.. hehe. Beli lqmpin pakai buang abduh saiz s 4 pek dan saiz m 4 pek..
Rasa macam dapat jimatkan dalam rm30
. Lepas tu beli pelapik tempat duduk dalam kereta.. kereta felix aku dah bermacam peta.. walaupun varu umur 7 tahun.. jadi nak mekap la sikit. Yg ni mmg habibi surih cari lama dah.
Yang ke4, beli tefal pan 32cm.. 55 rgt je.. ok la kan.. ganti tefal aku yang hilang..


P/s: Tulis post ni supaya reward diri pasai pandai membeli yang perlu dan kena dengan waktu..😁

Derhaka adat berpantang

Tajuk ni.. kalau aku post dekat kimm atau krt.. memang kena kecam ni. Hehe

Ok.. hari ni 41 hari confinement..
Walau aku takla berpantang cara yang betul..aku tetap tak sabar tunggu habisnya tempoh itu.. sebab..,?

Sebab aku nak bebas tanpa dipersoalkan dan disalahkan..walau tak buat salah pun..

Pada aku berpantang masih lagi relevan..pantang makan ke..pantang bergerak ke..pantang buat kerja ke.. sbb memang ada manfaatnya.
Cuma harus disesuaikan mengikut badan dan keadaan. Tak semua orang sesuai berpantang dengan cara yang proper..dan ada orang yang memang kena betul betul patuh pantang larang ni.

Aku bagi contoh aku je.. aku malan pulut hari ke3.. dan aku tak makan banyak.. makan 2 pinggan je..  aku juga makan laksa hari ke 30.. tak makan banyak pun.. 2 bungkus je..
Sakit urat? Kembung? Alhamdulillah tidak. Sebab.. aku bukan kebal.. aku xde magic pun.. tapi badan aku tahan.. kawan aku anak dah setahun 3 bulan.. makan pulut semulut..terus sakit bisa badan.. sebab? Badan dia tak tahan.

Kenali badan sendiri.. badan aku xtahan caffein.. kalau silap ambil ..boleh shaking yang menyebabkan hypo dan sakit kepala.
Kalau tanya doktor pun.. mereka akui..xda istilah pantang makan.. selagi ia menyehatkan..makanla.

Bab pantang keluar rumah lak.. setuju sangat sebab antibodi baby masih lemah.. dan badan ibu masih belum sembuh sepenuhnya. Jgn jalan banyak.. luka lambat baik.. ini betul.. cuma tempoh tu sesuai la juga dengan tahap kesembuhan.. ada yang 2 minggu dah sembuh.. ada yang 2 bulan.. masih lagi xboleh gerak banyak.

Bab mengurut.. bertungku.. berjamu.. no komen.. sbb aku derhaka banyak bab bab ni.. dan orang kata.. tunggula nnt tua.. sakit sakit badan.. huhu.. moga allah bantu aku jalani kehidupan tua(kalau masih hidup) dengan tidak menyusahkan orang lain.

Berpantang adalah utk jaga kesihatan fizikal dan emosi.. pada aku paling pentong jaga emosi.. tolongla.. bagi sokongan.. memahami dan mendalami apa kami rasa.. apa guna pantang fizikal tapi emosi kami koyak..
Ibu menyusu..dilarang minum air banyak sebab konon takut berair..sedangkan kami sgt sgt perlukan air 2 kali ganda dari biasa.

Jangan marah marah kami jika kami tertidur pagi..tidur petang..(kami tak pernah tidur nyenyak masa yang lama)

jangan komen menghentam apa kami buat pada baby kami jika itu saja yang mampu kami lakukan.( contoh bf @FM)

Jangan komen dan kutuk fizikal baby kami.(hitam ke kurus ke)

Jangan tidak endahkan luahan kami...

Ini yang kami sangat perlukan...

Monday, October 29, 2018

ibu nak cerita kelahiran anak ibu abduh bin amiruddin

cerita muhammad
https://nadiyahashim.blogspot.com/2016/03/ibu-nak-cerita-kelahiran-anak-ibu.html

cerita hadeejah
https://nadiyahashim.blogspot.com/2016/03/ibu-nak-cerita-kelahiran-anak-ibu_15.html

ok..ni baru sempat nak catatkan kat sini cerita kelahiran anak ketiga ibu..
2017.. ibu dari awal tahun simpan 3 impian besar
1) dapat pulang semenanjung
2) naik pangkat dm52
3) dapat baby lagi

yang pertama.. alhamdulillah mei 2017 dah dapat
yang kedua.. november 2017 dah dapat
yang ketiga.. alhamdulillah.. hujung 2017 dapat

allahu.. engkau maha pemurah ya allah.....


awal kandungan.. memang mabuk tahap rasa jadi zombi
pertengahan mengandung.. selsema dan batuk tak hent
hujung kandungan.. malas..teramat yang xde ubat.. hehe

sepanjang hamil.. ibu check up di kk kat rumah ni ja
walau macam macam kena.. ada gdm.. kena refer pakar permanan 2 kali sbb gdm dan berat tak naik..
hb alhamdulillah ok..
yang lain..xde masalah..

sampai 36 w.. dah rasa hickson brick..  tapi boleh tahan lagi
ibu mmg plan nak cuti 1 okt.. untuk mudahkan orang ganti.. dan ambil kelas ibu

38 w.. makin tak larat.. tapi usaha ke kelas juga.. tanda xde kecuali kontraksi manja
ahad 30sep.. ibu plan nak shopping last la konon.. lepas tu nak pi makan makan di kuala kedah sambil ambil angin..

9 bertolak.. jam 10 singgah amway dulu.. beli keperluan.. ibu dah banyak duduk dari diri..
lepas tu pi tesco.. sempat la sambar barang sejenis dua.. rasa xselesa.. terus ke toilet.. ada spotting..

decide nak terus ke mahsuri..sbb dah makin rasa contraksi
singgah petornas.. solat zohor.. sampai mahsuri.. minta cek.. bidan cek.. baru 1 cm..tapi dah ada contraksi yang tinggi.. bidan tanya nak masuk wad terus ke..
aku plak terpikir.. sian muhammad dan deejah.. nnt sapa nak urus diorang..
terus aku minta balik dan bagitahu.. nanti sakit makin kuat..saya datang balik. hehe
sampai rumah.. aku iron baju anak anak siap siap..
sebelum tidur aku buat senaman macam macam.. hahaha
tidur aku malam ni,tidur tidur ayam..sebab sakit makin kuat.. tetiba rasa basah.. aku pegang cadar.. cadar basah.. alamak dah leaking ke ni...
terus aku ajak habibi ke hospital terus.. tak sanggup amik risiko..
beg anak anak semua masuk kereta.. cal kakbi.. bgth nak hntar muhammad dan deeja

sampai hospital jam 12.. cek bukaan baru 2 cm.. kontraksi makin kuat.. terus masuk wad dulu.. dalam wad.. ibu tak boleh tidur.. berpusing sana sini menahan kontraksi yang datang.. sampaila ke subuh..
lepas subuh boleh terlelap kejap..
pagi tu.. doktor masih lagi tidak mendatangi ibu.. huhu..
dekat zohor baru doktor datang..dan bgth.. lepas zohor kita masuk labour room ya.. bukaan waktu tu 4 cm..
masuk je zohoor.. terus ibu solat zohor jamak terus dengan asar..
dalam 2.30 macam tu masuk lr..
sakit makin meninggi hingga ibu dah tak boleh nak ikut arahan doktor.. hehehe
doktor kata.. nadia dah boleh cuba teran ni.. bukaan dah full.. ibu pening.. teran macammana?
tarik nafas di dada.. ibu tak tahu tarik nafas yang teratur dah masa ni.. semua berterabur.. sebab sakit yang datang terlalu tinggi.. buatkan ibu jadi tak boleh fokus pada satu-satu arahan.. yang kuat dalam kepala ibu hanyalah doa..dan doa.. semoga anak ibu selamat

dan 4.13 pm.. anak ibu selamat keluar.. hilang segala sakit..macam tak pernah tahu sakit beranak tu macam mana... hehe

syukur dan syukur...
kami berdua selamat...dan yang paling utama.. anak ibu abduh selamat dan sehat dengan baiknya...


Monday, October 22, 2018

abang muhammad 6 tahun

alhamdulillah
dah 6 tahun abang muhammad
6 tahun jugalah ibu bergelar ibu.. satu pangkat yang tiada nilainya di dunia ini

ibu nak cerita 6 keistimewaan anak ibu.. muhammad bin amirudin

1) 9 bulan dah boleh jalan.. lepas tu tak berhenti rehat lak tu.. jalan..lari.. lompat.. hehe
2) pernah cakap dia nampak hantu.. dan ibu percaya dia cakap benar..
3) selalu pujuk ibu.. antaranya.. " ibu kan dah jadi ibu.. ibu kena sabar.. jangan putus asa" (ibu benar benar tersentuh ankda)
4) paling sabar bila ibu naik angin.. dia akan cepat cepat sejukkan hati ibu..
5) bila merajuk dengan ibu, muhammad nak jauhkan diri dari ibu..sampai minta nak tidur dalam stor ( allahu..mafkan ibu sayang)
6) selalu cakap muhammad sayang ibu.. dan muhammad tahu tak.. ibu sayang muhammad lebih dari ibu sayang diri ibu...


Saturday, October 20, 2018

feri samarahan dalam kenangan...

sedih la plak bila tersembang bab kenangan di samarahan tadi...

betul... ada yang perlu dikorbankan untuk menccapai kemajuan..
tapi kan.. tempat feri tu tempat yang banyak kenangan untuk kami sekeluarga

1) tempat dating awal kahwin..paling murah..paling dekat..yang penting aura romantik tu ade
2) tempat kami cari lauk pauk basah petang hari
3) tempat kami cari makanan rare local..antaranya obor-obor.. oh rindunya kat obor obor
4) tempat kami melihat wajah-wajah yang pulang petang dan beratur dengan penuh sabarnya walau sampai berjam-jam.. tanpa hon hon tau..walau ada yang potong que
5)tempat pujuk anak yang bebai bosan dok rumah.. muhammad la..suka sungguh nak feri tu
6) tempat wajib kami akan bawa pada mana-mana tetamu semenanjung yang datang rumah
7) tempat sedap beli donat susu gebus
8) tempat aku merenung air sungai yang nampak deras..tapi air gelodak tenang dan penuh rahsia.. seperti sifat-sifat penduduk di situ nampak keras..tapi tenang dan penuh rahsia
9) tempat aku selalu tertinjau kot kot nampak ba waw alif ya alif.. hehe.. tapi yang ni aku xpernah jumpa.. cuma kisahnya memang ada...

aku rinduuuuuuuu..feri samarahan... kerana kau sebahagian dari binaan memori cinta keluarga kecil kami.......






Tuesday, October 16, 2018

akikah abduh bin amiruddin

alhamdulillah 13 oktober 2018,  4 safar 1440
akikah untuk tebus abduh 2 ekor kambing biri-biri ekor panjang

moga Allah terima ibadah kami tanda kesyukuran atas kelahiran cahaya mata ketiga ini



nama Abduh.. nama yang lama tersimpan sejak dari awal kehamilan walau belum tahu jantinanya
simple tapi penuh makna... kerana dirimu begitu bermakna buat kami anakda...

Sunday, October 7, 2018

anugerah terindah 1 oktober 2018

alhamdulillah thumma alhamdulillah...

anak ketiga..
anak lelaki kedua..

cahaya mataku..jantung..nyawa..dan segala harta di dunia..tiada taranya nak dibandingkan dengan anugerah ini...

ibu sanggup hadapi apa sahaja kalau bayarannya ialah dirimu anakda...



Sunday, September 30, 2018

sep atau okt?

mana-mana pun xpe..
ibu akur pada ketentuanNya..
hanya mengharap yang terBaik... dan ianya pasti pada masa yang terBaik...

tak sabar jumpa anak ibu..... always loves u my cikebum...

Friday, September 28, 2018

menghitung hari

penuh debaran...
macam macam terlintas dalam kepala...
yang positif dan yang tidak positif..
pelbagai kemungkinan...

kan ku usaha pelbagai jalan..
namun ku tetap menggantung harapan
yang terbaik dari Mu Tuhan

ku serah segalanya yang ku pinjamkan...
mohon rahmat dari Mu Tuhan
melebihi murkaMu atas segala kesilapan
yang telah atau akan ku lakukan

allahuma tammim bil khair....ya Arhamar rahimin.....

Tuesday, September 11, 2018

family day bani hashim 2018

alhamdulillah
ini family day yang ke 6
1: di kampung sena
2: di legong, sik
3: malibest langkawi
4: delta, langkawi
5: pangkor
6: pantai merdeka

kami berbeza.. pelbagai karakter..pelbagai kaler. tapi kami SATU KELUARGA













Friday, September 7, 2018

kalau dah namanya rezeki

ada masa teringin macam macam...
tekak nak.. tapi tengok poket.. terbantut hasrat

ada la satu malam tu.. tersebut.. nak durian musang king..
habibi kata.. silap silap boleh beratus ringgit tau..
aku hanya senyum

kami pergilah pasaraya.. kebetulan sst belum dilaksanakan.. nak beli keperluan dapur sikit-sikit
waktu lalu peti aiskrim.. terlihat :aiskrim durian king... aku tengok hara tertera.. rm7.**

oklah tu.. xdapat buah.. dapat aiskrimnya pun cukup...

dengan selamba masukkan dalam trolley.. habibi nampak.. dia bisik.. mahal tu..
aku hanya senyum balas: xpe ..penuh konfiden

waktu nak bayar.. habibi di depan.. aku sibuk dengan dua anakda yang masih nak amik itu ini benda-benda jualan di sekitar kaunter..tarikan kanak-kanak( bagus sungguhla..depa letak no )

habis bayar.. xsabar nak makan musang king.. kami singgah di bus stop depan pasaraya.. makan puas puas 4 beranak...

habibi cerita: tadi di kaunter cashier tu cakap..musang king ni 29.90 tau, harga dipapar tu salah
habibi jawab balik kat dia: xpe..saya tahu itu mahal

aku terus menjawab: awat tak habaq awal.. kalau tahu..mmg tak amik dah.. igt rm7.. huhu

itulah namanya rezeki... memang Allah nak bagi kita rasa durian king tu.. walau dengan cara kekhilafan kita sendiri

Wednesday, August 29, 2018

saya bukan penerima BRIM

Tun...
tahniah atas pengembalian jawatan PM kepada Tun..
Allah yang lantik Tun.. walau pelbagai usaha menghalang.. walau pelbagai provokasi mendatang..
2018.. Tun kembali...

Tun.. saya bukan orang politik..
hanya rakyat marhain.. yang makan gaji.. dan saya membesar dari zaman Tun mula menjadi PM ke empat dahulu..

Tun.. saya tak mahu bercakap soal politik..apatah lagi soal masalah dalaman negara yang banyak disandarkan atas kesalahan kerajaan dahulu... takpelah.. Tun kan dipilih untuk memperbaiki kelemahan berkenaan.. rakyat percayakan Tun.. jangan hampakan rakyat..

cuma soal BRIM..
saya tegaskan.. saya bukan penerima BRIM
tapi saya berada di kelompok antara mereka
saya menyaksikan..betapa mereka menanti nantikan tarikh masuknya duit ke dalam akaun  mereka..
seperti saya yang menantikan bonus.. walau hanya RM500..
di sebalik penantian itu.. ada harapan untuk memenuhi impian orang-orang yang mereka kasihi..
ada yang tidak pernah keluar dari kampung halaman sendiri..
ada yang tidak pernah kenal erti berkelah..
ada yang tidak pernah jejak pusat membeli belah
ada yang tidak pernah makan KFC, McD, apalagi makanan mewah

mereka tak manja, tun
mereka tak malas....

Tun.. Tun jadi doktor kerana rezeki Tun di sana..kemudian jadi PM kerena rezeki Tun di situ..
orang lain.. rezekinya berbeza.. ada rezeki mereka dengan mengajar.. ada rezeki mereka dengan bertani.. ada rezeki mereka dengan mengangkut sampah.. jika semua sama rezeki sebagai doktor.. siapa mahu menanam padi?

apa niat kerajaan dahulu memberi BRIM.. itu saya tidak tahu..
yang saya tahu.. BRIM menyumbang sedikit kelegaan mereka di era perbelanjaan yang makin tinggi sekarang

Tun.. turun dan rapati mereka...dekati mereka dan dengar rintihan mereka..
jika Tun hapuskan BRIm dan gantikan dengan sesuatu yang lebih bermakna untuk mereka.. Tun akan menjadi wira di hari mereka rakyat 2.9 juta penerima BRIM

Monday, August 27, 2018

aku dan penulisan

suka menulis..
sebab ia menari menzahirkan apa yang dirasai.. walau kadang.. bercampur dengan fantasi..

cuma kadang bila malas menguasai.. ia hanya mampu bertari di sanubari..
itulah kekangan paling besar dan ia perlu ditangani..

moga impianku menjadi penulis yang kekal tulisan dikenangi..
walau aku sudah tiada lagi..
akan benar-benar terjadi..
bukan hari ini...
tapi insyaallah esok hari..

Monday, August 13, 2018

susu mana terbaik untuk anak

soalan popular.. yang pasti ada pada semua ibu-ibu dan bakal ibu

aku yang dah nak masuk tiga anak ni pun.. masih banyak perlu belajar tentang apa yang terbaik untuk anak

anak pertama muhammad.. dah niat dari awal.. yang pertama masuk ke perutnya adalah susu ibu. waktu sebelum bersalin lagi dah sign borang.. taknak susu fomular.. dan minta anak terus dihantar kepada ibu selepas bersalin.
muhammad lahir 5.20.. dalam jam 7 macam tu lah.. baru aku ditolak ke wad.. selepas hilang kesan bius.. sejurus aku masuk..muhammad pun dihantar ke ribaanku.. dia tidur je.. dala sejam kemuadian nampak mulutnya bergerak gerak lapar.. dan percubaan kali pertama membawanya ke susu ibu berjaya,.. walau agak kekok.. nurse ada membantuku..
alhamdulillah..kelihatan muhammad releks dan sambung tidur... aku bersyukur.
esoknya dah boleh balik rumah.. bermulalah episod delema susu x cukup...
hari pertama balik.. awalnya agak ok.. malamnya muhammad mula nangis kelaparan.. walau aku dah usaha berikan susu.. dia seperti tidak dapat menghisap dengan baik... allahu.. gelabah hanya tuhan yang tahu.. dalam hati.. mahu je.. terus ke kedai belikan susu formular.. tak sampai hati dengarnya menangis dan menangis.. dia hanya berhenti bila dia terlelap... buka matanya.. buka lah mulutnya menangis.. macam ahmad albab..
macam macam dah suami aku buat. azan.. sapu minyak perut.. dan aku sendiri..tersedar kesilapan aku makan jamu yang tak sesuai dengan badanku.. mata muhammad jadi bertahi.. kesan panas air susu ibu.
bawa ke hospital.. muhammad kena tahan sebab kuning yang tinggi.. alllahu.. luluhnya hati tengok anak di bawah lampu biru.. dalam pada masa itu.. aku sendiri usaha terus memberikan susu ibu.. walau ada terdetik.. susu macam tak banyak je.... sekali perah.. 1 auns pun susah.. huhuhu
banyak kali terfikir untuk top up dengan susu formular.. cuma satu ja yang pujuk.. ada susu aku..susu aku cukup..rezeki anak aku ada... dan syukur.. rezeki susu muhammad makin banyak dan muhammad setembam tembamnya lepas tu.. hehe
bila muhammad 6 bulan.. aku kenalkan sikit susu kambung yang dicamur dngan puri atau nestum.. alhamdulillah serasi dengan perut dia.. di samping susu ibu masih menu utamanya hingga dia 2 tahun.. cukup dua tahun..
aku simpan stok susu badan dengan guna pam susu pureen mula-mula.. tapi aku xboleh guna lama.. sakit.. tukar beli double pam spectra3.. letrik.. leceh sikit sebab besar dan berat.. ok lah.. guna untuk stok simpanan muhammad.
masalah nak wean off.. adoi.. macam terpisah pasangan kekasih tu.. punyalah syahdu.. dia xmahu berpisah dnegan susu badannya.. banyak banyak cara x berhasil.. asam jawa tak jalan.. kunyit tak jalan.. yang jalan bawang putih.. hehe.. sian anak ibu

anak kedua hadeejah.. alhamdulillah tidak la berdrama sedih di awal kelahirannya.. dia pun cool je.. dalam pantang macam xde baby sebab dia suka tidur.. minum susu pun tak sekerap abangnya.. cuma hadeejah selalu jeluak... susu terlalu banyak pula.. sampai dia hisap sikit.. susu yang keluar melimpah limpah.. rezeki hadeejah..
hadeejah lepas 6 bulan.. aku tak kenalkan dengan susu kambing.. sbb rasa susu badan dah cukup banyak.. susu badan je camur dnegan puri atau nestum..
waktu hadeejah,. spectra3 aku macam dan loose ..dan tak kuat suction.. aku beli avent manual.. walaupun single, tapi hasilnya puas hati.. aku suka sangat sebab boleh bawa mana-mana.. kecil..tak payah cari plug.. kat mana mana boleh perah dan tak menyakitkan... cuma sayangnya.. waktu aku pergi konferens kat indon.. tube dalam pam avent tu terjatuh dalam sinki toilet.. huhuhuhiu.. sedihnya.
nak wean off hadeejah pun susah.. dia plak manja dan kalau tak bagi tu.. mulalah buat muka simpati macam orang nak pukul tu.. aduh.. asam jawa tak jalan..kunyit tak jalan.. bawang putih tak jalan.. yang jalan mayonis.. hahahaha.. lucu betul

ok cerita diorang plak lepas dua tahun...
muhammad aku bagi dugro buah buahan... sebab rasa itu yang bagus untuk muhammad yang picky eating
hadeejah lak.. aku terus bagi susu full cream.. mula mula everyday.. lepas tu dapat tahu fernleaf terbaik xda gula.. aku tukar ke fernleaf..
beza dia... muhammad sampai 6 tahun xsuka nasi sangat.. selera dia memilih.. dan tak makan buah dan sayur
hadeejah plak sebaliknya.. semua dia makan... dan cepat lapar.. kejap kejap cakap.. "ibu, deejah lapaq.."

untuk anak ketiga ini .. aku sangat berharap.. dilimpahi susu ibu  menu utamanya hingga 2 tahun ( ibu dah beli baru pam avent manual..hehe).. dan selepas itu.. moga allah rezekikannya makanan terbaik yang lain.. allahummarzukna taaman halalan tayyiban naafiaan...



Thursday, August 9, 2018

hiburan anak-anak

simple je kan nak buat anak-anak terhibur.. tak susah tempah tiket flight pun.. tak payah booking hotel pun.. cukup satu ringgit.. beli token..

masukkan dalam kuda pusing ni.. naik tak sampai 10 minit pun.. tapi happynye mereka sampai si hadeejah cakap...
" seronoklah ibu pergi shopping.."

bila tgk gambar ni.. bukan je.. muhammad dan hadeejah nampak happy.. ikan oren tu pun kenyih gembira macamlah orang amik gambar dia je sekor.. hehehe


anak-anak ibu...
maafkan ibu dan abi..
jika apa yang terpikul dan terbeban di bahu kami.. membuatkan anak-anak turut rasa tempiasnya..
sian anak anak.. terpaksa sekolah smpi petang sebab ibu abi kerja smpai petang..
bila sekali sekala ibu abi cuti.. buat pula kerja rumah yang tak pernah habis...

dunia kanak-kanak cukup indah dan simple.. sebab itu cara mereka berhibur juga simple..
berbanding kehidupan dewasa yang cukup complicated... maka hiburan kita pun complicated..


Monday, July 23, 2018

tahniah.. anak ibu johan

alhamdulillah

sikit kejayaan anak.. adalah satu kegembiraan buat ibu dan abi

allahu... walau hadiahnya biasa-biasa.. tapi ia satu kenikmatan yang besar bagi seorang ibu

anak masuk pertandingan..ibu yang terlebih ketaq.. ibu yang lebih dari segi persiapan..