relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

third baby

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Tuesday, February 8, 2011

aku mencintai mesir

aku mencintai mesir...
bukan pada udaranya yang berhabuk debu
bukan pada bangunannya yang berkotak-kotak
bukan pada sampahnya yang berselerak
bukan pada permpuannya yang hijab..
juga bukan pada wanitanya yang bermata indah
bukan pada jejakanya yang tinggi dan sasa
juga bukan pada lelaki yang bau rokoknya melekat sntiasa
bukan pada si kecil yang mata bulat..rambut ikal..
juga bukan pada si bayi yang pipi merah bak delima
bukan pada ammu si peniaga atau si bawaab
bukan pada mama jiran-jiran seSYAAH
bukan pada pemandu teksi yang pakar drift
bukan pada tenko..metro..dan keretapi laju..
bukan pada keldainya yang malas bergerak
atau si kuda yang liar mata
atau kucingnya yang gebu..tapi bersalut debu
atau si anak-anak anjing yang manja mengejar
tidakku suka trafficnya yang berselerak..
hon pelbagai bunyi dan tak henti bertekak
suara jeritan peniaga BEKIAAQQ...BEKIAAQQ

juga tidak kerana pengalaman-pengalaman kelakarku
aku mesti berlari utk mengejar bas atau keretapi..
pernah beg je yang sempat lompat naik..aku tertinggal
aku pernah tersilap naik bas..dan sesatku..nun jauh merata..
pernah ditinggalkan di tengah padang pasir..kerana kereta rosak..
pernah terpijak paku,,dan aku hanya menyedari setelah 3 jam berjalan terdengkot-dengkot..
gigitan baraghis yang merenyam dan bengkaknya yang menyucuk nyucuk
ditimpa hujan batu..dilanda ribut pasir..hingga mataku kelabu bagai disapu eye shadow
menggigil kesejukan hingga 7 lapis pakaian..
mengelepar kepanasan hingga air sentiasa dibawa
berebut masuk kelas..hingga terperosok masuk ke dalam..
tersilap bangunan hingga kelas lain yang aku cari..kelas kos lain yang aku masuk
ditipu penjual penjual di suq..lain yang aku minta..lain yang diberi..dan harga berganda dr biasa

juga tidak kerana pengalaman pengalaman manisku
menziarahi makam-makam ulamak..fuqahak dan auliyak dan masjid-masjid sejarah
bersama pengajian dgn syeikh syikh terkemuka
bersantai di pantai iskandariah sambil menjilat aiskrim..
kala raya..satu malaysia aku berpusing..keluar pagi..pulang petang perut kenyang
solat raya di hayyu asyir..
dan kuliah tahunan syeikh nuruddin di rumah kedah..

aku mencintai mu mesir...
bukan kerana semua di atas....
tapi aku mencintai mu..sejak dari mula kakiku menapak di sana..
kerana aku terhidu bauan anbiyak..
dan hingga hari ini..walau apa jua berlaku padamu mesir..
ku kan tetap mencintaimu..dan moga Allah mengizinkan ku mendatangimu lagi...

No comments:

Post a Comment