relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, December 22, 2012

aku soal..aku jawab..

ramai orang mempersoalkan tentang kemalasanku..kelembapan ku dalam menyiapkan beberapa perkara..

marah?
..taklah..buat apa nak marah. aku akui sikap itu betul ada padaku dan ia makin parah sejak kebelakangan ini..

punca muhammad?
eh..bukan..muhammad tak salah apa apa..walau dalam post yg lepas aku ada mengatakan ia mungkin sbb pembawakan anak.. tapi aku sedar ia kerana perkara lain..

perkara apa?
aku dalam peralihan dua cara hidup yang berbeza..dan ia mempengaruhi sikap dan tindakanku..
kalau dulu masa aku agak fleksible..dan aku boleh atur masaku mengikut keselesaanku..tapi kini tidak lagi.. masaku milik orang lain, bergantung pada keselesaannya.

jadi betullah punca muhammad?
bukan..bukan dan bukan... walaupun ada kaitan.. tapi puncanya bukan muhammad.. aku lebih salahkan diriku yang tidak pandai menggunakan banyak peluang lain yang terbuka untukku.. sebijaknya aku patut merancang dan bertindak dalam jadual yang berbeza dari dulu..dan peluangnya tetap sama..masanya juga tidak berkurangan..hanya memerlukan kepandaian dan kerajinan..

peninglah ayat tu...ringkaskan...
ok..aku explain. Allah menaikkan tarafku menjadi seorang ibu..menganugerahkan aku harta tiada ternilai dan dalam pada masa yang sama Allah mengujiku adakah aku bijak menggunakan anugerahnya. dan dalam ujian itu..aku gagal sedikit.. dan wajarkah  disalahkan anugerah Allah atas kegagalan itu?

ok..hampir faham..
pokoknya...walau tanggungjawab bertambah..allah tetap akan mudahkannya jika kita pandai mencari jalannya.. :)


Saturday, November 10, 2012

biar susah tapi bahagia...
dari senang tapi derita... :)


orang cakap bukan senang nak senang dan bukan susah nak susah

tapi utk bahagia..susah ke senang ke..tetap kita boleh rasa kalau kita ikut caranya
 
 


Wednesday, September 19, 2012

Monday, September 17, 2012

bestnya berlanggar..

dah habis syawal dah kan..
haa..ni masih lagi aku nak cakap pasal raya..org cakap pasal raya awal raya..aku cakap hujung raya.. apa daa..hehe

raya tahun ni best sangat pada aku sbb banyak berlanggar.. betul banyak tempat aku berlanggar.. jangan kata di perlis, kedah malah di sarawak pun.. seronok berlanggar sampai penat.. hehe

orang sarawak mst senyum sbb dia faham apa maksud aku.. org semenanjung mst pening..hehe
berlanggar tu istilah sarawak maksudnya bertandang.. hehe. so sempena hari malaysia ni..aku nak ajar la sikit sikit bahasa sarawak supaya tak janggal jika dengar di telinga nnti..

cuma aku masih tak pasti..adakah istilah berlanggar ni khas utk bertandang raya je? kalau luar dari time raya boleh tak cakap macam ni "kamek mok berlanggar kitak esok?"
hmm..kena berguru lagi nih..belajaq kena sampai clear betul betul.. :)

Monday, July 23, 2012

siannye blog aku..

sian kat u..bukan i dah xsudi..
tapi ada mood yang mengawal diri..
rasanya akan baik nanti.. 
sabar yea u menanti.. 
u langsung tak membawa diri..
i bukan nak berjanji.. tapi insyallah ia pasti
bila tuhan mengizini
i akan kemmbali
mengganas lagi
dengan catatan serba serbi....
hihihi...

Friday, June 15, 2012

Jubah puteri Rasulullah..


JUBAH SITI FATIMAH
Editor: Blog al-Faqir Ila Rabbih Ta'ala - Date: 16.7.09 http://img2.blogblog.com/img/icon18_edit_allbkg.gif
Ada orang yang bersikap biasa sahaja dan hatinya tidak begitu teruja apabila diperlihatkan kesan-kesan peninggalan orang-orang soleh dan solehah. Bagi mereka sama sahaja antara barang peninggalan orang paling fasiq sekalipun dalam dunia dan barang peninggalan orang yang paling soleh dalam dunia. Mungkin juga mereka berpendapat ianya tidak memberi apa-apa kesan langsung bagi kita di akhirat sama ada suka ataupun tidak.

Namun, sikap kebanyakan orang-orang yang alim dan soleh yang banyak ditulis tidak begitu. Mereka adalah orang-orang yang berhati lembut dan sentimental terhadap apa sahaja yang berkaitan dengan peninggalan orang-orang soleh dan solehah. Maka timbullah apa yang diistilahkan sebagai '
tabarruk' (mengambil barakah). Perkara ini sudah banyak dibincangkan oleh para ulama. Mereka yang memandangnya sebagai satu perbuatan bidaah dan tidak harus dilakukan, tidaklah perlu menghentam pandangan mereka yang mengharuskannya. Dalil-dalil sangat banyak di dalam lembaran sejarah para sahabat, tabiin dan salafus soleh R.A.

Ini adalah jubah peninggalan Siti Fatimah AS binti Rasulillah SAW. yang tersimpan di Muzium Topkapi, Istanbul, Turki. Pakaian yang asalnya tersimpan dalam kotak ini telah dipamer dan ditunjukkan kepada orang ramai yang menziarahi muzium berkenaan.


Mereka yang sudah membaca kisah Siti Fatimah AS sudah tentu bertambah tersentuh apabila melihat pakaian yang sudah lusuh tersebut. Ini kerana beliau tidak dimanjakan oleh bapanya (Penghulu Jin dan Manusia SAW) dengan harta mewah, intan berlian dan emas permata, tetapi dengan susah-payah, kelaparan dan pengorbanan. Kepada para muslimat yang belum membacanya, silalah cari dan baca kisahnya. Di kala hidup anda mewah dengan kesenangan dan emas berlian di badan, cubalah renung kehidupan Penghulu Seluruh Kaum Hawa ini. رضي الله تعالى عنها (Tetapi awas.. jangan baca yang versi Syiah punya, kerana riwayat mereka tidak diiktiraf oleh Ahlus Sunnah.. banyak tokok tambah)

p/s: jubah raya kita macam ni tak?

Wednesday, June 6, 2012

wordless wednesday#16: aku comel..haha

eh..yang ni tak comel... zoooom sikit...

haha..yang ni betul betul comel!!! hehe

Monday, June 4, 2012

uniknya kenduri di sarawak

musim cuti sekolah..tak menang tangan dapat jemputan kenduri.. boleh aku bezakan..awal2 tahun datang sini dulu..xde org nak jmpt pun..huhu..smpai aku sndiri bgth kat makcik-makcik surau..teringin la nak makan kenduri kat sarawak ni..
hehe..tapi bila dah lama di sini..dah jadi macam org sini dah..byk lak jemputan dapat..samaada dr belah sahabat2 ku atau dari belah sahabat2 habibi..

di sini, ada yang buat di halaman rumah..dan ada juga yg memilih dewan.. yg unik..di sini tak tinggal budaya lama. di kg aku, mmg dah xde yg buat joget lambak..tp kat sini ada lagi tau..so jgn heran..kalau di setiap tempat kndri set karaoke mst ada..band band jmputan akan menyanyikan lagu menghiburkan pengunjung secara live.
 satu lagi..ada cara merebut suap makanan di sini..unik..aku xpernah tgk di semenanjung..tp kat sini dah 2 kali aku tengok. bukan suap mulut pengunjungbtau..tapi hanya utk 2 mempelai.
2 mempelai akan duduk berhadapan. di tengah mereka ada hidangan, klu adatnya pulut kuning..nak tukar jadi nasi hujan panas pun boleh,,, lepas tu akan ada kiraan, bila tudung saji dibuka, 2 mempelai mesti cepat menyuapkan mulut pasangannya.. biasanya lelaki yang menang..hehe..perempan dgn nak kontrol ayu lagi..hehe.
simboliknya..dalam perkahwinan, kn ada sorang mengalahdan sorang lagi mengambil tindakan drastik..itulah asam garam rumahtangga..
hmm..kala lah waktu aku kawin dulu buat macam ni..aku akan plan..waktu org angkat tudung saji tu..aku tak kelam kabut amik nasik di tengah, tapi aku standby nganga mulut luas-luas supaya tak comot gincu..hahaha :D

Wednesday, May 30, 2012

lihat ibubapamu dan lihat anak-anakmu..

td sempat dengar rancangan ikim..tertarik apa yg aku dgr tadi dan buat aku terfikir panjang...

lihatlah ibubapamu..kerana itu juga akan menunjukkan bagaimana kamu di masa depanmu..
lihatlah anak-anakmu..kerana itu mencerminkan siapa kamu di masa lampaumu..

sumpah mahsuri 7 keturunan.. hmm..dosa dan pahala tidak diwarisikan?
yg logik ialah mewarisi sifat..
sbb itu antara kriteria pemilihan calon..dilihat juga pada keturunan.. tapi ia bukan bermaksud menghukum serupa mereka dengan ibu bapa. anak luar nikah tidak boleh dihukum berdosa besar seperti ibu dan bapa mereka. anak penjenayah tidak boleh diabaikan kerana kesalahan kedua ibubapa.
kembali kepada agama......
sebab itu pegangan agama dilihat sebagai kriteria utama ..kenapa? kerana sifat buruk (jika ia diwarisi) boleh diubah dengan penghayatan agama yang betul. dan sifat baik yang difarisi takkan kekal jika tiada penjagaan iman di dada. :)


Wednesday, May 23, 2012

rindu pakai uniform sekolah..:(

semalam pergi collect data di 2 sek menengah di kuching.. teruja sbb dah 4 tahun tglkan sek men..means..yang terakhir wktu ngajar sek men. al-amin.

smbil menunggu orang yg sepatutnya, tengok bebudak sekolah keluar rehat.. comel comelnya dgn uniform sekolah. terus aku bisik pd K.M : rindu la nak pki baju sekolah.
K.M balas; aah, tp klu nadia pki rasa xpelik sgt kot..masih badan budak2..kalau akak pakai..org gelak kang.
dan aku terus menerus berangan... mana nak cari baju sekolah yea.. yg baru dan nak melaram pakai kat rumah sekali sekala..hahaha.. ish..ngidam pki uniform sekolah lak tetiba..
dan waktu collect soal selidik aku ditegur oleh sorang studnt: " makcik, dah siap...'
:makcik...? huhu..anganku musnah..tak jadila pakai baju sekolah..dpt title makcik ni buat aku kira balik umur aku berapa nak cr baju sekolah utk aku..sepatutnya aku fikir utk cari baju sekolah utk anak2 aku..huhuhu.. nak nangis dan nak gelak sorang sorang. waaaa waaaa! :)

Monday, May 21, 2012

haha..aku dapat rm500


mgu lepas..satu call aku terima..no kl.. ni msti bank bank nak offer loan ni..huh..
tp disebabkan aku free, angkat la juga:
"hello'
"hello..ni cik nadiyah ke?
"yea saya.."
" saya buat panggilan dari pejabat **** selayang, nak dimaklumkan cik diantara penerima baucer 500."
"haa..yeke.." dalam hati..syok dan gelihati kemain..hehe
" cik kena datang amik kat sini"
"eh..tapi saya sekarang kat sarawak..err..hantar ke sarawak ni boleh?"
"tak boleh..cik kena datang sini..amik sendiri'
"alamak..kalau dekat sy boleh pergi..ni kat sarawak..tiket kapal pun lebih 500.."
"ada sedara area ni?"
"hmm..xde"
"hmm..klu macam tu kira burn lah yea..
"erkk..tak boleh transfer ke sarawak ke" aku masih lagi bertanya..tanda merayu.
"emm..tak boleh.'
'kalu macam tu takpelah..xde rezeki saya..bagi pada org lain je.'
klik...

haha..aku terkezuuut bangat.. mana tak ye.. apply pun tak..dan klu ikut kelayakan..tak layak dah.. mungkin rekod diorang..standard gaji wktu aku keje di bangi dulu..huhuhuhu..
tapi aku terpikir..klu betul itu diberi ikhlas untuk aku..dia boleh terus transfer ke akaun aku..atau tak pun..hantar ke pejabat **** sarawak ni..ni bukan zaman batu takde kemudahan mcm tu...
tapi mungkin dia nak aku hadir ke sana....di 'basuh'.. kemudian baru bagi..
xpelah.. :)

Thursday, April 26, 2012

Tuesday, March 20, 2012

kisah sedih: hakim dan nenek pencuri ubikayu

minum copy di sana..makan paste di sini..:)

Agak sedih dan terharu gak baca kisah hakim juga hadirin dalam mahkamah yang membantu seorang nenek tua membayar denda akibat mencuri ubi kayu. Aku harap masih ramai insan yang berhati mulia seperti dalam kisah di bawah ni:
_ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ _ __ _

Sangat mengharukan, seorang hakim bernama Marzuki di Mahkamah Indonesia berasa sebak dengan penerangan pesalah seorang nenek tua yang mengaku salah mencuri ubi kayu.
Di ruang mahkamah pengadilan, seorang hakim duduk termenung menyemak pertuduhan kepada seorang nenek yang dituduh mencuri ubi kayu. Nenek itu merayu bahawa hidupnya miskin, anak lelakinya sakit, dan cucunya kelaparan. Namun pengurus ladang tuan punya ladang ubi tersebut tetap dengan tuntutannya supaya menjadi iktibar kepada orang lain.
Hakim menghela nafas dan berkata, “Maafkan saya, bu”, katanya sambil memandang nenek itu.
”Saya tidak dapat membuat pengecualian undang-undang, undang-undang tetap undang-undang, jadi anda harus dihukum. Saya mendenda anda Rp 1 juta (lebih kurang RM350) dan jika anda tidak mampu bayar maka anda harus masuk penjara 2.5 tahun, seperti tuntutan undang-undang”.
Nenek itu tertunduk lesu. Namun tiba-tiba hakim menbuka topi hakimnya, membuka dompetnya kemudian mengambil & memasukkan wang Rp 1 juta ke topinya serta berkata kepada hadirin yang berada di ruang mahkamah.
‘Saya atas nama pengadilan, juga menjatuhkan denda kepada setiap orang yang hadir di ruang mahkamah ini, sebesar Rp 50 ribu (lebih kurang RM17), kerana menetap di bandar ini, dan membiarkan seseorang kelaparan sehingga terpaksa mencuri untuk memberi makan cucunya.
“Saudara pendaftar, tolong kumpulkan denda dalam topi saya ini lalu berikan semuanya kepada yang tertuduh.”
Sebelum tukul diketuk nenek itu telah mendapatkan sumbangan wang sebanyak Rp 3.5 juta dan sebahagian telah dibayar kepada mahkamah untuk membayar dendanya, setelah itu dia pulang dengan wajah gembira dan terharu dengan membawa baki wang termasuk wang Rp 50 ribu yang dibayar oleh pengurus ladang yang mendakwanya..
Kisah ini sungguh menarik dan boleh di share untuk menjadi contoh kepada penegak undang-undang di Malaysia agar bekerja menggunakan hati nurani dan mencontohi hakim Marzuki yang berhati mulia ini

Tuesday, March 13, 2012

fasa 3M

sapa pernah dalam fasa 3M ni.. ?

M1: malas
tak malu dah cakap kat sini..tak pernah sampai tahap malas begini...

M2: mengantuk
tak kira masa...asal tempat selesa je..tidur. tak sempat baca doa tidur dah..

M3: mengada
yang ni pada orang tertentu je..hehe

macam mana nak marking paper yang berjumlah 3** dalam fasa 3M ni yea?

Tuesday, March 6, 2012

Iblis datang menganggu ketika Sakaratul Maut

minum copy di sana..makan paste di sini...:)


Iblis datang menganggu ketika...

Syaitan dan Iblis akan sentiasa mengganggu manusia, bermula dengan memperdayakan manusia dari terjadinya dengan setitik mani hinggalah ke akhir hayat mereka, dan yang paling dahsyat ialah sewaktu akhir hayat iaitu ketika sakaratul maut. Iblis mengganggu manusia sewaktu sakaratul maut disusun menjadi 7 golongan dan rombongan. Hadith Rasulullah SAW. menerangkan: Yang bermaksud: “Ya Allah aku berlindung dengan Engkau daripada perdayaan syaitan di waktu maut.”



Rombongan  1


Akan datang Iblis dengan banyaknya dengan berbagai rupa yang pelik dan aneh seperti emas, perak dan lain-lain, serta sebagai makanan dan minuman yang lazat-lazat. Maka disebabkan orang yang di dalam sakaratul maut itu di masa hidupnya sangat tamak dan loba kepada barang-barang tersebut, maka diraba dan disentuhnya barangan Iblis itu, di waktu itu nyawanya putus dari tubuh. Inilah yang dikatakan mati yang lalai dan lupa kepada Allah SWT inilah jenis mati fasik dan munafik, ke nerakalah tempatnya.



Rombongan 2


Akan datang Iblis kepada orang yang didalam sakaratul maut itu merupakan diri sebagai rupa binatang yang di takuti seperti, Harimau, Singa, Ular dan Kala yang berbisa. Maka Apabila yang sedang didalam sakaratul maut itu memandangnya saja kepada binatang itu, maka dia pun meraung dan melompat sekuat hati. Maka seketika itu juga akan putuslah nyawa itu dari badannya, maka matinya itu disebut sebagai mati lalai dan mati dalam keadaan lupa kepada Allah SWT, matinya itu sebagai Fasik dan Munafik dan ke nerakalah tempatnya.



Rombongan 3


Akan datang Iblis mengacau dan memperdayakan orang yang di dalam sakaratul maut itu dengan merupakan dirinya kepada binatang yang menjadi minat kepada orang yang hendak mati itu, kalau orang yang hendak mati itu berminat kepada burung, maka dirupai dengan burung, dan jika dia minat dengan Kuda lumba untuk berjudi, maka dirupakan dengan Kuda lumba (judi).
Jika dia minat dengan dengan ayam sabung, maka dirupakan dengan ayam sabung yang cantik. Apabila tangan orang yang hendak mati itu meraba-raba kepada binatang kesayangan itu dan waktu tengah meraba-raba itu dia pun mati, maka matinya itu di dalam golongan yang lalai dan lupa kepada Allah SWT. Matinya itu mati Fasik dan Munafik, maka nerakalah tempatnya.



Rombongan 4


Akan datang Iblis merupakan dirinya sebagai rupa yang paling dibenci oleh orang yang akan mati, seperti musuhnya ketika hidupnya dahulu maka orang yang di dalam sakaratul maut itu akan menggerakkan dirinya untuk melakukan sesuatu kepada musuh yang dibencinya itu. Maka sewaktu itulah maut pun datang dan matilah ia sebagai mati Fasik dan Munafik, dan nerakalah tempatnya

Rombongan 5


Akan datang Iblis merupakan dirinya dengan rupa sanak-saudara yang hendak mati itu, seperi ayah ibunya dengan membawa makanan dan minuman, sedangkan orang yang di dalam sakaratul maut itu sangat mengharapkan minuman dan makanan lalu dia pun menghulurkan tangannya untuk mengambil makanan dan minuman yang dibawa oleh si ayah dan si ibu yang dirupai oleh Iblis, berkata dengan rayu-merayu “Wahai anakku inilah sahaja makanan dan bekalan yang kami bawakan untukmu dan berjanjilah bahawa engkau akan menurut kami dan menyembah Tuhan yang kami sembah, supaya kita tidak lagi bercerai dan marilah bersama kami masuk ke dalam syurga.” Maka dia pun sudi mengikut pelawaan itu dengan tanpa berfikir lagi, ketika itu waktu matinya pun sampai maka matilah dia di dalam keadaan kafir, kekal ia di dalam neraka dan terhapuslah semua amal kebajikan semasa hidupnya.



Rombongan 6


Akan datanglah Iblis merupakan dirinya sebagai ulamak-ulamak yang membawa banyak kitab-kitab, lalu berkata ia: “Wahai muridku, lamalah sudah kami menunggu akan dikau, berbagai ceruk telah kami pergi, rupanya kamu sedang sakit di sini, oleh itu kami bawakan kepada kamu doktor dan bomoh bersama dengan ubat untukmu.” Lalu diminumnya ubat, itu maka hilanglah rasa penyakit itu, kemudian penyakit itu datang kembali. Lalu datanglah pula Iblis yang menyerupai ulamak dengan berkata: “Kali ini kami datang kepadamu untuk memberi nasihat agar kamu mati didalam keadaan baik, tahukah kamu bagaimana hakikat Allah?”
Berkata orang yang sedang dalam sakaratul maut: “Aku tidak tahu.” Berkata ulamak Iblis: “Ketahuilah, aku ini adalah seorang ulamak yang tinggi dan hebat, baru sahaja kembali dari alam ghaib dan telah mendapat syurga yang tinggi.

Cubalah kamu lihat syurga yang telah disediakan untukmu, kalau kamu hendak mengetahui Zat Allah SWT hendaklah kamu patuh kepada kami.” Ketika itu orang yang dalam sakaratul maut itu pun memandang ke kanan dan ke kiri, dan dilihatnya sanak-saudaranya semuanya berada di dalam kesenangan syurga, (syurga palsu yang dibentangkan oleh Iblis bagi tujuan mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut). Kemudian orang yang sedang dalam sakaratul maut itu bertanya kepada ulamak palsu: “Bagaimanakah Zat Allah?” Iblis merasa gembira apabila jeratnya mengena. Lalu berkata ulamak palsu: “Tunggu, sebentar lagi dinding dan tirai akan dibuka kepadamu.” Apabila tirai dibuka selapis demi selapis tirai yang berwarna warni itu, maka orang yang dalam sakaratul maut itu pun dapat melihat satu benda yang sangat besar, seolah-olah lebih besar dari langit dan bumi.

Rombongan 7


Rombongan Iblis yang ketujuh ini Iblis terdiri dari 72 barisan sebab menjadi 72 barisan ialah kerana dia menepati Iktikad Muhammad SAW bahawa umat Muhammad akan terbahagi kepada 73 puak (barisan). Satu puak sahaja yang benar (ahli sunnah waljamaah) 72 lagi masuk ke neraka kerana sesat. Ketahuilah bahawa Iblis itu akan mengacau dan mengganggu anak Adam dengan 72 macam yang setiap satu berlain di dalam waktu manusia sakaratul maut. Oleh itu hendaklah kita mengajarkan kepada orang yang hampir meninggal dunia akan talkin Laa Ilaaha Illallah untuk menyelamatkan dirinya dari gangguan Iblis dan syaitan yang akan berusaha bersungguh-sungguh mengacau orang yang sedang dalam sakaratul maut. Bersesuaian dengan sebuah hadith yang bermaksud: “Ajarkan oleh kamu (orang yang masih hidup) kepada orang yang hampir mati itu: Laa Ilaaha Illallah.”




Friday, March 2, 2012

orang sakit atau mayat sakit?

perubatan benda asing bagi aku.. aku tidak dapat membuat telahan atau jangkaan kerana ia mmg di luar bidang penguasaan ilmu sndiri.
alkisah, kami malam td dijemput utk menziarah seorang kakak muslimah di HU (HOSPITAL UMUM) kuching, pesakit sudah koma 11 hari. puncanya, dia terjatuh di bilik air, kepala terhentak dan ditemui mmg sudah tidak sedarkan diri oleh anak anaknya.
kata mereka (anak-anaknya) : esok pagi kami nak minta doktor cabut oksigen, mak kami mmg dah tak boleh buat apa-apa dah. otaknya sudah tidak berfungsi lagi. dia mmg dah mati, cuma bila oksigen masih ada, nadinya masih ada.
bila dengar anaknya kata begitu: aku melihat si pesakit. depan aku ni orang sakit atau mayat sakit?

tak berani membuat telahan,
susu yang diberi masih masuk melalui hidung, kantung air kencingnya masih ber'isi... mayatkah ini?

jika dia benar mati...penamatan oksigen itu..ialah satu penamatan penyiksaan terhadap jenazahnya..
tapi jika dia masih hidup.. penamatan oksigen itu ialah mematikan dia.. dalam erti kata membunuh cara terhormat.
YA ALLAH, TEMPATKAN DIA DI KALANGAN HAMBA-HAMBAMU YANG BERIMAN WALAU BILAPUN KEMATIANNYA...

Wednesday, February 29, 2012

BEN ASHAARI : BLOGLIST APRIL 2012

jom tukar bloglist dgn saya..coz saya nak penuhkan bloglist saya dgn blog kawan kawan baru dan saya juga nak penuhkan blog list kawan2 baru dgn blog saya. hehe

Tuesday, February 28, 2012

bukan doamu yang makbul..

i minum copy di sana... dan i makan paste di sini.. :)

Kisah berkenaan seorang abang dan seorang adik.
Kedua-duanya adalah anak yatim lagi miskin. Mereka tinggal di rumah pusaka tinggalan ibu bapa mereka. Kedua ibu bapa mereka adalah hamba ALLAH yang soleh. Kedua-dua anak dididik untuk bergantung harap dengan Allah SWT.
Si abang, saban hari berdoa agar ALLAH mengubah nasib hidupnya. Dia meminta kepada ALLAH agar dipertemukan dengan isteri yang cantik lagi kaya. Dia meminta kepada ALLAH agar dirinya kaya raya.

Si Adik pula, seorang yang buta huruf. Tidak seperti abangnya, dia membaca doa pun dengan melihat kertas. Sebelum bapanya mati, dia pernah meminta bapanya menulis sesuatu di atas kertas, dan kertas itu sering dipegangnya setiap kali berdoa.

Akhirnya, Allah mempertemukan seorang perempuan yang cantik lagi kaya dengannya. Perempuan itu jatuh hati kepadanya, lantas berkahwin. Si Abang seperti mendapat durian runtuh dan kehidupannya terus berubah. Dia keluar dari rumah pusaka, dan meninggalkan adiknya.

Si Abang akhirnya kaya raya, malah terus kaya apabila dia memasuki medan bisnes. Dia sudah mula alpa dengan ALLAH, melewat-lewatkan solah, jarang membaca Al-Quran, tapi tidak pernah lalai untuk meminta kekayaan daripada ALLAH. Kalau masuk dalam bab perniagaan, kekayaan dunia, maka berbondong-bondong doanya kepada ALLAH. Dan ajaibnya, Allah beri apa yang dia minta. Si abang rasa dia istimewa.

Si adik pula, hidupnya tidak berubah. Dia masih seorang sederhana, dengan kelemahannya sebagai seorang buta huruf, dia hannya mendapat kerjaya sederhana, terus menjaga rumah pusaka. Si adik, juga rajin berdoa. Si abang tahu, si adik rajin berdoa. Tapi Si Abang melihat, hidup adiknya tidak berubah-ubah.

Lantas satu hari, ketika Si Abang menziarahi adiknya, Si Abang berkata dengan sombong:

“Kau kena berdoa kuat lagi. Tengok aku, berdoa je ALLAH makbulkan. Kau ni tak cukup hampir dengan Allah ni. Berdoa pun masih tengok-tengok kertas. Tak cukup hebat.”

Si Adik tersenyum sahaja. Suka abangnya menegur kerana padanya, teguran abang amat bermakna.

Si Adik terus hidup sederhana, di dalam rumah pusaka, dengan doa melihat kertas saban hari, dan kehidupannya tetap tidak berubah. Tidak menjadi kaya seperti abang.

Satu hari, Si Adik meninggal dunia. Ketika Si Abang mengemas-kemas rumah pusaka, dia berjumpa satu kertas. Kertas itu adalah kertas yang adiknya sering pegang ketika berdoa.

Si Abang menangis teresak-esak apabila membaca kertas kecil itu.

Kertas itu tertulis: “ Ya Allah, makbulkan lah segala doa abang aku”

MasyaALLAH…

Si Abang mula membandingkan dirinya dengan adiknya. Adiknya kekal taat kepada ALLAH dan tidak meringan-ringankan urusannya dengan ALLAH SWT. Adiknya, sedikit pun tidak meminta dunia kepada ALLAH, malah tidak meminta apa-apa untuk dirinya. Tetapi adiknya meminta agar segala doa Si Abang dimakbulkan. Si Abang, tidak pernah sedikit pun mendoakan Si Adik.

Si Abang mula nampak, rupanya, bukan doa dia yang makbul. Tetapi doa adiknya telah diterima oleh ALLAH SWT, lantas segala doanya menjadi makbul.

Cerita ini meruntun hati saya, dan buat saya sentiasa berfikir panjang.

Kadang-kadang kita, bila Allah realisasikan hajat kita, kita suka mengimbau usaha-usaha kita.

"Aku buat beginilah yang jadi begini."

"Doa aku makbul seh!"

"Aku ni memang Allah sayang. Tengok, semua benda Allah bagi. Aku minta je pun
."

Tanpa sedar kita bongkak. Takabbur.

Sedangkan, kita tak tahu, mungkin yang makbul itu adalah doa ibu bapa kita, doa adik beradik kita, doa sahabat-sahabat kita. Bukannya doa kita.

Cerita itu sangat menyentuh hati saya.

Membuatkan setiap kali saya berdoa, saya tidak lupa mendoakan ibu bapa saya, guru-guru saya, keluarga saya, adik beradik saya, sahabat-sahabat karib saya, yang teramat akrab saya sebutkan namanya agar lebih merasai bahawa saya memerlukan mereka mendoakan saya juga.Kita ini banyak dosa. Banyak hijab.

Mungkin doa orang lain yang lebih bersih hatinya, lebih suci jiwanya yang makbul, menyebabkan rahmat Allah tumpah pada diri kita. Sebab itu jangan berlagak. Jangan tinggi diri. Jangan rasa doa kitalah yang makbul. Pulangkan semuanya kepada Allah. Doa itu sebahagian daripada usaha sahaja sebenarnya.

Dan jangan rasa segan nak minta orang lain doakan kita.

Semoga bermanfaat note ini.

Sebarkan jika anda rasa ada manfaatnya.

Semoga Allah redha dengan kita.

AMIN….

Saturday, February 25, 2012

kata-kata yang aku suka, dan aku abadikan di sini

" siapa yang menjaga auratnya ketika hidup, maka Allah akan menjaga auratnya ketika dia mati"

kata-kata di atas aku dengar dalam rancangan iktibar tsunami, seorang penduduk dia menyatakan sedemikian kerana dia lihat sndiri mereka yang tidak menjaga aurat ketika hidup mati telanjang dan yang menjaga aurat, mati dalam keadaan terpelihara auratnya. sama2 kita ambil pengiktibaran ini.

Tuesday, February 21, 2012

jejet...

habibi bawa balik seekor burung tekukur
yang sesat dan jatuh keletihan dalam masjid...
tengok..burung pun tahu nak beriktikaf di masjid..

aku pun letaklah nama JEJET..hehe.. sian ada luka sikit di kepala dia, mungkin terkena bilah kipas masjid.
smpai rumah, beri dia minum air..dan jejet minum dgn penuh selera... tapi esoknya..kami lepaskan..tak sampai hati menghalang hak hak asasi keburungan..hehe

Friday, February 17, 2012

kereta, minyak wangi, coklat,rokok dan ARAK LABUAN!

sapa pi LABUAN... cari 5 benda ni...kereta, minyak wangi, coklat,rokok dan ARAK
COMFORM MURAH....
tapi bagi orang Islam, yang ke4 dan ke5 tu jangan beli yea...
kereta CAMRY di sini 80K je... coklat CADBURY yang diluar RM18, di sini RM8.80 je, minyak wangi jenama **** di luar 300 lebih di sini 200 lebih je..rokok dan arak..xsure, yg sure, kandungannya tetap sama banyak menyumbang ke arah mudarat dan maksiat.

 waktu smpi di epot labuan..ini je sempat di snap...
tepuk dada..tanya selera..
tepuk handbeg..tanya duit..
err..ni bukan cuka..bukan juga minyak masak yea... ni la khamr a.k.a ARAK


pulau labuan lebih kecil dr langkawi, kalau nak pusing satu labuan setengah hari pun cukup..tenang je..penduduknya tidak kelam kabut seperti di bandar bandar besar..kalau nak dibandingkan dengan sabah dan sarawak, masjid lebih banyak didaati di sini berbanding gereja. nak dtg sini selain dr naik kapal terbang, boleh naik feri barang (2 jam)..atau bot laju (20minit) dari menambok ,sabah.


aku bersama tugu mercu labuan
aku bersama abang 'pelombong arang batu'... tak berani tengok lama-lama, takut dia kenyit mata..hehe
aku bersama bos bos besar....

hmm..walau 4 hari, 3 malam je...tapi rasa macam dah menjelajah sekitar labuan...nice moment..!