relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, July 29, 2013

jin masuk islam bulan posa..


alkisah..malam td kami agak kepenatan..kerana memenuhi undangan berbuka di Kuching.. ankda dan nyenyak tidur.. ibunya dan lali dan lalok sbb banyak meratah ikan bakar.. baru je nak terlelap..terdgr org beri salam.. ni mst hal emegency.. tgk jam 1130 pm..

lepas habibi berbual, dia masuk brth..ada kerasukan.. lelaki, jadi aku tak perlu ikutlah.. biar dia je pergi. aku lega..sbb dan ngantuuuuk sgt.
pagi td, barulah aku bertanya apa berlaku..

pendek cerita : jin yang telah memasuki badan seorang lelaki dalam lingkungan 30an.. smpai terangkat badan dan menggelepar...
dalam dialog habibi dan dia.. dia mengaku bukan islam dan berasal dr Indonesia..
habibi pujuknya dgn baik supaya keluar..hingga dia berkata..dia tidak takut dgn habibi tp dia hanya takut allah.. maka habibi umpan dia supaya masuk Islam.. supaya nnt boleh masuk syurga ..hanya yang islam saja boleh masuk syurga.. dan umpan habibi mengena.. mengucaplah JIN itu... dan siap berjanji lagi bersetuju utk  keluar sbb..bila dah islam, dia kena anggap manusia yang islam itu saudaranya dan tidak boleh sama sekali menyakiti saudara sendri..
dan selepas habibi azan..jin itu menepati janji..keluar..dan lelaki itu sedar...

hmm.. sayang sekali aku tidak menyaksikan proses pengislaman Jin itu.. bertuah habibi..sebelum ni dia ada kata padaku..supaya mengIslamkan orang.. tp dia bertuah..tuhan beri peluang dia mengislamkan..bukan manusia tapi JIN...

tahniah habibi.. tahniah abi Muhammad.. :)

Wednesday, July 24, 2013

Tuesday, July 23, 2013

bulan mengambang siang dan malam

malam tadi balik dari kelas ganti.. (huhu..org lain tarawikh)
tengok di langit.. SUBHANALLAH... cantiknya langit..bulan sedang mengambang....

dan bila sampai di rumah.. SUBHANALLAH.. ada bulan sedang mengambang atas tilam..
bulanku.. bulan yang mengambang siang dan malam... :)

siang dan malam sentiasa mengambang... menceriakan ibu dan abi.. :)
YA HANANA BI MUHAMMAD... ALHAMDULILLAH

Saturday, July 20, 2013

ust asyraf dan ust said..

aku teringat pada dua bekas guruku ini..
ust asyraf dan ust said..
keduanya warga negara mesir
dan mereka pernah mengajarku di MADI..

dua dua ustaz ni pada pandangan mataku agak kontra

ust said berkulit cerah. ust asyraf agak sawo matang

ust said murah senyuman..ust asyraf serius menggerunkan
ust said mesra pelajar.. ust asyraf menakutkankan pelajar..
hahaha..
masih aku igt.. kami tanya pada ust said..
"ust..ust pakai minyak wangi apa?"
dan dia jawab : " bolow mi"   (follow me)

ust asyraf pulak..kalu dia masuk kelas..semua tingkap dan kipas mesti ditutup..
tumpuan hanya mesti beri padanya sahaja..
pernah satu novel kawanku dikoyak dan dibaling keluar..
hanya kerana dia membaca waktu pengajarannya
dan dia suka menggelar kami dgn pelbagai gelaran.. "haggah, syairah..dan sebaginya"

aku rindu plak pada keduanya tetiba..
langkah mereka yang panjang2 dan laju..
tutur kata mereka yang fasih dan sabar memahamkan kami
renungan mata seorang guru yang betul2 ikhlas
aku rindu semua itu

dan sekarang di manakah mereka?
masih adakah mereka?
adakah mereka penyokong mursi atau sebaliknya?

Saturday, July 13, 2013

cucuq balah..

bulan posa..
nikmat yang disebut2..nikmat berbuka..
mulalah tekak ni mengidam macam2..
makanan yang tak teringin pun sebelum ni.. time ni laa terbayang2..

dan aku puasa kali ini, selaku isteri dan ibu..
tak banyak buat hidangan yang beraneka ragam..
walau tekak nak macam-macam..huhu

satu benda yang aku teringat..
CUCUQ BALAH...
ini juadah kebiasaan aku waktu di alex dulu..
teringin la..tapi mmg xjumpa kat mana2 bazaar ramadhan.

apa tu BALAH?
hehe..itu nama arab bagi kurma basah.. ni gambar dia
cara masaknya mudah.. buang kulit dan bijinya (tak buang pun xpe..aku kalau malas xbuang pun)
pastu celup dgn bancuhan tepung beras atau gandum (ikut citarasa) ..lepastu goreng...
SEDAPPPPP...

waktu tahun mula2 balik dari mesir dulu..try buat dengan kurma kering.. tapi rasanya tak sama dgn balah..
huhuhu.. rindula CUCUQ BALAH....
sapa boleh tolong habaq mai kat mana org jual balah.. ada org mengidam ni... :(

Wednesday, July 10, 2013

wordless wednesday2013#bulan rawat hati

 
selamat datang ramadhan... rawat hatiku..penjarakan nafsuku..

Sunday, July 7, 2013

mesir di hatiku...

selain makkah dan madinah..
masir negara arab yang aku impikan untuk ke sana lagi..

aku merinduinya..
sentiasa merinduinya..kerana :
http://nadiyahashim.blogspot.com/2011/02/aku-mencintai-mesir.html