relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Sunday, December 4, 2011

aku dan Master Chef

rasanya tak semua kot suka tengok master chef.. ye la..memang semua orang suka makan, tapi bukan semua orang suka masak. aku? masak..suka..kalau masakan aku menjadi,.kalau tak menjadi tu, rasa mcm nak mogok memasak je. hehe
ni pengaruh rancangan master chef pada aku dan habibi..  kami amat rasa teruja dan bila tengok bahan2 yg disediakan aku sndiri terasa nak potong dan masak masakan tu waktu itu juga..hehe. disebabkan keterujaan yang melampau aku tanya habibi " boleh tak nak masuk master chef?" tahu tak apa dia jawab, " dr masuk master chef masuk je ustazah pilihan" huhu.. padan muka aku..

pengaruh rancangan ni yg positif buat aku kreatif dalam penyediaan makanan..aku cuba untuk ubah sikit masakan tradisi dgn campur apa2 yang boleh tambah menyedapkan.. dan adakala cubaan aku sampai jadi tak sedap langsung .hahaha. takpe..never give up!

pastu aku juga dah kreatif dalam menghias hias masakan aku..takde la nampak mandom je.. ada la make up sikit sikit..
jurinya habibi la: potong tebal la, hiasan berserabut, kuah terlebih..cili potong tak serong..huhu.. tapi TETAP HABIS LICIN..hehe

dan semalam sekali lagi aku tanya habibi " nak masuk master chef boleh tak?' dan sebelum dia menjawab..aku sambung " bukan nak jadi peserta, tapi nak jadi juri..best boleh rasa macam-macam" hahaha

3 comments:

  1. ustazah.. sy pun suka masak.. hehe.. ustazah masak mesti sedap kan?? :)

    ReplyDelete
  2. fitriani..mun mok rasa marik jak rumah mek.. jadi juri kamek masak, nyaman ka sik..hehe

    ReplyDelete
  3. boleh jak tok jadi juri sik bertauliah.. haha.. makan2 kamek nang suka.. :D

    ReplyDelete