relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Sunday, March 27, 2011

boleh tak kita seksi?

FASHA... kuasai undian dengan 14.76 peratus
FASHA... kuasai undian dengan 14.76 peratus
KUALA LUMPUR: Istilah seksi dan artis seakan tidak dapat dipisahkan dalam industri seni, sama ada di Hollywood, Bollywood atau di negara kita.
Berikutan itu, Metro Ahad terpanggil untuk menjalankan satu kajian bagi mencari ‘5 Artis Paling Seksi’ tanah air melalui laman web rasmi Kumpulan Harian Metro, MyMetro, bermula 7 Mac lalu.

Pilihan lima artis paling seksi dan panas itu membabitkan 29 selebriti wanita dalam negara. Sejak carta undian ini dikeluarkan, maklum balas yang diterima daripada peminat seni dan pembaca akhbar ini cukup memberangsangkan dengan kira-kira 2,000 pembaca melakukan undian.

hahaha..agak2 korang apa perasaan Fasha yea bila dinobatkan artis paling seksi?
BANGGA @ BERDOSA?

hmm.. secara jujurnya..aku tahu semua perempuan suka dgn imej seksi..maksudnya..suka dilihat mempunyai tarikan..seksi tak semestinya terdedahkan?
tak salah..tapi tetap salah..huh berbelit lak ayat aku hari ni..
ISLAM ITU INDAH...
ini bermakna seorang muslimmah itu tidak salah mengimpikan keseksian diiri sndiri...
CUMA... hmm..meh kita study sikit....
 mula-mula tgk ayat ni:
" Dan janganlah kamu ( isteri2 nabi) berkata lembut dan manja serta melunakkan suaramu ketika berbicara sehingga menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya dan ucapkanlah dengan perkataan yang baik."
Surah Al-Ahzab 32

ayat di atas larang seksi pada suara..itu pada suara..apalagi pada pendedahan yang tidak sepatutnya.

jom ayat ni lak :
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
(Surah An-Nur, Ayat: 31)

hmm...kita ada dua pilihan:
SEKSI YANG MEMBERI KITA PAHALA
SEKSI YANG MEMBERI KITA DOSA
Allah dah bgth, Rasul dah ajar, mak ayah dah pesan,
tinggal kita je buat pilihan.....

 

2 comments:

  1. Salam ziarah..:)
    Masa sy terbca paper 2,sy pun terfikir pe agknya perasaan mereka yg tersenarai 2..bangga ke?huhu.. bila xda perasaan malu dalam diri,macam2 boleh jadi..nauzubillah

    ReplyDelete