relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, November 30, 2010

asyik asyik...

teringat cerita permata hati..nabila akan menjerit keseronokan "ASYIK ASYIK"..

SUKANYA DIAA...

saya pun nak jerit mcm tu.."ASYIK ASYIK" bila dapat berendam sepuasnya..di air terjun mtatang.. enjoy sehabisnya namun tak lupa menyelusuri dan meneliti ciptaan semulajadi yang tiada tandingannya...
bab persediaan makanan..tak pernah fail..semua ada..dari karipap..sampai ke sambal udang..tapi air kosong ja..huhu
berendam rendam juga..balik kn mandi betul-betul..ntah berapa orang dah kencing dalam air tu..hehe..tapi tetap air sungai jadi air mutlak kan...

kami berkelah dalam 4jam je..tapi bila balik..masing terbungkang 4 jam..macam baru balik camping 4hari lagaknya..dahsyat dahsyat!!!

halalan tayyiban barakatan

percaya atau tidak nisbah yang halal dan haram sekarang 1:3 di malaysia..
kerana malaysia adalah negara islam TERKEMUKA...hehe
abaikan je pasal negara islam tuh..


tingkat 1: HALAL
tingkat 2: SUCI
tingkat 3 : BERKAT
nak cari yang halal payah..nak cari yang suci lagi payah..nak cari yang berkat..lagi teramat payah...
mcmmana jatiditi nak elok..klu yang membinanya dari sumber yang syubhah..
itu baru bab makan minum..
belum soal bab pakaian..kosmetik..pergaulan...
jom test..
kita keluar ke pekan..bw calculator..bnda baik 1 markah..bnda buruk -1.. tiap kali anda nampa bnda baik +1..nampak yang xbaik -1.. ertinya nampak je aurat..-1..nampak org masam muka -1..
berapa anda dapat?

dan mungkin anda dapat nisbah halal dan haram yang lebih kurang dr perkiraan saya....fikir-fikirkan...

Thursday, November 25, 2010

hilang memory...

terkedu kejap tadi bila lelaki cina itu berkata padaku " maaf saya tidak boleh menyelamatkannya..dah terlambat..memory awak semua sudah hilang..."
rasa sedih sangat..rasa hilang separuh dari kehidupan..kerna ku hidup bersandarkan kenangan..dan bila kenangan sudah tiada..macam mana nak tegak?

terlebih sudah...hehehe
bukan memori ingatan asli tau..tapi yg sy maksudkan memori hadrdisk dah hilang..gara2 kecuaian terkena air..ntah air dari mana plak terjurus atas harddisk tu..cina tu kata mcm cola..manis-manis..hehe..sempat lagi cina tu jilat rupanya..

tapi sedih memngla sedih..bukan sbb harga harddisk tu..tp sebab segala yg disimpan dlm tu..segala nota di ukm..segala pengajaran di al-amin..dan yang paling berharga berpuluh-puluh album gambar dalam tu..hilang semua...WAAA WAAA WAAA...

Wednesday, November 24, 2010

menyambut dan disambut

21 nov...
sambutan hari lahir kali ni agak meriah..
hmm..ni utk ulang tahun kelahiran tahun masihi..nnt muharam bulan depan sambut lagi..hehe
ucapan ribuan penghargaan utk semua yang menyokong perjalanan hidupku sejak dari lahir..

bahagiaku kerna senyumanmu
kekuatanku kerna sokonganmu
keyakinanku kerna doamu...
aku amat bertuah dikurniakan insan-insan yang terhebat mendampingiku..
yang sntiasa memberi..memberi dan memberi...
menyayangi..menyayangi dan menyayangi..
walau aku bukanlah sesiapa yang boleh dibanggakan..
tapi ku berjanji..ku tidak akan mengecewakan!

Monday, November 22, 2010

korban yg kita sayang utk yng tersayang

nabi Ibrahim sanggup mengorbankan anaknya demi perintah allah...itu bukan kerna Nabi Ibrahim tidak menyayangi anaknya..
korban habil diterima..korban Qabil ditolak..sebab..habil mengorbankan sesuatu yg berharga ..tapi qabil mengorbankan yang terbuang dan tidak diperlukan..
korban kita?
sebenarnya...perit golakan nafsu tatkala kita korbnkan ..lagi tinggi nilai korban itu...kerana korban bukan melepaskan yg kita tidak perlukan tapi memberi sesuatau yang amat kita sayang untuk yang tersayang...

buang emak buang saudara kerna kasih aku turutkan...
berkorban apa sahaja...harta ataupun nyawa...
tapi biar kena pada matlamatnya...

Sunday, November 21, 2010

hepi besday tu mi...

angka umurku bertambah 1 angka lagi..
no depan pun dah berubah..
orang kata..apalah ada pada angka kan..
yup..betul..kematangan bukan dinilai melalui umur..amalan juga bukan dinilai melalui umur..
cuma satu yang boleh dinilai melalui umur..iaitu pengalaman..
sbb itu ada pepatah "aku lebih dulu makan garam dr hang"
dan kerana itu yang muda msti menghormati yang tua...
masa dan pengalaman adalah GURU TERBAIK bagi  kehidupan
cuma atas kita..kita belajar betul-betul tak dari 'guru pengalaman' tu atau biarkan pengajaran itu berlalu begitu sahaja!

Thursday, November 11, 2010

kampung boys


best kan tgk bebudak kampung ni... ni gambar yng sempat sy snap..wktu jalan2 kat hujung kampung di srwak ni..bukan main lagi diorang ni..langsung tak kisah gambar separuh bogel diorang disebar dalam internet nih..hehehe

sekarang susah nak tengok bebudak yang betul2 enjoy dgn dunia kebudakkan.  tuntutan akedamik..tusyen..impian ibubapa..menyekat langkah mereka..atau mereka sudah bertukar ke mainan alam maya..ganas..brutal..tapi hanya di papan skrin..realitinya..mereka hanya menggerakkan jari jemari...

bebudak kampung ini mungkin kurang belajar menerusi muka buku dan pendidikan formal maka jadilah mereka tidak bijak untuk lulus..
tapi jangan tidak sedar..mereka sebenarnya sedang belajar dari muka alam itu sendiri secara tidak formal yang menjadikan mereka bijak untuk hidup..!!!

mati katak

sapa pun taknak mati katak kan..orngtua tua kata..mati katak ni mati sia-sia..org tak pedulikan..mencemuh lagi ada..
terfikir gak..napa disebut mati kakak..kenapa tak mati cicak ke..mati nyamuk ke..mati lipas ke..

dan akhirnya ku temui jawapan....

alkisah...telah berlakunya satu pembunuhan kejam tanpa niat di halaman rumah ku..
seekor katak digilis lumat oleh WRX.... sian..tersembur isi perut.. yang bagusnya tak berbau..so abaikan je lah bangkai katak tu kan.. (dah menepati satu ciri peribahasa di atas)


yang peliknya..tiga empat hari lepas tu... pembunuhan kejam tanpa niat kedua berlaku lagi... oleh pembunuh yang sama...dan di tempat yang sama...!!! tragis tau..dilenyet macam nak buat roti canai tuh..
dan bangkainya..saya dan pembunuhnya masih abaikan...

namun apa yang menarik perhatianku..beberapa malam berikutnya..sy perasan ada katak hidup berada di tempat yang sama berdekatan dgn dua bangkai katak yang sebelumnya..dan ia nyaris menjadi mangsa pembunuhan kejam..tapi nyawanya masih panjang..sempat diperhatikan...
dan di situ saya tahu..ciri yang paling tepat untuk dikaitkan dgn peribahasa di atas ialah mati kakak ni adalah  menyerah mati cara sia-sia..dah tahu tempat tu bahaya..dah tahu dah banyak mangsa dah kena..awat pi lagi dok serah diri.... pandai orang tua-tua kita kan..peribahasa yang tepat lagi bijak..dan kita mengambil masa yang lama untuk memahami secara realitinya!!!

Sunday, November 7, 2010

DuA aLAm

versi 1
filem 2 Alam..Dr Ubat kurus tuh..
hehe..bukan nak mengata..cuma nak berkata-kata..
apa pun niat dia buat filem tu..apa kita kisah..duit dia..dan untung atau rugi pun semua dia sndiri tanggung..
cuma just nak BAGITAHU...TOLONGLAH kepada PRODUSER FILEM..buatlah filem yang bijak..bukan filem yang membodohkan pelakon dan penonton.. buatlah filem yang dapat memberi impak basar dr segi pembangunan insan..bukan semata untuk memberi impak besar pd poket sndiri je..igt filem anda boleh jadi amal jariah ( pahala yang terus menerus)..atau ithm jariah..(dosa  yang terus menerus) selagi orang menontonnya.

versi 2
manusia 2 alam..
sekali tengok perempuan..dua kali tengok lelaki.. berkali-kali tengok..eh..ada part perempuan..ada part lelaki! aduh.. rasanya dari ADAM dan HAWA lagi.. hanya ada dua jantina saja di dunia ni..dan mustahil ada jenis ketiga..kecuali kes yang terpencil dan ia memnag secara fitrah (khunsa)
TOLONGLAH..dahla bilangan lelaki berkurangan kat dunia ni..yang sehat..semulajadi lelaki tulen tetiba nak mewanitakan diri sndiri tu buat apa....igt setiap perubahan yng kamu buat pada tubuh badan kamu akan dipersoalkan oleh pemilik mutlaknya (ALLAH) dah ada jawapan????

versi 3
aku dalam 2 alam
hehe..pernah tak korang berada dalam 2 alam pada satu masa...
tadi 3 jam kena invigilate kat dewan besar..
maka secara atomatiknya..aku terpaksa berkawad tidak rasmi ke depan ke belakang ke kiri ke kanan
dan bila boring..mendudukkan diri atas kerusi..dan di situlah transformasi ke alam lain bermula...banyak tempat tau...kejap kat padang..kejap kat kantin..kejap kat rumah..
dan tersentak kerana tersengguk ke depan..mujur tak tersembam..hehehe

Tuesday, November 2, 2010

dah namanya manusia..

dah namanya manusia..
tak pernah puas rasa...
dari adam dan hawa...
walau sudah di syurga..
segala nikmat tersedia..
satu yang dilarang itu juga didekatinya
sekali fikir rasa macam apa ubatnya..
berkali fikir cari penyelesaiannya...
akalkah punca manusia sntiasa mencuba
nafsukah punca manusia melanggar suruhanNya
atau syaitan yang tak putus-putus menggoda
tapi tiada satu jawapan yg tepat setepatnya..
satu kesimpulan kekal di kepala..
jawapannya:
dah namanya manusia...
itulah tabiatnya..
namun satu kelebihan yang teristimewa:
Dari Abu Bakar As Siddiq RA meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda;

Barangsiapa selalu beristighfar kepada Allah, dia tidak akan digolongkan
dikalangan orang-orang yang melakukan dosa, Walaupun dalam sehari dia melakukan tujuh puluh dosa.
Hadis riwayat Abu Daud.

kalau kerana sifat kita manusia..
kita terlempar ke dunia..
kerana kita manusia juga..
kita boleh kembali ke syurga....
dengan IzinNya

Macam-macam. Sempat juga photographer tu tangkap ‘mata’ Pak Arab ni. Kantoi….

Monday, November 1, 2010

kembar bahagia dan sentosa

dulu..ada dua beradik kembar..sorang nama bahagia..sorang nama sentosa...mereka amat rapat sehinggakan sering kelihatan bersama dan membuat aktiviti yang sama.. tapi sayangnya..kebersamaan mereka tidak lama..penceraian ibu bapa mereka membuatkan mereka terpaksa berpisah sentosa terpaksa mengikut ayahnya ke sarawak..manakala bahagia kekal di semenanjung.. perpisahan mereka meninggalkan kesan yang amat mendalam ke atas satu sama lain... keduanya berubah menjadi pemurung..tidak memperdulikan orang lain ..keadaan semakin parah..mereka akan bercakap keseorangan dan kadang2 mereka akan mencederakan orang lain atau diri sndiri..mereka berada dalam dunia mereka sndiri.. untuk menyelesaikan masalah ini..sntosa di hntar ayahnya ke hospital..begitu juga bahagia di hantar ibunya ke hospital..malang sekali..hospital biasa tidak menerima mereka..terpaksalah si ayah dan si ibu tadi menempatkan anak-anak kembar itu di sebuah bangunan yang berasingan..dan dengan penubuhan bangunan itu bermulalah hospital bahagia dan hospital sentosa..khas utk mereka yng sakit jiwa...
hehehe..caya tak citer tu?... haa..tak percaya? percayalah ....semua itu hanya rekaan semata-mata..hehe..just nak bagitahu kat sarawak ni..hospital utk org sakit jiwa dipanggil hospital sntosa bukan hspital bahagia..so bila datang sini..jgn nak mengarut ..kalau demam ke..nak bersalin ke..pergi hntar ke hospital sntosa..org yang menghantar tu..yg ditangkap masuk wad..hehe

semalam ada karnival di hospital sntosa kuching..kbtulan student bagi kupon..pergilah..
macam2 ada...terutama hasil kerjatangan pesakit-pesakit di sini
yang paling best kat situ ada jual pokok periuk kera..best sangat dapat beli dgn harga yg amat berpatutan!!