relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, April 28, 2010

anak mami kembali lagi!!!!



HEI ORANG-ORANG KAMPUNG..DENGAQ SINI ...ANAK MAMI KEMBALI LAGI!!!!!















anak-anak mami


penari-penari boria















beli belah di komtar..
pekena pasembot...cendoi pulut aiskerim
jgn lupa jeruk pala...
fuh..!!!!

anak mami paling mamun...kekekekek

tuan rumah dgn tuan tetamu


semua best..kira nombot satu laa..cuma ada yang lawak, waktu kami dok kat sebuah hotel '****" ..  apa ka pesyen selipar  ni...serupa tapi tak sama...selipar penang kawin selipar sarawak kot!!!!

Wednesday, April 21, 2010

jawapan pada soalan

Allah tidak mencipta insan atau makhluk di sekeliling kita sia-sia..
perhatilah mereka dengan mata hati...
terlalu banyak jawapan bagi setiap persoalan kita 
sebenarnya tuhan telah sediakan  pada mereka..

kadang..
jawapan pada soalan kita..
adalah dengan kita menjawab persoalan orang lain
penyelesai masalah kita
dengan kita membantu menyelesaikan masalah orang lain
sedar kesalahan kita
dengan cara kita melihat kesalahan orang lain

memang setiap persoalan itu dari Tuhan
dan sudah tentu jawapannya juga dari Tuhan...
cuma wasilahnya...kadang dari pelbagai jalan.....

Sunday, April 18, 2010

pencerobohan !!!!

Sabtu 17April: ketika semua insan masih lagi menyambung lelap..menarik selimut sesudah Subuh..satu pencerobohan telah berlaku di rumah seorang 'literature' UiTM kota samarahan..walaubagaimanapun, penceroboh itu telah berjaya dirakam aksinya melalui cctv yang dipasang di belakang rumah mangsa. kebetulan mangsa ketika itu sedang sibuk menyiapkan sarapan nasi lemak. menurut mangsa dia mendengar tapak langkah yang sedang melompat-lompat di belakang dapur..dan setelah diperiksa, didapati penceroboh sedang melompat keriangan di atas zink.(lihat gambar)
mangsa dengan penuh keberaniannya keluar mengangkat cangkul, tetapi langsung tindakan mangsa itu tidak dihiraukan penceroboh..malah sempat memberi posing ayu dan manja.saspek merayu agar dia diterima sebagai pengunjung tetap ruang belakang rumah mangsa untuknya dapat bermain dengan zink.Atas belas kasihan, mangsa tidak jadi menelefon pihak berkuasa, sebaliknya mempersilakan dengan penuh hormatnya penceroboh keluar dari rumah tersebut melalui pintu hadapan dan menolak permintaan penceroboh atas sebab2 'kenajisan mughalazahan'...
Akhirnya, penceroboh dengan wajah murung berjalan-jalan keluar dari rumah mangsa.

Thursday, April 15, 2010

yang lama....yang baru

yang lama bukan untuk dikenang
kalau yang dikenang itu hanya untuk menyekat langkah
yang lama bukan untuk didendam
kalau dendam itu hanya akan memasamkan wajah

yang baru bukan untuk dipuja
kalau yang dipuja itu hanya untuk menutup luka
yang baru bukan untuk dibangga
kalau bangga itu hanya untuk menceriakan rupa


tiada yang baru..tanpa yang lama..
tidak datang masa hadapan tanpa kita lalui kenangan silam...

Tuesday, April 13, 2010

balik kampung..ooo..balik kampung..hati girang

lari dari himpitan asingment..mes..pjj..plk..melucutkan title lecturer sementara,,,
ku mahu pulang ke gagang..musafir kembali ke pangkal...pulang ke pangkuan insan-insan yang amat menyayangiku...

intro terlebih sudah....hehe
best sangat balik kampung...tambah semua ada dan berkumpul..riuh rendah..benda kecik pun jadi besar..kekekeke

afif..si penghuru-hara..sedang kacau org solat

dinner di restoran terapung sungai baru...ada dua orang yang bawah meja dia penuh selerak nasi..
'literature' Nabilah dan Opah..kekeke

pengerusi "Akedami nasyid Perlis" 

2 hari 3 malam yang amat memuaskan hati...
penat badan..masa habis..duit habis..apalah yang nak diukur berbanding kebahagiaan berada di sisi insan2 yang amat menyayangi kita....

Wednesday, April 7, 2010

percaya..akan ada milik kita...

apa yang kita miliki kini..
semuanya yang Dia beri..
sepadan  dengan diri kita..
sesuai dengan kita..
untuk detik lalu,kini dan selamanya...

walau keluar dari mulut buaya..
atau terbang dari gunung berapi
atau muncul dari dasar lautan
yang memang milik kita...
akan tetap mendatangi kita...atau kita mendatanginya

kerna ia memang ditakdirkan untuk kita..

Monday, April 5, 2010

nyamannya padi huma


MURAH REZEKI!!!!!
seronok ramai kawan..ramai kawan..murah rezeki..hehehe
jumaat lepas,ada jemutan kenduri arwah di kampung empilar..
memang kami dah ready mengosongkn perut...
yang bestnya..kami dijamu nasi dari padi huma yang baru dituai..tengok gambar kat atas tu..bentuk bulat2..dan warna hampir perang ..
rasanya? hmm..sedap..cuma selera kamek lebih pada beras wangi siam..hehe
lepas tu..lauk sampingan..gulai daging, masak lemak keladi,sayur kacang,ayam masak kicap, ulam pucuk ubi..unik kat sini sambal belacannya dimasak..dan setengah tempat ditumbuk ikan bilis campur..
NYAMAN GILAK!!! (sedap betul!!!)
kami tetamu dilayan sebaik mungkin..coz tahu kami ni 1st time jumpa beras padi bukit..hehehe..tak sempat kosong pinggan..terus ditambahnya tanpa izin..
WAA WAA WAA>>kamek sndiri terpaksa makan 3kali ganda drpd biasa...

Thursday, April 1, 2010

akedami nasyid

 saya ni bukan tak mahu nasyid..cuma tak mahu menyumbangkan nasyid.... hehehe
oleh itu sekadar jadi pendengar nasyid pun cukuplah...sampai sanggup heret bebudak kelas masuk join dengar nasyid..



ini gambar pengkritik sementara dan pengkritik tetap...
apabila ditanya wartawan, pengkritik tetap yang tudung oren tu memberi komen pedas seperti berikut: "korang nasyidlaa bunyi macammana sekalipun..selagi ia tidak menidurkan saya,itu tandanya korang perlu banyak belajar vokal lagi.."

tetamu bertempoh..dan tetamu tanpa had tempoh

hujung minggu yang sibuk..dalam kepala ada 1001 urusan nak diselesaikan...
kalau ikut masa..mcm tak cukup 24jam..tapi sebenarnya..apa yang Allah atur tu..dah padan sgt dah..cuma kita manusia tak pande manage waktu..eh..sebenarnya kamek bukan nak bersyarah..tapi nak citer..
kamek dapat 2 tetamu...
1) tetamu 2 hari 1 malam...dari s.alam
tetamu yang tudung biru dan tudung hijau tu...dalam banyak2 benda yang diaorang citer..ada satu benda je melekat dalam kepala kamek..hehehe...
gambar ni kat gerai makan..hmm..cantik tak waterfront kuching pada waktu malam?

2) tetamu yang tiada had tempoh...Alhamdulillah, kami dapat jiran yang boleh diharap dan memang akan kami anggap macam saudara sendiri...

kak miza dan suaminya tiada dlm gambar ni...baru sampai kat epot dah kena snap gambar..siap kena buli lagi..hehehe..
welcome kak...kita perantau kan jadi saudara...