relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Sunday, October 27, 2013

nama pendekku DIDI.. hehe

mak ayah dah letak elok elok nama utk kita..
tapi bila kita dah ada akal sikit..konon nama yang kita dah dapat tu tak best.. tak komersil..

hehe..pastu dok ubah nama..ada yang mmg nak sembunyi terus nama asal.. dari awang.. jadi awie..
dari khadijah jadi kathy..

salah ka?
tak salah..malah harus kalau nama asal tu membawa makna yang buruk.. rasulullah sndiri pun pernah menukar ama sahabat sahabatnya. memberi gelaran yang baik pun tak salah.. rasulullah sndiri mempunyai beberapa nama gelaran.. dan baginda sendiri memanggil isteri isterinya dgn nama manja tersendiri..

yag tak betul... nama asal dah elok.. pi tukaq nama yang tak elok atau yang tidak ada makna.. itu yang tak kena.. adohai...

maka teringat la aku waktu zaman tak berapa nak cerdik..mumayyiz 50%.. kawan2 pakat dok tanya apa nama pendek.. nama aku mmg dah pendek.. nak pendek macam mana lagi...
tapi sbb takmau kalah dgn kawan kawan.. aku pun letak nama pendek aku DIDI... hahaha.. tapi tak lekat lama.. sbb lepas tu ada artis nama tu keluaq tv.. terus aku jadi tak suka nama tu.. hehe

bahagialah dan berbanggalah degan nama asli kita..kerana nama itulah yang akan diseru di BARZAKH dan di SANA...


Friday, October 25, 2013

bila dengar bicara orang lama...

makin kita berusia..segalanya2 berubah samada kita mahu atau tidak.. kita sedar atau tidak..
cara dan topik kita berbual pun berbeza..

dulu zaman sekolah rendah..kita akan cerita mengenai pakaian baru kita..kasut kita ada berapa..
zaman sekolah menengah.. mula berbicara soal hati..soal minat pada artis mana..fesyen pakaian..
bila masuk u..berbicara soal jenis hp..pc terkini..tempat shoping atau hiburan yang best..
bila dah keje..berbicara soal rumah..kereta..pinjaman..
bila dah beranak.. soal anak suka buat apa..anak dah tumbuh gg ke belum..

dan bila semua2 itu sudah berlalu..akan ada satu masa.. kita akan berbicara soal penyakit dan kematian..

aku tumpang dgr bicara orang lama...
" si polan, mati mudah je.. pagi keluar pergi pekan..beli barang.. balik tu duduk rehat kejap terus meninggal."
" si polan minta mati kat rumah, walau kerap masuk hospital, tapi tuhan ambil juga nyawa dia di rumah"
" aku ni dah takmau makan ubat apa apa dah.. kalau nak mati tu..mati jugak'
" sakit sakit tulang belakang, buat kerja banyak tak larat, aku rasa aku dah tak lama lagi"

walau aku hanya tumpang mendengar..aku juga tumpang merasa keinsafan...dan tumpang rasa dah tua.. ;)

Friday, October 11, 2013

bila berbicara tentang cinta..

semalam..jumpa kekawan..yg kebanyakkan masih bujang..
aku bertanya macam mengusik tapi ada seriusnya juga " adakah akan mencari jodoh sefikrah?"
mcm2 jwpan..ada yg mmg nak..ada yg xkisah..

hmm.. bila banyak pilihan.. sukar untuk menentukan..
bila tiada.. rasa apa yang datang itulah ketentuan...

jangan rasa kita yang memilih..
jangan rasa..kita yang buat keputusan..
jangan rasa..org itu atau orang ini yang aturkan...

serah pilihan itu pada Allah.. Dia terbaik memilihnya..


smbil ni..smbil tgk DILTO PAGAL HAI..
nak gelak pun ada..part menyalahkan tuhan bila cinta jadi bersegi2..

adik adik yang belum bertemu jodoh..
dengar ni pesan akak...(hohoho)
kita mmg nak yang terbaik.. tapi igt minta kat tuhan.. "yang terbaik untuk kita"
kadang kita jumpa org baik.. tp dia bukan terbaik utk kita..
kadang kita jumpa org biasa biasa.. tp dia 'terbaik untuk kita'
bila kamu pasti pilihan itu pilihan tuhan.. ia sentiasa TERBAIK!

Wednesday, October 2, 2013

semua ni pasal sapa?

klu pasal invigilate..mmg macam2 citer.. hahaha,
alkisah utk semester ni aku kn 4 kali invigilate.. 3 di awal2 peperiksaan, 1 di tgh2 dan hanya standby..
aku dah bersedia awal cara2 menghadapi ke'boring'an menunggu..mcm2 dah ready dlm kepala ku.hehe

tiba2 F mintak tukar dgn aku..sbb dia ada urusan pnting yg lain..dia ambil invigilateku hari pertama..dan bertukar dgnnya invigilate hari weekend..tp hanya standby. aku menyahut dgn senang hati.. boleh bangun lambat dgn Muhammad..hahaha.

dan pagi 1st tu..jam 830 " akak, knp sy sorang je ni..xde pun kak *****."
aku dah gabra.. aku mntak dia berurusan dgn bilik gerakan. aku faham betapa gentingnya situasinya.

dan ptg ku aku berjmpa dgnnya " akak tahu kak, mcm2 sy kena pg td, dahla kakak **** tu lambat, kertas jawapan x cukup, kena marah lagi.. macam2 kena pagi tadi.
aku menyahut simpati "klu F tak amik alih, akak la yg kena semua tu.. sian kat F"
dia balas: " saya pulak rasa, klu akak yg duduk tmpat sy tadi, xjadi macam tu"

dan kemudian aku bersedia utk menggantikan tmpatnya.. adakah aku akan menghadapi situasi sprit yang dia ambil alih tempatku.

aku smpi awal, slps mendaftarkan diri..aku mendudukkan diri di kerusi berdekatan..menunggu klu2 ada kelopongan untuk aku isi.. bersamaku 3 sahabat lagi yg jugak sama status 'standby'. tiba2 kami dipanggil dan brth ada2 kekosongan, ertinya 2 dari kami kena 'bekerja' dan 2 lagi boleh 'enjoy'..
 caranya menentukannya adalah dgn cara undi.

aku dah gelabah..biasanya klu bab undi..aku selalu kalah..huhu. undi pertama, semua xkena.. coz kertas undian dibuat lebih.. haa..selamat!
undi kali ke2..jeng jeng jeng.. 2 org rakanku ku dengar mereka mengeluh..dan bila ku buka kertasku..ye.. selamat lagi.. "KITA ENJOY".

mulalah dlm kepala ni teringat F..klu dia di tmpatku..adakah dia bernasib baik sprti ini?
huh..aku mula beristigfar..mintak ampun dari dosa igt soal ong..tuah individu dan sial..
semua ni pasal sapa?

ALLAH!... :)