relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, October 26, 2010

kettle baru vs kettle lama

tadi beli kettle baru..sementara teman KM ke bank..merayap ke kedai letrik sebelah..kettle lama kepala plak dia dah mengeluarkan asap..rasanya ada tak kena kat wayar..sblm apa-apa jadi..baik beli baru..
bila balik ofis..keluarkan kettle baru yang cantik lagi menawan tu..mula terfikir..apa nak buat ek dgn kettle lama ni.. bila tangan pegang je kettle tu dan nak masukkan dalam kotak sblm disampahkan..tetiba sayu...
termenung panjang..
kettle lama ni dah bersama dgn aku dr 2005..sumbangan dr K.Mem sblm mnjd mahasiswi UKM..
kettle ni temanku di kolej UKM..kmdian sm2 pindah ke rumah sewa Sg Tangkas..dia memanaskan minum ku tak kira siang dan malam..kmdian setia juga ikutku ke sarawak tnpa sebarang komplen..dan masih lagi meneruskan tugasnya hinggalah ke saat nazak.. sedihnya..hanya kerana dia tidak dapat digunakan..adakah segala sumbangannya dan kenangannya juga aku nak lemparkan..

sob..sob..sob..

oh tidak..aku bukan sezalim itu..aku akan simpankan mu di mana tempat yg muat..

ni la kettle lama


















ni plak yg baru
apalah yang disembangkan dua kettle ni yea.. hehe

Sunday, October 24, 2010

mari menari

mari menari..
bukan di pentas tari
tapi di pentas realiti

mari menari bersama..
ikut rentak kehidupan yg berirama..
walau apa jua rentak bunyinya..
kita masih bersama berdua

mari menari beriringan
berpegangan tangan....
tidak akan kulepaskan
bukan hingga akhir muzik berdentingan
tapi hingga akhir nadi terhenti di badan

mari menari ..
bukan utk tontonan dipuji
bukan utk penilaian juri
tapi utk jiwa kita sndiri
berdansa sepenuh hati
berdansa penuh emosi
berdansa utk redha Illahi

Thursday, October 21, 2010

Cerita Chinta

semalam..bila tgk ending cerita Chinta..rasa ada mcm tak kena..terutama kesan terhadap pemahaman rukun Islam ke 6...seolah meletakkan seseorang itu nasib dia buruk..jahat..jadi pelacur..kerana salah takdir tuhan....

Dia tidak pernah salah menentukan takdir..
cuma kita yang salah menafsirkan takdir...

Dia tidak pernah terlambat menentukan sesuatu
cuma kita yang terlambat memahami sesuatu

Dia tidak pernah aninaya atas salah kita sndiri
cuma kita selalu teraninaya atas salah kita sndiri

Monday, October 18, 2010

bila dihargai...syoknyeee

mendapat hadiah..semua orang suka kan..tambah-tambah lagi hadiah tu datang tanpa disangka..bukan besday..
dan menambah perisa keharuan pada kegembiraan itu ialah apabila dapat hadiah atas sedikit sumbangan yang kita berikan...
alhamdulillah...

tidak salah gembira menerima penghargaan orang..
tapi salah jika minta jasa dihargai
tidak salah menghargai jasa seseorang
tapi salah bila jasa mereka kita lupai...

Tuesday, October 12, 2010

hari-hariku sebagai jutawan !!!!

tak pernah kubermimpi akan bergelar jutawan..namun yalah..rezeki tidak turun dr langit..tp dengan kuasaNya sekelip mata aku bergelar jutawan..oh dunia.betapa bangganya diriku menjadi jutawan rupiah..hahahaha!
apa pun detik2detik bergelar jutawan segera tu..rasa nak dikongsikan di sini...
ni belum jadi jutawan lagi..sbb tu makan karipap je..huhu















 senyuman bahagia seorang jutawan...











flight batavia air...kenderaan yang membawa jutawan-jutawan segera ke pontianak..
eh..mana pengantin lelaki..mana boleh bersanding dua-dua pompuan..!


di tapak garisan khatulistiwa..setiap mac dan september..inilah laluan paling dekat dgn matahari...huh..sapa nak rasa nak jadi orng pertama sampai ke matahari..sinilah laluannye..hehe.

eh..bapak dan ibuk jutawan naik angkut-angkut jak..

ayaq nyoq pun ada...

budak manalah yang sama tinggi dgn pokok aloe vera tu?
cuba teka yang mana satu orang indonesia piaw?




5 hari bergelar jutawan..kenangan yang sukar dilupakan
balik malaysia..jadi papaan...kesian..


kalau ada sumur di ladang
boleh lembu kerbau pergi mandi
kalau ada duit lebih mendatang
memang sangat-sangat nak pi lagi...


Friday, October 8, 2010

tidak sengaja yang disengajakan

selalu kita merasa tidak bersalah
bila kesilapan berlaku kerana tidak sengaja..
tapi sedarkah..
tidak sengaja itu berlaku kerana tidak biasa..
dan tidak biasa itu tidak berlaku tanpa sengaja....

maaf atas kesengajaanku..terus menerus tidak sengaja melakukan kesalahan.
maaf atas ketidak sengajaanku...terus menerus sengaja melakukan kesalahan..

enak bangat pecal lele..ayam penyek...

sesapa yang berkunjung ke pontianak..ajak saya..nnti saya bawakan ke tempat pecal lele dan ayam penyek paling sedap di dunia..hahaha
sambil-sambil tu boleh tgk adegan sarkas nie..

makan hingga menjilat jari.....!!!