relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Thursday, January 30, 2014

kajang..kajang..kajang..

popularlah kajang secara tibatiba..dulu pekan kecil ni hanya popular dgn satenya (sate kajang) ..atau dengan kertasnya (kertas kajang..apa kena mengena ntahla)

dulu..aku dan kajang memang rapat..
stesen bas kajang..itulah transitku..dalam 3 tahun....
bandar kajang yang xpernah sunyi.. penduduk kajang yang lebih banyak org luar dr org sendiri..stesen keretapi kajang..yang pegawainya langsung tidak mahu menolong..
hospital kajang..yang rapat rapat katilnya.. sampai tepi meja nurse pun ada katil..
mahkamah kajang..tmpat buat kajian...kes cerai yang kadang hanya 'kerana sayur xde belacan'..:)
balai polis kajang..tempat report hilang kereta dulu..

itulah memoriku tentang kajang...
memori yang indah..dan hampir terlupa..bila meletop isu kajang.. memori memori ini juga meletop bersama..  aku bukan pengundi kajang..namun aku tetap mengharapkan kajang akan mendapat yang terbaik untuk mereka..

Wednesday, January 15, 2014

Suami pangku isteri..

suami pangku isteri.. ok kan?
klu di khalayak ramai?
errrr... klu ibu pangku anak tu biasa laa..

haha.. semalam habibi bgth..di airport dia nampak seorang suami memangku isterinya. dan isterinya tidur nyenyak atas pangkuan..walau di airport.. walau di laluan orang .. walau banyak mata memandang..

hmm.. kita fikir positif: mungkin si isteri terlalu mengantuk.. dan tidak selesa tidur sambil duduk..maka tidurlah dia atas pangkuan..
anak kita pun..kalau dapat tidur atas pangkuan..nyenyakknya 2 kali ganda berbanding tidur di bawah..

oh yea.. lupa nak bgth.. pasangan berkenaan omputeh.. mungkin mereka sudah biasa begitu.......dan kita tidak terbiasa..maka rasa terbisa mata. :)

Monday, January 13, 2014

xnak hutang..tp tetap kena hutang

seronok tgk org xde hutang..
aku xsuka berhutang..tp xdpt elak dr hutang... hutang kereta..hutang kad..

alkisah..aku nak buat rumah..atas tanah yang dihadiahkan (hehe)
atas prinsip xnak menambah hutang, pergilah aku ke KWSP..nak keluarkan wang sendiri utk buat rumah. igtkan keluarkan duit sndiri itu senang..tp rupanya lebih susah dr permohonan loan.
KENAPA?!!!!

duit sndiri..selagi yang datang tu mmg empunya nya.. xperlu nak di sibuk utk apa.. dan bila dah tahu keperluannya (rumahkan mmg satu keperluan asas) kenapa banyak sgt syarat yang menyusahkan?

ada ke.. syarat keluarkan duit utk buat rumah.:
1) tanah atas geran sendiri ( utk tukar nama..habis ribu raban tau..tukar nama je..)
2) rumah dah siap 30% ( nak amik duit mana 30%  buat rumah tu.. nak suruh org buat loan la jugak tu)
3) resit resit perlu disimpan utk urusan claim ( claim? duit sndiri oii..bukan duit org!)

hmm.. aku xbising sangat klu ketatkan syarat pinjam..sbb bukan duit kita!!!
tapi bila syarat ketat utk keluarkan duit sndiri..mana boleh diterima..!!!

tolonglah memudahkan urusan orang yang xmahu berhutang... (rayu sangat ni)

sabar sabar..jgn marah marah..coooooooooooool... ! hehe

Thursday, January 9, 2014

azam tahun baru 2014

bismillah..
xpelah..dah terlewat 9 hari pun..tetap nak rakamkan utk diri sndiri..
2014 bagi ku dilihat sebagai tahun yang mencabar dalam semua bidang..dan untuk itu aku azamkan utk tingkatkan taqwa. kerana taqwalah ..kunci jalan keluar segala cabaran tadi.

wa man yattaqillah yajal lahu makhraja..
"siapa yg bertaqwa kepada Allah, dijadikan baginya jalan keluar ..."
 
aku bukan yang terbaik..tapi aku berharap segalanya akan jadi yang lebih baik..