relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Thursday, May 28, 2015

kenapa mesti ultraman..?

ini dilema semua ibu bapa kot..
dalam memilih tontonan yang sesuai utk anak anak.. terutama anak lelaki,
aku dan habibi dari awal dah decide, jgn tunjukkan cerita atau kartun unsur ganas depan anakda..
kalau kartun.. no ultraman, batman, ninja turtle dan apa je lah yang seangkatan dgnnya..

dan anak sekarang dah 2 tahun +++, dah pandai demand apa nak ditengok.. apa yang dia tak suka..
biasa kartun yang aku buka pada dia pun kampong boy, upin ipin, robocar poli, alice in wonderland..yg agak lembut bahasa dan gaya dan banyak warna warni..

alkisah.. walaupun astro.. tp iklannye banyak.. malah melampau lampau.. anak tgk je pun iklan ultraman.. dan ada sikit je lah sedutan cerita ultraman tu.. xsangka itu yang disebut sebutnya..
dgn gaya tangan ultraman.. dan sebut ultraman.. dia terus fire aku dan abinya... huhuhu


kenapa mst ultraman?
adoilaaaaa....

sabar yea.. ibu ibu bapa bapa.. naluri anak lelaki tetap naluri.. kegemaran dan minat mereka.. walau kita cuba kawal, tapi adalakala kita tewas.. cuma jangan putus asa..

sekarang aku pilih.. taknak terlalu menyekat.. tapi cuba ambil kebaikan dari ultraman tu utk dia faham dan applykan standing dgn umur dia...
ye lah.. utk pertahanan diri.. utk bantu org susah.. utk dia tak cenderong ke arah nilai kewanitaan..
huhuhu.. ultraman pun ultraman la...



Thursday, May 21, 2015

kita belajar dari anak

tengok anak kita..
banyak sebenarnya yang boleh kita belajar dari dia...
pertama tentulah sifat xputus asa.. jatuh bangun berulang kali.. benjol benjol pun xpe.. usaha tetap diteruskan..

kedua sifat kasih sayang yang hanya hatu saying..saying  dan saying..., dia buat salah dengan kita bukan sbb dia bnci kita, tapi sbb dia nak perhatian kita.. dan bila kita marah, dia menangis.. mungkin smpai mengamuk.. tapi tak sampai 5 minit.. dia datang kan peluk kita.. cium kita..malah kadang dia siap mengadu sakit kena cubit atau pukul dengan kita.hingga kita pulak rasa bersalah melakukan sedemikian pada mereka. bersihkan hati mereka?

kalau anak banyak kena belajar dari kita.. kita juga kena banyak belajar dari mereka...

Saturday, May 16, 2015

bangga jadi anak abah...

Sempena hari guru 2015, abah dipilih jd tokoh pendidik...
klu tak dipilih pun,. Abah sntiasa tokoh di hati anak anakmu setiap tahun..sepanjang tahun... sayaaaaaang abah!


Friday, May 15, 2015

sudah sudahla...drama burukkan kaum sendiri

sudah sudahla cerita yang memburukkan orang kita sendiri..

soryla.. kadang makin aku berumur ni, makin menyampah aku dengan drama melayu.. tak habis habis memburukkan bangsa sendiri, pastu, banyak adegan yg bodoh sombong, yg cantik perampas, yg lebai bertopeng syaitan, yg selekeh jadi pak pacak. 

malam tadi ter tengok drama hantu tgh malam .. drama melayu.. aduh.. tahu apa nak disampaikan.. tapi hasilnya hanya meloyakan.... bunuh membunuh.. zina, dengki, seolah itu sikap orang melayu..

walau aku tak nafi.. yea,mungkin itu yang dia mahu tunjukkan reality sikap orang kita.. tapi boleh tak sampaikan dalam bentuk yang lebih memberi kesan positif..

aku bukan org filem..bukan org seni.. tapi aku penonton yang berhak komeen apa aku nak..

cth: nak sampaikan bahaya budak remaja jangan hisap dadah..
perlu ke tunjuk scene anak melayu.. selekeh.. tipu mak ayah, dan yang mak ayah plak org besar atau org alim yang terlalu percayakan anaknya... pastu tunjuk cara pegang jarum.. tunjuk cara nak dptkan dadah di mana.. itu bagus????????

bukan ke boleh disampaikan dgn cara seorang itu yang dia diberi pilihan untuk menghisap atau tidak.. dan dia pilih untuk tidak menghisap... kerana kenangkan mak ayah sbgi org besar atau org alim,
tunjukkan kekuatan watak bagaimana mahu menolak rasa nak menghisap itu.. itu yang perlu ditonjolkan pada penonton.. itu yang dinamakan boleh memberi kesan positif tanpa perlu aksi meloyakan dan memalukan kaum sendiri..... !!!!!!!!

Thursday, May 14, 2015

powtoon.. best

cuba buka ..www.powtoon.com

ada kelainan berbanding power point biasa.. dan aku yg malas dgn slide ni jadi teruja dgn benda2 baru macam ni..

jom try.. kita suka..pelajar mst suka... :)

Tuesday, May 12, 2015

sakitnyea tuh di sini.....

bila sakit hati... jangan salahkan seratus peratus org yang menyakiti hatimu. tapi tanyalah dirimu, sejauh mana kamu biar rasa sakit itu menyakiti..  :)

Thursday, May 7, 2015

di sebalik kisah duke

hampir seminggu.. ramai dah lupa.. tapi pasti ada insan, masih terasa..
pada aku yang takde kena mengena pada mangsa atau si pemangsa.. juga masih terkesan.. bukan terkesan dgn cara membenci semua myvi.. bukan juga dengan menyumpah seranah fmc.. tapi terkesan dgn pengajaran.. mati itu tiba tiba....
pandang wajah anak... klu aku pergi tetiba.. tahankah dia.. tidurkah lenanya.. siapa yang akan memeluknya.. siapa yang faham keletahnya.. siapa yang akan tahu bila dia merajuk.. bila dia gembira.. bila dia mahu dipeluk.. dan itu buat aku hiba...

 ya.. aku ibunya.. yang menyayanginya..dan aku yakin tiada orang lain akan lebih menyayanginya melebihi kasih sayang aku seorang ibu yang mengandungkannya dan melahirkan.. menyusukan dan bersamanya dalam suka dan duka tapi aku mst juga terima.. itu tidak menjamin aku akan kekal bersamanya selamanya....

satu yang buat lega.. mmg tiada siapa boleh menandingi kasih ibu... tapi aku mesti yakin.. kasih tuhan lebih tinggi dari kasih ibu, lbih halus, lebih rapat dan lebih berkesan...dan kalau ditakdirkan aku pergi.. Allah pasti ada sebabnya sendri.. Allah tak pernah salah memisahkan seorang ibu dan anaknya...dan sebabnya pasti diiringi bersama kasih sayangNya yang tinggi...