8 jan.. temujanji ibu dengan klinik
ibu berkobar nak jumpa anak ibu di skrin pc klinik
kali ni.. abi, abang abang dan kakak hantar..
sampai 9.30.. ibbu terus dipanggil.
seperti biasa ibu berdebar...
waktu doktor scan.. riak muka doktor macam tak happy.. berkali dia godek alat scan tu..
"baby ada.. tapi saya cari jantung dia takde.."
"saiz baby pun jauh dari tarikh sebenar"
ibu terdiam... terkejut.. dan tergamam.. taktahu nak cakap apa-apa..
apa sahaja yang doktor kata selepas tu ibu angguk sahaja...
9jan..lepas magrib, dah ada spotting.. Allahu, ibu redha sayang.
mmalam tu, ibu tak dapat tidur nyenyak, ada contraction.
12jan petang 6.40, adik yusuf selamat keluar dalam sarung sekali dengan uri. ibu redha sayang.. sungguh ibu redha.. dengan penuh kerinduuuuuan
13 jan.. pergi checkup.. Dr Hasnah dan comfirmkan adik yusuf dah selesai keluar dengan baik.
allahu.. dua kali gugur selang 5 bulan.. tidaklah mudah..tapi dengan kalimah REDHA.. hamba akur.