relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, September 30, 2009

tanya sama angin...

"tanya sama pokok..apa sebab goyang. nanti jawab pokok ANGIN yang goncang"..
kita sembang pasal angin lak...
angin salah satu ciptaan tuhan yang kita tak boleh pegang, nampak dengan mata kasar tapi kita boleh rasa.. dan sampai bila-bila pun angin tidak dapat dicipta oleh manusia secara zatnya sendiri.
angin banyak kategori..angin sepoi..angin ribut..dan paling ditakuti angin taufan..
orang tua-tua kata..anak ke empat sifatnya macam angin..hehe betul ke?
kalau mood baik..sepoinya menyamankan..tapi kalau waktu mood buruk..boleh jadi taufan!
hmm..bila sebut pasal taufan ni..perasan tak..nama2 ribut semua atas nnama pompuan.. katrina la..yang baru ni keluar paper pun nama pompuan..(maaf tak igt untuk dinukilkan di sini) naper ek? ribut sinonim dengan pompuan ke?
tanya sama angin...apa sebab hujan..nanti jawab angin : tanyala cikgu sains!!

Tuesday, September 29, 2009

aidilfitri dan ukhuwah

aidilfitri memang dinanti2kan..dan sesuatu yang dinantikan itu memang sememangnya ia special dari hari-hari lain.
aidilfitriku tahun ini juga agak special..terutama apabila sudah berjauhan, jadi pertemuan pertemuan  tidak dijangkakan memang menarik.
sebelum pulang raya, memang saya dah niat untuk jumpa kawan seramai mungkin..antaranya M yang akan menjadi raja sehari 27 Sept, KS yang sudah mempunyai baby girl dan KA yang bakal mempunyai baby.
raya pertama..memang tak boleh ke mana...
raya kedua..puasa.
raya ketiga..buat sate makan ramai2 sekeluarga.
raya keempat..dapat pergi rumah H..alhamdulillah..inilah satu2nya kawan sekolah rendahku yang sampai sekarang kami masih sama-sama rendah. H rendah sikit..dan saya rendah banyak..hehehe

N call nak datang..dan  setelah 5 tahun kami berpisah..kami diizinkan bertemu jua.. N datang dengan 1 raja besar dan 1 putera kecik.
kemudian A datang 4 beranak dari penang, terharunya..naik bas lak tu semata-mata untuk berjumpa saya. thanks Allah, waktu tu rasa, betapa berharganya saya di matanya.
balik je A, KH datang pulak..pulang je KH..Q datang. aduh..tak pernah saya ditimpa dengan tetamu sekerap ini dalam sehari..
esoknya.. saya dapat lampu hijau keluar beraya..syukur dapat jumpa KS dan KA.. M pun dapat jumpa..
rasa macam tak terkilan sangat balik raya ni..sebab ramai dapat jumpa..at least kalau tak sempat raya tahun depan pun..raya tahun ini ialah raya ukhuwah paling baik buat saya.

cuma ada 1 janji dengan K untuk bertemu pada 27 Sep..tak terlunas..hmm..ada hikmahnya..

Wednesday, September 16, 2009

kek lapis...

tak pernah kamek terbayang..kamek terpaksa berebut beli kek seperti orang berebut beli tiket raya di pudu raya...
tapi itu yang terjadi malam tadi...
bayangkan sold out kek lapis!!!!
tapi disebabkan terbayang wajah-wajah insan tersayang di kampung yang pasti mengharapkan dapat mkan kek lapis raya tahun ni..tunggu juga lori kek hampir 1 jam. sampai saja lori..berkerumun orang macam budak-budak kerumun apek jual aiskrim...bertolak-tolak untuk rebutkan kek-kek yang baru sampai..tapi mujur si penjual bijak, dia dah siap packkan 10 kek dalam 1 plastik. jadi sorang 1 plastik je dibenarkan.
alhamdulillah ada rezeki..dapat beli juga..walau tidak dapat memilih..tapi semoga yang terpilih itu lah yang terbaik.
untuk tahun depan..kamek tekad kamek sik mauk rebut lagik..kamek mok buat sendiri kek lapis..dan kamek pulak mok jual bukan jadi pembeli macam tahun ini..hehehe

Tuesday, September 15, 2009

ramadhan..jangan pergi...

ramadhan hampir ke penghujung..apa rasa di hati
secara jujurnya..seronok..sebab nak raya..nak balik kampung..bila raya dan balik kampung dapat makan macam-macam. pakai baju baru plak tu.
memang raya itu seronok dan meriah.
tapi itu secara adat
kalau menggunakan pandangan hati..sebenarnya rasa berat nak tinggalkan ramadhan..
ramadhan adalah bulan kasih sayang tuhan yang amat melimpah ruah pada kita.
ramadhan...ku ingin mengunjungimu lagi..moga nafasku masih ada lagi untuk terus menjadi tetamumu..

Saturday, September 12, 2009

si cecep...booni dan soodi











setengah orang mempunyai haiwan kesayangan yang tersendiri..dan saya tidak terkecuali..dan antara kucing2 peliharaan saya yang amat berbekas di hati ialah si cecep..





dia unik sekali..seunik namanya..hensem..tapi bodoh-bodoh manja sebiji macam cerita si cecep kat astro tu.




manjanya mengalahkan bebudak kecik..tido atas riba..atas orang..tempat sejuk.




nakalnya..ya rabbi..juga mengalahkan budak kecik..habis paper bersepah..yang paling best dia akan menyergah sesiapa saja terutama budak-budak..maka dia menjadi ketakutan pada anak-anak buah.








tapi yang paling menyentuh hati..saya tahu dia amat sayangkan saya..saya tahu dia sayangkan saya..dari pandangan matanya..cara dia bermanja dengan saya..cara dia mengingau sewaktu saya akan bepergian..dan itu yang buat saya rasa dia amat dekat dengan saya.. kehilangannya merupakan satu kehilangan besar yang sampai sekarang saya akan mengalirkan air mata apabila mengingatinya. saya dah bela banyak kucing dan memang ajal mereka tidak panjang, tapi takdela saya betul-betul saya rasa kehilangan seperti saya kehilangan cecep.








tiap kali rasa nak gantikan kucing dengan yang lain..saya nak macam cecep.. tapi sampai sekarang..belum ada penggantinya..




siapa booni dan soodi..?




haa..saya ni memang pandai bagi nama..kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain.. booni dan soodi ni anjing jiran sebelah(non muslim). booni sebab warna dia coklat..bahasa arab ammi sebut warna coklat itu 'buni'..dan satu lagi nama soodi sebab warna hitam.




mula-mula pindah ke sini..memang rasa kurang selesa..dengan 2 ekor anjing ni..garangnya ya amat..bising je..setiap kali saya masuk rumah..sidai kain..tanam pokok bunga . tapi itu dulu..




sekarang ni..depa dah jadi kamcing sangat dengan saya. pantang saya keluat rumah..pasti keduanya menyerbu ke pagar..bukan lagi menyalak macam dulu..tapi satu renungan yang seolah menyambut saya..menyapa saya dengan pelbagai sapaan mesra.




nakalnya juga..ya amat..sampai pernah satu hari baju di ampaian tuannya habis ditarik dan digelumangkan dengan tanah. pernah 1 petang keduanya dipukul tuannya kerana melarikan kasut2 tuannya masuk dalam semak.. hahaha..sebenarnya tuan dia tak tahu..banyak lagi benda nakal yang keduanya buat sepanjang ketiadaan tuannya..saya terhibur dengan telatah mereka..dan juga sikap manja yang mereka sudah tunjukkan pada saya. terubat sikit rindu saya pada cecep.




cecep,,i miss u!!




lagu raya...

bila nak raya..kita mesti dengar lagu raya..wajib laa kan.. saya raya lain macam je kalau tak de lagu raya..rasa macam tak raya..atau dalam ayat brutal lain..dah jadi rukun raya dah.
sebenarnya yang menjadi mahalnya lagu raya ni..bukan kerana melodinya..apatah lagi penyanyinya..tapi kerana memori yang diheret bersamanya itu...kita pasti terkenangkan kampung..mak abah..family..kenangan kita zaman kanak-kanak..memory itu yang mahal dan itu yang membuatkan lagu raya itu amat menyentuh hati. kalau tak caya..korang suruh mak arab dengar lagu raya kita..pastu terjemahkan ke bahasa dia, supaya dia faham senikata..dia langsung tidak akan tersentuh...walau dia pun puasa, berhari raya dan juga ada keluarga dan kampung halaman..sebab lagu itu tidak mengembalikan memori yang boleh menyentuh hatinya.
bila sebut pasal memory ni..nak share raya yang paling sedih dalam hidupku..iaitu raya tahun 2004..sebab raya di mesir..
waktu tu...memang tak boleh langsung dengar lagu raya..pasti meleleh air hingus lebih banyak dari air mata..hehehe.
yang bestnya..lepas solat raya..terus pi terpa cc..nak buat cal ke malaysia..semua cc penuh..terpaksa ke public phone..walau agak mahal..dan yang adegan yang paling menarik untuk dirakamkan ialah..teriak sambil peluk tiang telepon..kekeke.. dah tak peduli orang tengok dah. yelah..biasa kalau kat kampung raya memang paling busy..penat..tapi best sangat! ni raya tengah masyarakat yang macam langsung tak sambut raya..maksudnya tak meriah seperti di Malaysia.

Tuesday, September 8, 2009

canggih itu cemerlang?


orang kata dunia sekarang teknologi makin canggih...
saya setuju..
kadang-kadang sampai saya sendiri tak sempat nak ikut..ada saja benda baru yang semakin mencanggih manggihkan manusia.
dalam kelas saya ada bincangkan perkara ini dengan student saya tanya " setuju atau tidak apabila saya katakan semakin canggih teknologi sesuatu masyarakat itu, semakin mundur nilai kemanusiaannya. semakin meningkat taraf kehidupan mereka, semakin menurun akhlak dan moralnya." majoriti pelajar saya bersetuju..terutama apabila kami memperdebatkan mengenai budaya barat dan timur.
saya taknak bawa pergi jauh-jauh...tengok saja diri kita dan kenangan kita dahulu..
dulu sampai umur 12 tahun..saya masih lagi berlari-lari..main masak-masak..main pondok-pondok. baca buku..hmm..jauh sekali..nak upsr pun..sekadar baca sebab amik hati mak abah je..berlakon..apatah lagi nak layari internet..buat latihan cara online.. tapi resultnya...alhamdulillah dalam kategori excellent!
dan bila kita lihat student sekarang...makin canggih teknologi..kecermelangan tidak juga makin meningkat..mungkin ada peningkatan tetapi tidak selaju peningkatan peralatan itu sendiri..
dan yang paling ketara..moral mereka makin rendah..
makin ramai doktor...makin ramai pesakit.. makin banyak penemuan ubat jumpa..makin banyak penyakit yang pelik-pelik..
apakah kecanggihan itu satu kecemerlangan atau sebenarnya satu musibah?

Friday, September 4, 2009

menangis tanda gembira atau sedih?


semua manusia pernah menangis kan?

macho macam mana sekalipun...airmatanya mesti pernah tumpah..

keras hati bagaimana sekalipun...pipinya tetap pernah basah dek air mata...


ada orang kata kalau kita nampak orang menangis..itu tandanya dia sedih..

ada orang kata..taaakkk..dia gembira tu..


so saya nak satu jawapan yang bukannya menyatakan kita menangis kerana gembira atau sedih...


akhirnya..setelah difikir-fikir..ditimbang-timbang..diukur pendek panjang...

rupanya kita menangis apabila hati dalaman kita tersentuh...ia tidak mengira puncanya..kalau tersentuh kerana sedih..maka kita menangis kerana sedih..kalau tersentuh kerana gembira..kita menangis kerana gembira..dan biasanya kita selalu tersentuh dengan perkara yang sedih.



hmm..boleh terima tak jawapan saya ni..

apa pun..macam kata nabil.. "lu fikirlah sendiri"

Thursday, September 3, 2009

simpanan kita?


cuba kita fikir-fikirkan...

di manakah tempat simpanan yang paling selamat.

di rumahkah?

di bank kah?

di balai polis kah ?

di tabung haji kah?

di luar negeri kah?

di dalam perut bumi kah?



simpanan yang paling selamat dan telah dijanjikan 10 kali gandaannya ialah simpanan di sisi Allah.

jon sama-sama kita rebut peluang ni.. terutama sekarang ni ada promosi beratus kali ganda sempena bulan ramadhan ni.
jom laa
sebelum terlambat..
entah tahun depan sempat ke tidak kita jumpa bulan promosi ni.

Tuesday, September 1, 2009

mandilah anda sebelum anda dimandikan...


bilakah kali terkhir anda mandi?
pagi tadi?
semalam?
kelmarin?
2 hari lepas?
minggu lepas?
bulan lepas?
ingat..
akan sampai satu masa...kita dimandikan..dan itulah kali terakhir kita mandi.