relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, August 23, 2017

ambang kematian

bila semalam di samping saudara yang di ambang kematian, terasa diri ini hanya setapak di belakangnya...
allahummahtim alaina bihusnil khatimah wala tahtim alaina bi suuil khatimah



alfatihah untuk arwah ngah lebar...

Monday, August 21, 2017

tetamu allah..DIA yang menjemput

bila kita dah dijemput..
allah akan mudahkan dengan pelbagai cara.
untuk kes haji ni.. allah jemput dia melalui drone
tiada yang mustahil dengan kuasaNYA

harap aku juga dijemputNYA dengan cara yang tidak disangka-sangka

faman yattaqillah yaja'llahu makhraja.. wa yarzuquhu min haisu la yahtasib

Wednesday, August 16, 2017

perasaan membuak-buak

rasanya semua orang pernah..
tetiba perasaan membuak -buak nak kan benda itu..
sedangkan sebelum itu biasa biasa je

dan bila datang perasaan tu.. sanggup buat apa sahaja utk dapatkan benda itu...
dia lebih kurang macam mengidam la..
siang malam terbayang-bayang.. termimpi-mimpi.. terasa-rasa

semoga yang sedang membuak buak sekarang menjadi kenyataan satu hari nanti...

ameeeeeeen....

Monday, August 7, 2017

paksu mid, bukit tembaga

NASIHAT PAKSU MID BUAT WANITA
Sudah lama menyimpan hasrat untuk berkongsi cerita ini, nasihat yang diberikan kepadaku dan sahabatku yang begitu sukar untuk dilupakan, kata-kata yang diberikan oleh seorang Tuan Guru yang sangat dihormati, tinggal di Bukit Tembaga Kedah,senang dikenali sebagai Paksu Mid.
Awalnya agak keberatan untuk pergi ,segan dan malu untuk bertemu dengan orang yang soleh seperti beliau, namun untuk mendapatkan beberapa nasihat dan ilmu, aku dan sahabatku gagahi jua.
Saat pertama kali melangkah masuk ke rumah Paksu, kelihatan Paksu sedang terbaring di atas katil sambil memberikan penerangan kepada orang yang datang melawat beliau ketika itu, setelah aku dan sahabatku masuk ke dalam rumahnya , Paksu Terus menyapa kami ..'Tanya orang perempuan belakang tu depa nak dak doa dapat suami soleh?' , lebih kurang begitulah pertanyaannya, sudah ku jangka akan diajukan soalan itu kerana pernah diceritakan oleh sahabat daurahku ketika mereka menziarahinya dan Paksu mengajukan soalan yang sama kepada mereka namun tidakku jangka secepat itu pertanyaan itu diacukan kepada kami.
selepas menyatakan keinginan, pak su terus memberikan doa tersebut.
"اللهم إني أُريدُ أَن أَتَزَوَّجَ فّّقَدِّر لِي من الرِّجَال أَحسَنُهُم خَلًقًا وَخُلُقًا طَاعَةً حَافِظَةً تُوَافِقُنِي وَأُوَافِقُهُ وَتُغنِينِي فِي دِينِي وَدُنيَايَ"
setelah selesai dicatat dan dirakam kemudian memperkenalkan diri, paksu meneruskan perbincangan beliau bersama orang yang hadir sebelum kami ada beberapa persoalan dilontarkan dan dibincangkan oleh mereka.
Setelah selesai , para ikhwah yang pada mulanya berada dihadapan kami beransur keluar setelah mendapatkan beberapa nasihat dari paksu.
Saat inilah yang kami nanti-nantikan untuk mendapatkan nasihat khusus untuk kami wanita, kemudian aku memberanikan diri mendekati Pak Su, dan menyatakan hasrat.
'PakSu kami nak minta nasihat sikit boleh?
'Nasihat apa? nasihat nak jadi wanita solehah ka?
' kami tersentak seketika, seperti paksu tahu apa yang sedang bermain difikiran kami.
Belum sempat mengiyakan pertanyaannya, paksu terus menyambung
'Nak jadi wanita solehah jangan kahwin dengan orang yang meqatip (berzikir) kat masjid, kawin dengan samseng nuh..duk tendang hampa tiap hari, nie kena jentik pun tak pernah nak jadi solehah macammana?..paksu berkata sambil tersenyum dan ketawa sedikit, kemudian paksu ada memberikan contoh seorang wanita yang berkahwin dengan seorang lelaki yang terlibat dengan dunia politik, wanita dan suaminya diuji oleh Allah, suaminya dipenjara dan wanita itu sering bangun bertahajud pada malam hari berdoa kepada Allah, betapa besar ujian yang ditimpakan padanya, itulah dia ciri-ciri wanita solehah kata paksu.
Dengan serta merta air mengalir dipipiku...Allahu...benar-benar mendalam maksudnya aku tidak mampu lagi untuk berkata-kata saat itu,kata-kata yang mengandungi berjuta makna bagiku.
Apa yang aku fahami dari kata-kata paksu..
'Nak jadi wanita solehah jangan kahwin dengan orang yang meqatip (berzikir) kat masjid, kawin dengan samseng nuh..duk tendang hampa tiap hari'
Paksu tidak bemaksud menasihati kami agar berkahwin dengan samseng untuk menjadi solehah, sekiranya benar beliau bermaksud demikian mengapa diberikan doa agar kami mendapat lelaki yang baik dan soleh? ia seakan-akan suatu perlian, sekiranya tidak berusaha menjadi wanita yang hebat (solehah) yang bersabar dengan ujian ketika belum berumah tangga, maka carilah suami yang akan menjadi asbab kepada ujian di dalam membina peribadi wanita solehah dalam diri.
untuk menjadi wanita solehah bukan hanya dengan berharap kepada orang lain, seperti ada wanita yang berfikir dan berharap untuk berkahwin dengan orang yang soleh untuk menjadikan dirinya baik, meskipun tidak dinafikan ia merupakan syarat yang penting di dalam memilih pasangan dan faktor terpenting seorang isteri menjadi baik, namun ia bukan sebab utama yang menjadikan seorang wanita itu solehah, yang terpenting ialah dirinya sendiri yang melakukan perubahan ke arah kebaikan dan berusaha menjadi lebih baik, jika kita baik maka kita akan mendapat pasangan yang baik.
Seterusnya kata-kata paksu
'nie kena jentik tak pernah nak jadi solehah macam mana?'
seakan-akan Paksu tahu masalah yang kami sedang hadapi dan sememangnya kebanyakan wanita hadapi, tidak terkecuali juga wanita yang melakukan kerja dakwah.
'Manja', iya, ini diantara faktor yang sangat melemahkan seorang wanita dan antara kesannya tak bersedia untuk bersusah payah , kekuatan dalaman yang lemah, cepat merungut,cepat beputus asa, mudah mengalah dengan ujian yang datang, tak bersedia untuk berkorban dari sudut masa, tenaga, wang dan sebagainya menyebabkan kesan yang buruk kepada diri mahupun sesebuah institusi, bagi yang terlibat dengan kerja dakwah ini diantara penyakit yang akan menyebabkan gerak kerja dakwah terbantut atau kelompongan pada gerak kerja yang dilaksanakan dan hasilnya tidak memberikan impak yang besar dan menyebabkan kerja yang dilakukan tidak berkualiti.
Sahabat, kita mengimpikan dan menginginkan sesuatu yang besar, justeru segala tindak tanduk di dalam kehidupan kita juga mestilah merupakan tingkahlaku dan perbuatan yang besar.
Setiap perkara memerlukan pengorbanan.Justeru itu, berkorbanlah mengenepikan keinginan hawa nafsu kita, demi keinginan agama yang tercinta dan di akhir perjuangan ini kita meraih kebahagian yang kekal abadi disisiNya, Moga Allah berikan kita kekuatan untuk beramal bagi meraihNya...Amin.

yg atas.. orang lain tulis..
yang bawah ni real pengalaman aku sndiri

satu hari tu.. aku tumpang kawan aku yg sangat berhajat jumpa paksu mid ni.. pi lah kami sebijik kereta, 2 lelaki dan 3 perempuan di belakang
waktu smpi rumah dia.. isteri dia kata.. paksu ada di atas.. dok di pondok dia.. kami pun mendaki bukit di belakang rumah dia dan jumpa pondok dia.. subhanallah dari atas pondok tu.. permandangan sgt cantik, pondok paksu juga penuh dengan kitab kitab.. di sinilah dia menelaah kitab dn membaca al-quran.

kawan aku yg berhajat pun menyampaikan hajat.. sebelum tu paksu kata.. dia tak berapa suka orang naik atas pondok dia ni.. tapi takpalah.. hampa semua berniat baik katanya. sbb tu smpai atas.
ada sekali ada tu, seorang yang berniat xelok.. parking motor.. pastu waktu nak naik.. cari kunci motor xjumpa.. jenuh dia cari.. bila paksu mid jumpa dan maafkan, baru jumpa balik kunci tu. t

selepas kawan aku melepaskan hajat mnta doa dan petua..
paksu tanya kami yang lain .. ; haa, yang di belakang tu mst nak doa kan..
dan macam dalam artikel di atas.. paksumid bg doa nak dapat jodoh yg baik.. macam tahu tahu je.. niat kami.. hehehe

lepas tu.. terdetik di hati aku.. nak doa supaya..tak mengantuk dalam kelas.. aku kan suka tido dalam kelas.. hehe

bagai mendengar..
terus paksu mid kata; meh nak bagi doa supaya tidur malam berkualiti dan segar bila bangun, takla siang hari mengantuk sangat...
alhamdulillah tercapai hajat..

kalau orang kata dia wali... aku sangat setuju..
karamahnya.. solehnya.. dan kealimannya sangat mendalam.

hanya yang pernah mengenalinya saja akan faham.

semoga allah sentiasa merahmati nya dunia dan akhirat.

Tuesday, August 1, 2017

jalan jalan satu kewajipan

bila dah tepu dgn rutin harian.. kita perlu keluar sekejap utk mengurangkan tekanan dan melepaskan rutin harian.. ia akan buat kita rasa seperti baru bangun tidur setelah berjaga seharian...

itulah kelebihan travel.. selain menikmati permandangan.. melihat gelagat manusia yang pelbagai warna dan ragam.. ia juga menjadikan kita manusia yang lebih berpengalaman

teringat kata kata seorang ustaz tu..; orang yang suka berjalan ni.. lebih bijak..
bukan bijak target A...atau cemerlang akedamik.. tapi lebih rasional dan pandai membuat keputusan,.,,

kami sendiri pun.. jalan jalan adalah kewajiban..



jalan jalan.. shoping.. ziarah.. semua ada....