relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Friday, December 31, 2010

umpama mimpi dalam mimpi...

sukar dijelaskan..

tapi bila realiti seperti mmpi.
atau mimpi seperti realiti
atau fantasi menjadi hakiki..
bagai hilang tapak kaki.
tidak berpijak di bumi..
umpama mimpi dalam mmpi..
entah bila kan tersentak sedar kembali
atau terus tengelam dalam dunia ini..
dunia baru ku.....

Thursday, December 30, 2010

Yes I DO...

Yes I DO...
Tandatangan termeterai..
lafaz akad berwali bersaksi..
sahlah aku menjadi isteri
kepada seorang lelaki bergelar suami
aku sudah tidak lagi bisa memikrkan hal sndiri
bagai tak percaya..jadual hidupku berubah semulajadi..
yang pasti..niat mencapai redha Illahi
moga Allah membantuku dalam menjalani hidupku menjadi permaisuri..
permaisuri rumahtangga..dan permaisuri di hati....

Thursday, December 23, 2010

YES

YES
Year End Sales..
konon jualan pnghabisan stok//harga TEEEER murah sepanjang tahun..
maka pompuan yang macam akulah yang selalu terpedaya
tapi rupanya kedai kecik nyonya u jauh berlipat gnda lebih murah..
huhuhu...


satu perkataan yang bisa membawa keceriaan
satu perkataan yang membawa keajaiban
katalah YES..
saya akan pulan pada harijadi mak..
iklan jap...
hehehe

Mungkin agak sukar untuk kita menyatakan YES untuk setiap perkara
dalam erti kata lain..mengiyakan atau menyetujui semuanya..
namun dalam masa yang sama belajarlah untuk tidak menyatakan NO
kerana yang terluka..lambat sembuhnya
yang berduka panjang tangisnya.....
SO SAY YES TO YES

Thursday, December 16, 2010

Oh No..... : (

Oh No...
Cutiku ditolak walau dah buat rayuan
tiada siapa yang boleh disalahkan
lagipun hitam putih sudah dikeluarkan..
cuma keadaan tidak mengizinkan..
dan di situ perlu kebijaksanaan..
fiqh awwaliyyat memainkan peranan..
mesti tahu apa yg perlu diutamakan..
dan setiap masalah ada penyelesaian..
bukan menipu..tapi helah yang dibenarkan...
kan kan kan?

Sunday, December 12, 2010

No.. No.. No..

No Punch In
No Punch Out
No Meeting
No Lotus Note
No Conferens
Because....





AKU ADALAH SURIRUMAH SEPENUH MASA..
bangga la plak..hehe...

Thursday, December 9, 2010

Hijrahku

salam maal hijrah
dengan izinNya..hijrahku bermula dengan menghadiri satu bengkel yang AMAT MENARIK
mulanya..rasa macam disuruh..dlm kepala..dah serabut..byk bnda perlu disetle sblm pulang..tapi atas nama "sami'na wa ata'na"  pergi juga..dan paksa mengikhlaskan diri...
alhamdulillah bengkel 2 hari itu menarik..baru kini ku sedar..selama ini aku hanya solat..tapi aku lupa mengsolatkan 'AKU'...


bestlah..klu seminar lain-lain atau bengkel lain-lain..taknak tido..tapi aku tetap tertido..tapi yang ini pelik..aku penat..nak tido..tapi tidak tertido..kerana menarik,tertariknya hatiku menyusurinya..
semoga ini satu permulaan yang baik buat diriku sendiri...

Monday, December 6, 2010

yeye..konvo lagi..

kalau secara rasminya..ini adalah kali ke 3 ku pakai pakaian konvo.. 2 kali utk knvo diploma di KIDU dan master di UKM.. Ijazah di Al-azhar xsempat...balik dulu..tak tahan rindu..
dan ini kali ketiga..ku memakai jubah sebagai tenaga akedamik UiTM...bangga? hmm..xdela sgt..lebih best pakai wktu belajar dulu..
buat pelajar-pelajar UiTM KotaSamarahan..selamat berkonvo...
Ini bukan tanda berakhirnya perjalanan hidup kamu sebagai seorang pelajar..tapi hanya sebagai satu batu loncatan utk kamu makin meningkat ke ilmuan yang lebih tinggi..
tertarik satu ayat yang sesuai di sharekan di sini..
"Berilmu tidak bererti kamu ALIM"..fikir-fikirkan..

Menggubah ke meng"ubah"?

kadang-kadang kamek nang polah bnda yg sik kena dgn kamek..
tp utk suka-suka..ada aku kisah..hehe

kamek masuk bertnding gubah bunga..nang sik pande..tp p suka suka sik hal bah..hilang wang deposit pun sik hal..yg pnting semangat kesukanan membara dlm jiwa..hehe

ayoh..nangga jak hasil g'ubah'an kamek

Friday, December 3, 2010

kenapa cantik?

cantik tak gambar-gambar di atas?..bukan orang-orangnya..tapi permandangannya...
kenapa cantik? bukan kerana lampu yang beraneka wrna..bukan kerana keunikan rekaannya..tapi ia adalah kerana gandingannya adalah pekat malam ..klu siang tak cantik kan?
maksudnya..sesuatu itu terserlah apabila ia bergandingan dgn kontranya... kenapa seseorang dipandang bijak..bila ia bergandingan dengan org yang kurang bijak..seorang itu dipandang cantik bila ia bergandingan dengan si kurang cantik... ertinya sesuatu itu tidak kekal sifatnya..boleh berubah bila gandingannya diubah...
teringat satu cerita tentang kesempurnaan kecantikan rasulullah..ada orang tanya beliau..mana lebih cantik nabi Allah Yusuf atau Nabi Allah Muhammad..jawapannya cukup indah..

"cantiknya Yusuf..hingga si cantik pun menjadi hodoh apabila berada di sampingnya ..kerana tiada tara kecantikannya..
cantiknya Muhammad..hingga si hodoh pun menjadi cantik apabila berada di sampingnya..kerana siraman kecantikan baginda ..."