relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, May 30, 2012

lihat ibubapamu dan lihat anak-anakmu..

td sempat dengar rancangan ikim..tertarik apa yg aku dgr tadi dan buat aku terfikir panjang...

lihatlah ibubapamu..kerana itu juga akan menunjukkan bagaimana kamu di masa depanmu..
lihatlah anak-anakmu..kerana itu mencerminkan siapa kamu di masa lampaumu..

sumpah mahsuri 7 keturunan.. hmm..dosa dan pahala tidak diwarisikan?
yg logik ialah mewarisi sifat..
sbb itu antara kriteria pemilihan calon..dilihat juga pada keturunan.. tapi ia bukan bermaksud menghukum serupa mereka dengan ibu bapa. anak luar nikah tidak boleh dihukum berdosa besar seperti ibu dan bapa mereka. anak penjenayah tidak boleh diabaikan kerana kesalahan kedua ibubapa.
kembali kepada agama......
sebab itu pegangan agama dilihat sebagai kriteria utama ..kenapa? kerana sifat buruk (jika ia diwarisi) boleh diubah dengan penghayatan agama yang betul. dan sifat baik yang difarisi takkan kekal jika tiada penjagaan iman di dada. :)


Wednesday, May 23, 2012

rindu pakai uniform sekolah..:(

semalam pergi collect data di 2 sek menengah di kuching.. teruja sbb dah 4 tahun tglkan sek men..means..yang terakhir wktu ngajar sek men. al-amin.

smbil menunggu orang yg sepatutnya, tengok bebudak sekolah keluar rehat.. comel comelnya dgn uniform sekolah. terus aku bisik pd K.M : rindu la nak pki baju sekolah.
K.M balas; aah, tp klu nadia pki rasa xpelik sgt kot..masih badan budak2..kalau akak pakai..org gelak kang.
dan aku terus menerus berangan... mana nak cari baju sekolah yea.. yg baru dan nak melaram pakai kat rumah sekali sekala..hahaha.. ish..ngidam pki uniform sekolah lak tetiba..
dan waktu collect soal selidik aku ditegur oleh sorang studnt: " makcik, dah siap...'
:makcik...? huhu..anganku musnah..tak jadila pakai baju sekolah..dpt title makcik ni buat aku kira balik umur aku berapa nak cr baju sekolah utk aku..sepatutnya aku fikir utk cari baju sekolah utk anak2 aku..huhuhu.. nak nangis dan nak gelak sorang sorang. waaaa waaaa! :)

Monday, May 21, 2012

haha..aku dapat rm500


mgu lepas..satu call aku terima..no kl.. ni msti bank bank nak offer loan ni..huh..
tp disebabkan aku free, angkat la juga:
"hello'
"hello..ni cik nadiyah ke?
"yea saya.."
" saya buat panggilan dari pejabat **** selayang, nak dimaklumkan cik diantara penerima baucer 500."
"haa..yeke.." dalam hati..syok dan gelihati kemain..hehe
" cik kena datang amik kat sini"
"eh..tapi saya sekarang kat sarawak..err..hantar ke sarawak ni boleh?"
"tak boleh..cik kena datang sini..amik sendiri'
"alamak..kalau dekat sy boleh pergi..ni kat sarawak..tiket kapal pun lebih 500.."
"ada sedara area ni?"
"hmm..xde"
"hmm..klu macam tu kira burn lah yea..
"erkk..tak boleh transfer ke sarawak ke" aku masih lagi bertanya..tanda merayu.
"emm..tak boleh.'
'kalu macam tu takpelah..xde rezeki saya..bagi pada org lain je.'
klik...

haha..aku terkezuuut bangat.. mana tak ye.. apply pun tak..dan klu ikut kelayakan..tak layak dah.. mungkin rekod diorang..standard gaji wktu aku keje di bangi dulu..huhuhuhu..
tapi aku terpikir..klu betul itu diberi ikhlas untuk aku..dia boleh terus transfer ke akaun aku..atau tak pun..hantar ke pejabat **** sarawak ni..ni bukan zaman batu takde kemudahan mcm tu...
tapi mungkin dia nak aku hadir ke sana....di 'basuh'.. kemudian baru bagi..
xpelah.. :)