relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Thursday, October 31, 2019

Hadiah hari lahir yang diawalkan

Abang muhammad dari julai tanya..bila nak masuk bulan 10.. tahulah sebab besday dia bulan 10.

Dah habis celebrate besdat dia.. dok tanya lagi.. hari ni berapa hb? Esok?..bila nak masuk bulan 11..?

Aih.. tak sabar nak cuti ke..

Semalam dia sibuk minta abinya tolong tunjuk nak lipat origami. Ibu dengar jelah dua beranak tu menyelesaikan masalah dunia.

Dekat nak magrib.. dia datang bagi sesuatu kat ibu. Ibu.. happy birthday..
Eh besday ibu lambat lagi.. 21 november.

Muhammad tak sabar nak bagi ibu. Nanti muhammad lupa.

Oh... hati.. jantung.. limpa.. pundi kencing ibu terus cair.. . 😥
Patutla malam kemarin diabtanya.. mom tu ibu kan dalam bahasa inggeris?
Dia dah plan awal nak bagi hadiah. 😢

Tuesday, October 22, 2019

Abang muhammad 7 tahun







Tujuh tahun yang lalu..
Keranamu..ku mendapat pangkat seorang ibu

Lantas
malamku tiada lagi nyenyak
Masaku tiada lagi sunyi
Rumahku tidak pernah rapi
Tapi hidupku sentiasa bererti

Memang ibu bagai malaikat buat anaknya
Tapi anak bagai mukjizat untuk ibubapanya

Selamat hari lahir anakda Muhammad

Friday, October 18, 2019

keracunan makanan

alkisah...
beli ikan bakar kat kedai tut... dan sambal belacannya.. beli ulam tambah.

habis kelas..terus balik rumah masak nasik.. makan dgn habibi..
waktu  calit sambal.. rasa masam lain macam.. so buat taktau je.. kot letak limau lebih..
ikan talapia tu..bersalut marjerin..lemak lemak.. jadi rasa isi sebenar.. tak pasti.. lapar punya pasal kan..

dah dekat 8/10 ikan tu licin.. habibi kata.. dah stop.. ikan ni tak elok! ( dia jumpa ulat dekat bahagian dalam ikan)
haa....

malam tu.. kami nak pi hantar si abg ke kelas takwando.. baru keluar dari taman.. suami dah termuntah dalam kereta...

kesian sangat kat dia.. ajak patah balik.. sampai je kat rumah.. hadeejah lak muntah..

waktu nak tidur... abduh lak muntah.. huhuhu

dan.....

jam 1.30 pagi.. aku terjaga.. rasa seram sejuk.. ada sesuatu menari dalam perut minta keluar.. apalagi berlari lah ke toilet... dan

weeeeek.....

atas keluar .. bawah pun keluar,,
huhu


4 kali ulang alik malam tu..
esoknya lembik.. semua lembik.. abduh dan muhammad ja ok sikit. cuma dah kami yang lain muntah dan cirit.. depa dua pun turut sama tak pi sekolah.

lembik badan.. takleh nak cerita..
waktu ni terbayang.. ni baru keracunan sikit (makanan lama).. macammn keracunan bahan kimia tu ya.. huhu..

apa pun alhamdulillah... dah lama..makan dan sihat.. 2 hari ja allah bagi rasa sakit silap makan tu rasa macam mana.... DEEP...

Wednesday, October 9, 2019

Aku dan shrek

Banyak kali dah tengok cerita ni..
Tapi bila tengok semalam.. ada sesuatu tersentuh...

Babak shrek bosan dengan rutin harian setelah berkahwin. Membiatkan dia rindu zaman bujangnya.. zaman kebebasannya.

Ok.. aku sendiri kadang ada rasa begitu. Maksudnya. Aku rasa masa aku bukan untuk diri aku.. tapi banyak kepada keluarga.. sedanglan aku boleh buat lebih lagi kalau aku mseorang. Jeles tengok kawan melancong.. sambung belajar tanpa halangan.. dan macam macam la.

Dalam cerita tu.. shrek dapat pengajaran dengan sumpahan rumplestikin... tapi aku dapat pengajaran dari mimpi mimpiku...

Aku mimpi keadaaan aku waktu bujang. Aku rasa berasa stugglenya aku mencari jodoh lelaki yang soleh dan perasaan nak membina keluarga ada anak anak yanh sihat dan bijak serta ada kehidupan yang simple tapi bermakna.

Dalam mimpi... aku lonely.. dan aku sesak mencari insan insan yang aku cinta.

Bila aku terjaga... ya allah..  itu hanya mimpi. Kiri kanan.. ada insan insan yang ku cinta. realitinya aku sudah dapat apa yang aku idamkan. Ini kebahagiaan aku. Aku sudah ada kehidupan rezeki yang betapa ramai orang idamkan.. dan adakah aku tega mengkufurinya?

Fa biayyi alaa i rabbikuma tukazziban.

Monday, October 7, 2019

Jangan melampau sangat tajuk tu..

Dah tahu orang kita malas membaca.. jangan melampau sangat buat tajuk tu..

Nak tarik perhatian pembaca utk klik ke.. utk like ke.. jangan sampai tajuk kita boleh menambah kesesatan dan kejahilan orang.. apalagi menambah dosa dengan biar orang kecam.


Sunday, October 6, 2019

Terpengaruh benda viral

Jarang sebenarnya aku ni cepat dipengaruhi..
Tapi bab bab makanan ni.. aku laju sikit sebab menggoda sangat gambar gambar tu.. hehe

Tapi padan dengan harga la.. kalau murah.. boleh la pi cari. Kalau mahal.. simpan la teringin tu  dalam hati

Semalam nak makan benda lain.. tapi bila dalam list ada boba..cuba la order.

Rasanya.. ok la not bad.. tapi bagi aku sedap cendol lagi. Hehe. Lain tekak lain selera kan.

Saturday, October 5, 2019

MIMPI ARWAH

1
kalau mimpi arwah.. tanda roh dia datang mai jumpa kita ka?

tiada dalil sahih roh yang sudah mati boleh datang kembali menghantui atau menolong kita.

cuma ada dalil,

Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Aisyah r.a, katanya;

” Aku sedang dalam keadaan duduk bersila di rumah, tiba-tiba Rasulullah SAW datang dan masuk ke rumah sambil memberi salam kepadaku. Aku segera berdiri kerana menghormatinya dan memuliakannya, sebagaimana kebiasaanku di waktu baginda masuk ke dalam rumah. Nabi SAW bersabda: ” Duduklah di tempat dudukmu, wahai Ummul Mukminin.”

Aisyah berkata; ”Rasulullah duduk sambil meletakkan kepalanya dipangkuanku, lalu baginda tidur berbaring. Maka aku bilangkan uban pada janggutnya dan aku dapati ada 19 rambut yang sudah putih. Maka terfikirlah dalam hatiku dan aku berkata; ” Sesungguhnya beliau akan keluar dari dunia sebelumku sehingga tetaplah suatu umat yang ditinggalkan Nabinya. Aku menangis hingga mengalirlah cucuran air mata pada pipiku. Air mataku itu menitis pada muka baginda. Kemudian baginda terbangun dari tidurnya.”

Rasulullah bertanya; ” Gerangan apakah yang engkau tangisi wahai Ummul Mukminin?” Maka aku ceritakan kisah tadi kepadanya. Rasulullah berkata; ” Keadaan manakah yang lebih hebat bagi mayat?” Aisyah menjawab; ”Tunjukkanlah wahai Rasulullah!” Rasulullah mengatakan; ”Bahkan, engkaulah yang mengatakan.” Aisyah berkata; ” Tidak ada keadaan yang lebih hebat bagi mayat daripada waktu keluarnya mayat dari rumahnya di mana anak-anaknya semuanya bersedih hati di belakangnya, mereka semua berkata; ”Aduh ayah, aduh ibu!” Ayahnya mengatakan; ” Aduh anak!”

Rasulullah berkata; ”Itu juga termasuk hebat, maka manakah yang lebih hebat daripada itu?” Kemudian Aisyah r.a menjawab; ” Tidak ada hal yang lebih hebat bagi mayat ketika ia diletakkan di liang lahad dan ditimbuni dengan dengan tanah di atasnya. Kaum kerabatnya semuanya kembali, begitu juga anak-anak dan para kekasihnya. Mereka semua menyerahkannya kepada ALLAH bersama segala amal perbuatannya. Lalu setelah itu datanglah malaikat Mungkar dan Nakir ke dalam kuburnya.”

Rasulullah SAW bertanya lagi; ”Adakah yang lebih hebat lagi dari itu?” Aisyah berkata: ”ALLAH dan Rasul-Nya lebih mengetahui.” Kemudian Rasulullah SAW bersabda; ”Wahai Aisyah, sesungguhnya sehebat-hebat keadaan mayat adalah ketika orang yang memandikannya masuk ke rumah untuk memandikannya.”

v    Ketika mana mayat diletakkan di tempat pemandiannya, ketika itu dikeluarkan cincin dan perhiasan yang ada pada jari jemarinya, dilepaskan pakaian yang membaluti tubuh badannya. Bagi para alim ulama dilepaskan serban dari kepalanya. Pada waktu itu rohnya berkata-kata tatkala ia melihat mayatnya dalam keadaan telanjang dengan suara yang didengar oleh sekalian makhluk kecuali jin dan manusia.

Roh itu berkata: ” Wahai orang yang memandikan, ku minta kepadamu kerana ALLAH, untuk melepaskan pakaianku dengan perlahan-lahan. Sebab di saat ini aku beristirehat dari seretan malaikul maut.”

v    Ketika disiramkan air ke atas tubuhnya, roh itu berteriak lagi; ”Wahai orang yang memandikan roh ALLAH, janganlah engkau menuangkan airmu dalam keadaan panas. Janganlah engkau menuangkan airmu dengan panas dan jangan pula dingin. Sebab tubuhku terbakar dari keluarnya roh.”

v    Ketika dimandikan oleh pemandi mayat, maka roh itu berteriak sekali lagi; ” Demi ALLAH, wahai orang yang memandikan, janganlah engkau menggosok aku dengan kuat sebab tubuhku luka-luka kerana keluarnya roh.”

v    Jika telah selesai dimandikan dan mayat itu diletakkan pada kafannya di mana kedua tangannya diikat, maka mayat memanggil-manggil; ” Wahai orang yang memandikan, janganlah kuat-kuat dalam mengkafaniku, sehingga aku tidak dapat melihat wajahku, anak-anakku dan kerabatku, sebab ini merupakan hari terakhir aku melihat mereka. Pada hari ini aku akan berpisah dengan mereka, dan aku tidak akan melihat mereka sehingga hari qiamat.”

v    Ketika mayat dibawa keluar dari rumahnya, maka rohnya menyeru; ”Demi ALLAH, wahai jemaahku, aku telah meninggalkan isteriku menjadi janda, janganlah kamu menyakitinya. Anak-anakku telah menjadi yatim, janganlah kamu menyakiti meraka. Sesungguhnya pada hari ini aku dikeluarkan dari rumahku dan aku tidak akan kembali kepada mereka selama-lamanya.”

v    Ketika mayat diletakkan ke dalam peti atau kerandanya, ia memanggil lagi; ” Demi ALLAH, wahai jemaahku, janganlah kalian mempercepatkan aku sehingga aku mendengar suara ahli keluargaku, anak-anakku dan para kerabatku. Sesungguhnya aku pada hari ini akan berpisah dengan mereka sehingga hari qiamat.”

v    Kemudian ketika para pengiring jenazah, melangkah dengan tiga kali langkah, ia memanggil lagi dengan suara yang dapat didengari seluruh makhluk kecuali jin dan manusia.

Kata roh; ”Wahai para kekasihku, wahai saudara-saudaraku dan wahai para anak-anakku, janganlah kalian diperdayakan oleh dunia sebagaimana ia memperdayakan aku. Janganlah kalian bermain-main di masa ini sebagaimana ia mempermainkan aku. Hendaklah kalian mengambil ibarat daripadaku. Sesungguhnya aku tinggalkan apa yang aku kumpulkan untuk para ahli warisku dan sedikitpun mereka tidak mahu menanggung kesalahanku. Adapun di dunia ini ALLAH akan menghisab aku, sementara kamu sekalian merasa senang dengan keduniaan dan tidak mahu mendoakan aku.”

v    Ketika jenazah itu telah disembahyangkan oleh ahli keluarga dan mereka yang hadir itu, roh itu berkata; ”Demi ALLAH, wahai saudaraku, sesungguhnya aku lebih mengetahui bahawasanya mayat itu lupa ketika hidupnya. Akan tetapi kalian jangan melupakan aku dengan begitu cepat sekali sebelum kalian mengebumikan aku, sehingga kalian menyaksikan tempatku. Wahai saudara-saudaraku, sesungguhnya keadaanku lebih mengetahui bahawasanya wajah mayat itu lebih dingin daripada air yang dingin. Janganlah kalian pulang dalam masa terdekat ini.”

v    Ketika pengiring-pengiring jenazah meletakkan mayat di sisi kuburnya, maka berkatalah ia; ”Demi ALLAH, wahai jemaahku, wahai saudara-saudaraku. Aku mendoakan kalian tetapi kalian tidak mendoakan aku.

v    Ketika diletakkan mayat di dalam liang kuburnya, mayat itu berkata;

”Demi ALLAH, wahai para warisku, bukankah aku mengumpulkan harta yang banyak yang ku tinggalkan untuk kalian? Hendaknya kalian mengingatiku dengan memperbanyakkan kebaikan. Aku telah mengajar kalian Al-Quran dan adab kesopanan, janganlah kalian melupakan aku dalam doa kalian.”


DISEDIAKAN

CAWANGAN KEBAJIKAN
BAHAGIAN PENGURUSAN DAKWAH
JABATAN AGAMA ISLAM WILAYAH PERSEKUTUAN
2011

selain dari ni.. tiada dalil. roh tidak kembali pada malam jumaat..pada malam hari raya.. atau pada hari hari yang dia mahu kembali. dia sudah dikumpulkan bersama roh roh lain di tempat yang itetapkan Alah.

ertinya kalau mimpi arwah anggap sahaja itu ingatan kita kepadanya dan tak salah kita sampaikan doa dan alfatihah kepadanya.


Tuesday, October 1, 2019

Abduh 1 tahun

Sanah helwah ya bunayya

Yang hensem..manja..suka gigit..suka makan orang..suka berkepit ketiak..


Simple je.. tapi ini bukan tanda kurangnya kasih ibu dan abi pada abduh... love u abadan abada..