relaks..tenang..simple

relakslah..
tenanglah..
be simple...

'Dia' ada...Yakin dengan 'Dia'..'Dia' akan jaga kita..

bismillah

Followers

barakallahulana

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

permata hati kami

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

Hadiah ramadhan

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

di sarawak

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

Saturday, June 1, 2013

lain kali jangan main2 sebut babi ...

alkisah.. xhabis cuti2 pru13 di kampung.. sambung lagi di sarawak ni, walau berulang kali di sms oleh rakan sekerja supaya datang uruskan sesuatu di pejabat.. aku terpaksa menolaknya dengan baik.. lagipun cuti dah diluluskan..hehe

ini kali kedua aku ke taman negara bako.. salah satu taman negara yang terdapat di negeri Sarawak ni. kali pertamma dulu pergi waktu 'sorang'.. sekarang 'bertiga'..

yg best nak ke sini kena naik bot.. tambangnya dibayar siap siap pergi dan balik..xkira masa.. bila nak balik call je,..nnt dia datang ambik..
uhh..mmg tak  menjaga keselamatan... ambil ringan je..penjaga bot ni..walau ada jaket.. disuruhnya bumbung bot yang pakai..bukan penumpang.. maka tak herat kes kejadian di belaga baru2 ni boleh berlaku.. :(

bila sampai...terpulanglah pada kita nak ke mana.. ada banyak tempat di pulau ni utk diterokai.. yang istimewa di sini ada monyet hidung panjang....


waktu sampai..aku sebagai pemandu pelancong pun cakap.. : "kat sini banyak binatang..kalu nasib baik..mcm2 binatang kita boleh jumpa.. babi hutan pun ada..hehe"

dan mulutku yang manis sangat..eh masin sangat... baru 5 minit berjalan si BAB1 muncul di tengah jalan.. anak la...kecik je.. kami berundur dan kembali ke pengkalan.. aduh.. mcmmn nak masuk ni.. bila sampai pelancong lain yang agak berani..kami menyusup2 di celah2 mereka utk melalui BAB1 tadi..hahaha

dan kami pun pasangla khemah.. makan2 roti canai bekalan.. ada juga cafe disediakan di sini...belilah air bandung membasahkan tekak..

lepas makan..ngantuk la plak.. si muhammad ni dah mula nak minta susu dan minta ditidurkan.. adik aku dan suami dia nak jalan2.. habibi nak ikut sekali.. maka tinggalllah aku dengan si muhammad berdua dalam khemah nan indah di tepi pantai nan permai..

aku terlelap kejap..terdengar ada satu suara lalu di sebelah " cantiknya khemah..baik baik..babi hutan lalu lalang di sini..takut berkhemah dgn babi lak kang"
aku hanya tertawa...sbb aku ingat dia hanya mengusik.. namun smpat juga aku terfikir..kalaulah ia menjadi kenyataan..rasanya aku hanya sempat larikan muhammad je.. yang lain lantaklah kau nak sondol encik babi oi..

dan bukan saja mulut aku masin.. fikiran aku pun masin gak..tertiba nampak nyong nyong seekor BAPAK BAB1 berjalan menuju khemah.. wah besar tu.. apalagi.. terus dokong si muhammad..lari.. sempat capat hp saja...

aku smpat lari nyorok belakang sebatang pokok..dekat dgn cafe dan xjauh dr khemah.. si BAB1 tadi datang tepat pada khemah.. dan roti canai dan air bandung yang aku letakjkan d pintu khemah tadi..habis disondolnya.. OHHHH...

aku menggeletar.. cal habibi dan adik aku..xdapat..line xde..mungkin dah masuk jauh dalam hutan.. HUHUHU...cedihnya.. ada beberapa mat saleh yang menjadi penonton situasi itu..siap rakamkan lagi kejadian yg berlaku.. aku je tak rakam..sbb hp berkamera..habibi bawa dgnnya.. sedih..tapi tak putus2 berdoa jgnla habis harta benda dalam khemah tu.. i pad adik ipar aku ada dalam tu.. pakaian dan nestum muhammad pun ada dalam khemah tu..

habis roti canai  dan air bandung.. BAB1 tadi masih xpuas hati dia mula pusing ke khemah.. dia gigit pintu khemah dan goyang2kannya.. yang aku pasti..badannya masih di luar khemah..dia xmasuk dalam.. khemah aku bergoyang2 bagai dilanda ribut..

dalam suasana genting tu..datangla 2 orang pembawa bot menghalau BAB1 tadi.. dia siap tolong bawa barang2 ku ke pondok wakaf yang berdekatan dan lipatkan khemah..
syukur atas pertolongan yang dihantar oleh Allah..
sempat aku berbual dengan salah seorang mereka.. katanya: sekarang ni babi2 ni daah terlalu manja dgn orang.. dan tak takut..dan ikut sedap je mana dia nak lalu.. monyet lagilah..siap ada yang cederakan budak lagi. pagi tadi..seekor monyet tarik beg seorang pelancong yg sedang makan di cafe..

huhu..dan waktu dia cakap tu.. aku nampak seekor monyet tak jauh dari kami.. dan BAB1 yang td seekor dah jadi sekeluarga datang berlegar legar di kawasan itu.. huhuhu.

waktu aku dan muhammad di tingalkan berdua di pondok tu.. aku berdoa agar monyet dan sekeluarga babi itu tak naik atas pondok.. dan mereka hanya sekadar menyondol dinding dan tangga pondok..huhuhu (tak pandai nak gambarkan suasana dikepung haiwan mughalazah..)

dalam setengah jam kemudian..habibi, adik aku dan suaminya turun.. aku pun citerla... dan kata mereka "patutla.. kat atas puncak tadi nampak babi2 kat pantai..tak nampak plak khemah"

ni salah sekor yang sempat disnap...

aku dah fobia dengan BAB1.. taknak sebut sebarangan dah lagi kalau datang ke tempat2 macam ni.. huhuhu.
lain kali jangan main2 sebut babi.......

2 comments:

  1. ehhehehe... xD kebetulan tmpat tu ada binatang tu.. :)) hee~~ nsb baik ada org tolong..alhamdulillah :)

    ReplyDelete
  2. rindu ustzh :) nak jumpa..wuwuw

    ReplyDelete