relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Sunday, February 28, 2010

aku ditinggalkan....WAA WAA WAA

sedihnya rasa hati...dikau pergi tinggalkan daku yang masih memerlukan bellaian kasihmu...

sedih bangat kok..ngapain buk???

sebenarnya jumaat lepas..booni and the gang dah pindah ke rumah lain...cedihnya..xde teman mengorek tanah sama2...cedih ni...cedih sangat2...

i will miss u all...

pandangan selamat tinggal oleh booni..

and her gang...

tak pernah rasa akan 'jatuh kasih' dengan anjing...yup..walau tak boleh pegang..tapi aku akui anjing adalah antara makhluk Allah yang cukup istimewa..
ku harap akan bertemu dengan mereka lagi dan yang pasti..aku pasti mereka akan kenal aku selamanya..aku juga akan dikenang mereka sebagai jiran yang paling kuat mengacau.
kesetiaan adalah diriku...( untuk kajol, baca ayat ini dengan intonasi mekyah) kekeke

Tuesday, February 23, 2010

kemuncak pengembaraan: episod balik kampung

balik kampung
ooo
balik kampung
hati girang...
perjalanan jauh tak ku rasa...
kerana ku naik air asia..hehehe

apa yang best kat kampung? salah soalan tu..
yang betul..
apa yang tak best kat kampung?..semuanya best2 belaka..
cuma cuaca panas sangat..tekak terus menyerah kalah dek kepanasan perlis..

yang paling best nya i dapat anak buah kembar 5 ...
comel2...
ni gambar mereka di antaranya...
nama belum boh lagi..tunggu nanti waktu kenduri cukuq kepala..baru nak boh nama..ada cadangan..sila habaq mai...

pengembaraan 3: episod seminar

sampai daripontianak jam 8.30 am 17 hb.
kelam kabut basuh kain dan packing isi semula beg tu..nak travel ke s.alam plak.
flight jam5.30..sampai 7.30..
sampai rumah kak M.. bateri badan dah hampir kong..tapi gagahkan juga utk siapkan slide nak bentang esok
18hb..sampai masjisd s.alam lebih awal dari org pendaftaran..hehehe
dengan 4 ucaptama..dan dalam tempoh pendengaran itu disulam olem peniduran pendek yang mengasyikkan..
ptg..alhamdulillah dapat membentang dengan baik..walau ketarnya..hanya Tuhan yang tahu.
tak sangka tajuk paper saya hangat lagi hangit...apa pun..Tuhan membantu dalam setiap jawapan balas yang saya berikan.
thanks S yang sudi menjadi photographer merangkap driver ke PKNS..hehehe siap dia belanja makan kedai mamak lagi.

Monday, February 22, 2010

pengembaraan2: episod pontianak

ahad..jam 5 dah bangun..jam 6 bertolak dangan kak Z sekeluarga..ku igtkan jauhla SMMT..rupanya dekat je..janji bas 6.30..tapi biasalah janji malaysia 8 baru bertolak.
di sempadan..syukur xde masalah..licin..dan perjalanan kami melalui lereng2 banjaran borneo yang mengasyikkan hingga membuatkanku terlelap 3-4 episod..
yang menarik:
sepanjang jalan hijau pokok..berbukit2..rumah2 antik..(gaya bugis)
yang pelik:
bas kami tak henti2 bunyikan hon...mentang2 di kuching dia tak boleh hon sepuas hati..masuk je negara orang..kucing pun dia hon..hehehe
saya dan kak dorris..mcm2 dia citer ttg srwak ni..dan mcm2 bekal dia bw..kenyang betul dok tepi kak dorris ni..hehehe
yang depan tu..bas angkut-angkut di daerah ini...bas kami yang sebelah tu..bila tengok bas indon ni..teringat trenko kat mesir...rinduunya

contoh rumah di sepanjang perjalanan kami...jalan tanah merah tau..kami berdangdut secara tidak sengaja di atas bas...jgn jeles dong





kamar mandi...faham ngak? boleh dipuji..tandasnya bersih!







sampai dalam jam 4 di hotel KINI.. cantik..walau taraf 3bintang tapi agak mewah...petang tu..jalan2 ke matahari mall..balik naik beca..jalan2 cari makan..jumpalaa satu restoran nasi padang..dihidang semua lauknya hampir 15 masakan ...tapi yang diminta bayar apa yang kita makan..percaya atau tidak..itulah cara orang sini..

esonya kami ke garisan khatulistiwa..bangganya berada di sini..rasa bukan semua orang berpeluang pijak di garis tengah ni..hehehe..lpas tu kami ke istana lama..di situ kami ditimpa "sumpah keturunan raja"..van kami rosak..hmm..seram gak bila fikir2kan..tapi bila anggap ia mungkin secara kebetulan..abaikan je..
dgn kak annie..atas tut tut..best bangat dong!
hari ke 3..jalan2 ke muzium..dan universiti tanjungpura..unik dan antik sgt..rasa mcm dok malaysia tahun 70an...hehe..aktiviti lain..shoping lee..apa lagi.
dua anak kak Z, merangkap bodyguardku..

masjid di sempadan..kami solat subuh sitok..sementara tunggu imigresen buka gate

wajah2 penat perjalanan pulang...pontianak..aku akan merinduimu...jemputlaa aku lagi...

pengembaraan 1: episod taman negara kubah dan epot kuching

jumaat petang..ke kubah
perjalanan..igtkan 2 jam..tapi kerana kedriftan vivaku..sampai dalam 1jam setengah je..
hehehe
hujan renyai2...
tak sangka saya..rupanya di hujung bandar kuching ni ada hutan air terjun yang amat indah... kang datang srwak..kamek bw kitak datang sinun..kacak bah..
lady in red at junggle....

sabtu pagi...ke epot..ini yang dikatakan..kita merancang,Allah juga merancang..dan Dia sebaik2 perancang..
mulanya nak terus ke satok dengan S..tapi ditakdirkan keretaku buat hal..betul2 di epot...abang2 polis lah yang memberi bantuan pernafasan buat vivaku..hehehe.. dan hero pada pagi itu adalah seorang guru dari simunjang..dia tumpangkan kami ke kedai utk beli bateri...TERIMA KASIH banyak..buat abang2 polis..dan abang cikgu simunjang..
dalam hati..alaupun agak kelam kabut dgn peristiwa tak diduga ni..tapi penuh rasa bersyukur..bayangkan kalau jadi semalam dalam hutan kubah tu..sapa nak tolong??? Allah maha pengasih..Dia memberi kita masalah..tapi Dia juga membantu kita menyelesaikan masalah...
sory xde gambar..teringin gak nak snap gambar abg2 polis yang beruniform tu waktu tolak kereta viva..tapi tak sampai hati...hehehe..

Wednesday, February 17, 2010

minggu si pengembala..eh pengembara daa

 bermula 14 feb hga 21 feb..ialah minggu ku mengembara..dan berkelana...penat..pening..tapi amat-amat mengujakan..
nanti saya bagi gambar2..nak cepat dong..flight jam 5 nanti.

Wednesday, February 10, 2010

ukhuwah dan jamaah

gambar-gambar program diskusi " memantapkan ukhuwah, memperkasakan jamaah" oleh UITM dan IKMAS

semangat zaki..semangat!!
sempat lagi possing tuh..

pilih-pilih..semua tu single and available...
kalau yang 2 orang ni..dilarang pilih..status: DALAM PERHATIAN..hahaha

ukhuwah tanpa jamaah : ikatan tidak akan konsisten
jamaah tanpa ukhuwah : ikatan tidak akan kuat

Ukhuwah nadi jamaah...
Jamaah tunjang ukhuwah...

Monday, February 8, 2010

taman negara bako...

sekali-sekala..kita mesti meraikan diri sendiri..
diri kita ada hak untuk diberi kerehatan..
apatah lagi jika kita rehat sambil melihat keindahan alam ciptaanNya.

tanpa plan..tanpa peta khusus..kami ke TAmN nEGARA bAKO..
yang lucunya..sebelum pergi..dalam kepala kami ingatkan taman negara bako macm zoo negara je..lalu berpakaian lah kami ayu..ayu gitu.
tak sangka rupanya kami akan melalui adventure yang memang memrlukan kelasakan..tapi semangat punya pasal..hentam sajalah.
pergi pun..tak tahu jalan pun..sekadar main redah je..
Alhamdulillah sampai..tak sangka kami kena naik bot selama 30 minit untuk ke Taman Negara Bako..kekeke..belum sampai taman negara lagi..kami dan diadventurekan oleh ke'jakunan' kami sendiri..hehehe
tengoklah..tempatnya...adventure kan..

disebabkan keayuan pakaian kami..hampir-hampir tidak digalakkan datang ke sini..ada ke patut,,orang tu suruh datang lain kali..igt pakai kain..tak boleh masuk hutan ke..

gadis batu paling jelita....

nampak tak saya? haa..tak nampak? mentang-mentang sama kala dengan batu...

"batu belah batu bertangkup....jangan makan aku..jangan luluh aku."....

'penunggu' taman negara bako...hehehe

dengan pakcik rosdi..driver bot yang sporting...

banyak binatang yang pelik-pelik dapat ditemui di sini..tapi oleh kerana kami dilarang masuk hutan..maka kamilah yang membuat aksi 'si pelik-pelik' itu sendiri..hehehe

Friday, February 5, 2010

bersama AMY SEARCH..jangan jeles..hehe

kenangan 2007...berbuka puasa di rumahnya di Damansara


Amy dan isteri yang amat-amat peramah...anaknya juga manja2... yang mana satu anaknya? tu yang tudung hitam, baju hitam..duduk comel kat depan tu..hehehe


Pesanan untuk diri sendiri :  jangan mudah menyesatkan atau mendewakan seseorang...baik atau buruk seseorang manusia itu adalah bagaimana dia pada akhir hayatnya..

Thursday, February 4, 2010

melukakan atau dilukakan...

luka itu sakit...
dilukakan lagi sakit...
tapi kalau melukakan?

kalau kita diberi pilihan antara dua..
dilukakan atau melukakan..
mana pilihan kita?????

andai terpaksa melukakan...lakukanlah...
kerna pertimbangan kita bukan pada emosi..
tapi pada pertimbangan..antara 2 mudarat,
kita utamakan untuk menghapuskan mudarat yang lebih besar

andai terpaksa dilukakan...terimalah..
kerna pertimbangan kita bukan emosi..
tapi pada pertimbangan..antara 2 kemahuan,
kita utamakan kemahuan Tuhan yang tidak pernah tersilap!!!

Tuesday, February 2, 2010

booni and the geng

inilah booni...jelita tak?
ni plak soodi...ya Rabbi..buruknya tido..

yang kanan sekali blooki..yang tengah  hujung tu brooni..sedang kacau kucing tido..booni dan soodi plak tengah bergurau...

kekeke..suasana yang melucukan di pagi hari..
alhamdulillah..kadang Tuhan hiburkan kita dengan teletah haiwan2 di sekeliling kita...

Thanks booni and the geng.. walaupun kita dipisahkan oleh pagar dawai..tapi U all dapat membuatkan setiap pagi hariku ...dengan senyuman dan tawa.