bila kau rasa tiada lagi yang dapat kau beri,
dan kau pasti lagunya telah berakhir
dan bagimu sudah tiada sebab untuk hidup lagi
dan kegelapan malam telah turun menabir
di mana dapat kau cari kekuatan
perlukah terus kau menangis sendiri
di mana boleh kau cari tangan yang akan mengeringkan
titisan air mata tangisan hati
bila kau berduka dan putus harapan
melihat apa yang kau fikir penghujung jalan
Tuhan akan membisikkan "Tunggulah hari esok kemunculan"
patah hatimu ini hanyalah selekoh di jalan
selekoh di jalan..selekoh di jalan..selekoh di jalan
jalanmu pasti melewati selekoh ini
kau pasti menyanyi meneruskan perjalanan
harapan di hatimu pasti membara kembali
bila kau melihat sinaran cahaya impian
bersenanglah mengetahui Tuhanmu bersamamu
Akrabnya DIA melebihi sebarang teman
DIA berbisik di hatimu untuk menyenangkanmu
bahawa bahagia menantimu nun selepas selekoh di jalan
selekoh di jalan..selekoh di jalan..selekoh di jalan
No comments:
Post a Comment