relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, April 26, 2017

hari hari terakhir di bumi kenyalang

sukar nak digambarkan...
bila nak tinggalkan sesuatu yang dah sedarah.. sebati.. senada.. dengan jiwa

walau aku menunggu detik ini dalam tempoh waktu yang lama.. tidak kuduga.. saat nya tiba dalam jiwa yang menggelogak.. bukan tak suka.. bukan juga terlalu suka... walau ada syukur.. ada juga rasa sayu.. walau rasa lega.. ada juga menggaris duka..

awal april.. penantian sudah berbunga.. dan 10 april, yang dinanti telah pasti.. dan kurang dr sebulan aku kena siapkan segalanya... 2 mei tempoh daftar baru, dan 26 april.. tiket yang sudah sedia dibeli untuk pulang bercuti.. nak beli baru.. rasa xmampu..

mgu pertama; uruskan urusan kargo... cari segala borang yang perlu utk clearance dan dalam masa yang sama targetkan habiskan marking secepat mungkin... dan ku khabarkan pada mereka yang rapat.. detik perpisahan semakin hampir.. dan aku tidak betah.. kerana ia amat menyentuh rasa

mgu kedua; syukur urusan exam hampir selesai.. kemas mana yang patut.. asingkan barang mana yg dikargo dan mana yang akan dibawa naik flight.. anak anak bagai memahami... tidak kisah barang mainan mereka sudah tidak dapat disepahkan lagi kerana semua sudah dikotakkan.. main lah apa sahaja.. yang masih ada bersisa

mgu ini juga mgu yang banyak air mata keluar.. banyak jemputan samaada dari persatuan, rakan atau jiran... saat ini kurasa.. doaku didengariNYA.. 'aku mahu pulang..dalam keadaan baik.. dalam keadaan orang menyayangiku...'

mgu ketiga; selera dah makin tiada.. rasanya seperti aku mula bertapak di sini.. semua serba tak kena.. klu awal dulu sbb tempat baru.. baru nak kenal segala di sini..
tapi kali ini rasa tak kena.. sebab nak tinggal segalanya di sini... entah bila dapat bertemu kembali

sarawak....
terima kasih..
aku menumpang sementara di sebahagian dadamu..
pernah seorang.. pernah berdua.. pernah bertiga.. dan kemudian berempat..
kau saksi aku matang di sini..
kau saksi setiap jejak langkahku..
samaada di tempat yang baik.. atau pernah tersadong langkah
saksi aku bertemu pelbagai manusia dan ragamnya..
aku belajar dari mereka.. cara menjadi manusia..
di sini..aku temu insan pelbagai..
dari yang menjengkelkan.. hinggalah yang amat menyentuh perasaan

buat mereka yang ku tinggalkan...
terima kasih atas segalan yang kalian berikan
walau ku dengar dari kalian adalah pujian..
itu adalah kerana rahmat tuhan..
menutup dosaku..yang setinggi bangunan
aku juga insan.. yang sangat banyak kelemahan..
sentiasa ku belajar membaiki kesilapan..
dari kalian yang juga teman dan guru pengalaman...











No comments:

Post a Comment