relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, July 27, 2011

kalau korang jumpa artis..

kalau korang jumpa artis
apa korang buat?
aku buat entry ni bukan apa..biasalah..bila selalu travel ni..kekadang terserempak dgn golongan artis ni..
ada yang lalu sebelah..ada yang dpt tengok dr jauh je..ada yang tersentuh bahu..dan ada sekali ni..kami sama2 check in dan boarding sama2..dia duduk lak depan menghadap aku. alamak..aku taktau nak buat apa..nak tegur ke..nak senyum ke..nak amik autograf ke.. last last buat taktahu je..hehe. orang lain lak yang datang beria-ria tegur dia..hehe
alasan aku.. buat aku tak hormat..bukan aku benci..bukan aku tak suka.. rumah aku pun ada tv..bila ada tv..ada filem dan drama..bila ada filem dan drama..adalah artis.. klu takde artis,xde le filem dan drama, klu xde filem dan drama, xde la tv kat rumah aku, klu xde tv kat rumah aku..xdela ..eh ni merepek dah..

ok.macam nih..alasan aku.. bila aku suka..tak semesti aku puja.. sekadar sahaja..suka yang langsung tidak masuk ke jiwa.. suka yang sekadar suka-suka.. hehe

Tuesday, July 26, 2011

bang bang boom: edisi lobster..

ingat tv3 je pandai buat bang bang boom...
kami pun pandai daa..
alkisah..utk buat bang bang boom ni mmg memerlukan kerjasama orang-orang tertentu..dan 2 pelakon utama bang bang boom edisi lobster ni habibi dan kak m.. hehe. nnt dapat anugerah yea...

mula -mula semua berlaku dalam keadaan kelam kabut.. mcm entri lepas.. tak cukup pasal tiket dan pasport lagi..aku nyaris ditinggalkan flight sbb tersilap  tunggu gate.. mujur diorang buat pengumuman..maka popularlah aku kejap hari tu..huhu
2 hari bengkel di shah alam..best gak..byk bnda aku dapat top up isi kepala otak dan rohani aku..tq byk byk kepada penganjur.

habis bengkel balik kampung..tak bgth pun pada org kat rumh..just pesan pada kajol suruh pi epot..amik barang adiya kirim pada kwn..adiya kirim lobster..mahal tau jgn tak amik..
atas arahan mak dan abah..kajol dgn berat hati pun pi amik.. nak bg tambah drama.. aku mention lagi. nnt tolongla hantar kawan adiya tu ke rumah..ala sbgi balasan dia tolong angkat lobster tu.. apalagi hangin la si kajol tu..dah le kn pi epot..pastu kn hantar ke rumah lagi semata -mata kerana udang..hehe.kat perlis pun banyak... aku nak tambah lagi suruh dia belanja sekali kawan tu.tapi igt igt kang dia tak amik terus yang naya nye aku la..aku plak yang terkena bang bang boom sendiri..hehe


dan hasilnya sepeti yang dijangka..diorang amat2 terkejut dgn kemunculan kami..yelah..sblum tu cakap..nak balik raya puasa nnt.. ni tup tup dok kenyih kat tepi tingkap kereta..hehe
dan kerana kejutan kami itu juga demam mak kebah malam tu..makan pun selera. alhamdulillah.
ehem..ehem.. lobster ttp juga balik kampung dan hasilnya gulai lobster yang enak bangat..licin ....

Monday, July 18, 2011

buat cepat salah..buat bertangguh pun salah..

huhuhu...
minggu lepas beriya-riya nak cepat booking tiket..dah rindu sangat nak naik kapaiterbang..hehe
tup tup pg tadi..bila tengok surat bengkel..alamak..bukan 21 dan 22 laa..tapi 20 dan 21 julai..burn laa. tiket 20hb dari kuching tu.. huhuhu..kena booking baru..klu tak..orang sibuk berbengkel..kita baru sibuk nak naik kapetebang..hehe
pastu kerana silap tarikh tu jugak.. ..  td kami kelam kabut ke pejabat imegresen..renew pasport..klu tak jadi la salah seorang PATI kat srawak ni.huhu ..asal plan nak pergi selasa coz dkt dgn tmpt habibi kerja. dah sebulan bertangguh..igt tak guna lagi sbb tak plan nak keluar dr kuching masa terdekat ni..

2 pengajaran...
pertama: jgn cepat sgt nak buat sesuatu..better..pastikan segalanya terang dan jelas dulu
kedua..jgn bertangguh juga..nnt sampai saat trrakhir tak kelam kabut..

huhu..buat cepat salah..buat bertangguh pun salah..huhu

Saturday, July 16, 2011

Pengiklanan Percuma Selama 2 Minggu di Blog Mohd Zakwan

link ni..
hehe..sapa taknak yang free kan.. walau nak bnda free ni bersyarat.. xpe.. ada rezeki ada..

Friday, July 15, 2011

penyakit tak balas sms...


adakah ini penyakit orang dah kawin?
hehe..
dulu sebelum kawin..selalu komen kekawan yang sblm diorang kawin je mst ramah..sms xhenti henti..tp lepas kawin je..mst senyap atau tak berbalas terus..huhu..

dan penyakit ini juga menjangkitiku..
rasa malas atau tak sempat membalas sms...
tambah kalau sms masuk time busy... tgh kelas ke.. tgh masak ke..mmg sms itu akan dibiar tidak dibalas..dgn niat akan dibalas waktu lain...
dan terus lupa... hinggalah time rajin menyemak kembali hp..alamak sms sms dah basi banyak nye..
kdg yang kesian sms yang memerlukan kita mmberi jawapan yg panjang lebar..mmg cmform sms tu lambat la nak berjawab..
mungkin kesempatan yang tak sempat.. atau kemalasan yang menghalang ... atau mngkin juga aku tak freindly sgt dgn hp aku ni..apa tak nye..punyala susah..silap tekan je dah ter off terus.. dah taip pnjg lebar..pastu dah ter off..hmm..alamatnya..sms tak berhantar la..
sbb itu kdg2 aku selalu pesan kat studnt..klu kamu nak jawapan panjang lebar..cal je sy.. jgn sms..sy tak cukup masa nak taip karangan kat hp.. hehe.
apa pun..aku akan cuba mengubati penyakit aku ni..insyaalllah
errr....ada sapa2 nak belanja hp baru?

Wednesday, July 13, 2011

macam mana nak tahu dia jodoh saya?

kalau time keluar kelas kan..ada yang mngekor sampai ke kereta..dah tahu..ni mesti ada apa apa nih..
siap nak tolong bawakan beg lagi..


"ustazah..nak tanya sikit..mcm mn nak tahu dia tu jodoh kita atau tidak?"

"errmm..kenapa?tengah bercintan ke/ atau sekadar perasan sorang sorang?"

"kami dah lama couple dr sekolah menengah lagi..cuma bila sy masuk ipt ni..sy sibuk sikit..dia merajuk..dia mnta break..tp sy tak dpt lupakan dia..dan dia tak dpt lupakan sy.."

errkk..break apa mcm nih..masih lagi saling mengadu luahan perasaan...

"hmm..mcm ni lah..jodoh ni di tangan tuhan..kita mmg selagi tak kawin mmg tak dapat tahu siapa jodoh kita..bukan boleh main teka -teka..adat bercinta mmglah rasa dia je teristimewa..tak boleh lupa..dan segala macam penyakit lah...
cuma nak share dgn kamu apa yang sy dapat dr ustaz sy dulu....
mungkin sedar atau tidak..kita akan mudah tertarik dengan mereka yang berada sama level dengan kita. dalam erti kata lain..roh kita mempunyai pertalian dan mendapat signal yang kuat dengan yang sama level dgn dia..
jadi tak hairan.. jodoh lelaki yang baik dengan perempuan yang baik.. begitu juga sebaliknya..
klu kamu rasa kamu baik..insyaallah jodoh kamu baik.....

Tuesday, July 12, 2011

pantun batu kawa

batu kawa indah dan permai..
ni pantun khas untuk kak mai

batu kawa banyak siput
ni gambar di topspot..
batu kawa  ada cacing kerawet
bab makan..ameer je yang cerewet

batu kawa jauh dari pantai
org makan seafood, amjad makan bantal
batu kawa banyak bumper
tengok ni macam-macam gaye

batu kawa takde jual selipar
orang mengandung mmg cepat lapar

batu kawa jalannya berbalam-balam
bestnnye naik sampan waktu malam
batu kawa dekat dengan produa
di serikin, shoping memang gila-gila

batu kawa jalan raya memang sesak
terima kasih mai lawat kami di sarawak ;)

Sunday, July 10, 2011

biarkan pandangan mereka...


pandangan mereka..

pandangan pertama...
orang menelah dari rupa dan gaya..
kadang dari tutur kata..
dari atas ke bawah dinilai kita miskin atau kaya
punya karisma atau sekadar berpura

biarkan mereka dengan telahan mereka..
kadang ia membikinkan kita lebih selesa
tak penting..tak kisah apa nak dikata
biarkan..biarkan mereka dengan apa yang diduga
kerna kita punya banyak ruang untuk mengubahnya 

usah dirisau apa yang mula mereka fikirkan tentang kedatanganmu..
tapi risaulah apa yang mereka kenangkan setelah pemergianmu..

Friday, July 8, 2011

terima kasih wacanaku..

terima kasih..
toche..
syukriya..
syukran..
xing xing..
pimkaju..
nokijt..

hehehe..orang lain dah lama tahu..aku baru tahu..apa pun terima kasih sekali lagi...

sebab buatkan INI

USTAZAH POPULAR PILIHAN

terlalu banyak sangat program realiti yang berunsurkan hiburan semata-mata..maka supaya nak nampak malaysia ni lain dari yang lain..wujudlah juga program realiti yang islamik.. kalau IMAM MUDA..oklah..sekurang2nya penonton ada alternatif baik di samping turut sama2 mempelajari apa yang calon2 pelajari.
cuma yang satu lagi ini...yang baru diwar-warkan... rancangan 'USTAZAH PILIHAN"

bukan salah tapi tak betul....

secara peribadi bagi sy kalau seseorang perempuan itu mencalonkan diri dia utk dipilih menjadi ustazah pilihan..maka dia bukan ustazah!
maaf..agak keras..tapi saya ada alasan atas apa yang saya utarakan. saya amat menyanjungi title 'ustazah'. bukan kerana sy pernah atau sedang digelar gelaran itu..tidak.. tapi kerana ia menunjukkan kehormatan seorang wanita muslimah yang turut mempunyai pengetahuan dan sumbangan pengajarannya dalam bidang agama.
wanita yang sejati..tidak akan menonjolkan diri tanpa hak..apalagi untuk dijulangi..
ustazah yang pastinya didasari oleh sifat kewanitaan..malunya pasti membentengi.

atas alasan apa untuk menyertai program ini? 
alasan dakwah?
alasan islam itu boleh dalam segala hal?
 alasan kalau ada imam muda untuk lelaki..kenapa tak boleh ada ustazah pilihan untuk perempuan?

cuma saya akan bersetuju kalau tajuk rancangan ini ditukar kepada USTAZAH POPULAR PILIHAN...

Tuesday, July 5, 2011

" Jika Malaysia Masuk World Cup, Saya Akan..."

http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/07/apa-yang-saya-akan-buat-jika-malaysia.html
tertarik dgn tajuk cntest  dr link di atas..
terfikir gak
akan ke..tak akan..akan ke tak akan..
positifkan fikiran..kira akan la yea..hehe

" Jika Malaysia Masuk World Cup, Saya Akan..."
beli tv lcd skrin paling besar punya..supaya bola dalam tv tu sama dgn bola sebenar...hehe
baru la puas tengok mcm real punya game..
hehehe....

Monday, July 4, 2011

jom join bloglist wacanaku

http://wacanaku2009.blogspot.com/2011/07/bloglist-wacanaku-dibuka.html

nak join..sbb rasa dah lama tak join..sekali sekala join ni best gak..hehe.paling best dapat tengok respon org lain ttg blog kita.

jemput dinda fatimah join sama yea.. :)

Saturday, July 2, 2011

mimpi solat yang tak berapa bagus..

mimpi boleh ditafsirkan dgn pelbagai andaian...
orang kata mimpi ular tanda jodoh..tapi sebenarnya ia menunjukkan musuh
mimpi air itu rezeki..

mimpi solat?
tak bagus tau...
haa..tak caya?
betul tak bagus...

macam malam tadi.. mimpi pergi menunaikan solat di masjid..siap ambil wuduk..bila sampai sana, jumpa kawan lama..dia beri hadiah..pastu masuk dalam masjid, lihat ramai orang.. kami pun solat..setiap rakaat dilakukan dengan penuh khusyuk dan tawaduk..  bagi salam kanan, assalamualaikumwarahmatullah... salam kiri..assalamualaikum...eh tersangkut leher lah..takleh nak toleh kiri..tersangkut.. toleh toleh..tgk2 tersangkut bantal.. wah aku kat tempat tidur lagi daa... kelam kabut bangun..cun cun je habis solat, waktu solat subuh kota samarahan sarawak pun habis..hehe
inilah mimpi solat yang tak berapa bagus ..mimpi solat yang akhirnya melewatkan kita solat dalam alam realiti..walaupun sudah dikejut berkali-kali. ;)

ni mesti budak ni mimpi tengah rukuk ni...hehe