relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, October 30, 2017

sukar untuk jadi baik

ada saat tertentu.. kita rasa sukar untuk jadi baik
kita ada pilihan.. yang baik dan tidak baik..
dan memilih yang baik itu bagai meletakkan diri di satu tempat yang cukup tinggi...
rasa sukar untuk memanjatnya..
dan itulah pilihanku... menjadi baik walaupun keadaan sangat sukar..

kerana harganya juga sangat mahal...

Sunday, October 22, 2017

anak ibu muhammad dah 5 tahun

22oktober 5 tahun yang lalu...
detik kelahiran muhammad
ibu tak dapat bagi semua yang muhammad nak.. tapi ibu bagi apa yang ibu dapat bagi dengan sepenuh hati dan kasih sayang ibu

ibu dan muhammad... sapa lebih hensem?

we love u..... muhammad.. our warrior!!!

Tuesday, October 17, 2017

ibu surirumah vs ibu bekerjaya

ibu yang surirumah dan ibu yang bekerjaya.. siapa lebih penat?
ini tajuk debat yang takkan pernah habis..
setiap ibu akan kata depa yang paling penat...

aku?
hmm.. mmg aku ibu bekerjaya dan partime suri-rumah... cup-cup silap.. aku ibu surirumah part time bekerjaya.. maksudnya.. masa aku di opis sekurangnya 8 jam je sehari.. 16 jam di rumah.. so yang part time tu di opis la.

mana penat?
penat itu ukurannya di jiwa..
kadang tak buat kerja apa pun.. tapi emosi sedih dan otak tepu.. maka ia mendatangkan penat

kdg kerja banyak.. tapi emosi gembira dan otak fresh.. ia membawa bahagia...


so.. tanya diri kita.. kita pilih untuk penat atau tidak.. kalau pilih untuk rasa penat.. layanlah emosi negetif dan fikiran yang xmembina.. akan rasa down dan penat segala-galanya.

tapi kalau pilih utk tidak penat.. buat dengan emosi yang gembira dan fikiran yang positif..  positif balik ke kita.. rumah kemas, anak gembira, kerja opis pun setle on time.. bos pun suka..suami lagi gembira.

pilihan di tangan ANDA!

Friday, October 6, 2017

terlebih rajin

alkisah.. anakda muhammad, aku tugaskan untuk sidam anak anak pokok depan rumah ni. dia pun suka tugas dia tu.. masalahnya terlebih rajin...

pagi-pagi tadi habibi bising-bising.. siapalah yang rajin sangat siram pokok daun kari samapi bergenang air setiap masa.. ini bukan pokok padi.. habis mati pokok kari semaian habibi..

hehehe.. anak yang buat, tapi ibu turut terasa bersalah, sebab ibu yang pesan, "kena siram air selalu'

😅😆


Thursday, October 5, 2017

anak murid jumpa ustazah-ustazah

alhamdulillah..
berkesempatan jumpa insan-insan yang pernah mengajar diri ini dahulu.

cuma kan.. bila tengok  ustazah ustzah ni bukan saja terimbau kenangan lama..  tapi juga rasa diri makin berusia dan mereka lak maintain awet muda... huhu

barakallahu lakum fid dunya wal akhirah