relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, September 12, 2009

si cecep...booni dan soodi











setengah orang mempunyai haiwan kesayangan yang tersendiri..dan saya tidak terkecuali..dan antara kucing2 peliharaan saya yang amat berbekas di hati ialah si cecep..





dia unik sekali..seunik namanya..hensem..tapi bodoh-bodoh manja sebiji macam cerita si cecep kat astro tu.




manjanya mengalahkan bebudak kecik..tido atas riba..atas orang..tempat sejuk.




nakalnya..ya rabbi..juga mengalahkan budak kecik..habis paper bersepah..yang paling best dia akan menyergah sesiapa saja terutama budak-budak..maka dia menjadi ketakutan pada anak-anak buah.








tapi yang paling menyentuh hati..saya tahu dia amat sayangkan saya..saya tahu dia sayangkan saya..dari pandangan matanya..cara dia bermanja dengan saya..cara dia mengingau sewaktu saya akan bepergian..dan itu yang buat saya rasa dia amat dekat dengan saya.. kehilangannya merupakan satu kehilangan besar yang sampai sekarang saya akan mengalirkan air mata apabila mengingatinya. saya dah bela banyak kucing dan memang ajal mereka tidak panjang, tapi takdela saya betul-betul saya rasa kehilangan seperti saya kehilangan cecep.








tiap kali rasa nak gantikan kucing dengan yang lain..saya nak macam cecep.. tapi sampai sekarang..belum ada penggantinya..




siapa booni dan soodi..?




haa..saya ni memang pandai bagi nama..kepunyaan sendiri atau kepunyaan orang lain.. booni dan soodi ni anjing jiran sebelah(non muslim). booni sebab warna dia coklat..bahasa arab ammi sebut warna coklat itu 'buni'..dan satu lagi nama soodi sebab warna hitam.




mula-mula pindah ke sini..memang rasa kurang selesa..dengan 2 ekor anjing ni..garangnya ya amat..bising je..setiap kali saya masuk rumah..sidai kain..tanam pokok bunga . tapi itu dulu..




sekarang ni..depa dah jadi kamcing sangat dengan saya. pantang saya keluat rumah..pasti keduanya menyerbu ke pagar..bukan lagi menyalak macam dulu..tapi satu renungan yang seolah menyambut saya..menyapa saya dengan pelbagai sapaan mesra.




nakalnya juga..ya amat..sampai pernah satu hari baju di ampaian tuannya habis ditarik dan digelumangkan dengan tanah. pernah 1 petang keduanya dipukul tuannya kerana melarikan kasut2 tuannya masuk dalam semak.. hahaha..sebenarnya tuan dia tak tahu..banyak lagi benda nakal yang keduanya buat sepanjang ketiadaan tuannya..saya terhibur dengan telatah mereka..dan juga sikap manja yang mereka sudah tunjukkan pada saya. terubat sikit rindu saya pada cecep.




cecep,,i miss u!!




No comments:

Post a Comment