relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, December 31, 2011

QAA 1108 A

unik tak?
bg orang sarawak..mungkin dah biasa..
tapi bg orang semenanjung..ni lah plat baru kereta kami.. banyak tak A? depan ada, hujung pun ada. hehehe

waktu beli ada dia tanya, nak tempah nombor tak.. aku cakap, amik running no je lah.. dan tak sangka ada no febret aku.. no 8.. hehe
habibi tanya:11 tu tanda tahun 2011, 08 lak?
aku jawab: hmm..nak kata bulan 8 tak, kita beli bulan 12, haaa..8 ni tanda 8 buah kedai kita dah pergi, yang ke8 baru comform beli.hehehe

Tuesday, December 27, 2011

Segmen - 5 blog paling diminati 2011.. By Nizam Ijam


ini 5 blog yang aku wajib  taknak la sampai wajib..kang dosa lak klu tak buat.. kira sunat muakkad la aku baca blog blog ni..diorang taktahu pun aku peminat setia blog diorang..tak penting..bukan harapkan pengiktirafan pun sbgi pembaca setia..hehe

 yang pertama blog ini.. kereta mayat, sbb apa dia dalam carta no satu aku.. sbb ayat dia smpoi kot dalam memberi teguran agama..walau ada la ayat2 dewasa diutarakan tapi itu tak menjadi kurap..dan penulisan dia aku lihat dapat menarik perhatian pelbagai golongan. aku mmg akan baca setiap entry dia tak kira tajuk politik ke..tajuk yang takde kena mengena dgn aku pun aku baca. walau ada seten ayat yang aku kurang setuju..tapi aku berlapang dada. :)

yang kedua blog ini .. mazidul, yang ni komfem semua org kenal..aku suka bukan berita dia..tapi baca pengalaman dia dalam mencari berita..yang tersirat tu kdg lebih menarik. paling best entry dia tentang pengemis yang menipu..very detail dia menyelongkar rahsia sebenar pengemis tu.

yang ketiga blog ni.. kajol, haha, ni blog adik aku yang perasan dia tu kajol..mst la aku sokong, nak kata dia pandai menulis macam aku..komfem tak..hhaha.. tapi usaha tu ada..yang penting dia jujur apa yang dia sampaikan..dan dalam blog dia banyak puji aku..hehe..

yang keempat blog masrul, dia ni junior sek men aku.. dan klu tak silap aku pernah mengejar mengajar dia. dr dulu aku dah kesan budak ni boleh pergi jauh..dan dia punyi kekretifan yang tersendiri. dr dulu lagi orang panggil dia to'wan dan dia pun dah guna gelaran tu utk nick blog dia..

kelima blog en nasir, aku tak kenal pun dia.. dan dia lagilah tak kenal aku. tapi dia freindly dan selalu komen kat blog aku..orang baik dengan kita..kita balaslah kebaikan orang kan.. entry2 blog dia pun jujur..caranya yang tersendiri..

okeh..done!

Sunday, December 25, 2011

my name is coke..

hai semua..opps..silap..assalamualaikum..!
nama saya coke..sy ni seorang kucing kacukan kucing tempatan dengan kucing siam..
alamat saya sekarang ni kat rumah sorang tuan..eh silap 2 org tuan..kat mana ntah.. rumah setingkat ada kereta satu..
oh yea..ni tmpat tinggal sy sekarang..tp sy bukan lahir kat sini tau..tak igt la lahir kat mana.. yg pasti sy dipisahkan dr ibu dan saudara2 kandung yg lain.. saya dijual..sedihkan kisah saya..huhu
mujurlah tuan saya sekarang ni ambil dan jaga saya. mula-mula dia kurung saya tau dalam sangkar..saya ingat selamanya begitu..hilanglah sudah keindahan kehidupan ini.. tp tidak..3 hari je..pastu sekarang saya dah dilepas bebas.. baik tuan saya kan..
kenapa nama saya coke..ntahla.. tuan saya la..terus panggil coke dr hari pertama saya sampai lagi.. tapi sekali pun dia tak pernah jamu saya air coke tu..huhu ..kedekut!
tuan saya jamu saya ikan rebus..3 kali sehari tau..lambat je bagi..saya akan panjat pintu grill rumah dan buat bising..kadang saya langgar pintu bagi bunyi orang ketuk pintu..hahaha..selalu tuan saya kena tipu..pastu tuan saya akan berleter dan jentik telinga saya..huhu..dia marah..tapi saya tahu marah marah sayang..

ni mainan-mainan kegemaran saya..
the yellow pillow..
pelapik meja..hahaha..yang sengetkan dan jatuhkan bunga atas meja tu..saya la..
dan ini paling best... kaki tuan saya..hehe

opps..tuan saya dah datang..nanti dia marah saya main blog dia..okeh bye bye..sapa ada calon isteri untuk saya contact saya ye.. daaaaa!

Tuesday, December 20, 2011

pelaris!!!

ini bukan pasal pelaris haram.. ini pasal pelaris semulajadi..
pernah tak, korang pergi ke satu kedai tu atau apa apa tempat.. mula2 tak ramai orang atau takde orang, lepas korang pergi je..datang berpusu-pusu orang.
hmm.. K.B pernah citer kat aku, dia kalau ke mana, exspecially kedai makan la, dia akan pergi kedai xde orang, nnt bila dia dah duduk..datang berpusu pusu orang kedai tu.. mmg bawa tuah pada tuan kedai..macam pelaris la kan..pelaris semulajadi HALAL!
yup aku setuju..mungkin itu yang dinamakan aura.. aura ini jenis yang tak pentingkan diri sendiri malah memberi keuntungan pada orang lain.
aku? hmm.. yang sekadar aku perasan, bukan masuk restoran..tapi bila beratur untuk sesuatu..kat atm ke..kat stesen minyak ke..beli tiket ke.. mula2 xde orang atau tak ramai orang..bila aku beratur..berderet lak belakang aku..macam magnet lak aku ni tarik orang ..hahaha.. errr..tu pelaris gak ke?

Thursday, December 15, 2011

hari malas sedunia

pernah tak korang rasa..malas teramat sangaTTTTT.. sampai kalau boleh makan minum pun malas..huhu
dan rasa macam nak umum je pada TV..  HARI MALAS SEDUNIA..hehe
err..nak citer lebih lebih pun malas lar...

Sunday, December 4, 2011

aku dan Master Chef

rasanya tak semua kot suka tengok master chef.. ye la..memang semua orang suka makan, tapi bukan semua orang suka masak. aku? masak..suka..kalau masakan aku menjadi,.kalau tak menjadi tu, rasa mcm nak mogok memasak je. hehe
ni pengaruh rancangan master chef pada aku dan habibi..  kami amat rasa teruja dan bila tengok bahan2 yg disediakan aku sndiri terasa nak potong dan masak masakan tu waktu itu juga..hehe. disebabkan keterujaan yang melampau aku tanya habibi " boleh tak nak masuk master chef?" tahu tak apa dia jawab, " dr masuk master chef masuk je ustazah pilihan" huhu.. padan muka aku..

pengaruh rancangan ni yg positif buat aku kreatif dalam penyediaan makanan..aku cuba untuk ubah sikit masakan tradisi dgn campur apa2 yang boleh tambah menyedapkan.. dan adakala cubaan aku sampai jadi tak sedap langsung .hahaha. takpe..never give up!

pastu aku juga dah kreatif dalam menghias hias masakan aku..takde la nampak mandom je.. ada la make up sikit sikit..
jurinya habibi la: potong tebal la, hiasan berserabut, kuah terlebih..cili potong tak serong..huhu.. tapi TETAP HABIS LICIN..hehe

dan semalam sekali lagi aku tanya habibi " nak masuk master chef boleh tak?' dan sebelum dia menjawab..aku sambung " bukan nak jadi peserta, tapi nak jadi juri..best boleh rasa macam-macam" hahaha

Thursday, December 1, 2011

spontaneous thursday*4:lawak bodoh

lawak bodoh memang tak semua orang gelak
tapi ada lawak, yang hanya orang bodoh tak gelak ;)