bilaku memanggilMu..
bila ku sebut namaMu..
Kau menyahut panggilanku
dalam bentuk getar perasaan..
dalam bentuk ketenangan di fikiran..
aku sejenak dalam keindahan..
ku tak perlu melihatMu..kerana Kau terlalu dekat dengan mataku
ku tak perlu mendengar suaraMu..kerana Kau terlalu dekat dengan telingaku
ku tak perlu menyentuhMu..kerana Kau sudah sebati dengan jiwaku..
cukupku memanggilMu..Kau pasti sedia ada dekat denganku..
No comments:
Post a Comment