relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, March 25, 2013

betul..tapi macam tak kena

laman sosial mmg banyak kelebihannya..tak kurang kekurangannya.
aku masih tahap tadika terhadap semua kecanggihan yang memang tak terkejar..
xpelah..bukan tahap aku dah nak pulun semua tu.

hmm.. aku banyak dapat jumpa balik kenalan lama.. yg sekadar bertulis surat berkenalan pun kami boleh sambung berukhuwah di laman sosial maya. alhamdulillah.. ada yng smpai dah ada anak dara pun.  tak kurang jumpa kawan sekolah rendah.. kawan setadika je..aku tak pandai carik..hehe

cuma kan..ada yang aku agak terkilan..ada antara kawan lama yg mula menghubungiku semula just utk 'promote' sesuatu..bila tahu aku tidak berminat.. ditingglkannya saja aku.. huhuhu. sedangkan pada awalnya..dia yang mula menyapa penuh mesra..

betul..tak salah mempromosi apa saja yang kita perniagakan (asal halal) laman sosial adalah salah satu cara pantas mencari pelanggan.. tapi klu itu alasan utama cntact kawan lama..lepas tu, ignorekan dia bila dia xberminat.. macam tak kena je.. hmm.. :(

Tuesday, March 19, 2013

dia memang hodoh...

bila membicarakan tentang kehodohan satu makhluk Allah itu.. ala yg dibuat dari api itu.. aku hanya menakalkan apa yang orang lain pernah terlihat.. aku sndiri tak pernah lihat direct jadi tak dapat memberi gambaran yang jelas. jadi kurang perasaan untuk aku yang menceritakannya dan lebih2 lagi pada orang yang mendengarnya.walaupun macam tu..aku tetap suka menceritakannya..dan mereka suka mendengarnya..hehe

tapi dalam satu kelas ni...selepas aku menceritakannya..datang seorang pelajar.. ustazah.. sy mmg boleh nampak dia.. dia memang hodoh!
aku terkedu.. walau itu saja ayatnya..dia menyampaikan dgn penuh perasaan.. dan aku mendengar dengan penuh perasan perasaan juga..

ujarnya..dia dapat lihat sejak umur 14 tahun lagi.. dia pun taktahu bgimana dia boleh melihat. katanya: benda tu banyak lepas subuh dan asar.. huhu. ( patutla nabi larang kita solat sunat lepas subuh dan asar)

dan dia kata: dalam kelas ni pun banyak ustazah...huhu

dan selepas aku tahu dia dapat melihat, aku jadi berhati2 melihat pandangan matanya.. takut dia merenung aku dan membelalakkan mata sbb itu tandanya adanya 'benda' di sisiku.. huhu..

Friday, March 8, 2013

i really feel it..

kalau dapat panggilan tengah malam..mmg panggilan kecemasan kan..
dan itu yg berlaku semalam..jam 130 am, aku angkat telefoh.. tertera nama sahabatku..R.
"nadia..air naik..habis rumah kami..air dah sampai buku lali dalam rumah"
kata2 itu butku terbeliak biji mata...

terus ku kejut habibi minta dia lihat apa yang boleh dibuat.
kami melihat ke tingkap..air atas jalan depan rumah hampit melimpah masuk ke perkarangan. longkang besar di hadapan tidak mampu lagi menampung kehujanan yang makin lebat diselangi guruh dan petir.. huh..kalau boleh divideokan mst best kan..tp tak terpikir buat begitu semalam.

habibi terus capai payung dan keluar untuk meninjau keadaan.. aku di rumah dah tak keruan.. telefon pula K.M.. dia kata air dah masuk hingga ke bilik belakang..habis peralatan elektriknya dan kotak2 .
waktu itu aku sudah putuskan untuk angkat apa yang penting.. dan pada ketika itu.. aku rasa.. aku rasa..apa yang selama ini aku hanya lihat di tv.. aku rasa bagaimana perasaan menghadapi banjir.. aku rasa bagaimana perasaan saat saat cemas melihat air makin naik dari satu tahap ke satu tahap.. rasa yg xmungkin dlm dijelaskan sepenuhnya dgn kata kata..  i really feel it!

klu sblum itu.. berat sahaja mata memandang.. dan sekarang berat lagi bahu yang memikul..!

ni baru kes banjir kan... klu kes perang???
berat lihat di tv.. terkedu..tersentak..marah..itu hanya bila memandang..
tapi bila benar2 menghadapinya.. rasa sendiri apa yang telah mereka rasa...


Tuesday, March 5, 2013

badi..

tak suka .. takut.. dan amat amat nak dielakkan..

bukan alim pasal badi..cuma berkongsi apa yg ada..

jumaat lepas..dlm 630ptg (di sarawak..ni dah senja) dalam perjalanan ke unimas..nak hntr ubat buat sepupu di sana. tak sangka jalan masih lagi jem..sepatutnya 5-6 je jem..hmm..aku di belakang bersama anakda (macam bos daa) mulutku berpesan supaya habibi tak pecut laju takut insiden langgar punggung kereta orang berulang kembali..tengah mulut dok tot tek tot tek.. habibi tiba2 ucap :innalillah.. budak tu..budak tu..
mataku terus tertangkap pada satu jasad yang tergolek di jalan sebelah (laluan bertentangan kami)..tak terucap apa-apa..tanganku menggeletar..apalagi aku lihat sndiri wajahnya yang dipenuhi darah.. suamiku minta istigfar banyak banyak..ye lah..waktu senja..kejadian berdarah begini..dan anakda masih kecil...

kejadian itu..walau tidaklah sengeri mana..tapi bila berkait dengan darah..ia boleh membuatkan ia teringang ingang dan terbayang bayang.. ITULAH BADI!

dan malam tu..bila terjaga kerana menyusukan anakda..ada terbayang wajah itu..tapi terus istigfar..agar badi itu tidak terus mengganggu!

kongsi..apa yng ku belajar dari tok guru: bila berlaku suatu peristiwa tragis samaada pada manusia atau haiwan, maka syaitan amat meraikan perkara tersebut..maka bersekongkollah syaitan dgn pendamping (qarin) manusia dan haiwan berkenaan utk menakut nakutkan manusia yg lain. apa pun jgn takut..kita ada Allah kan.. mereka pun makhluk juga..