relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Sunday, March 27, 2011

boleh tak kita seksi?

FASHA... kuasai undian dengan 14.76 peratus
FASHA... kuasai undian dengan 14.76 peratus
KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.
Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.

Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian.

hahaha..agak2 korang apa perasaan Fasha yea bila dinobatkan artis paling seksi?
BANGGA @ BERDOSA?

hmm.. secara jujurnya..aku tahu semua perempuan suka dgn imej seksi..maksudnya..suka dilihat mempunyai tarikan..seksi tak semestinya terdedahkan?
tak salah..tapi tetap salah..huh berbelit lak ayat aku hari ni..
ISLAM ITU INDAH...
ini bermakna seorang muslimmah itu tidak salah mengimpikan keseksian diiri sndiri...
CUMA... hmm..meh kita study sikit....
 mula-mula tgk ayat ni:
" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
Surah Al-Ahzab 32

ayat di atas larang seksi pada suara..itu pada suara..apalagi pada pendedahan yang tidak sepatutnya.

jom ayat ni lak :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah An-Nur, Ayat: 31)

hmm...kita ada dua pilihan:
SEKSI YANG MEMBERI KITA PAHALA
SEKSI YANG MEMBERI KITA DOSA
Allah dah bgth, Rasul dah ajar, mak ayah dah pesan,
tinggal kita je buat pilihan.....

 

Friday, March 25, 2011

Sayang Sarawak... Sayang Onin...

mntang-mntang nak election..
siap ada rancangan khas di Tv..
popularlah sarawak..dan popularlah juga penghuni2nya..hehe
dan yang mesti didedahkan dalam sayang sarawak ini ialah ada tempat bernama PD (Port Dickson) di Sarawak ni..
mesti korang tak tahu kan ada PD di sarawak...
haha..kalau nak tahu..baca ni sampai habis..

smpena besday ONIN..umi dan babah dia nak sambut besday tahun ni di PD..
dan inilah gambar2 sambutan 4 hari 5 malam besday ONIN di PD, Sarawak.
ni lah besday girl..
nih antara tetamu-tetamu jemputan  utk memeriahkan sambutan besday Onin.. seronok dijemput..sampai nganga-nganga mulut tanda gembira
ni BAB 1...dia nak mai celebrate gak..tapi ummi tasnim tak bagi..sian dia..merajuk
ni hadiah besday dari makjang..rumah orang ulu sarawak...eh..orang bagi kat onin..ummi dia plak yang suka lebih..
ni hadiah dr ummi onin..tunjuk rajin...hahaha

ni hadiah dr babah onin..tunjuk kuat..hahaha
 dan hasil penat lelah..ummi dan babah onin..terhidanglah masakan2 yang lazat lagi terangkat..tetamu2 ini sahaja dibenarkan masuk ke ruangan VIP..coz bawa hadiah..yang lain xbawa hadiah..xdijemput masuk..hehe
ni gambar kek sebelum dimakan ..agak-agak hari ni dah jadi apa yea kek ni selepas dimakan..masihkah ia bewarna pink? hahaha

sian Onin..penat dia sambut hari lahir ke 8 kat PD nih..haha..sebenarnya..Onin kena kelentong dgn Ummi dan Babah dia..kata nak pergi PD..dan siap bgth..pergi PD naik teksi bukan naik kereta sndiri..
so bila teksi yang bawa diorang sampai kat LCCT..dan siap dah check in..ONIN pun tanyalah "UMMI..NNT TEKSI TU AMIK KITA KAT SINI YEA BAWA KE PD..." gelak besar ummi dan babah dia..tektik surprise itu mengena..
hehe..onin..onin..nasib onin la kena buli dgn ummi dan babah..
whatever..onin kena faham..semua itu kerana Ummi dan Babah sayang sangat kat Onin..
dan inilah acara kemuncak..acara menghantar pulang besday girl dari PD, Sarawak....
PLEASE COME AGAIN...AND AGAIN....

Thursday, March 24, 2011

S.P.M

sapa takde spm angkat tangan?
hehe..mmg ada pun antara kita ni yang tak kisah tiada spm..
aku sndiri antara yang pernah berada dlm kelompok itu..
hmm..walau sekarang dah ada spm..
mmgla ambil lambat..tapi tetap dapat..

kalau tanya aku.. aku jawab..xde nilaipun
tanya aku kenapa amik SPM..
jawabku..
Saja Penuhi Masa
tapi ada org yang mewajibkannya
ia sebagai ..
Sijil Penuh Manfaat

cuma aku agak kesal..bukan sedikit..tapi sekesal-kesalnya..
ramai yang dah buat SPM ni seperti
Sijil Penentu Matlamat
yang buat buruk baik SPMlah..burukbaiknya masa depan

di mana Tuhan?
bukan menafikan 'pentingnya pelajaran'..
tapi menidakkan 'belajar untuk pekerjaa'n..
bukan membangkang 'adanya persaingan'
tapi menolak 'banyak ilmu tapi kurang amalan'
So PikiQ Mendalam!!!!

Sunday, March 20, 2011

hidup ini singkat...

hidup ini singkat..
untuk aku mengingati mereka yang melukaiku
biarlah..luka itu terubat oleh ubat keampunan..
dari diracun oleh rasa dendam


hidup ini singkat..
untuk aku mencari yang tidak pasti..
biarlah aku menghargai apa yang ada di sisi
dari memburu yang buat aku terburu-buru


hidup ini singkat..
ku mahu sisa sisa ini bercahaya..
dari bahagia dari wajah2 tercinta

hidup ini singkat..
ku mahu ia berkat..
hidup ini singkat..
ku mahu menjadi rahmat
hidup ini singkat..
ku mahu memberi nikmat..
hidup ini singkat..
tapi biar padat....

Monday, March 14, 2011

aku lebih suka..

aku lebih suka..
orang memandangku tiada apa-apa
kerna itu kan buatnya rasa bangga
dia melebihiku dalam segala
dan moga dengan itu dia mensyukuriNya
aku lebih suka..
aku tidak dikejar ramai manusia
kerna itu kan buat ku setia
pada orang yang menyayangiku seadanya..
aku lebih suka..
orang langsung tidak kisah atau ambil cerita 
kerna aku bukan buat kerana mereka
bukan untuk diangkat..dijulang..dipuja
aku lebih suka..
bersama mereka yang di bawah..
kerna itu kan buat kami amat mesra
dan aku mempelajari di bawah lebih rasa mulia
aku lebih suka..
rasa tiada apa-apa walau 'berada'
dari rasa 'berada'..tapi itu semua sementara

Saturday, March 12, 2011

guzaarish..antara hidup dan mati..


suka cerita ni..
cerita pelik..menarik..romantik..menyentuh perasaan malah juga menyentun pemikiran..
hmm..apa hukum bunuh diri?
haram kan? tp klu eutanasia (memohon untuk membunuh diri bagi menamatkan penderitaan)?

nyawa bukan milik kita..wlu kita mahu hidup
maut bukan milik kita..wlu kita mahu mati

tapi kita bisa buat pilihan..
bukan pilihan untuk hidup atau mati
tapi pilihan untuk hidup bahagia atau derita
pilihan untuk mati bergaya atau sengsara..
untuk hidup bahagia..kita tidak perlu semua orang menyayangi kita
tapi memadai orang-orang yang kita sayangi membalas sayang kita
untuk mati bergaya..kita tidak perlu tunaikan segala harapan kita
tapi memadai jika tidak menghampakan harapan orang pada kita
Ya Allah..ku minta hidupku..hidup yang makin bertambahnya ketaatan..
dan ku minta matiku..mati yang tiada dosa menjadi beban

Wednesday, March 9, 2011

bila ku memanggilMu...

bilaku memanggilMu..
bila ku sebut namaMu..
Kau menyahut panggilanku
dalam bentuk getar perasaan..
dalam bentuk ketenangan di fikiran..
aku sejenak dalam keindahan..
ku tak perlu melihatMu..kerana Kau terlalu dekat dengan mataku
ku tak perlu mendengar suaraMu..kerana Kau terlalu dekat dengan telingaku
ku tak perlu menyentuhMu..kerana Kau sudah sebati dengan jiwaku..
cukupku memanggilMu..Kau pasti sedia ada dekat denganku..

Monday, March 7, 2011

best rupanya jadi 'minah rempit'

hehe..
bukan sebarang puji yea..
dan bukan tanda mengkagumi..
cuma tanda ke'jakun'an atau bahasa utara pera'
balik kampung..dapat naik motor membonceng dgn suami mmg best..
hehe
klu diberi pilihan membonceng motor atau naik kereta sy pilih naik motor lagi..pasal fuh..best tau..
mmg lebih merasai angin..lebih rasa ke'adventure'an sesuatu perjalanan itu...
dan yang buat sy lebih menikmati..ialah ...
sy dapat lihat sesuatu yang saya tak lihat sebelum ini..atau..
sy dapat rasa sesuatu yang sy tidak rasa sebelum ini...
dan ketika itu baru satu perasaan lahir..
sesuatu nikmat itu tidak semestinya perlu dilihat hebat..
fikir-fikirkan....