relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Wednesday, July 28, 2010

kenikmatan sakit

kala ku sakit...
lidahku bisa rehat....tidak lagi sibuk mengidami pelbagai juadah...
hanya satu rasa yang tetap setia bersamanya..pahit..yang memahitkan liur

kala ku sakit..
tubuhku bisa tenang..tidak lagi sibuk menyelesaikan pelbagai kerja...
hanya baring di pembaringan yang setia bersamanya bantal manja

kala ku sakit...
otakku bisa rehat...tidak lagi sibuk memikirkan pelbagai masalah
hanya dihinggapi oleh mimpi-mimpi manis..buat ku kenang zaman kanakku

ya Allah..kuucap syukur atas rasa kenikmatan sakit
dan
kuucap syukur jua atas kenikmatan kesembuhan dari sakit ...

Thursday, July 15, 2010

apa itu cinta...?

resah tanpa cinta
gelisah kerana cinta
sunyi tanpa cinta
sepi kerana cinta
sedih tanpa cinta
pedih kerana cinta
terkorban tanpa cinta
berkorban kerana cinta

Wednesday, July 14, 2010

vetting di lundu...

kali kedua ke lundu..
kalau duluk kamek dtg atas program studnt..
dan yg ini atas prog jabatan..

buat soalan ni susah rupanya..dulu kamek fikir buat soalan ni komputer...rupanya menggunakan otak manusia juga untuk mereka soalan..

tengoklah gaya-gaya mereka mereka ini yang dalam kesusahan...
mengerut..mengetap..mengelamun...perbincangan mencari kesepakatanidea dikorek dan dicari sampai ke bawah...

dan kesusahan mereka itu dibalas dengan aktiviti yang menyenangkan...

kupas sorang-sorang..makan ramai-ramai..tak aci betulla..hehe
makan--makan dan makan lagi!shoping shoping kuih2 tradisi sarawak...

dan alhamdulillah..siap pada waktu yang dikehendaki..thanks barisan vetting di lundu ini..ada rezeki kita ketemu lagi!!

Tuesday, July 6, 2010

kunci syurga sudah di tangannya

ALLAH memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki...
siang tadi...tercatat sejarah dalam hidupku menjadi saksi seorang pelajar perempuan Iban mengucap dua kalimah syahadah.
sebelum itu dia selalu berbahas tntg ketuhanan dgn kwn2nya dan dia tidak temui jawapan yang memuaskan hatinya melainkan Islam memberi penjelasan yng amat jelas tentang keesaan Allah.

bila dia mngucap kalimah agung..kalimah syahadah...hatiku bergetar..rasa di hadapanku adalah satu majlis penyerahan kunci syurga kepadanya...dan aku hanya saksi!
waktu itu bagai mahu menjerit..mana kunci syurgaku?????

adakah ia masih di tanganku..adakan kunci itu masih elok???

Friday, July 2, 2010

memilih..dipilih..terpilih

terlalu banyak pilihan...
menimbulkan kesukaran.....
takut tersalah pilih....
kalau ada ruang menguji...takut salah meneliti
kerana mata tidak sama dengan hati..
mata dengan mata pun berlainan citarasa
apa lagi hati dengan hati yang pasti banyak sengketa duga

tiada pilihan..amat menyakitkan
rasa terpaksa..walau dalam rela..
jika menidakkan takut tiada lagi kesempatan
jika teruskan takut penyesalan tak sudah di hadapan

rasa bodoh jika tersalah pilih..
tapi lagi bodoh jika tidak langsung memilih
kenapa gelisah
dengan apa yang mata tak suka
dengan apa yang hati tak rela
mata bisa salah meneka
hati bisa salah menduga

yang terbaik tak semestinya perlu direbut
yang terbagus tak semestinya disebut-sebut
yang terpilih mungkin sudah berada di hadapanmu
yang telah DIA pilihkan terbaik khas untukmu

bila sesuatu itu pilihanNya...
yang terpilih..yang terbaik..ITU PASTI!