relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Monday, June 28, 2010

pasukan bangunan

dah 2 tahun tak ke trgnu..alhamdulillah..jodohku ada utk kesana..program teambuilding
4 hari di situ..memang kami dibuli habis-habisan...hahahaha..tapi BEST SESANGAT!!!!
pasang betul2 cik cik kak...jgn ada yg tido atas pokok kang
selepas penat mendaki dan menuruni 3 bukit...
mereka tersenyum kepenatan....
pertama kali dalam hidupku,tidur terus berlapikkan pasir..dsn berbumbungkan langit.bermelodikan irama ombak..berkipaskan bayu laut...

"sahaja aku memanah rejim zionis kerana Allah TAALA....TAKBIR!!!"


gadis-gadis hutan,,,,hehehe

kami memeterai perjanjian...untuk bersama-sama menentang zionis..hahahaha

Saturday, June 26, 2010

selekoh di jalan

bila kau rasa tiada lagi yang dapat kau beri,
dan kau pasti lagunya telah berakhir
dan bagimu sudah tiada sebab untuk hidup lagi
dan kegelapan malam telah turun menabir

di mana dapat kau cari kekuatan
perlukah terus kau menangis sendiri
di mana boleh kau cari tangan yang akan mengeringkan
titisan air mata tangisan hati

bila kau berduka dan putus harapan
melihat apa yang kau fikir penghujung jalan
Tuhan akan membisikkan "Tunggulah hari esok kemunculan"
patah hatimu ini hanyalah selekoh di jalan
selekoh di jalan..selekoh di jalan..selekoh di jalan

jalanmu pasti melewati selekoh ini
kau pasti menyanyi meneruskan perjalanan
harapan di hatimu pasti membara kembali
bila kau melihat sinaran cahaya impian

bersenanglah mengetahui Tuhanmu bersamamu
Akrabnya DIA melebihi sebarang teman
DIA berbisik di hatimu untuk menyenangkanmu
bahawa bahagia menantimu nun selepas selekoh di jalan
selekoh di jalan..selekoh di jalan..selekoh di jalan

Friday, June 25, 2010

makassar....

dipanggil makassar..kerana kaum makassar..orgnya kasar2...mendominasi kaum2 yang lain..(maklumat ini diberi oleh pemandu pelancong kami)

' teman tapi mesra' ku...selama 5 hari di makasar...
















tarian makassar..tepukan gendangnya keras...tapi tariannya gemalai...














rumah asli kaum 'toraja'...unik dan menarik... setiap papan ada ukiran2...cuma yang agak menggerunkan..setiap rumah akan digantung kepala lembu/kerbau/bab*..











yang buatku tertarik juga...kat sini penduduknya suka benar mengshortformkan bahasa...contoh :
bandara: bandar udara/airport
cipika,cipiki: cium pipi kanan,cium pipi kiri
mantak: iman dan takwa
LUCU KAN... ntah-ntah kalau nama saya dishortformkan mereka..jadi NASHIM je kot..hehehe

Saturday, June 19, 2010

kehadiranmu dikehendaki...

belum habis bau makassar di badan...pergi pula ke satu program anjuran jabatan di dungun, terengganu..
dalam banyak-banyak kalimah yang didengar sepanjang program..ini yang berbekas di hati
"jadikan kehadiranmu dikehendaki...
kehilanganmu...diratapi..."

dalam konteks sekarang, ..golongan ulamak..ilmuan..atau bahasa kampung ustaz/ustazah..kehadiran mereka hanya diperlukan masyarakat dalam beberapa situasi TERTENTU sahaja...
waktu solat..yang diangkat jadi imam...orang yang mereka anggap tahu lebih agama....patuh setiap perlakuan imam,imam solat panjang..panjanglah solat makmum..tanpa sebarang bantahan
TAPI
 kenapa..luar dari solat...ustaz itu sudah tidak diangkat sebagai ketua..malah adakala tingkahlakunya disalahkan..
siapa yang salah?  ustaz atau masyarakat...
so kesimpulannya..saya nak menyeru...
ustaz/ustazah...
jadilah
kehadiranmu dikehendaki setiap masa...
kehilanganmu dikenangi sepanjang masa...

Monday, June 14, 2010

indonesian...yang ku kenali

alhamdulillah ada kesempatan waktu ke sulawesi selatan...makassar/ujung padang.
kata org kita malaysia dan indonesia serumpun giitu..ertinya ngak banyak bedanya..secara lebih tepat..lebih byak persamaan dr perbedaan.
namun bagi saya secara pesonal..bedanya ada..kalo yang rata-rata di pemikiran orang malaysia..indonesian sikapnya semuanya dikenali sebagai orang gaji atau buruh binaan..atau nama glamer PATI..
tapi dgn kunjungan saya ke sana..saya mendapati mereka punya kelebihan yang amt mengagumkan...
pertamanya..dalam soal ilmuan.. usah dilihat pemikir yang tarafnya proffeospr atau yang sudah punya PHD atau MA..sekadar berkongsi penilaian terhadap mahasiswa mereka..soalan dan pola pemikiran mereka agak berbeda dgn mahasiswa kita..mereka amat menghalusi..mendalami sesuatu itu smpekan soalan yang diajukan bukan sekadar soalan permukaan (surface) tapi yang smpe mengorek..dan soalan mereka membuka ruang kajian baru..berfikir lain dari yang lain...
maaf saya katakan di sini..soalan mahasiswa kita..bersifat mereka tidak tahu dan hendak tahu.
manakala soalan mahasiswa mereka..bersifat mereka sudah tahu dan hendak kita beri sesuatu yang lebih dari apa yang mereka tahu....


kejujuran mereka amat terserlah....
kecerdikan mereka amat ketara..
keegoaan mereka juga amat tinggi.
penyusunan bahasa mereka amat halus..
keliberalan mereka amat jelas...
keterbukaan mereka juga amat terbuka : )

quote: gambar2..dan citer sana..saya lanjutkan di posting lain.. : )

Wednesday, June 9, 2010

kelahiran semalam...kematian hari esok..

kelahiran semalam...
bersamanya tangisan dan senyuman..
dan juga tanggungjawab dan amanah..
untuk ibubapanya..tahniah..
satu lagi hartamu d dunia..
yang juga asetmu di akhirat sana
yang tidak disedari..
kelahiran semalam adalah satu ganti
untuk kematian hari ini atau mungkin esok
kelahiran semalam adalah satu warisan
kelahiran semalam..kematian hari esok

ps:buat sahabatku (org kg tebok)..tahniah utk kelahiran anak ke3.

Wednesday, June 2, 2010

Ya Allah..jgn Kau izinkan..

Ya Allah..jangan Kau izinkan diriku
melakukan dosa
jika amalan itu buat hatiku gelap dan busuk
bantuku menghindar dari dosa itu..
kerna ku takut hujungnya kemurkaanMu

Ya Allah..jangan Kau izinkan diriku
melakukan pahala
jika amalan itu buat ku bongkak dan ujub
bantuku memhampiri amalan pahala itu
kerna ku mahu hujungnya rahmat kasihMu