berbalik pada tampalan kerana-pengemis-di-sana
aku bertanya sifuku..sapa lagi habibi ya maulana la..hehe
apa pendapat dia?
dia kata:
"jangan hampakan orang yang meminta.. kita beri sekadar yang ada. utamakan niat kita. biasanya kita ni berkira utk nak beri pada orang sbb kita rasa duit itu KITA PUNYA... cuba kita rasa..duit tu BUKAN KITA PUNYA cuma ada pada kita... apa salahnya kita berkongsi seadanya.. kadang niat kita yang mulia boleh menginsafkan niat orang lain yang durjana. bagaimana kalau malaikat yang datang..menyamar untuk menguji kita? atau yang datang meminta itu benar-benar dalam keadaan memerlukan?"
tapi bang.. sekarang ni banyak yg menipu..sbb kita terlalu baiklah..makin banyak orang ambil kesempatan...
yea..itulah tugas pemerintah.. saidina umar menghalau pengemis..sbb atas nama dia pemerintah yang tidak mahu pengemis itu hidup bersandarkan meminta-minta semata-mata. TUGAS PEMERINTAH MENGHALANG PENIPUAN PENGEMIS...
satu lagi yang penting..apa yang mula-mula milik kita kemudian kita beri pada pengemis ke..duit hilang dalam simpanan ke.. org jahat yang datang merompak ke.. samaada niat dia baik atau buruk..yang pasti wang itu mmg sudah ditakdir BUKAN REZEKI KITA...
No comments:
Post a Comment