relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, April 26, 2017

hari hari terakhir di bumi kenyalang

sukar nak digambarkan...
bila nak tinggalkan sesuatu yang dah sedarah.. sebati.. senada.. dengan jiwa

walau aku menunggu detik ini dalam tempoh waktu yang lama.. tidak kuduga.. saat nya tiba dalam jiwa yang menggelogak.. bukan tak suka.. bukan juga terlalu suka... walau ada syukur.. ada juga rasa sayu.. walau rasa lega.. ada juga menggaris duka..

awal april.. penantian sudah berbunga.. dan 10 april, yang dinanti telah pasti.. dan kurang dr sebulan aku kena siapkan segalanya... 2 mei tempoh daftar baru, dan 26 april.. tiket yang sudah sedia dibeli untuk pulang bercuti.. nak beli baru.. rasa xmampu..

mgu pertama; uruskan urusan kargo... cari segala borang yang perlu utk clearance dan dalam masa yang sama targetkan habiskan marking secepat mungkin... dan ku khabarkan pada mereka yang rapat.. detik perpisahan semakin hampir.. dan aku tidak betah.. kerana ia amat menyentuh rasa

mgu kedua; syukur urusan exam hampir selesai.. kemas mana yang patut.. asingkan barang mana yg dikargo dan mana yang akan dibawa naik flight.. anak anak bagai memahami... tidak kisah barang mainan mereka sudah tidak dapat disepahkan lagi kerana semua sudah dikotakkan.. main lah apa sahaja.. yang masih ada bersisa

mgu ini juga mgu yang banyak air mata keluar.. banyak jemputan samaada dari persatuan, rakan atau jiran... saat ini kurasa.. doaku didengariNYA.. 'aku mahu pulang..dalam keadaan baik.. dalam keadaan orang menyayangiku...'

mgu ketiga; selera dah makin tiada.. rasanya seperti aku mula bertapak di sini.. semua serba tak kena.. klu awal dulu sbb tempat baru.. baru nak kenal segala di sini..
tapi kali ini rasa tak kena.. sebab nak tinggal segalanya di sini... entah bila dapat bertemu kembali

sarawak....
terima kasih..
aku menumpang sementara di sebahagian dadamu..
pernah seorang.. pernah berdua.. pernah bertiga.. dan kemudian berempat..
kau saksi aku matang di sini..
kau saksi setiap jejak langkahku..
samaada di tempat yang baik.. atau pernah tersadong langkah
saksi aku bertemu pelbagai manusia dan ragamnya..
aku belajar dari mereka.. cara menjadi manusia..
di sini..aku temu insan pelbagai..
dari yang menjengkelkan.. hinggalah yang amat menyentuh perasaan

buat mereka yang ku tinggalkan...
terima kasih atas segalan yang kalian berikan
walau ku dengar dari kalian adalah pujian..
itu adalah kerana rahmat tuhan..
menutup dosaku..yang setinggi bangunan
aku juga insan.. yang sangat banyak kelemahan..
sentiasa ku belajar membaiki kesilapan..
dari kalian yang juga teman dan guru pengalaman...











Monday, April 10, 2017

akhirnya.... alhamdulillah.. penantian terjawab

 aku sgt gembira.. suami ku juga gembira..
tapi kan.. ada insan insan yang lebih gembira dari kami...
kedua ibu bapa kami.... menangis mereka dengar berita ini.. terharunya... ;....

Monday, April 3, 2017

cerita kami dan kapit

perjalanan ini antara yang aku tunggu-tunggu..
aku yang lebih excited dari anak anak.. hehe

jumaat pagi sesudah subuh.. memulakan perjalanan..Alhamdulillah semua lancer dan tak perlu tgu lama bermula dari feri samarahan.. sehinggalah ke feri pusa...
jimat masa dan minyak..
4 feri.. dan satu jambatan kami lalui dapat jimatkan 2 jam perjalanan dan setengah tangki minya...

dari pusa.. kami terus tuju ke sibu.. smpi sibu elok elok wktu tghhr.. time budak balik sekolah.. time org keluar solat jumaat, time yang kerja opis cari lunch.. agak sesak.. dgn cari alamat xpandai.. maps google bawa kami ke  lorong yang salah.. hahaha. setelah berpusing hamper 1 jam.. baru smpai ke tempat penginapan sahabatku....

kami patah balik ke tengah Bandar mencari hotel KAWAN..
murah.. bilik besar.. toilet siap ada tub .. rm80 je semalam..

setelah selesai acara di sibu.. ahad.. kami bergerak ke perlabuhan.. faider klu tak silap dipanggilnya...
di sini.. tiket sibu direct ke kapit.. atau.. sibu-song-kapit
ada sahabat dah pesa.. beli direct.. cepat..
klu beli yg berhenti.. lambat
gambar di faider...

ikut nasihat.. beli direct dan harga 1 seat rm25

waktu naik boat.. ruangan rm25 berbeza dgn ruang 30 dan 35..

ruangan 25 lebih smpit..ah xpe je.. asal sampai.. hehe

dalam bot ni.. boleh lihat pelbagai barangan di bawa bersama termasuk haiwan ternakan.. ayam di letak dalam kotak.. kucing atau anjing yang diikat dgn bag..

12.30 tepat gerak.. aku dan anak anak dah dibuai..ngantuk.. hamper sama seperti boat di langkawi.. bezanya.. ini air sungai.. langkawi.. air laut.



gambar dalam bot..
 
selamat datai.. bahasa iban
kapit majoriti iban... tapi jangan risau muslim juga ada..
 
 
sampai kapit jam 3.30.. terus berjalan cari kereta sewa yang boleh bawa kami ke hotel..
 cari punya cari.. mana taxi ni.. huhu.. baru je nak ranya orang.. tetiba mata aku  Nampak hotel tersebut hanya seberang faider je.. hehehe.. xperlu pun kereta sewa
mengheretla kami.. beg dan dua anak
smpai hotel tu.. penuh.. mujur hotel yang berdekatan masih kosong.. dapat hotel utk kami anak beranak rm100/night
lepas istirehat kejap.. kami turun ke persisiran sungai.. baru je lepas pertandingan perahu kapit..

dan ini antara gambar yang aku paling suka.. gambar air sungai rejang yang 'hidup'.. gambar persisiran sungai rejang yang 'hidup'.. dan senyuman anakda yang juga sangat 'hidup'


 esok paginya.. kami hanya melawat persekitaran pecan ini sahaja.. hampr 3 jam kami menjelajah pasak eksotik kapit..
macam macam ada.. tumbuham hutan yang unik dan aksotik.. haiwan hutan yang unik dan eksotik.. juga kraftangan tempatan yang sngat unik..

banyak gak aku borong.. tp borong kraftngan je lah..
hihi..
 pesta masih lagi berlangsung dr sudut jualan.. jadi pekan kapit waktu ini menjadi tumpuan penduduk kampong yang berdekatan..

ini hotel yang kami duduk.. depan faider je..
 
makanan di sini.. ada sugar bun.. dan ada kedai makan muslim malindo..
yang mana tokeynye.. org Indonesia muslim
.. dan datang sini berkahwin dan terus menetap di sini.. nnt saya buat entry khas ttg beliau.. yg pada sy sgt sarat dngn pengalaman dan pengajaran

okeh.. utk entry ini.. boleh jadi guide utk siapa nak ke kapit...
yang mana boleh saya simpulkan.. kapit.. sgt unik!!!