relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, October 22, 2016

selamat ulang tahun abang muhammad

selamat hari lahir sayang ibu...
abang Muhammad wira ibu.. kekuatan ibu..

ibu tahu.. ibu kadang marah abang.. tapi sayang ibu lebih besar dari api marah
ibu tahu.. ibu kadang tak sempat layan abang.. tapi sayang ibu lebih besar dari masa
ibu tahu.. ibu kadang tak turuti kehendak abang.. tapi sayang ibu lebih besar dari kehendak

ibu sayang abang.. ibu sayang abang.. ibu sayang abang muhammad

Thursday, October 13, 2016

terima kasih atas segalanya... wahai rumah

aku nak ucap terima kasih.. bukan pada orang.. tapi pada rumah ini...
sbb.. sbb rumah ini banyak berjasa.. banyak membantu.. banyak menyimpan kenangan..
lebih dari 5 tahun kami bersama.. ia menyaksikan cinta kami berkembang.. dan dua anakanda ku membesar di sini... walau tidak secantik istana.. tapi inilah syurga kami..
betul.. ini syurga dunia yang ku rasakan
terima kasih sekali lagi rumah..no42, lot 3065... we will miss u





Monday, October 10, 2016

kami bersama abah ...seperti abah selalu bersama kami...

SHAH ALAM - Majlis Syura Ulama  menerusi mesyuarat yang diadakan di Pejabat Agung Pas sebulat suara memilih dan melantik Hashim Jasin sebagai Mursyidul Am Pas yang baharu bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Haron Din.
Setiausaha Majlis Syura Ulama, Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, menerusi mesyuarat tersebut, Datuk Ahmad Yakob dipersetujui sebulat suara kekal sebagai Timbalan Mursyidul Am Pas.
Menurutnya, faktor yang Ahmad dikekalkan sebagai Timbalan Murysidul Am, walaupun beliau layak untuk memegang jawatan itu disebabkan beliau sentiasa sibuk dengan tugas-tugasnya yang lain sebagai Menteri Besar Kelantan.
Katanya, menerusi mesyuarat tersebut, Ahmad sendiri merayu kepada Majlis Syura supaya memilih dan melantik orang lain yang berkelayakan sebagai Mursyidul Am Pas.
"Kita pilih dan lantik Tuan Guru Hashim Jasin kerana dia yang paling tua dalam Majlis Syura. Selain itu, beliau mempunyai ilmu yang mantap, di samping pandangan politiknya yang jauh dan mantap," katanya dipetik Harakahdaily.
Allahyarham Haron Din kembali ke rahmatullah pada 16 September lalu, jam 10.10 pagi waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung.

Friday, October 7, 2016

kundasang 2016

dari kecik lagi teringin sangat nak ke sini.. apatah lg bila bc novel ramli awing murshid tentang keindahan Sabah.. dan Alhamdulillah impian pertama tercapai ketika 2014.. time tu Muhammad 1 tahun 5 bulan... dan kali kedua diizinkan allah 2016.. Muhammad ada adik hadeejah 7 bulan...
 
cara nak ke sini.. xsusah.. drive sendiri je.. even 1st time.. sbb papantanda arah dia bagus.. cuma di tamparuli anda mungkin terpusing pusing di pekan nya beberapa kali sebelum mendaki bukit..
dinasihatkan kalau dr kk, bertolak seawal sejurus selepas subuh.. utk anda menikmati permandangan yang indah.. klu tak kisah berkabus.. atau xnampak view.. xpe le
kami smpai dan kami akan bersarapan di sini.. alkisah 1st time smpai.. Muhammad buat kuih dalam pampers.. bila nak basuh.. meraung dia.. punyalah sejuk..
lepas tu mak dia lak nak buat kuih.. tp bukan dalam pempers yea.. wahhh.. memang sejuk giler.. mujur tak meraung macam Muhammad. hehe
 























harap dapat ke sini lagi.. dan mungkin berlima atau berenam plak... :)

Thursday, October 6, 2016

bila diaudit

audit dunia.. tu pun kelu lidah.. nafas tak lepas
audit akhirat.. lagilah kan.. huhuhu..

haasibu anfusakum qabla an tuhasibu...